Dunia Commercial Diver



Tiba-tiba kami rasa hentaman yang sangat kuat berlaku disebelah hadapan dan dalam sekelip mata sahaja helicopter yang kami naiki sudah berada didalam air.Heli yang kami naiki dalam keadaan baik tadi dan sebelum itu terbang dengan laju tiba-tiba sekarang dalam sekelip mata telah jatuh kelaut dalam keadaan menjunam.Tapi ia tidak terus tenggelam malah ia dalam keadaan tegak.

heli di air Beberapa detik sebelum helikopter terbalik

Semua penumpang bergegas cuba keluar dengan cuba membuka pintu seperti yang diterangkan didalam taklimat keselamatan semasa sebelum naik helicopter dan seperti yang diajarkan semasa hadir kursus HUET (Helikopter underwater escape training) dulu tetapi tidak Berjaya,pada masa itulah datang pembantu juruterbang membantu kami membuka pintu dan membolehkan semua penumpang keluar segera dari perut Helikopter tersebut.Apabila Berjaya keluar dari helicopter tersebut masing-masing cuba menyelamatkan diri sendiri dengan ada yang berpaut pada ekor helicopter yang telah patah,ada yang berenang-renang mengapungkan diri sambil cuba mengelembungkan life vest yang dipakai.Mungkin kerana dalam keadaan panic agaknya ada yang menarik tali untuk mengelembungkan life vest sampai putus talinya tapi life vest tetap kempis maka terpaksalah digunakan cara manual iaitu dengan meniupnya sehingga kembang.ketika itu juga aku terapung bersama 2 orang lagi kawanku iaitu abdul muluk dan zulkifli, Abdul Muluk tidak tahu berenang dan life vestnya juga belum kembang beliau sedaya upaya cuba mengapungkan dirinya dengan berpaut pada apa sahaja yang boleh dicapainya termasuklah mencapai tangan dan kepala ku menyebabkan aku tenggelam ke air dan tercungap-cungap.Apabila Berjaya menstabilkan diri aku kemudian menarik abdul muluk dan memegangnya lalu meniup `live vest’nya sehingga kembang.

Aku lihat sudah terlalu ramai mangsa yang berpaut pada ekor pesawat yang telah patah itu sehingga tidak ada ruang lagi untuk kami menumpang.Tiba-tiba pesawat yang tadinya berada dalam keadaan tegak mula terbalik kebawah dimana bahagian tayarnya berada diatas kerana `main rotor’nya (kipas besar) berat dan panjang.Apabila terbalik sahaja helicopter itu aku lihat mangsa-mangsa yang berpaut di ekor pesawat tadi berebut-rebut pula pergi berpaut di tayar helicopter tadi yang ketiga-tiganya sudah berada di sebelah atas.Masa itu juga aku lihat beg-beg pakaian kami bertaburan terapung dipermukaan laut.

Lebih kurang 20 minit kami semua terapung diair dengan haluan masing-masing dan macam-macam yang kami fikirkan apakah ada orang yang akan datang menyelamatkan kami,ada yang hanya memikirkan tentang keselamatan diri sendiri walaupun pandai berenang tetapi tidak beri peluang kepada yang tidak pandai berenang untuk menumpang berpaut pada mana-mana bahagaian yang boleh ditumpang berpaut. Tiba-tiba kami lihat berderu-deru datang bot penyelamat yang dihantar dari platform yang sememangnya sangat dekat dengan tempat helicopter kami jatuh.Selain dari bot penyelamat ada juga bot nelayan yang menghampiri dan berpusing-pusing sekeliling kami bersedia untuk menghulur bantuan sekiranya bot penyelamat yang dihantar tidak mencukupi.Akhirnya Kami semua dimasukan kedalam satu bot penyelamat dan apa bila sampai di platform bot tadi disangkutkan di landasannya dan terus ditarik naik ke platform kami semua dibawa ke galley (dewan makan) dan kepada yang cedera dengan segera diberi rawatan disana.

Keadaan pada masa itu memanglah kalut dan agak kecoh juga.Para `safety officer’ dan pegawai-pegawai platform sibuk menguruskan apa-apa keperluan segera bagi situasi kemalangan begitu.Semasa diberi rawatan di galley ini kami dapat tahu yang kapten Saleh iaitu juruterbang helikopter tiada didalam kumpulan mangsa yang terselamat.Mungkin beliau tidak Berjaya menyelamatkan diri agaknya.Dan hanya beberapa lama selepas itu baru kami dapat tahu yang Kapten Saleh telah terkorban dalam kemalangan itu.

