Bulan Mac ini adalah bulan terakhir
aku didalam projek ini dan projek pun sudah semakin hampir kepenghujungnya.
8 Mac
Negara ku Malaysia dan seluruh dunia digemparkan dengan kehilangan pesawat 777 MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 2 bayi.Aku dilaut turut mengikuti usaha mencari dengan penuh debar dan sabar.Aku Turut mendoakan semoga segalanya berakhir dengan baik.

21 Mac
Kabel terakhir siap dibaiki,disambung dan diturunkan kedasar laut dengan jayanya.Pekerja-pekerja Bangladesh yang terlibat dengan kerja-kerja menyambung kabel ini sejak dari tahun lepas datang dan bersalam denganku serta mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian menumpangkan kabin ku sebagai tempat solat sepanjang mereka bekerja disini.Bagi aku itu adalah sedikit usaha kecil yang dapat aku berikan dalam mencantikkan agama Allah ini.Aku sangat gembira kerana mereka sudi menerima ajakan ku untuk bersolat dikabin ini.Sekurang-kurangnya nikmat kelebihan yang Allah beri ini dapat aku kongsikan dengan saudara islam yang lain.Semoga kabin penginapanku ini bakal jadi saksi dihari hisab nanti yang aku telah gunakannya untuk jalan kebaikkan.

23 mac-
Malam terakhir aku tidur dikabin yang kusayang ini.Kukemaskan bilik ini dengan bersih,mana-mana barang yang tak diperlukan ku buang atau aku berikan pada pekerja Myanmar yang berada dibilik hadapan.Barang-barang yang nak dibawa pulang mula aku masukkan kedalam beg besar yang kubawa masa mula-mula datang kesini dulu.Kesian Beg tu dan 15 bulan ia terperosok dibawah katil dah penuh habuk.Akhirnya kabin ini bersih dan menjadi seperti mana semasa aku mula datang dulu.Ku gosok-gosok dan usap pada kerusi,meja dan katil yang ada dalam bilik ini sambil ucapkan terima kasih kerana berkhidmat kepadaku sepanjang projek ini.

24 Mac
Kerajaan mengumumkan yang MH370 terhenti perjalananya di Lautan Hindi yang dalam,mencabar dan jauh.Mulai hari ini sehingga 31 mac juga aku duduk di Service Apartment yang disediakan oleh company kerana diving operation akan hanya menggunakan bot sahaja jadi setiap pagi aku dan diver Jepun yang lain akan bergerak dari apartment ke jeti bersama-sama.

25 Mac
Hari Polis yang ke 207 dan upacara Sambutan diadakan di Pupalol Kuala Lumpur.Sedikit Sedih kerana tidak dapat bersama-sama rakan yang lain meraikan dan menyaksikan perbarisan.Sebelum ini setiap tahun jika berada di darat aku pasti berusaha untuk menghadirkan diri memeriahkan acara sambutan hari Polis.

Hari ini juga aku berhempas pulas menanggalkan
semua peralatan dan penyambungan pada chamber hiperbarik untuk dibawa keluar
dari barge Masakuni ini kerana beberapa hari lagi barge ini akan ditunda balik
ke Jepun semula.Chamber hiperbarik dan beberapa peralatan menyelam tidak akan
dibawa pulang ke Jepun kerana ia disewa disini dan ia mesti dipulangkan semula
kepada syarikat pembekal.Operasi menyelam masih belum selesai sepenuhnya tetapi
peralatan chamber sudah ditanggalkan.Keputusan telah dibuat iaitu sekiranya
berlaku kecemasan menyelam penyelam akan terus dibawa kehospital yang mempunyai
decompression chamber untuk merawat penyelam kami.
Mula menanggalkan peralatan-peralatan yang tidak digunakan lagi. |
26 mac
Aku tak bekerja kerana operasi menyelam tidak dijalankan selama 3 hari kerana arus laut yang laju.Hari ini aku membawa isteriku bersiar-siar.Isteriku tiba disini dua hari yang lalu untuk bercuti dan melancung.

28 Mac
Aku terima 2 keping sampul surat mengandungi wang.Diving supervisor Jepun beritahu yang itu adalah Bonus dari Nippon Salvage dan satu sampul surat lagi adalah Bonus peribadi dari Operation Manager didalamnya sejumlah beberapa keeping duit RM50 dan juga duit kertas seringgit dan duit syiling juga ada.Aku rasa mungkin beliau baru tukar wang tersebut di money Changer dan memberikan semuanya kepadaku,baiknya orang ini.Tapi aku akui beliau memang seorang boss yang sangat baik berbeza dengan lain-lain boss Jepun yang kebanyakkannya strict dan tak boleh dibawa berbincang.

30 Mac
Hari terakhir operasi menyelam dijalankan bagi keseluruhan projek disini,kami menyelam dari bot kecil sahaja seperti sebelum ini.Selepas operasi menyelam aku mengajak diver-diver tempatan untuk pergi makan dan aku belanja mereka kerana aku rasa sangat rapat dengan mereka semua dan entah bila lagi boleh berjumpa agaknya.Mujur dapat bonus dari boss boleh aku belanja mereka makan,Alhamdulillah.

