Dunia Commercial Diver



2009.
Ekonomi dunia bergolak,harga minyak naik melambung dan kadang-kadang turun.kos pengeluaran lebih tinggi dari keuntungan jualan.Banyak syarikat-syarikat besar menghentikan sementara operasi pengeluaran terutama syarikat-syarikat dan kontraktor-kontraktor yang beroperasi diLaut Utara (North Sea) yang mana kos operasinya sememangnya sudah tinggi.Ramai golongan pekerja seluruh dunia terjejas,begitu juga didalam industri minyak dan gas turut terkena tempiasnya.

Kemelesetan ekonomi dunia sebelum-sebelum ini langsung tidak memberi kesan terhadap industri minyak dan gas tetapi krisis ekonomi dunia pada 2008/2009 berbeza sama sekali.Operasi dan pengeluaran menjadi perlahan,banyak syarikat-syarikat mencatat kerugian dan ditutup.

Syarikat-syarikat kontraktor menyelam juga kurang mendapat kontrak.Sekaligus menyebabkan diver juga tiada kerja.Diver-diver `mat saleh’ dari luar Negara mula berpusu-pusu masuk dan mencari kerja dikawasan Asia kerana industri menyelam di sebelah Asia masih berjalan walaupun perlahan sedikit.Kebanjiran diver-diver dari luar ini turut menyumbang kepada meningkatnya pengangguran dikalangan diver tempatan terutamanya bagi diver-diver baru.Aku juga turut terjejas sedikit.Ada diver yang mula buat kerja-kerja lain selain dari diving.Ada yang berniaga makanan,meniaga di pasar malam,jadi pemandu teksi dan apa sahaja pekerjaan halal asalkan anak-anak dirumah dapat makan.Nasib baik kami para-para diver ini adalah dari golongan bawahan atau buruh kasar yang sudah biasa hidup susah jadi tidak menjadi masaalah untuk melakukan pekerjaan yang setara dengan kedudukan `susah’ kami.

Manakala sepanjang 5 bulan tidak bekerja aku ada juga buat kerja-kerja part time yang sesuai dengan kemahiranku didalam bidang keselamatan atau sebagai pengiring rapat menjaga keselamatan orang tertentu.kadang-kadang aku juga beri khidmat nasihat dalam bidang keselamatan atau dalam bidang teknikal melibatkan bidang selam atau chamber dan juga keselamatan menyelam apabila diminta oleh rakan atau kenalan.Tapi yang kelakarnya walaupun aku dipanggil untuk beri nasihat teknikal atau apa-apa kerja yang berkaitan dengan kemahiranku tapi aku tidak pernah minta bayaran kerana kepala otak aku ni bukannya `bussines minded' tetapi lebih kepada `helping friend minded'.walaupun aku tidak meminta sebarang bayaran dan menolak untuk dibayar tetapi rezeki tetap ada dan dari sumber yang tak disangka,syukur kepada Allah yang memberi rezeki.Bagi aku lebih baik tiada wang tapi ramai kawan daripada banyak wang tapi tiada kawan....

Aku mula keluar job pertama pada tahun 2009 ini pada bulan April iaitu selepas cuti monsoon,sedangkan semasa zaman ekonomi baik dulu aku masih ada job walaupun dalam musim monsoon.Ini terbukti ketika tahun 2006 dulu ketika aku mula-mula dapat job dulu waktu itu hampir tarikh hari krismas dan dalam musim monsoon.

April 2009 ini aku mula naik `Barge’ Enterprise 3.Aku naik job ini kerana Supritendant yang bersama dengan aku semasa di barge Sapura 3000 dulu mahu aku berada didalam pasukannya disini. Alhamdulillah kerana aku masih dapat job dikala diver lain ramai lagi yang tiada kerja.



enterprise 3
Inilah barge Enterprise 3


Di Enterprise 3 (E3) jadual ku ialah 2 bulan kerja dan 1 bulan cuti.Disini kerjanya lebih kepada `construction job’ yang mana bila sebut construction job itu sudah semestinya kerja-kerja yang dilakukan didalam air itu memang kerja berat,memasang struktur besar dan berat,menggunakan tools yang berat-berat dan melakukannya didalam air seorang diri dengan bantuan dan sokongan dari pasukan sokongan yang berada atas platform atau atas barge.Barge adalah tongkang yang mempunyai kemudahan sama seperti kapal Cuma bezanya kapal ada enjin tapi barge tiada enjin untuk belayar.Barge akan ditunda oleh bot penunda untuk bergerak dari satu lokasi kelokasi yang lain.


April hingga Jun aku berada di E3 berterusan selama 3 bulan.Diperingkat awal kami buat projek `pipe lay’ yang mana saluran paip minyak atau paip gas yang baru akan diturunkan kedasar laut dari atas barge.Saluran paip ini akan menyalurkan bekalan gas atau minyak dari pelantar yg terletak ditengah laut hingga ke tanah besar yang mana jaraknya biasanya beberapa ratus kilometer.



welder
Welder sedang melakukan kerja-kerja memateri dan menyambung dua saluran paip


welder E3
Welder sedang melakukan kerja-kerja memateri dan menyambung dua saluran paip

Mula-mula para `welder’ akan memateri dan menyambungkan bahagian paip tersebut selepas itu bahagian yang diwelding tadi akan akan diperiksa dengan ujian kualiti yang ketat termasuk ujian x ray.jika lulus ia kemudian diturunkan melalui belakang barge yang dipanggil `stinger’.Dalam masa yang sama barge ini akan bergerak kehadapan perlahan-lahan.Proses ini berjalan berterusan 24 jam sehari siang dan malam berganti shif dan 7 hari seminggu.


stinger..Saluran paip keluar perlahan-lahan dari bahagian belakang Barge dan melalui stinger sebelum turun kedasar laut.


Dalam satu hari biasanya sebanyak 80 ke 100 batang paip disambungkan dan diturunkan kedasar laut.tetapi jika projek seperti ini melibatkan paip yang lebih kecil maka lebih banyak bahagian yang boleh disambung setiap hari,kerana lebih besar paip yang hendak dikerjakan maka lebih tinggi tahap kesukarannya.


Bersambung.....
(untuk makluman bog diupdate semasa dalam pelayaran pulang selama 7 jam dengan `crew boat' Hatta Empat dari lokasi oil field Tangga Barat ke Kemaman Supply Base).

5 comments:

Spy Leman,
Semoga sentiasa diberikan rezeki oleh Nya.. Sabar..

Spy Leman.. nnt leh laa buat detour story time jadik pengiring ker.. eeaa..

Yong Ana-InsyaAllah...mmg sy yakin sepenuhnya Allah yg beri rezeki dan sentiasa bersangka baik...

stella-citer pasal tu ke hmm...nnt lari dr tajuk menyelam utk hiduplah,kalau citer tu kena buat tajuk eskot untuk hdup pulaklah ...setuju?

tahniah buat spy leman
seronok baca blog melayu menyelam utk hidup. saya dapat bayangkan semua cite PDRM tu.... dan saya pun dah lama tinggalkan dunia diver ini.
sbb hanya Diver utk menyelamat dan mencari mangsa je.... itulah kalau lah saya ni lelaki boleh sahut cabaran jadi diver wanita malaysia kan..

tahniah sekali lagi kerana berjaya jadi diver yang berkalibar... MELAYU BOLEH!!!! kaitan Diver dengan welder cam ne pulak

azie senyum manis - (senyum sendiri saya tulis nama u)
t.kasih kerana sudi layan..kaitan diver dgn welder ialah welder mesti welding pipeline tu dulu brlah boleh dihntr turun keair lepastu barulah boleh diver turun check.welder offshore ni kategori specialist tau.welder dgn diver biasanya geng & ada ramai juga welder yang last2 jd diver gak.
kat entri tu sengaja letak gmbr welder sbb ramai org tak tau mcm mana pipeline tu disambungkan

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here