Dunia Commercial Diver



Showing posts with label 48-Kapal baru kerja penat tapi fun.... Show all posts
Showing posts with label 48-Kapal baru kerja penat tapi fun.... Show all posts

JUN 2010
Aku dipanggil untuk naik kapal / barge baru iaitu QP2000,barge ini dibuat diChina dan kalau tak silap aku ia kepunyaan syarikat dari India berdasarkan dari namanya iaitu Quippo Prakash 2000.Aku bersama dengan 2 orang lagi rakan ku iaitu diver Jaafar Black dan Diver Jamal Chor,kedua-duanya bekas Navy.
Peringkat awal ini kami buat tugas `mobilisation’ iaitu menyiapkan kelengkapan dan menguruskan susun atur kelengkapan menyelam yang akan digunakan dalam projek yang dirancang.Terlibat dengan tugas `mobilisation’ bukanlah tugas mudah lebih-lebih lagi jika hanya 3 orang sahaja yang terlibat dan perlu menguruskan kelengkapan yang banyak dan berat-berat.Barge ini pula baru keluar dari kilang dan projek yang bakal dibuat adalah projek pertama bagi barge ini.
Oleh kerana barge ini masih baru jadi masih banyak kelengkapan yang kurang dan kami terpaksa bekerja dalam keadaan serba kekurangan.Disinilah segala kemahiran dan inisiatif diperlukan bagi memastikan proses `mobilisation’ kelengkapan peralatan menyelam berjalan lancar dan Berjaya.

geng mobilise
Sahabat yang sama-sama bertungkus lumus denganku semasa proses mobilisation


Kerja yang kami buat disini Memang sangat memenatkan dan meletihkan,kerja kami bermula seawal jam 0700 pagi dan kadang-kadang selesai jam 1200 tengah malam.Oleh kerana kami hanya bertiga sahaja dan kami masih tinggal dihotel jadi masih tiada pembahagian shif.Walaupun penat tetapi tiada langsung stress kami bertiga sangat seronok bekerjasama.
Selain dari kami bertiga turut serta dalam proses mobilasation ini ialah seorang diving supritendant dan seorang diving supervisor,tugas mereka lebih kepada peringkat pengurusan dan kertas kerja.Diving Supritendant ni Aku sudah biasa bekerja dengannya sejak tahun 2008 manakala diving supervisor pula berasal dari South Africa juga aku sudah biasa bekerja dengannya sejak awal 2009 lagi jadi aku dah tahu ragam dan kehendak masing-masing dan mereka juga sudah faham sangat dengan perangai dan cara aku bekerja jadi tiada masaalah untuk kami berkerjasama.
Pada masa ini barge masih berlabuh di Pelabuhan Pasir Gudang Johor.Terlalu banyak peralatan yang perlu dipindahkan kedalam barge.Bukan peralatan untuk kerja menyelam sahaja yang perlu dimasukan kedalam barge,peralatan-peralatan dari department lain juga menunggu giliran untuk dimasukan dan disusun diatas barge.Kerja-kerja memunggah masuk berjalan 24 jam selama 5 hari.
Selepas semua peralatan dipunggah masuk kami pun mula belayar kelokasi kerja kami iaitu di lapangan Tangga Barat iaitu satu lapangan yang baru milik Petronas Carigali.Dari Pelabuhan Pasir Gudang Johor pelayaran lapangan minyak Tangga Barat Terengganu Mengambil masa 6 hari.Dilokasi ini kami terlibat dengan kerja memasang platform baru kerana lokasi ini baru dan masih belum mempunyai platform lagi.

punggah brg dlm kapal
Barang-barang sedang dipunggah masuk kedalam barge.Cuba lihat lori kargo itu kelihatan kecil sangat dibandingkan dengan barge.


Mulai dari kami berada di Pasir Gudang sehinggalah sudah berada dilapangan setiap hari kami sangat sibuk dengan susun atur ,memasang dan melengkapkan peralatan,menguji dan mendokumentasikannya.Tugas kami sangat memenatkan kerana waktu itu diver lain belum sampai jadi 2 shif iaitu siang dan malam hanya 2 orang diver sahaja setiap shif yang bekerja.Apabila kapal sampai kelokasi nanti barulah diver lain sampai kekapal dan ketika itu barulah kami boleh menarik nafas lega sedikit kerana sudah ada ramai diver yang boleh membantu kerja-kerja kami.

test equipment
Sedang menguji panel kawalan yang digunakan untuk aktiviti menyelam....


Bersambung....


Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan