Dunia Commercial Diver



Sepanjang aku bekerja dengan Jepun setiap bulan pasti akan ada diver yang  dimasukkan kedalam chamberku kerana mengalami symptom-simptom `decompression sikcness’ tapi kebanyakkannya adalah yang ringan.

Bersih dan cantik Chamber ku dan telah ku siapkan air mineral didalamnya untuk sesiapa yang akan dimasukkan kedalam chamber.
Sudah banyak kali juga aku menasihatkan diving supervisor Jepun supaya menyelam ikut peraturan dan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.Sudah kerap juga aku mengingatkan mereka supaya `jump’ table iaitu jika menyelam dikedalaman 21 meter hendaklah merujuk pada langkah keselamatan table menyelam kedalaman 24 meter kerana ia lebih selamat tetapi seringkali nasihat aku diabaikan dan kadang-kadang jika aku mengarahkan mereka membuat `decompression stop’ dibawah air lebih lama selalu juga mereka terkejut dan menunjukkan reaksi tidak berpuas hati dengan ku.Tapi bagiku itu adalah untuk keselamatan semua orang dan untuk kebaikkan syarikat juga.Jika berlaku sesuatu yang buruk kepada diver pasti projek akan terganggu dengan siasatan-siasatan yang melecehkan dan aku juga yang susah nak menjawab nanti.

 Bukan sekali aku berada dalam siasatan kerana berlaku kemalangan ditempat kerja tetapi dah banyak kali Cuma didalam projek ini sahaja yang belum berlaku kemalangan lagi,sebab itu aku agak berhati-hati.Tetapi seperti mana yang aku pernah tulis dalam entri yang lepas-lepas iaitu diver Jepun ni aku kategorikan sebagai Kamikaze diver.

Diving Supervisor Jepun itu sendiri sudah 2 kali aku rawat didalam chamber ku kerana angin habis dibawah air dan naik dengan kelam kabut serta tidak mengikut jadual menyelam lagi.Bagi mengelakkan beliau terkena penyakit penyelam lalu terus aku masukkan beliau kedalam chamber untuk membuat hentian keselamatan yang lebih lama bagi meneutralkan semula gas-gas lengai yang terhasil didalam badannya kerana beliau menyelam terlalu lama melebihi had yang dibenarkan.
Lemah,lesu dan tak bermaya semasa rawatan.Didalam gambar adalah diving Supervisor Jepun.Sistem kerja Jepun ni Supervisor pun turun diving juga berbeza dengan sistem diving Mat saleh dimana Supervisor tak perlu diving.
Segar dan bertenaga semula selepas rawatan
Seorang diver Jepun yang lain pula sehingga bulan oktober sudah 3 kali aku masukkan kedalam chamber kerana menghadapi simtom-simtom yang meragukan,selepas beberapa Jam dirawat didalam chamber akhirnya pulih semula.Kemuncak kepada semua itu adalah berlaku kes kematian kepada diver pada hujung bulan bulan November lalu.Kes itu telah meyebabkan projek ini dihentikan beberapa hari untuk kerja-kerja siasatan dijalankan dan banyaklah kerja-kerja dokumentasi dan soal siasat yang berlaku diatas kapal ini.Apa yang aku jangkakan dan selalu ingatkan mereka serta  bimbangkan akhirnya berlaku juga.Barulah mereka membuka mata luas-luas.Buat masa ini aku tidak akan ceritakan bagaimana kes itu berlaku kerana masih dalam siasatan dan aku masih lagi berada didalam projek ini jadi untuk aku ceritakannya tidak sesuai lagi buat masa ini.  
Kali pertama masuk chamber pada Februari
Diver ni semasa kali kedua aku masukkan dan rawat didalam chamber
Kali ketiga masuk chamber pada Oktober .Diver ini telah melalui peristiwa malang yang berlaku 18 tahun dahulu ketika beliau berumur 27 tahun dimana selepas kejadian gempa bumi terbesar diKobe Jepun waktu itu beliau telah melakukan kerja menyelam,sewaktu terjun dari atas tebing untuk melakukan selaman sebatang buluh telah menikam bahagian ari-arinya menyebabkan beliau telah kehilangan fungsi alat kelelakiannya selama-lamanya.Selepas puas mendapatkan rawatan di berbagai hospital yang berlainan ia masih tidak pulih, lama-kelamaan beliau terus putus asa dan hanya pasrah sahaja.Patutlah beliau tidak bekeluarga hingga sekarang krn keinginan seksnya juga telah hilang.Begitulah yang beliau ceritakan padaku. 
Diver orang tempatan ni aku masukkan dalam chamber dan beri 100% O2 sebab selepas menyelam aku tengok dia selalu lemah,lesu dan tak bermaya jadi aku risau dan rungsing takut dia kena penyakit penyelam.Kadang-kadang sebelum menyelam pun dia lemah juga.lepas menyelam lagilah nampak lemah.Selepas beberapa hari aku siasat-siasat rupanya drug addictlah pulak....aduhh..Tapi dia bertahan untuk job ni hanya 2 bulan sahaja lepas tu Jepun reject sebab tak produktif.Beberapa bulan kemudian kami dapat berita dia bunuh diri dengan mengantung diri.Satu Pengakhiran yang sungguh tragis.
Hadapi masaalah dengan peralatan dibawah air semasa arus yang sangat kuat terpaksa naik dengan cepat kepermukaan.Untuk keselamatan segera aku masukkan kedalam chamber dan beri 100% oksigen
Yang ni saja-saja nak sedut 100% Oksigen dalam chamber masa takde kerja so aku bagilah apa de hal,dengan kawan-kawan kita tak mau berkira punya 
Macam mana pun aku kena sabar jelah,tak lama dah..lagi 4 bulan habislah projek ni.Tapi walaupun pada masa-masa tertentu aku agak stress dengan situasi kerja disini namun pada kebanyakkan masa adalah sangat menyenangkan aku dan aku anggap ini adalah job terbaik aku sejak menceburi bidang menyelam komersial sepenuh masa.

Bila stress-stress melayan diver-diver Jepun ni last-last aku pulak yang memasukkan diri aku sendiri kedalam chamber dan menyedut 100% oksigen tulin puas-puas.Untung-untung badan sihat,kulit halus dan minda pun cergas semula...Woha,Sila kagum dari jauh.


Yang kadang-kadang Stress
Spy Leman

Next Entry 1/2/2014

7 comments:

Hebat hebat hebat...tahniah...

Nuur Cahaya...Hebatlah Sanggatt ye.....

Macam macam hal. Di laut ka di darat ka sama sahaja. Hebat spy leman

Lantai dinding...
mana ade hebat.....

semua dah ketahui orang jepun memang gila kerja...boleh tak tuan kongsi pengalaman budaya kerja orang jepun di sana...hahaha...kalau tak keberatan...

Salam bang. Boleh tak kalau saya nak minta email abang? Saya ada nak tanya sikit berkenaan info diving ni. Ini pun salah sorang ex worker offshore subsea work yang introduce kan blog abang ni.


Anonymous -
hanya satu yg sy nak kongsikan pasal budaya kerja orang Jepun ni ialah lagi 300 tahun pun orang Melayu tak boleh tandingi semangat dan budaya kerja Orang Jepun.

?
emel saya roninn70@gmail.com

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan