Dunia Commercial Diver



7 Mei 2010
Dari Kota Kinabalu aku bersama dengan 2 lagi diver yang bersama-sama denganku semasa projek trenching terus terbang keBintulu untuk naik Barge Enterprise 3 (E3) kerana disana ada job yang memerlukan diver tambahan.Pada masa ini E3 sedang buat job `pipe lay’ di Murphy Oil, Bintulu field.

PhotobucketEnterprise 3 banyak menjalankan kerja-kerja pipe lay.Dalam entri yang lepas aku dah ceritakan tentang kehidupan dan kerja-kerja pipelay di Enterprise 3

Sampai di Barge aku terus masuk shif malam bermula jam 2300hrs hingga jam 1100 hrs keesokannya.Jam 0800hrs pagi tu aku melapurkan diri kepada Diving Supritendant  yang baru bangun tidur.Semasa kami sedang berbual-bual,pada masa sama para pekerja sedang menurunkan `Lay down head’ atau dalam bahasa yang senang difahami ialah hujung kepala paip.Lay down head ini sedang diturunkan kedasar laut,prosesnya adalah perlahan-lahan.Tiba-tiba kabel wire yang dipasang dihujung lay down head tersebut putus dan ia terus bergerak dengan lajunya terus jatuh kedasar laut.Kami semua dapat melihat dengan jelas kerana ketika proses tadi berjalan ia dipantau oleh `remote operated Vehichle ‘(ROV) dan dirakam dengan kamera yang ada pada rov tersebut.

Photobucketcontoh-contoh grafik `laydown head'


Kemudian rov tadi terus dihantar kedasar laut untuk membuat tinjauan keadaan laydown head tadi dan bahagian-bahagian lain pipeline jika terdapat sebarang kerosakan akibat dari kejadian tadi.Dari tinjauan awal yang dibuat oleh rov terdapat tanda-tanda kerosakan pada pipeline tersebut tetapi tidak dapat disahkan akan kesahihannya kerana keadaan lantai laut yang berlumpur dan visibility yang tidak berapa jelas.
Beberapa jam kemudian selepas para pegawai atasan bermesyuarat mereka buat keputusan untuk mnghantar diver bagi memastikan benar-benar terdapat kerosakan pada pipeline tersebut.Mula-mula rakanku diver A dihantar turun. Dikedalaman 48 meter beliau melapurkan pipeline tersebut sudah 95 peratus tetanam dalam lumpur.Dalam keadaan meraba-raba kerana tidak boleh melihat akibat lumpur beliau melapurkan yang pipeline tersebut sudah bengkak dibahagian joint atau penyambung antara 2 pipe.
Oleh kerana diver A melapurkan keadaan tersebut dalam keadaan meraba-raba dan berdasarkan apa yang dirasa oleh tangannya jadi supritendant dan engineer tidak mahu menerima lapuran beliau lalu mereka memutuskan menghantar aku turun dengan harapan aku akan membawa berita yang lebih baik.


Dengan penuh semangat aku pun turun. Dikedalaman 48 meter dan seabed yang berlumpur aku juga mengalami nasib yang serupa seperti diver A tadi.Memang aku dapati pipeline ini telah bengkok dan mesti dibaiki.Hanya 21 minit sahaja aku berada didasar kemudian aku diarahkan meninggalkan seabed segera.Dalam perjalanan untuk naik ke permukaan aku mesti membuat 5 kali hentian yang mana masa yang diambil untuk hentian ini kesemuanya adalah 68 minit 3 kali lebih lama dari masa bekerja didasar.
Kemudian apabila tiba dipermukaan aku diminta melukiskan keadaan dan lokasi kerosakan pipeline tersebut.Selepas aku ada 3 lagi diver dihantar turun dan oleh kerana semua diver melapurkan perkara yang sama akhirnya pegawai atasan dan Engineer bersetuju yang pipeline tersebut rosak dan perlu dibaiki.Projek untuk membaiki pipeline tersebut pula akan melibatkan kos jutaan ringgit pula dan ianya akan ditanggung sendiri oleh kontraktor.

PhotobucketApabila laydown head sudah sampai di lantai laut diver akan dihantar turun untuk membuka shackle yang disambung dengan kabel keluli yang dipasang padanya sebelum itu



Sebenarnya aku dihantar kesini adalah sebagai diver tambahan untuk tugas memasang `bow sling’.`Bow sling ‘ adalah wire kabel yang dipasang pada pangkal pipeline yang kemudian ditambat pada kaki platform atau kaki jacket.Pipeline tersebut kemudian disambung-sambungkan dan diturunkan kedasar laut (laypipe) sehingga sampai kedaratan.Sekiranya tidak ditambat pada kaki platform pipeline tadi akan bergerak jauh meninggalkan platform semasa proses laypipe tadi berjalan.

