Mula-mula.....
Penyelam
dihantar turun bagi mengesan kabel yang telah dipotong dan ditandakan semasa dalam
fasa 1 sebelum ini,
|
Penyelam bersedia untuk terjun keair |
Kabel
dibawa naik dan kemudian akan disambungkan dengan kabel yang baru.
|
Kabel yang lama mula ditarik naik keatas |
Apabila
telah siap disambungkan,Kabel yang baru sedia untuk diturunkan keair. Semasa proses ini Spreader bar dipasang pada `joint box` yang baru bagi mengelakkan kerosakan.
|
Rupa Joint box (kabel eletrik yang telah disambung) |
|
Bekerjasama memasang spreader bar pada jointbox |
Spreader
Bar akan dilepaskan dari kabel apabila `joint box` hampir mencecah air.
|
Kabel sedang diturunkan kelaut |
Seterusnya
diver terus menyelam dan memantau kabel diturunkan kedasar laut serta
melapurkan keadaan lantai laut sama ada berbatu,berpasir,atau
berlumpur.Kedalaman juga dilapurkan dan diver akan memastikan yang kabel yang
sedang diturunkan berada diatas lantai laut bukannya berada diatas kabel-kabel
dasar laut yang lain yang banyak dan berselirat dibawah laut.
|
Diver yang lain pula bersedia untuk turun keair |
Semasa
proses menurunkan ini panjang kabel yang telah diturunkan akan diukur.Dalam
Sehari Lebih Kurang 1300 meter panjang diturunkan dan memerlukan 6 kali menyelam
bersamaan dengan 6 pasangan penyelam kerana waktu ini airnya agak dalam jadi
jangkamasa penyelam boleh berada dibawah air agak singkat.
Proses
menurunkan kabel kedasar laut ini terus berjalan sambil dipantau oleh penyelam
dari dasar laut sehinggalah kabel yang baru bertemu dengan hujung kabel yang
satu lagi yang perlu disambung.
Bersambung
Next Entri -30/07/2013
0 comments:
Post a Comment