kami semua diaturkan untuk dihantar kehospital didarat.Kepada yang mengalami trauma agak teruk sedikit akan dihantar dulu.Ada pegawai atasan yang bertanya sama ada kami mau dihantar kehospital dengan `crew boat’ atau dengan helicopter,oleh kerana perjalanan dengan `crew boat’ mengambil masa 8 jam jadi semua mangsa sepakat untuk naik helicopter yang mana penerbangan ke Kuala Terengganu hanya mengambil masa 45 minit sahaja.Bila ditanya adakah kami tak takut jatuh lalu rakanku menjawab “tadi sudah jatuh,kalau nak mati tadi dah mati dah”.Lalu berduyun-duyunlah helicopter dari darat datang untuk mengambil kami.Setiap mangsa menaiki helicopter dimana sebuah helicopter untuk seorang mangsa jadi memang sibuklah platform Tapis B hari itu dimana helicopter bersilih ganti mendarat mengambil seorang mangsa dan terus terbang ke Airport Kuala Terengganu.Helikopter yang terakhir datang dan mengambil aku dan seorang lagi mangsa.

mangsa dibawa kehospital
Mangsa yang terlibat didalam nahas dibawa kehospital



Kami semua dimasukan ke Hospital Kuala Terengganu selama seminggu sebelum dibenarkan pulang kerumah masing.Semasa didalam wad di Hospital itulah aku mendapat demam mungkin kerana muscle dan otakku terkejut dengan kejadian itu agaknya.Semasa diHospital ramai benar orang yang melawat kami selain dari ahli keluarga sendiri termasuk juga pihak media yang bertanya untuk mendengar sendiri pengalaman kami yang terselamat didalam kemalangan helicopter itu.Maka letihla aku bercerita pada mereka sampai naik bosan jadinya.

Kejadian terlibat dalam nahas helicopter tersebut dan terselamat tetap tidak akan dapat kulupakan selama-lamanya.Dan sehingga sekarang kejadian itu itu tetap segar seolah-olah baru semalam berlaku.dan ia akan kembali segar setiap kali aku terpaksa naik helicopter lagi untuk ke offshore tapi apakan daya nak elak tak boleh kerana memang sudah tugas ku sebagai pekerja `offshore’ ada waktu-waktunya akan terpaksa naik helicopter juga sama ada untuk pergi atau untuk pulang.

`AKU’ yang terlibat dalam nahas helicopter tersebut adalah MOHD TARMIZIE SULAIMI SULAIMAN seorang welder yang menceritakan pengalaman ngerinya itu secara detail kepada ku (spy Leman) sewaktu kami berkerja diatas kapal yang sama suatu ketika dulu.(Terima kasih saudara Mizi kerana sudi berkongsi cerita ini lalu dapat aku berkongsi dengan pembaca blog ini pula.

miji
Penulis (memakai bandana) bergambar bersama Mohd Tarmizi sulaimi Sulaiman yang terlibat dalam nahas Helikopter tersebut.Atas permintaannya wajahnya terpaksa disamarkan namun tahi lalat ditepi hidungnya tetap boleh dicam./



Kejadian helikpter terhempas tersebut berlaku dalam rebut petir pada 5 Nov 2006 jam 1145 pagi dipercayai akibat `air pocket’ dan angin kencang menyebabkan helicopter Super Puma tersebut tiba-tiba hilang kawalan lalu terhempas kelaut kira-kira lebih kurang 200 meter dari Platform Tapis B yang terletak kira-kira 165 kilometer dari Dungun Terengganu.Semasa kejadian helicopter tersebut membawa 19 penumpang dan 2 juruterbang.Didalam kejadian tersebut juruterbang helicopter tersebut telah terkorban manakala penumpang yang lain Berjaya diselamatkan termasuk 3 yang cedera.

sewaktu diangkat keluar dr laut
Bangkai helikopter tersebut sewaktu baru diangkat keluar dari dasar laut.(gambar-gambar helikopter adalah ehsan sumber yang namanya dirahsiakan


Diatas dek kapal selepas diangkat keluar dr lautBangkai pesawat diletakan diatas dek kapal selepas berjaya dikeluarkan dari dasar laut.(gambar-gambar helikopter adalah ehsan sumber yang namanya dirahsiakan


Diatas dek kapal selepas berjaya diangkat keluar dr lautBangkai pesawat diletakan diatas dek kapal selepas berjaya dikeluarkan dari dasar laut,(gambar-gambar helikopter adalah ehsan sumber yang namanya dirahsiakan).

Chopper – Helikopter
Lighter - Pemetik api
Shut Down - Menghentikan operasi untuk tempoh tertentu.
HUET -Helicopter Escape Underwater Training.
Main rotor -Kipas Utama
Head set -Alat pendengaran dalam pesawat
Galley -Dewan makan
Safety officer -Pegawai keselamatan
crew boat -bot laju untuk krew ke offshore
life vest -pelampung penyelamat

nota kaki- 3 bulan kemudian sebuah lagi Super Puma telah terhempas di Bintulu Oilfield dan mengorbankan seorang penumpang yang mana Spy Leman telah terlibat dalam operasi menyelamat mengeluarkan bangkai helikopter tersebut.kisahnya boleh diikuti dalam entri bertajuk chopper crash recovery.

Ahad
5Hb...