31 Mac 2014
Tamatlah sudah projek 66kv underwater cable repair yang aku ikut sejak January 2013 yang lalu.Selepas bersalam-salaman dengan semua krew yang terlibat didalam projek ini terutama Operation Manager yang baik itu aku pun pulang ke Malaysia meninggalkan projek yang penuh kenangan ini.

Sejujurnya aku berasa agak sedih juga
kerana projek ini dah habis dan sedih juga nak tinggalkan kabin yang menjadi
tempat penginapanku selama 15 bulan ini.Ini adalah projek terbaik sekali sejak
aku menjadi penyelam komersial sepenuh masa.Didalam projek ini juga Allah
memberi aku nikmat masa yang begitu banyak dan dapat juga aku memanfaatkan masa
yang terluang disini dengan urusan-urusan lain seperti menulis dan melakukan
kerja-kerja dalam talian dengan mudah.
Walaupun aku banyak menghabiskan
masa dilaut tetapi aku tidak berasa sepi
dan jauh dari keluarga dan kawan-kawan kerana talian internet dan liputan
telefon adalah seperti biasa jadi aku sering berkomunikasi dengan keluarga dan
kawan-kawan didarat.
Dengan Nikmat masa terluang yang
Allah berikan Semasa Didalam projek ini juga sebenrnya aku manfaatkan dengan menjawat
3 jawatan sekaligus dengan 3 entiti yang berlainan iaitu Nippon Salvage,Entiti X dan Entiti XX
aku juga sempat menyiapkan artikel terakhir untuk diterbitkan dalam sebuah
majalah pertahanan di Malaysia.Aku selalu membayangkan dan berfikiran positif
yang aku akan menjadi seorang yang suksess didalam kerjayaku ini dan aku mesti
berusaha keras untuk mencapai bayangan dan impian itu.
Dalam projek ini juga aku dapat
banyak cuti dan dalam masa sama masih dibayar gaji.
Sebelum projek ini tamat aku
dimaklumkan oleh operation manager yang kemungkinan mereka akan datang lagi
untuk buat projek kabel dasar laut juga pada awal tahun 2015 dan mereka minta
aku bersedia untuk dipanggil semula,projek manager beritahu yang aku MESTI
datang,pihak Nippon Salvage sangat berharap agar aku tidak menolak sekiranya
dipanggil untuk datang lagi...Aku tak boleh janji untuk datang lagi tapi kalau
ada peluang dan kebetulan aku tidak ada kerja ditempat lain kemungkinan besar
aku akan datang semula inshaaAllah...
Sebaik sampai di Malaysia aku terus
memulakan tugas ku sebagai salah seorang panel jawatankuasa penasihat kepada
National Ocupational Standard Skill bagi penambahbaikkan dan mengangkat taraf
standard untuk penyelam komersial Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.Aku
terima surat tawaran dari NOSS kira-kira sebulan sebelum aku tamat kontrak
dengan Nippon Salvage.Waktu yang sungguh bertepatan sekali. Selain dari itu aku juga mengajar dan melatih sekumpulan kakitangan sebuah pusat Rawatan hiperbarik diKuala Lumpur berkaitan dengan operasi hiperbarik chamber didalam operasi menyelam mengikut standard yang dikehendaki badan antarabangsa.Segala rezeki dan kebaikkan datang dari Allah.Aku hanya memanjatkan syukur dengan segala nikmat yang Allah berikan.
Manakala sejak bulan Januari 2014 pula
aku telah terima tawaran kerja yang lain pula untuk bekerja secara tetap dengan
sebuah Syarikat berasaskan Keselamatan peringkat tinggi diMalaysia tetapi
didalam bidang yang lain pula iaitu bukan bidang selam komersial.Aku masih
mempertimbangkan tawaran mereka sehinggalah habis kontrak dengan Nippon Salvage
aku masih belum buat keputusan muktamad untuk menyertai syarikat itu atau
tidak.Tunggu dan lihat...
Kini aku sedang mencari peluang untuk
mencari pengalaman sebagai penyelam komersial dinegara yang lain pula...Seronok
pula jadi Expatriat ni...Tapi buat masa ni pulanglah dulu ke Malaysia...kalau
ada rezeki inshaaAllah adalah....
Nota kaki :
Sewaktu ditunda dalam pelayaran pulang dari Projek ini Masakuni telah diserang lanun diLaut China Selatan.Bilik ku dan beberapa kabin lain dibahagian atas telah dibakar setelah mereka gagal mendapat apa-apa keuntungan dari rompakan tersebut.Difahamkan tiada yang cedera kerana semasa ditunda tiada orang berada diatas Masakuni.
Kesiaann bilik ku itu dia tak bersalah...kenapalah dia dibakar..Lanun2 tu yang bersalah...patutnya lanun2 tu yang membakar diri mereka sendiri lagi bagus kerana banyak menyusahkan orang lain...
Next Entri –15/5/2014
3 comments:
otsukaresamadeshita!
Siap tukar duit tu. Nasib baik tak bagi semua syiling. Hehe
Tbe2 hati tergerak utk kmbali melayari blog saudara.u know who I am :)
Post a Comment