Dunia Commercial Diver



Ahad
5Hb...

Hari itu aku bersiap- siap hendak ke offshore seperti biasa..Waktu itu jam 5 pagi aku berlepas dari rumah dengan dihantar oleh 2 rakan ku.Sebelum sampai di Airport kami sempat bersarapan bersama.Sampai di Airport Kerteh waktu itu masih awal lagi dan seperti biasa kami akan uruskan apa-apa yang patut seperti menyerahkan hand phone dan lighter kepada pihak berkuasa airport kerana tidak dibenarkan dibawa ke platform.Sebelum naik `chopper’ (helicopter) seperti biasa semua orang diwajibkan hadir taklimat keselamatan,taklimat tersebut menerangkan serba sedikit tentang heli yang bakal dinaiki dan bagaimana membuka pintu kecemasan serta apa yang perlu dilakukan jika berlaku kecemasan.Helikopter yang bakal kami naiki kali ini adalah jenis Super Puma.

heli MHS
Salah sebuah Helikopter kepunyaan Malaysia Helikopter Services yang digunakan untuk megangkut pekerja ke offshore.Ini bukan Helikopter jenis Super Puma,hanya sebagai gmbr hiasan.

Aku bersama dengan 19 lagi penumpang akan terbang ke Platform Guntong D untuk 1 tugas `shut down' di dikawasan yang tidak terlalu jauh dari platform Tapis B .Platform Guntong D dan Tapis B adalah kepunyaan Exxon Mobil yang mana ianya adalah sebahagian dari rankaian platform-platform yang terdiri dari Tapis A,B,C,E,D dan F manakala Platform Guntong pula terdiri dari Guntong A,B,C,D,E dan F.Selain dari Tapis dan Guntong ada beberapa lagi platform kepunyaan Exxon Mobil yang menggunakan nama lain seperti Seligi dan Bekok .Platform-platform tersebut dipasang disitu sejak awal tahun 70an lagi kalau tak silap aku antara tahun 1971 hingga 1974.Didalam penerbangan ke Guntong D dan Guntong E kami dijangka singgah untuk menurunkan penumpang diTapis B kerana Tapis B terletak didalam haluan yang sama dengan Guntong D dan E. Yang aku masih ingat sebahagian dari penumpang adalah kakitangan Sarku,Sclumbeger dan sime darby.

oil field map
Peta Lapangan minyak diseitar Terengganu termasuk kawasan dimana terletaknya Platform Tapis B dan Guntong.

Penerbangan ke Guntong D dijangka mengambil masa 1 jam 45 minit.Kami berlepas pagi itu kira-kira lebih kurang jam 1045 pagi.Pada mulanya penerbangan adalah berjalan seperti biasa seperti sebelum-sebelum ini,ada yang cuba melelapkan mata atau hanya melayang-layangkan fikiran kemana sahaja yang boleh sementara hendak sampai ke destinasi.Kemudian Selepas setengah jam terbang tiba-tiba hujan turun dengan sangat lebat bersama dengan ribut petir dan angin sangat kencang.Waktu ini bulan November sudah dikira masuk musim monsoon jadi jika hujan turun ianya adalah sangat lebat dan anginnya pula memang kencang,jika dilaut pula ombak dan gelombang sangat tinggi.Walaupun hujan lebat dan ribut petir tapi penerbangan tetap diteruskan kerana platform Tapis B sudah tidak berapa jauh.Tidak ada rasa curiga langsung dengan penerbangan pada hari itu melainkan hanya memikirkan tentang hujan lebat yang mungkin buat kami basah apabila mendarat nanti.

Tapis B
Platform Tapis B Kepunyaan Exxon Mobil dengan Petronas Carigali mempunyai pegangan share sebanyak 50 peratus kalau tak silap aku.

Sayup-sayup dari jauh platform Tapis B sudah kelihatan dalam pandangan mata.Ketika sudah begitu hampir hendak mendarat di helideck platform iaitu lebih kurang 200 meter.Tiba-kami dengar dari `headset’ yang kami pakai suara Pilot iaitu Kapten Saleh berteriak ALLAHU AKBAR !! ALLAHU AKBAR !! ALLAHU AKBAR !! beberapa kali dan diselang seli dengan menyuruh para penumpang mengucap.Hallamak..apa ni,apa sudah jadi ? Suasana tegang seketika tetapi semua penumpang masih berada ditempat duduk masing-masing.Aku pun segera mengucap dua kalimah syahadah dan dalam masa sama sempat juga berpesan kepada penumpang disebelah ku supaya mengucap dua kalimah syahadah tapi dia hanya diam membisu dan buat tak tahu sahaja dengan pesananku.Rupanya-rupanya dia orang Vietnam.Cess patutlah takde tanda-tanda nak insaf pun.Tiba-tiba kami rasa hentaman yang sangat kuat berlaku disebelah hadapan dan dalam sekelip mata sahaja helicopter yang kami naiki sudah berada didalam air.Heli yang kami naiki dalam keadaan baik tadi dan sebelum itu terbang dengan laju tiba-tiba sekarang dalam sekelip mata telah jatuh kelaut dalam keadaan menjunam.

Bersambung..........


8 comments:

Then.. what happened.. huhuhu

kena sabarlah tunggu kan sambungan kisahnya minggu hadapan

best gila life jadi commercial diver..mencabar.sebab tu la saya g amek open water. nak jadi commercial diver gak 1 ari nanti. tapi masih mencari2 tempat yang nak amek saya kerja pakai open water je..huhu

adoiyaiii ... saspen ni .... but Alhamdulillah ..... writer masih bley write ..... selamat la tu ..... hehehheeeee

cougar....saspen kan....
he he he....

M A - Nampak je mcm best....tapi mental kena byk tahan...

i wanna know more...

T-ara Arzeillia - if wanna know more...just klik at this entry
45-TERSELAMAT NAHAS HELIKOPTER

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here