Dunia Commercial Diver



Selepas beberapa bulan projek berjalan maka pada pertengahan April 2013 selesailah fasa 1 projek ini.Fasa 1 adalah mengesan,mengenalpasti  dan mengangkat serta menandakan kabel-kabel yang rosak dan perlu dibaiki.

Aku dan lain-lain anggota pasukan penyelam dibenarkan pulang untuk bercuti selama 3 minggu,seronok bukan kepalang lagi rasa dihati.Setakat beberapa bulan bekerja dengan Jepun ni banyak jugak yang aku pelajari dan boleh nilaikan tentang orang jepun ni antaranya.
1-rajin dan kuat bekerja
2-Pentingkan kesempurnaan
2-Old School
3-Production diutamakan
4-Reputasi dipentingkan
5-Safety hanya dimulut sahaja.

Dan kalau dalam bab menyelam pula aku kategorikan mereka sebagai `kamikaze diver`.kadang-kadang aku jadi takut tengok operasi menyelam yang mereka jalankan seolah-olah tak ada sistem pulak.Cuba Bayangkan pada satu ketika,jangkamasa yang dibenarkan penyelam berada dibawah air hanya 30 minit tapi dia buat sampai 48 minit kemudian angin habis dibawah air,lepastu dia naik ke permukaan dan sempat bersembang-sembang sekejap lepas itu turun semula bawak satu silinder angin penuh untuk buat decompression stop pulak di kedalaman 6 meter atau 20 kaki perghh tak ke kerja giler macam tu...Aku  hanya geleng kepala sahaja.bukan tak ditegur,dah tegur banyak kali tapi masih jugak buat lagi.last-last aku pun hmm layankan ajelah....kalau  dorang perlu dimasukkan dalam chamber aku rawat macam biasa..kalau dia mati apa lagi..hantar balik Jepunlah..Sebenarnya aku tau banyak diver-diver rekreasi yang buat macam tu,malah masa aku diving rekreasi dulu ada juga buat kerja giler macam tu,dulu biasa juga buat 1 hari 3 dive,bila habis angin kami naik atas tukar silinder lepastu diving lagi tapi itu masa diving rekreasi dan ilmu pun masih kurang tapi sekarang mereka terlibat dengan industri dan projek yang bernilai jutaan dollar sepatutnya tak boleh buat macam tu.Apabila aku dah berkecimpung dalam karier penyelam kormersial yang terlibat dengan industri minyak dan gas dimana keselamatan diutamakan maka aku menjadi lebih berhati-hati dan agak sensitif dengan isu keselamatan menyelam.Dalam projek ini penguatkuasaan tentang keselamatan menyelam walaupun masih ada tetapi tak berapa dititikberatkan sangat kerana mereka lebih pentingkan produksi daripada safety. Sebab tu bila boleh balik cuti ni aku seronok sangat.  


Sampai di K.L aku terus mengajak isteriku pulang bercuti dikampungnya.Disamping menziarah ibu mertuaku yang kurang sihat aku juga ingin merehatkan minda dan badan.Dikampung isteriku Aku turut meluangkan masa menziarah ahli keluarga yang lain dan juga membawa isteri dan anakku yang bongsu berehat-rehat diPulau Kapas kerana kawan-kawan ku ramai disitu dan sudah lama tidak berjumpa dengan mereka.
Melepak dengan rakan-rakan lama di Pulau Kapas Terengganu (Yang pakai baju biru muda berkulit gelap dan menyandar dikerusi itu Saudara Zainal Azam,  Instructor Menyelam aku dulu masa buat kursus Advance Open Water,Rescue dan  DiveMaster) beberapa tahun dulu.Aku kenal beliau sejak lebih 20 thn dulu.Beliau seorang sahaja yang buka dive centre di Pulau Kapas tu.Sangat Baik dan kelakar orangnya dan sangat disenangi oleh ramai orang.Beliau juga adalah Instructor menyelam kepada keluarga Diraja Terengganu iaitu keluarga Sultan Mizan.

