Dunia Commercial Diver




Ini adalah sambungan dari entri yang lepas.jika dalam entri yang lepas no 96-Melawat Muzium Kapal Selam kita telah melawat bahagian luar kapal selam ini kali ini kita melawat kebahagian dalamnya pula.Kapal selam walaupun ia boleh menyelam sehingga beberapa ratus meter dibawah permukaan air tetapi konsepnya tidak sama seperti kita berada didalam kebuk hiperbarik chamber.kerana jika didalam hiperbarik chamber kita akan dibawa ketekanan tertentu dan perlu dibawa perlahan-lahan untuk dibawa naik kepermukaan semula tetapi berbeza dengan kapal selam,dimana didalam kapal selam tekanannya masih tetap sama seperti kita berada dipermukaan.Sebab itu walaupun krew kapal selam berada didalam kapal selam ini beberapa hari atau beberapa bulan pun tetapi apabila kapal selam timbul dipermukaan krewnya boleh terus keluar dan tidak akan terkena penyakit berkaitan tekanan (Barotrauma).
Inilah pintu untuk masuk kedalam Muzium kapal selam ini dan pengunjung perlu membuka kasut untuk masuk kedalam dan kasut boleh ditinggalkan diluar atau dibawa didalam beg plastik sendiri yang dibawa sendiri ler kerana pihak muzium tidak membekalkannya.
Apabila masuk sahaja kita terus akan berjumpa dengan ruang pelancaran Torpedo ini.Inilah pertama kali aku melihat rupa sebenar ruang Torpedo.

Ruang meletakkan Torpedo,
Selepas melepasi ruang torpedo kita akan berjumpa dengan Ruang tido bagi krew torpedo.
Lagi tempat tido bagi krew torpedo.sudah pastinya semasa didalam pelayaran akan terbau minyak gris dan lain-lain bau besi.
Selepas melepasi ruang Torpedo pengunjung akan melalui ruang kawalan utama ini seperti yang kita selalu tonton dalam movie yang menunjukkan situasi didalam kapal selam.
Ruang Kawalan utama diambil dari sudut yang lain.

Ruang Navigasi terletak berhadapan dengan Ruang Kawalan utama
Ruang Navigasi pandangan dari sudut yang lain.kelihatan pengunjung sedang memerhatikan peralatan yang terdapat disitu dengan kagum.
Ruang makan bagi krew dan bersambung dengan ruang tidur krew
Ruang rehat dan tempat tidur krew
Tempat tido krew.
Tempat tido krew yang lebih menyentuh hati.Lihatlah pengorbanan mereka yang bergelar sebagai krew kapal selam.
Kemudian kita akan berjalan menggunakan laluan ini iaitu satu-satunya laluan didalam kapal selam ini untuk menuju kebahagian yang lain pula.Jika waktu ini pengunjung yang datang ramai maka akan berpeluanglah untuk berlaga bontot atau mencium aroma harum dari pengunjung yang lain ataupun pengunjung lain mencium aroma harum dari kita kerana kita memang harum.Jadi jika merancang untuk melawat ke Muzium Kapal selam ini pastikan anda memakai haruman yang segar sepanjang hari supaya keharumannya dapat dinikmati oleh semua, woha.
Ruang dapur yang agak sempit tapi cukup untuk masak bagi makan kepada 5 pegawai dan 36 krew.Jadi kalau ada sesiapa yang isterinya selalu mengadu pasal dapur dirumahnya kecil maka eloklah para suami bawa datang melawat muzium ini dan bagi tazkirah yang menginsafkan pada isteri tu.
Ruang kawalan mesin adalah ruang yang terakhir kita boleh lawati sebelum keluar melalui pintu keluar yang disediakan berhampiran dengan ruang ini.
Ini adalah tangga dan pintu untuk naik keatas hatch kapal selam yang jika dilihat dari luar seakan-akan serombong tu inilah rupa dia jika dilihat dari dalam.
 Kepada sesiapa yang berhajat nak melawat muzium kapal selam ini pada hari cuti umum maka aku cadangkan pergilah sebelah pagi atau sesudah subuh sapie apdal kerana pada waktu ini orang masih belum bangun tido lagi kerana jika lewat sedikit mungkin ramai pengunjung lain dan sukar untuk kita berposing bergaya didalam kapal selam ini.Kalau pergi pada hari bekerja mungkin tidak ramai pengunjung kerana orang lain sibuk bekerja kecualilah masa tu ada orang yang ponteng kerja semata-mata nak melawat ke Muzium ini.

Sebenarnya pihak muzium juga ada menawarkan pakej bermalam didalam kapal selam bagi kumpulan yang membuat permohonan awal atau bagi pakej berkumpulan.Satu idea yang bagus dan agak bijak.

Kesimpulannya bagi aku Kerajaan negeri Melaka memang bijak didalam membuat keputusan untuk membeli kapal selam terpakai ini dari TLDM dan menjadikannya sebagai muzium kerana ia adalah sesuatu yang dapat menarik perhatian orang ramai.

Jadi kepada sesiapa yang berhajat nak melawat ke Muzium kapal selam ini dibawah ini aku tuliskan no kordinat GPSnya supaya tidak tersesat.Kepada siapa yang takda GPS tu bolehlah start pelan-pelan cari.Aku memang suka gunakan GPS ni sebab aku malas nak pikir2 dan tercari pastu terbuang masa jadi..sebab tu aku selalu  gunakan tagline `Gunakan Teknologi Dengan Bijak` supaya kita tidak nampak kurang bijak bila tersesat jalan dan terbuang masa.Tapi suka aku nak ingatkan kalau korang cari no GPS ni kat Google earth maka korang akan jumpa lokasinya adalah kat tengah laut tapi itulah sebenarnya sebab google earth tu tak update.Sekarang kawasan laut tu dah ditambak dan jadi kawasan yang luas malah rumah kedai pun sudah banyak yang dibina dikawasan yang dulunya laut tu.
 2°12'40.11"N     102°11'50.51"E
  Selamat melawat....Next Entry - 31 Okt 2013


5 comments:

Space dlm kapal selam ni mmg kecik sungguh..yg tmpt tidur 3 tingkat tu mmg utk org kurus keding je la.. insyallah bila2 ke melaka blh la nk pi tgk muzium tu..

Best coretan kapal selam ni...penah gak masuk dlm kapal selam australia di tg gelang akhir tahun 80 an dulu...keep on writing boss..your friend bigjoe

Afida-memang kecik ruang kat dalam tu.kesian bila memikirkan krewnya hidup dalam ruang sempit mcm tu.

BigJoe-Rupa2nya Big Joe lebih advance..thn 80an dah masuk dlm kapal selam.sy tgh bayangkan bigjoe yg sekrg masuk kat dalam kapal selam yg kat Melaka tu. : )

Assalamualaikum

dah seminggu saya baca full blog ni. Alhamdulillah, saya temui balik inspirasi saya untuk belajar. Saya hampir putus asa belajar, dan lepas baca blog saudara, memang kembali balik rasa semangat. Memang bnyak membantu bila baca satu satu, start dari bro nak pegi ke Australia.

Saya diploma dalam safety and health,
Rasa susah jugak nak teruskan, tapi banyak lah yang saya belajar dari saudara.

Semoga saudara teruskan menulis, dan dapat bantu lagi orang orang yang mencari inspirasi dan semangat macam saya.

Kalau singgah Wangsa Maju, bro hello saya ye?
haha.

Assalamualaikum.

Terima Kasih Afiq Ismaet kerana minat dan dtg semangat semula.

Teruskan membaca dan belajar.

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here