Dunia Commercial Diver



Selepas job dengan Company Singapore selesai dalam masa 15 hari aku kembali menganggur.
Aku meluangkan lebih masa dengan keluarga dan menyibukkan diri dengan berbagai aktiviti dan kebanyakan dari aktivitiku itu rasanya berfaedah,tak tau pulak kalau bagi orang lain ianya tak berfaedah.
Dalam pengangguran ini aku juga sertai NGO yang buat kerja-kerja amal secara sukarela dan aku bawa sekali anak-anak dan isteri ku (takde isteri-isteri sebab 1 je isteri) join sekali dalam aktiviti amal NGO itu setiap minggu.

NGOAktiviti NGO yang disertai setiap minggu sewaktu didarat

NGOAktiviti NGO yang disertai setiap minggu sewaktu didarat


Aku juga Berjaya menubuhkan satu kumpulan haram (Kumpulan yang tak berdaftar dengan pendaftar pertubuhan tu kira kumpulan haramla).Kumpulan haram yang aku tubuhkan ini Berjaya mendekatkan semula rakan-rakan lama yang pernah berjuang bersama-sama semasa dalam pasukan khas dulu malah Berjaya juga menganjurkan aktiviti-aktiviti lasak untuk kumpulan ini sambil beramah mesra dan bersantai.Antara aktiviti yang dijalankan ialah Rock Climbing dan acara Abseilling/Rappeling dari menara.Dengan aktiviti-aktiviti seperti ini sekurang-kurangnya dapat juga menghilangkan kerinduan mereka terhadap aktiviti-aktiviti yang pernah menjadi rutin harian kami semasa `muda dan bahaya’ (Young & Dangerous) dulu.Walaupun sebahagian besar dari kami dah masuk kategori reput tapi masih berjiwa muda dan berjiwa perang lagi....betullah pepatah omputih yang berbunyi `Once a Soldier Always Soldier’ tapi kami polis bukan askar...so jadinya `Once a Police Always Police’ la kiranya....ah lantaklah janji hapi....

AbseilingAktiviti Abseiling bersama-sama grup orang pencen dan reput seperti aku....


abseiling org pencenAksi orang Pencen yang masih bisa berbisa....

Manakala dirumah pula setiap hari ada sahaja kerja rumah yang dilakukan sama ada mengemas rumah,memasak atau membasuh kain, meringan tulang membantu isteri bagi mengeratkan kasih sayang.Tetapi rutin wajib dan harianku ialah menghantar anak-anak kesekolah dan mengambil pula selepas selesai sekolah.Dulu waktu masih berkhidmat dengan kerajaan aku selalu jadi pengawal peribadi pada VVIP berisiko tinggi dari seluruh dunia dan salah seorang darinya ialah Fidel Castro bekas Presiden Cuba dulu...(jangan tak percaya) ini betul-betul...bukan Cobaan....Tapi sekarang aku jadi pemandu peribadi dan pengiring pada anak-anakku kerana mereka adalah aset-aset ku yang berharga.Sejujurnya aku langsung tidak penat melakukan untuk mereka malah teramat-amat seronok sekali.Kerana setiap kali memeluk dan mencium mereka lalu melepaskan mereka masuk kepagar sekolah adalah satu situasi yang menyeronokan dan datang satu perasaan yang indah sekali....(kalau tak caya cubalah buat begitu dengan penuh ikhlas terhadap orang tersayang anda)

Semasa menjaga `high risk VVIP’ dulu aku harus peka dengan waktu tak boleh terlewat begitu juga dengan VIP-VIP kecil iatu anak-anakku itu.Kerana jika aku terlewat menjemput mereka dari sekolah nanti aku kena soal siasat panjang lebar kenapa aku datang lambat terutama anakku yang bongsu yang dalam darjah satu itu sebab mulut dia ade insuran cuma laser sikit macam bapak dia hu hu hu akulah tu....

Dalam masa yang sama aku mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan yang berkaitan dengan ilmu dan kemahiranku sebagai penyelam komersial.Itupun kerana didorong oleh seorang sahabat yang hensem dan pandai menarik aku perlahan-lahan untuk belajar berniaga yang mana aku kurang arif sikit. Semoga dengan berkat doa ibu dan ahli keluarga yang lain mudah-mudahan Allah memudahkan segalanya bagiku.Tapi kawan-kawan semua jangan bimbang jika ditakdirkan satu hari nanti aku jadi ahli perniagaan yang berjaya dan kaya-raya sekalipun InsyaAllah aku tetap akan menjadi diri aku yang sekarang ni... tetap rock kapak dan berjiwa klasik nasional....hu hu hu...


Rock ClimbAktiviti Rock Climb dan Australian Rappel yang aku anjurkan,dasar orang tua yang memang tak reti duduk diam-diam


Rock ClimbAktiviti Rock Climb dan Australian Rappel yang aku anjurkan,dasar orang tua yang memang tak reti duduk diam-diam


Semasa dalam tempoh pengangguran ini juga aku diuji lagi dengan musibah kecil,ditimpa kemalangan semasa menunggang basikal bukit.Terjatuh dikawasan berbukit dalam kelajuan tinggi dan akibatnya aku dimasukan ke Hospital.Semasa dihospital itu ramailah rakan-rakan yang menelefon dengan kerisauan dan bertanyakan keadaanku malah ada yang tiba-tiba je muncul menjengukku.Malah boss lama aku yang sudah bergelar Dato juga segera call bertanyakan keadaanku.Aku rasa terharu dalam Redha.Aku gembira dan redha kerana tak putus-putus diuji kerana diuji itu tandanya Allah masih sayang pada hambanya yang tak sempurna ini.

Hikmahnya disebalik ujian ini ialah aku tau terlalu ramai yang mengambil berat tentang diriku dan banyaknya hati yang perlu dijaga.

Santai 4x4Bersantai 4x4 bersama keluarga & anak-anak saudara

Dalam pengangguran ini ada rezeki dan ada bahagia.....
Pengangguran itu sendiri adalah rezeki dari Allah bagi yang ikhlas...
Terima kasih rakan-rakan,terima kasih keluarga dan Terima Kasih Allah atas Kasih Sayang Mu......: )




4 comments:

mmg aktiviti yang berfaedah..

T-ara Arzeillia -

Ye ke ? Terima kasih kerana menyokong....

klasik nasionallll.. :)

Cik Irnie comel..

Nape tak caya ke..?
Kerja ganas tapi jiwa klasik nasional ek...
tp orgnya `Hot'...

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan