Dunia Commercial Diver



Hiii...

Nama ku Spy Leman (bkn nama sebenar), aku pun tak tau mana datang nama tu dengar macam ok je so aku pun tak kisahlah. Aku seorang `Commercial diver’. Disini aku nak berkongsi cerita tentang kisah aku dan aktiviti diving ku. Dalam cerita ini banyak istilah-istilah atau terma-terma yang berkaitan diving yang akan digunakan, kepada pembaca yang bukan diver mungkin akan kurang faham jadi aku minta maaflah ye...

Ada beberapa kategori diver iaitu `recreational (sport) diver’,`technical diver’,`combat diver’,`clearance diver & commercial diver’.Aku termasuk dalam semua kategori itu kecuali `clearance diver’ sahaja yang aku tak sempat belajar.Kerana `clearance diver’ atau penyelam ranjau hanya dilatih kepada anggota-anggota TLDM sahaja.

Aku mula belajar diving pada tahun 1991 kira-kira 2 bulan selepas aku keluar dari Pusat Latihan Polis di PULAPAH Negeri Sembilan. Aku di hantar untuk bertugas di Balai Polis Marang,Terengganu. Letaknya lebih kurang 18km dari Bandar Kuala Terengganu. Masa tu umur aku muda belia - lebih kurang 20 thn. Selepas bertugas di Balai Polis tersebut 2 bulan aku dah mula kenal beberapa orang pengusaha pelancungan di Bandar Marang. Daerah Marang pada waktu itu terkenal dengan Pulau Kapasnya. Dan Pulau Kapas pada waktu itu baru dikenali dan ramai pelancong yang datang. Pulau Kapas juga terkenal kerana 'coralnya’ masih banyak dan sangat cantik. Oleh kerana tugas aku sebagai anggota polis dickawasan kampung itu tak berapa sibuk jadi aku ada banyak masa lapang lalu aku pun ambik kursus asas menyelam (`open water diver ’).cMasa itu instructor aku, juga kawan aku bangsa German namanya Robert Reis, beri diskaun banyak. Aku cuma perlu bayar RM 500 sahaja.

Selepas tamat kursus dan mendapat lesen menyelam - boleh katakan setiap hari aku ke Pulau Kapas dan setiap minggu aku menyelam. Lebih-lebih lagi selepas aku kenal dengan beberapa orang diver Pulau Kapas seperti Man B, RoniMata Satu, Hatim Rusila, Stopa Rhu Muda, Saat Rhu Muda dan ramai lagi. Berbagai aktiviti diving aku sertai sama ada melihat coral atau mencari lobster. Pada masa tu di perairan Pulau Kapas cukup banyak lobster. Boleh dikatakan kalau sekali keluar diving lebih kurang 20 ekor yang kami dapat. Masa tu aku memang tengah gila diving, kalau ada kawan-kawan yang pergi diving tak ajak aku pasti aku rasa frust.

Setahun selepas dapat lesen `Open Water diver’ aku sudah mula buat kerja-kerja bawah air bersama-sama rakan-rakan ku diver-diver Pulau Kapas tadi . Aku masih ingat job pertama aku ialah memasang tukun di Pulau Redang,Client kami waktu itu ialah Jabatan Taman Laut . Dan diver terima bayaran dari kontraktor sebanyak RM 200 sehari, satu nilai yang cukup besar bagiku waktu itu kerana waktu itu gaji aku sebagai anggota polis pun sekitar 500 lebih sahaja. Walaupun setelah 3 tahun diving tapi masih banyak ilmu diving yang aku tak tau, yang aku tau Cuma diving....je dan jangan langgar peraturan seperti yg telah diajarkan masa kursus dulu.


Tahun 1994 aku mula bertugas di Cawangan Unit Khas (juga bukan nama sebenar) di Bukit Aman dan pada tahun 1995 dan aku dihantar ke Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut untuk jalani kursus `Ship diver’ selama 2 bulan. Dalam kursus ini aku belajar beberapa perkara baru dalam diving antaranya kaedah-kaedah isyarat-isyarat tali dalam air, semua kaedah `day /night search & rescue ’ `compass swim’ `technical dive’ menggunakan `rebreather’ jenis LAR 5 yang menggunakan gas Oksigen tulin dan ia tidak mengeluarkan buih serta boleh digunakan menyelam berterusan selama 4 jam di kedalaman tidak melebihi 7 meter. Alat `rebreather’ ini biasanya digunakan untuk serang hendap atau penyusupan bawah air. Oleh kerana ia menggunakan oksigen tulin maka ia tidak boleh dibawa menyelam lebih dari kedalaman 7 meter kerana oksigen tadi akan bertukar menjadi racun akibat tindakbalas tekanan kedalaman terhadap oksigen tadi. Ia dinamakan `oxygen toxicity’. Turut diajar ialah `basic surface supply’ menggunakan KMB mk 10,cara-cara servis alat selam sendiri dan macam-macam lagi. Latihan yang dijalani di sini agak teruk juga kerana kami bermula setiap hari awal pagi dan akan selesai lewat malam.

Dalam kursus ini latihan menyelam adalah dalam keadaan ekstrem atau menyelam dalam keadaan yang terlalu penat kadang-kala kami menyelam hingga habis angin dalam balang kerana masa itu kami gunakan `twin tank’ dan tidak ada `pressure gauge’, yang kami tau sebelum menyelam angin dalam balang ada 3000psi. Tapi di balang itu gunakan J valve yang mana ia ada `emergency lever’ sekiranya angin dalam balang habis kami diajar menarik lever kebawah dan kami akan dapat angin spare cukup untuk naik ke permukaan. Tapi bila dalam keadaan panic biasanya ramai terlupa yang balang tu ada `emergency lever’ maka kelam kabutlah kami buat `emergency ascend’ ke permukaan.

Stamina juga dititik beratkan kerana diver yang tidak `fit’ akan mudah kena penyakit penyelam seperti `DCS’(decompression sickness’) atau `Nitrogen Narcosis’. Latihan menyelam semuanya di air yang `zero visibility’ atau pun air yang kotor supaya diver-diver yang tamat latihan akan berani menyelam dalam berbagai keadaan kerana apa bila dalam situasi sebenar nanti keadaan adalah sukar dijangka kerana penyelam-penyelam TLDM & Polis akan dikerah mencari mayat mangsa lemas atau mencari barang bukti kes jenayah dilombong, disungai yg kotor dipaya atau mana-mana sahaja dengan tidak mengira siang atau malam. Jadi latihan & pendedahan awal yang teruk & ekstrem akan membiasakan kami dengan situasi tersebut.
Selain daripada latihan menyelam kami juga dilatih dari segi ketahanan dilaut seperti berenang jauh dan survival dilaut serta menyelam dalam iaitu 30 meter. Ada satu ketika semasa menyelam di kedalaman 30 meter di perairan Pulau Pangkor aku turun menggunakan tali yang dipanggil `lazy short’ ia. Ia cuma tali biasa yang diikat kan pemberat dibawahnya guna sebagai `descend line’. Semakin dalam aku turun air semakin gelap dan di kedalaman 30 meter aku sudah tidak nampak apa-apa lagi walaupun aku telah meletakan tangan betul-betul dihadapan face mask. Keadaan sangat gelap lebih gelap dari kegelapan dimalam hari, ditambah pula dengan arus yang sangat kuat, aku hanya mampu bergantung ditali tersebut dan memegang dengan kuat aku rasa tubuh ku seperti terbang macam `superman’ dek kerana arus yang kuat itu. Jika pegangan tanganku terlepas pasti aku dihanyutkan jauh. Aku tidak tahu berapa lama aku berada dibawah air dan bergantung kuat disitu tiba-tiba aku menerima isyarat dari atas melalui tali `safety line’ yang diikat pada badanku supaya naik kepermukaan. Aku berasa sangat lega sekali. Selesai dikompresi aku naik kepermukaan dan jurulatih membuat penilaian adakah aku dalam keadaan baik atau sebaliknya,mereka hendak memastikan dikedalaman 30 meter itu adakah aku mendapat `nitrogen narcosis’ atau `decompression sickness’ .

Pada minggu terakhir kursus menyelam adalah latihan akhir yang dinamakan `ops week’ atau minggu operasi. Didalam minggu ini kami diandaikan berada didalam suasana peperangan yang mana diver akan sibuk menyelam dan buat penyusupan, kami diberi latihan yang berterusan dari pagi hingga ke malam dan berterusan sehingga esok harinya serta berterusan selama seminggu. Kami tidak dapat tidur yang cukup hanya 1 jam sehari dan kadang-kadang terpaksa tidur didalam air yang mana hanya kepala sahaja diluar sedangkan badan kami direndam dalam laut. Kadang-kadang berpakaian dan kadang-kadang tidak berpakaian atau hanya memakai seluar dalam sahaja. Berbagai-bagai acara latihan diatur untuk kami supaya kami sentiasa sibuk.

Itu semua bagi menguji ketahanan fizikal dan mental penyelam-penyelam yang dilatih oleh TLDM bagi melahirkan penyelam yang benar-benar berkualiti supaya kami benar-benar bersedia apabila tamat latihan nanti.

Selepas tamat kursus aku kembali ke Unit Khas (UK) dan diserap kedalam Tim Selam Tempur dan membawa bersama kenangan-kenangan dan ilmu-ilmu yang didapati semasa berkursus dengan TLDM. Tim Selam Tempur UK ini khusus menjalankan tugas-tugas operasi dilaut sama ada melibatkan penyelaman atau membanteras lanun yang mengganas serta melibatkan situasi tebusan dilauta atau bot. Selain daripada itu turut mengiringi VVIP jika mereka berada diatas kapal atau dilaut sama ada di dalam negeri atau di luar negara. Dan kadang-kadang dipanggil membantu jabatan lain mencari mayat mangsa lemas dan mencari senjata api yang digunakan dalam kejadian jenayah kemudian dibuang di lombong dan sungai-sungai dan salah satunya di Sungai Gombak yang terkenal itu.




























Tapi setiap tahun aku pasti kembali ke Pulau Kapas untuk menyelam dengan kawan-kawan lama dan turut mengikut jejak langkahku ialah anak lelaki ku yang sudah mula ku ajar menyelam sejak berusia 10 tahun.

27 comments:

masih dive kat P. Kapas lg ke?

ooo itu mesti elyna...pulau kapas tu tempat melepak2 dgn kwn2.
tempat jatuh lg dikenang inikan pulak tempat bermain.....

Bro,
sy suka baca blog u. sgt best gilerest!!! i stumbled into your blog thru my fren dlm FB. Keep up the good work. Benda yg kita buat, yg kita minat pulak tu, mmg kita akan buat sunguh2,

p/s: sy suka laut, swimming pool tapi sy takut air. Sy cuba lawan fear sy masa pi OBS Lumut, siap kena tenggelamkn diri, tp still takut gak! sgt2 frust dgn diri sendiri!

Jay
Putrajaya

Jay...
t.kasih banyak krn appreciate my art work...
t.kasih juga krn u enjoy my blog...
sy budak baru nak belajar berblog...
masih byk kekurangan....
teruskan membaca ye....
if u like u can add me through FB...

ps-putra jaya tu byk menyimpan kenangan i tu,dr sejak zaman kelapa sawit hingga skrg...

i dah add u, u xapprove pun :(
btw, my fb goes under e name of jayden.
seriously, yr blog sgt2 menarik dan unik. pliz keep on writing!!!

thanks....
sorilah pasal fb tu nnt i approve ye...

Salam bang,

Actually i know urself....u also working in the same company that i working at jalan ampang...I really like ur blog...very interesting..keep a good work bang..take care!!

Rgds,

Procurement, OSS

Bro Anonymous OSS.
T.kasih...apelah yg menariknya blog cap ayam ni..
Org baru nak belajar menulis mcm sy ni byk kelemahan,ini sekadar secebis coretan silam utk dikongsi dgn sesiapa yg sudi menjengah seketika disini...
T.kasih sekali lagi...

1991 umur bro lebih kurang 20 tahun walau umur saya lebih kurang dengan bro namun pengalaman bro lebih canggih dan mencabar baik kerja yang dulu mahupun kerja sekarang ni.

1993 saya amek open water kat Labuan namun gagal,memang hasrat di hati mahu cari makan di dasar laut namun kesukaran mendapat info bidang kerja ni(commercial diver) ketika itu.

Gambar tengah "giant strike" tu gambar bro ke? Perghh siap double tank lagi tu....memang hardcore!