Melayan sibongsu di Pulau Kapas

Manja betul sibongsu ni,selalu minta disuap.(menyuapkan makanan  pada anak dapat pahala tau)
Sebaik sahaja pulang keKuala Lumpur aku mula sibuk membantu rakanku membuat kerja-kerja menyelenggara chamber hiperbarik di bengkelnya.Rakanku ini menjalankan perniagaan berkaitan dengan chamber hiperbarik, antaranya klinik rawatan hiperbarik yang terletak diTaman Tasik Titiwangsa dan juga menyelenggara chamber hiperbarik kepunyaan agensi kerajaan dan swasta.Klinik rawatan hiperbariknya bernama Healing Chamber Asia ( boleh google websitenya http://www.healingchambers.com.my/).Oleh kerana perniagaannya berkembang maju dan beliau kurang kakitangan maka aku sedia membantu sepanjang aku bercuti di darat.
Zaman moden ni orang bertapa didalam Chamber Macam yang rakanku buat ni."Hai Mambang tanah,mambang air,mambang api mambang angin....Menjelmalah engkau wahai simambang...CHOBAANN....
Sebenarnya Rakanku itu sedang memeriksa bahagian dalaman 
salah satu chamber milik pelanggan.
Sahabat Juruteknik sedang memeriksa chamber pelanggan 
Walau dalam kesibukkan tapi aku tidak melupakan aktiviti lain.Aku juga sempat menyertai perjumpaan dengan rakan-rakan bekas pejuang dari berbagai kaum.Yang mana satu ketika dulu kami pernah berjuang bersama-sama didalam Unit yang sama.Kami mengeratkan Sillahturahim dengan mengadakan perjumpaan santai sambil minum-minum teh tarik,atau mengadakan aktiviti-aktiviti riadah yang lain termasuk juga aktiviti kebajikan seperti menziarah bekas-bekas senior kami dalam Unit Khas dulu yang kini semakin dimamah usia dan uzur.Aktiviti perjumpaan dan kebajikan ini disertai rakan-rakan bekas pejuang terdiri dari berbilang kaum,tidak ada batas perkauman yang menjadi halangan pun kerana dulu sama-sama berjuang menjaga keamanan Negara.Selain itu sempat juga aku ngeteh dengan beberapa fan blog Cap ayam aku ni,ada antaranya yang singgah untuk berjumpa denganku dalam perjalanan dari Kemaman ke Kedah.Dan ada juga yang fan yang memang bekerja di Kuala Lumpur,fan kena jaga...kalau tidak nanti dorang lari...: )

Santai-santai teh tarik Bersama rakan-rakan bekas pejuang

Beraktiviti 4x4 bersama rakan-rakan awam.
Aku juga meluangkan masa dengan bonda serta adik beradik yang lain berkumpul dirumah Bonda dan mengadakan majlis ilmu seperti bacaan Yassin dan bacaan Hadis serta bersolat jemaah beramai-ramai dan bermesyuarat membincangkan hal-hal berkaitan keluarga kami.Aku sungguh senang dengan situasi dan kehidupan bekeluargaku Walaupun kami tak kaya harta tapi jiwa kami kaya dan bahagia....ALHAMDULILLAH....   
Saudara-saudara kandung yang disayangi 5 Lelaki dan 2 Perempuan bersama Bonda kami selepas majlis ilmu sesama kami dan perhimpunan keluarga.

Next Entri 30/6/2013

4 comments:

Assalam Spy Leman, how to contact you

Salam Lautmasin

Cari di Facebook (FB)
ronin newg

emel-roninn70@gmail.com

Bang R* tak payah le nak blackout muka tu.

Orang kenal le. Tengok lengan pun tau. Hehehehehe.

Salam, spa maksud safety hanya dimulut sahaja?? Biasa dengar Maine ker o&g pentingkan safety....

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here