Tugas ini sekejap sahaja,hanya memerlukan 3 atau 4 dive sahaja paling maksimum.Selepas tugas selesai dengan jayanya aku pun bersiap-siap untuk pulang manakala diver-diver asal yang berada di Barge ini akan meneruskan tugas asal mereka iaitu stinger check.Untuk tugas stinger check tidak memerlukan ramai diver hanya 4 orang sahaja untuk 1 shif.
Jam 0800hrs pagi 11 Mei 2010 selepas 4 hari aku berada di Enterprise 3 (E3) aku pun belayar menuju ke Bintulu dengan crew boat.Pelayaran dari lokasi tadi menuju ke Bintulu mengambil masa 2 jam.Kemudian sebaik sahaja liputan telefon mula kelihatan diskrin telefon tiba-tiba aku terima panggilan dari Staff Offshore Subsea works,``Selamat pagi En Leman,adakah En Leman available untuk naik job 18 mei ini iaitu minggu depan?” Dengan pantas aku menjawab `` Ya Saya available dan sedia digerakan kemana sahaja dan bila-bila masa sahaja".Girangnya rasa hati kerana terasa seperti diri ini dihargai..........Alhamdulillah.......

8 comments:

mmm.. kenapa diminta naik selepas 21 minit?? any particular reason??

pipeline bengkak = pipeline bengkok??

sebab kalau lebih dari 21 minit nnt time decompression akan berubah menjadi lebih lama dr jadual asal.
pipeline bengkok & bengkak...(org jawa kat kg sy kata (bend & swollen)tak taulah betul ke tak ejaan tu..

salam... spy leman, knapa kna stop smpai 5X,& lebih sjam nak naik, bukannya lebih 60 meter pun... (48m je cetek tu... ) curency kuat sgt ke kat bwh tu.... dan knapa x ajak je supt & ir tu turun sekali... hehehe.
apakah pipeline yang bengkak tu salah welder @ knapa blh jd camtu..

w.pun kedalaman 48 meter kdg2 supervisor akan menggunakan jadual hentian mengikut 50 meter atas sbb2 keselamatan & kemungkinan juga waktu sy berada didasar (bottom time)ketika itu telah melebihi dr had yg dibenarkan untuk kedalamanan 48 meter jd supervisor menetapkan jadual hentian sy sedemikian mengikut jadual dekompresi didalm Us Navy Table (USN table).sy beri komen ini tanpa merujuk kpd jadual trsb tau sbb malas nk buka buku masa ni.

current atau arus masa tu takde pun cuma seabed je berlumpur sgt,kalau gerak je sikit dah tampak ape2 dah.

zaman untuk supt turun air dah berlalu..iaitu ketika dia muda2 dulu,skrg dia dah jd boss so hanya kuli2 mcm sy je yg masih turun air..manakala engineer pula tak turun air sbb takde sijil menyelam selayaknya.kalau dorg ade sijil menyelam tentu dorg pun tak mau jd engineer lg.

pipeline tu bengkak dan bengkok sbb apabila kabel wire tu putus impak semasa melorot turun & jatuh secara kasar dr atas barge terus kedasar 48 mtr tu so apabila jatuhannya tidak terkawal maka rosaklah ia.....

tq,tq,tq, penjelasan yang memang sya paham...,
skrag ni spy kat mana??? laut ke darat ???
sehingga kini selaman yang paling dalam berapa meter???

Cik/Puan Azie senyum manis t.kasih krn selalu tinggalkan komen,skrg sy berada dilaut kerana diving season dah bermula semula,

setakat ni selaman paling dalam ialah 52 meter itupun masa kursus di Australia dulu.

spy.. guna nickname sya snYm MaNis

EMMMM klu cam tu....sya lbih sikit dr en.spy le...., iaitu 60 m dasar laut kat pangkor... masa buat lthan rescue diver tapi tahun 99- dah lama dulu... sbb bos jd buddy merangkap instructor saya msa tu... kursus dgn NAUI itupun jbtan yg hntr... & sorg je wnita jd depa jaga mcm puteri laut... skrg lama dah x menyelam.. tukar unit lain

spy, tsunami kat jepun... awk x kena tempias ke kat laut tu.... e3 dimana skrg... tq spy... bg respond

Tahniah Puan krn berjaya buat selaman sedalam 66 mtr.

Saya menyelam untuk hidup iaitu menyelam untuk mencari makan so sy kena melakukannya secara selamat.
there is joke among us `dive safely do not dive simply simply'

Kalau dlm industri oil & gas memang peraturannya sangat2 ketat dan mesti dipatuhi.sebab itu dari kajian yg dibuat nisbah kemalangan antara sport diving dan commercial diving adalah 30 dlm sport diving 0 dlm commercial diving terutamanya oil & gas.

Apabila selalu sgt bekerja dlm suasana keselamatan agak ketat maka sy terbawa hingga dalm kehidupan harian termasuk juga apabila melakukan sport diving,lalu sy elakan dr melanggar peraturan diving jika tiada keperluan.

lagipun sebagai Diver Medic Technician sy harus menunjukan contoh yg baik kpd lain2 diver supaya selalu mengikut peraturan dan menyelam mengikut kemampuan.

Walaubagaimanapun saya pasti semasa Puan buat deep dive masa itu persedian dan perancangan telah dilakukan sewajarnya.

buat masa ini mac 2011 saya berada dilapangan minyak exxon mobil di Terengganu (pelantar Tapis A,Tapis B).pd masa ini cuaca masih baik.Syukur kepada Allah.

untuk makluman juga blog ini tidak dpt diupdate sehingga sy pulang pd bulan mei nnt.kerana kekangan dlm penggunaan internet.

T.kasih banyak

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here