Hari itu aku bersiap- siap hendak ke offshore seperti biasa..Waktu itu jam 5 pagi aku berlepas dari rumah dengan dihantar oleh 2 rakan ku.Sebelum sampai di Airport kami sempat bersarapan bersama.Sampai di Airport Kerteh waktu itu masih awal lagi dan seperti biasa kami akan uruskan apa-apa yang patut seperti menyerahkan hand phone dan lighter kepada pihak berkuasa airport kerana tidak dibenarkan dibawa ke platform.Sebelum naik `chopper’ (helicopter) seperti biasa semua orang diwajibkan hadir taklimat keselamatan,taklimat tersebut menerangkan serba sedikit tentang heli yang bakal dinaiki dan bagaimana membuka pintu kecemasan serta apa yang perlu dilakukan jika berlaku kecemasan.Helikopter yang bakal kami naiki kali ini adalah jenis Super Puma.

heli MHS
Salah sebuah Helikopter kepunyaan Malaysia Helikopter Services yang digunakan untuk megangkut pekerja ke offshore.Ini bukan Helikopter jenis Super Puma,hanya sebagai gmbr hiasan.

Aku bersama dengan 19 lagi penumpang akan terbang ke Platform Guntong D untuk 1 tugas `shut down' di dikawasan yang tidak terlalu jauh dari platform Tapis B .Platform Guntong D dan Tapis B adalah kepunyaan Exxon Mobil yang mana ianya adalah sebahagian dari rankaian platform-platform yang terdiri dari Tapis A,B,C,E,D dan F manakala Platform Guntong pula terdiri dari Guntong A,B,C,D,E dan F.Selain dari Tapis dan Guntong ada beberapa lagi platform kepunyaan Exxon Mobil yang menggunakan nama lain seperti Seligi dan Bekok .Platform-platform tersebut dipasang disitu sejak awal tahun 70an lagi kalau tak silap aku antara tahun 1971 hingga 1974.Didalam penerbangan ke Guntong D dan Guntong E kami dijangka singgah untuk menurunkan penumpang diTapis B kerana Tapis B terletak didalam haluan yang sama dengan Guntong D dan E. Yang aku masih ingat sebahagian dari penumpang adalah kakitangan Sarku,Sclumbeger dan sime darby.

oil field map
Peta Lapangan minyak diseitar Terengganu termasuk kawasan dimana terletaknya Platform Tapis B dan Guntong.

Penerbangan ke Guntong D dijangka mengambil masa 1 jam 45 minit.Kami berlepas pagi itu kira-kira lebih kurang jam 1045 pagi.Pada mulanya penerbangan adalah berjalan seperti biasa seperti sebelum-sebelum ini,ada yang cuba melelapkan mata atau hanya melayang-layangkan fikiran kemana sahaja yang boleh sementara hendak sampai ke destinasi.Kemudian Selepas setengah jam terbang tiba-tiba hujan turun dengan sangat lebat bersama dengan ribut petir dan angin sangat kencang.Waktu ini bulan November sudah dikira masuk musim monsoon jadi jika hujan turun ianya adalah sangat lebat dan anginnya pula memang kencang,jika dilaut pula ombak dan gelombang sangat tinggi.Walaupun hujan lebat dan ribut petir tapi penerbangan tetap diteruskan kerana platform Tapis B sudah tidak berapa jauh.Tidak ada rasa curiga langsung dengan penerbangan pada hari itu melainkan hanya memikirkan tentang hujan lebat yang mungkin buat kami basah apabila mendarat nanti.

Tapis B
Platform Tapis B Kepunyaan Exxon Mobil dengan Petronas Carigali mempunyai pegangan share sebanyak 50 peratus kalau tak silap aku.

Sayup-sayup dari jauh platform Tapis B sudah kelihatan dalam pandangan mata.Ketika sudah begitu hampir hendak mendarat di helideck platform iaitu lebih kurang 200 meter.Tiba-kami dengar dari `headset’ yang kami pakai suara Pilot iaitu Kapten Saleh berteriak ALLAHU AKBAR !! ALLAHU AKBAR !! ALLAHU AKBAR !! beberapa kali dan diselang seli dengan menyuruh para penumpang mengucap.Hallamak..apa ni,apa sudah jadi ? Suasana tegang seketika tetapi semua penumpang masih berada ditempat duduk masing-masing.Aku pun segera mengucap dua kalimah syahadah dan dalam masa sama sempat juga berpesan kepada penumpang disebelah ku supaya mengucap dua kalimah syahadah tapi dia hanya diam membisu dan buat tak tahu sahaja dengan pesananku.Rupanya-rupanya dia orang Vietnam.Cess patutlah takde tanda-tanda nak insaf pun.Tiba-tiba kami rasa hentaman yang sangat kuat berlaku disebelah hadapan dan dalam sekelip mata sahaja helicopter yang kami naiki sudah berada didalam air.Heli yang kami naiki dalam keadaan baik tadi dan sebelum itu terbang dengan laju tiba-tiba sekarang dalam sekelip mata telah jatuh kelaut dalam keadaan menjunam.

Bersambung..........


Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here