Dunia Commercial Diver



Salam Sejahtera

Telah terbit kini Naskah berjudul
AKU MENYELAM UNTUK HIDUP
'Dari Bukit Aman ke Pelantar Minyak'.
Buku ini menceritakan kisah benar hidup sebagai penyelam komersial dalam industri minyak dan gas.
Penulis telah mengambil masa 11 tahun untuk mengumpul cerita dan bahan untuk melengkapkan buku ini.
Senaskah RM45 + RM10 (pos)
Kos pos semenanjung,sabah dan Sarawak sama shj.
Sila klik pada pautan dibawah untuk pembelian secara dalam talian dan naskah akan dihantar secara pos ke alamat tuan tuan.

'MENYELAM BUKAN HOBI,
IA SENI KEMAHIRAN BAGAIMANA UNTUK TERUS HIDUP'


Tentang Penulis

Penulis adalah seorang penyelam komersial dalam bidang minyak
dan gas.Sebelum melibatkan diri dalam bidang selaman untuk
industri berkenaan beliau adalah seorang penyelam dalam pasukan
Polis Diraja Malaysia selama 19 tahun.

Mendapat pendedahan awal
dalam bidang menyelam rekreasi di Terengganu dan seterusnya
pernah mendapat latihan selam taktikal di Sekolah Menyelam
TLDM dan bersama US Navy Seal.

Penulis menceburi bidang selaman yang lebih professional
dan berisiko selepas kembali dari menjalani latihan berkenaan
di Perth,Australia.Selain daripada menjadi seorang penyelam
kormersial beliau juga bertindak sebagai medik penyelam, Operator
Kebuk mampatan hiperbarik, penasihat teknikal kepada beberapa
syarikat swasta,agensi awam,NGO, agensi kerajaan dan persatuan
menyelam pusat pengajian tinggi dalam perkara yang berkaitan
dengan menyelam ,keselamatan menyelam serta berkaitan kebuk
mampatan hiperbarik .Penulis juga adalah ahli panel pakar bagi
Jabatan Kemahiran Malaysia (NOSS) dalam meningkatkan taraf
standard penyelam komersial Malaysia.

Menjadi anggota Polis Diraja Malaysia yang pertama memiliki
lesen penyelam komersial dan terlibat di dalam industri minyak
dan gas ketika masih di dalam perkhidmatan kerajaan lagi.

Penghijrahan beliau daripada seorang anggota pasukan khas
menjadi penyelam komersial telah mendorong rakan sepasukan
yang lain mengikuti jejaknya. Penulis juga adalah satu-satunya
seorang Penyelam Komersial yang aktif menulis untuk majalah
dan Blog.



Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan