Dunia Commercial Diver



2007
Job di Batam (Samb)

Tugas aku kali ini hanya sebagai `Sat.support’.Aku tidak akan menyelam yang menyelam hanya `sat.diver’.Manakala `sat.support’berfungsi sebagai pasukan sokongan kepada mereka.Tugas kami ialah menyediakan keperluan-keperluan atau peralatan-peralatan yang diperlukan oleh `sat.diver’ dalam menjalankan tugas mereka dibawah air.memandangkan mereka tinggal didalam chamber jadi pasukan sokonganlah yang bertanggunggjawab menyediakan keperluan-keperluan tersebut mengikut arahan daripada `diving supervisor’ dan juga berpandukan dari arahan skop penugasan yang dikeluarkan oleh engineer.

Apabila peralatan tersebut diperlukan untuk tugas didalam air kami akan mengikatnya dengan tali dan shakel dan mengelungsurkan dari atas terus kepada diver melalui tali yang dipanggil `down line’.`Down line’ digunakan untuk menghantar peralatan kepada diver atau mengeluarkan peralatan tersebut dari air.Dihujung sebelah sana ia diikat pada `job site’ dan dihujung sebelah sini ia diikat di atas kapal.

Job ini ialah `submarine pipe line inspection’.Dalam tempoh tertentu paip gas atau minyak yang berada didasar laut mesti diperiksa jika terdapat sebarang kerosakan.Biasanya Sat.diver akan digunakan jika kedalaman air di sesuatu lokasi itu melebihi 50 meter tetapi ada masanya sat.diver akan digunakan juga walaupun dikedalaman kurang dari 50 meter.Ini kerana Sat.diver boleh bekerja dibawah air lebih lama berbanding `air diver’ kerana sistem dalam tubuh mereka telah disebatikan dengan kedalaman tersebut.Sebabnya sepanjang tinggal dalam chamber,tekanan persekitaran didalam chamber tersebut adalah disamakan dengan tekanan di `jobsite’ atau lokasi tersebut.Sebagai contoh jika jobsite tersebut dikedalaman 50 meter maka tekanan persekitaran didalam chamber adalah sekitar 40 meter. Lokasi projek adalah di Selat durian Batam.Indonesia.


pipe line inspectionPemeriksaan pipeline.


Tugas sebagai `sat.support’ ada masanya agak teruk dan ada masanya kurang teruk.Aku termasuk dalam shif siang bersama 3 diver lagi dan semuanya datang dari negara yang berlainan iaitu India,New Zealand dan Singapura.Turut berada diatas kapal ialah 2 orang anggota komando tentera Indonesia yang diupah bagi menjaga keselamatan kami selepas kapal ini diekori oleh bot laju yang tidak dikenali dipercayai lanun semasa dalam pelayaran menuju kelokasi.Jadi syarikat tidak mahu mengambil risiko terhadap kelancaran projek lalu mengupah anggota tentera tersebut.

Aku hanya sempat ikut projek dibatam 2 minggu sahaja apabila projek siap.Kemudian kami terus belayar ke Singapura dan masuk kepelabuhan `Loyang Offshore Base’ untuk proses `demobilasation’.Iaitu krew yang terlibat dengan projek sebelum ini ditukar.Manakala peralatan yang tidak diperlukan untuk projek akan datang dikeluarkan dari kapal.Dan seterusnya proses `mobilisation’ untuk projek baru iaitu krew yang baru dan peralatan yang diperlukan untuk projek akan datang akan dimasukan kedalam kapal. Oleh kerana aku baru sampai 2 minggu jadi aku tidak termasuk dalam senarai krew yang perlu ditukar,aku akan tinggal untuk sambung projek selepas ini di lapangan Kikeh dekat Labuan.

Photobucket
Rakan-rakan satu shif


Bersambung akan datang.....rekod Selaman paling dalam di perairan Malaysia.Next Entri mgkn akan lambat lagi keluar sebab blogger keluar job lama...sori...

8 comments:

Hi Spy Leman.. next entry tu agaknya berapa lama lg ekk?

lamanya lebih kurang 2 bulan....
sabarlah ekk.....

so mcm mana komen setakat ni adakah entri2 yg ade semakin membosankan?

hmm saya rasa ia menjadi lebih informative daripada personal.

sbb masa yg awal2 tu lebih mcm Spy Leman terkenang saat-saat manis masa belajo..

now more like kejer dan real thing yg ada masa kejer.. kureng personal touch, contoh, kalu bleh citerkan masa 1st time guna toilet dlm chamber tu ker, kalo bleh ceritakan laa pengalaman.. hehehehe mana laa org lain tau kot2 beza sket dr toilet luo ni..mcm toilet shopping complex skang ni perbagai.. ada sensor, ada pancut sendiri, ada manual..kan..?

then citer psl karenah2 birokrasi
utk dptkan job2 ni.. it will make your story more human..

but ni pendapat saya saja... sbb even macamana Spy LEman tulis, saya tetap baca.. sbb saya rasa pengalaman anda masa buat kejer2 dive ni, mmg lain dari yg lain..

just keep on writing..

-Stella-

This comment has been removed by the author.

karenah birokrasi tu tak boleh citer byk sgt nnt ade yg melompat,tapi utk makluman semua tempat ade politik yg berlaku tapi kita bersabar je lah....
sebab tu saya byk menceritakan perjalanan projek & tugas2 yg dilakukan....tapi lain kali saya cuba utk sentuh perkara ni sikit2...

Terima kasih atas segala komen2 yg diberikan

Apa kaedah yg digunakan untuk mengesan jikalau terdapat kebocoran / metal fatigue? Adakah operasi gas akan ditangguh apabila ada paip yg perlu di ganti/perbaiki & dalam tempoh yg berapa lama?

kalau ade kebocoran mereka akan tutup saluran yg bocor tu manakala saluran lain yg tak rosak akan jln seperti biasa.Jadi kita akan repair bhg saluran yg rosak shj.sebab kalau kalau mereka tutup oeperasi semua hanya kerana 1 saluran je yg rosak rugilah.....

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here