T.kasih Tuan Sangilapi
Saya bukan hardcore,saya tidak hebat,pengalaman pun biasa-biasa sahaja Tuan.
Saya Cuma seorang tua yang degil sejak kecil itu sahaja.
Tetapi bezanya ialah saya membawa sifat degil dan keras hati itu kearah yang positif.
Tetapi saya ada satu jenis perasaan atau keinginan iaitu `Saya suka menjadi orang yang khusus atau lain drpd org lain’ jadi dengan adanya perasaan itu saya selalu explore atau melakukan sesuatu yg orang tak buat.
Gambar terjun dgn twin tank tu mgkn bkn saya tapi begitu jugalah apa yang telah saya lalui.Training menyelam dgn TLDM ni teruk.dah biasa kena ketuk dengan pendayung kalau timbul kat permukaan awal ataupun diluar kawasan sasaran.
Dulu2 mana ada kamera digital jadi tak banyak gmbr yg boleh digunakan untuk stori yg dulu2.
Saya bercita-cita nak jadi commercial diver sejak tahun 1992 lagi tapi masa tu mmg susah nak dpt maklumat mcm mana nak mula so lewat jugakla tercapai cita-cita saya tu.Tapi At least tercapai jugak.

salam tuan spy leman,

saya nak tanya sikit... suami saya minat sangat nak jd commercial diver ni, tapi dia dah tua 53 tahun, tak ada PADI Cert, tapi masih sihat, stamina masih kuat, pernah kerja sbg Crane Operator kat Shipyard Singaore.

Agak-agaknya kalau lulus ADAS Part 1,2 & 3 tu, boleh lagi ker dapat kerja kat offshore tu?

Terima kasih ...

umur dah 53 masih ada harapan ke nak kerja kat offshore ni?

Salam Puan/Tuan Anonymous

Saya cadangkan buat commercial diving medical c/up baru boleh trace ade sebrg penyakit atau tidak dan juga baru doktor boleh keluarkan keputusan yg berbunyi fit to dive atau unfit to dive.

jika sekiranya berkemampuan dan berjaya ambil kursus commercial diving pun tetapi sy tak berani jamin yg Tuan akan dapat naik job offshore kerana saingan yg terlalu ramai skrg.

Orang muda yg dah balik dr kursus pun masih ramai yang tak dpt naik job offshore.

Tapi sekiranya Tuan sekadar nak ambik tau atau inginkan pengalaman baru boleh saje,ape salahnya pergi kursus sekiranya berkemampuan.

Kalau dah ade lesen commercial diving tapi nak buat company diving pun boleh jugak.

Cuma ape yg sy nak bagtau ialah kerja2 yg dilakukan oleh diver dibawah air ada kalanya sgt berat dan menuntut stamina yg baik,keberanian serta kesabaran.

Kerjaya ini sbnrnya adalah kerja buruh kasar.Kadangkala minat shj tidak mencukupi Tuan ia memerlukan satu pakej yg lengkap selain dr sekadar minat.








Salam tuan mempunyai pengalaman yang sangat unik dan menarik. Tahniah tuan, ini adalah satu permulaan untuk tuan menghasilkan buku berkaitan dunia pekerjaan tuan yang unik ini

ummu hani abu hassan

Mengejutkan dan mengterujakan bila
Penulis prolifik terkenal Ustazah Ummu Hani Abu Hassan yang menulis buku best-seller CATATAN HATI NIK NUR MADIHAH juga penulis skrip drama bersiri DINGIN LAVENDA telah sudi singgah ke blog hamba dan menitipkan komen memberi semangat dan dorongan.

T.kasih Ustazah.

mula belajar diving pada tahun 1991, masa tu saya baru dilahirkan hehe..

Fatin qurratuaini
Cepat sungguh masa berlalu kan...1991 br lahir skrg dah 20 thn kan...

bro..brape kos nk amik adas?

kalau nak ambik kursus ADAS
sila beri pautan disini
http://www.tucf.com.au/commercial.html
buat study sikit kat website ni

Salam sya nk tya sya ade sijil commercial dive tp cme level 1 blh ke kje

SALAM saya x faham rentetan nk jadi macam abang.Boleh explain balik mula dari spm kena dapat berapa lepastu masuk mana..please..

boleh explain nk sampai ke tahap ni spm kena brp masuk mana sampai jadi camne..

boleh explain mcm mn rentetan nk jd mcm abang mula dari spm dpt berapa masuk mn..

mcm mn nk jadi cm aband spm kena dapt berapa masuk mn?

atikah zamri.

kalau blm habis spm masih ade masa lagi untuk belajar dan score yg terbaik.
cari pekerjaan lain dulu yang lebih baik dan rilek kerana kerjaya sbg penyelam komersial ni teruk dan tak sesuai untuk perempuan.

baca blog ini dari entri 01 hingga entri 120 untuk faham betapa susahnya kerja ini.nampak je mcm seronok tapi tak seronok mana.
Sesetgh perkara bkn hanya seronok yg dicari.

gud luck...

Assalam tuan ape nama fb tuan

cari di FB

ronin newg

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here