Dunia Commercial Diver



Mulai Jun 2014 Sehingga beberapa bulan akan datang Blog ini akan menyiarkan semula artikel-artikel yang ditulis oleh saya yang telah pernah diterbitkan didalam Majalah PERAJURIT terbitan hujung 2012 hingga awal 2013.Tujuan penyiaran semula artikel-artikel berbentuk informatif ini adalah bagi memberi peluang kepada pembaca-pembaca lain yang tidak sempat memiliki majalah tersebut semasa keluarannya.Penulis dimaklumkan oleh pihak penerbitan Majalah tersebut bahawa Artikel-artikel mengenai menyelam yang disiarkan  adalah yang pertama  seumpamanya mengenai sejarah menyelam,tujuan menyelam dan teknik-teknik menyelam yang ada.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.  

Oleh : A**** J****

roninn70@gmail.com

ATMOSPHERIC DIVING SUIT
Atmospheric diving suit (ADS) atau juga dikenali sebagai `Manned Submersible Permit deeper’ adalah lebih selamat dan lebih efisien dari pakaian menyelam yang biasa.Dengannya penyelam tidak akan dihimpit oleh tekanan kedalaman dan tidak perlu dinyahkompress setiap kali hendak naik kermukaan apabila selesai menyelam.Ia hanya mengambil masa 2 minit sahaja untuk sampai kepermukaan.

Ciptaan terkini dalam teknologi  Atmospheric diving suit adalah Suit keras.Ia adalah penambahbaikkan dalam teknologi ADS.Dengan ciptaan terbaru ini  pergerakan penyelam menjadi lebih mudah walaupun dikedalaman yang ekstrem. Teknologi ini membolehkan pengendalinya yang  terlatih bekerja dikedalaman sehingga 1000 kaki sementara keadaan didalam suit itu kekal sama seperti keadaan tekanan dipermukaan.Berfungsi dengan sistem litar tertutup seperti membolehkan udara yang disedut dan dihembus oleh penyelam akan dikitar semula dan selepas diproses ia akan disedut semula oleh pengendalinya dan ia boleh bertahan selama 40 jam.

Dalam beberapa keadaan Atmospheric divingg suit (ADS) ini biasanya digunakan dalam melaksana tugasan-tugasan seperti.
Pemeriksaan bawah air,Pembaikkan bawah air yang biasanya memerlukan teknik menyelam Tepu (Saturation Dive),Salvage Marin,Semua jenis operasi marin,Operasi menyelamat bagi operasi-operasi bawah permukaan dan juga Operasi selaman yang lebih dalam dan panjang.


Terdapat beberapa siri model ADS antaranya adalah JIM,SAM dan yang terbaru ialah NEWT SUIT.

Penyelam didalam atmospheric diving suits. Newt Suit
SEJARAH
Perjalanan Sejarah penciptaan dan kemajuan teknologi suit menyelam atmosferik  juga agak panjang dan sebahagian dari turutannya adalah

Dipercayai bermula seawal tahun 1715 dipercayai  rekaan ADS awal yang dibuat dari kayu dan Berjaya membuat selaman sedalam 18 meter

1856  Lodner D. Phillips telah mereka bentuk suit menyelam  keras yang mempunyai sendi,propeller dan angin yang dibekalkan dari permukaan.Namun tidak pernah dibina.

1882 adik beradik Carmagnolle dari Marseilles, France telah mencipta ADS yang agak baik namun sering gagal dibahagian sendi-sendinya dan kini ciptaan tersebut dipamer di  Museum Tentera Laut Kebangsaan Perancis diParis.

1917 mencatatkan rekod kejayaan membanggakan dalam penggunaan ADS  dimana Berjaya menyelam di SS Pewabic yang tenggelam dan berada dikedalaman 55 meter dan seterusnya tahun 1923 sekali lagi Berjaya membawa naik barangan berharga dari kapal Cape Horn yang tenggelam diChile kedalaman 67 meter.Pada waktu itu ia mampu membekalkan udara selama 1 jam.

1922 engineer British Joseph Salim Peress telah mereka ADS yang berfungsi dengan baik yang diberi nama Tritonia dan Berjaya membuat selaman sehingga 95 meter.

Suit Menyelam Keras yang diberi nama Tritonia sewaktu Operasi Menyelam sekitar tahun 1935
  
Sekitar tahun 1965 sebuah Firma Inggeris yang bernama DHB sangat berminat dengan Atmospheric diving suit (ADS).Dengan bantuan dari kerajaan,mereka telah mereka bentuk semula dan membuat beberapa perubahan serta ujian terhadap satu Suit ADS yang lama dari tahun 1930an yang bernama `Peres Tritonia’

Suit ujian ini diberi nama JIM  sempena dengan nama penyelam yang mula-mula menguji suit  tritonia yang lama.Ujian-ujian telah dijalankan didalam tangki dan juga di laut terbuka sehingga ke kedalaman 150 meter  

Sekitar tahun 1972 Selepas dapat menjangkakan lonjakan naik Industri minyak dan gas dunia dan keperluan Syarikat-syarikat minyak untuk pergi ke bahagian laut yang lebih dalam lagi lalu Syarikat Minyak Oceaneering International telah membeli hak JIM dari firma DHB dan menambahkan lagi keupayaan JIM Suit tersebut.

JIM Suit Versi lama berupaya menyelam sehingga kedalaman 500 meter.Selama beberapa dekad JIM Suit telah mencipta banyak kejayaan dalam tugasan dilaut yang lebih dalam bagi industri minyak dan gas dunia.Dan dalam tempoh itu juga beberapa perubahan dan penambahbaikkan telah dibuat ketasnya  sehingga lahirnya JIM Suit versi terbaru yang berupaya menyelam sehingga kedalaman 700 meter.

Kemudian pada 1984 satu lagi model ADS direka oleh Phill Nuytten dan diberi nama NEWT SUIT.Newt Suit memiliki beberapa kebolehupayaan tambahan dan berupaya bergerak dengan lebih lancar serta sendi-sendinya juga mampu bergerak dengan lebih baik daripada JIM Suit.Sistem litar tertutupnya juga membolehkan bekalan oksigennya  bertahan selama 40 jam.  

Dan pada 2006 ADS 2000 yang mula direka pada 1997 hasil usaha sama  OceanWorks International Corp dan Tentera Laut Amerika telah Berjaya membuat selaman sedalam 2000 kaki (610 meter).Dalam keadaan biasa ADS 2000 ini mampu membekalkan udara selama 6 jam dan lebih mudah dikendalikan serta lebih canggih.

ADS 2000 yang lebih canggih
KEBAIKAN
Terdapat beberapa kebaikan dalam penggunaan ADS antaranya adalah
-Pengurangan beberapa peratus dalam kos operasi berbanding dengan operasi menggunakan Penyelam tepu.
-Hanya memerlukan 4 krew berbanding dengan 24 krew bagi Operasi Selaman Tepu.
-Tidak memerlukan Bekalan gas yang banyak kerana Gas campuran helium & Oksigen adalah mahal.
-Tidak memerlukan ruang yang besar bagi simpanan dan operasi.
-Komplikasi perubatan dan Phisiologi dapat dielakkan.
- Mudah dipindah alih dan dapat mula dioperasikan dalam masa yang singkat.
-Berbanding dengan penggunaan Kenderaan kawalan Jauh(ROV) Pengendali ADS dapat menyiapkan tugasan lebih cepat dari ROV.
-Pengendali ADS lebih faham akan situasi dibawah laut dan melihat dari sudut yang lebih jelas  berbanding dengan pandangan dari kamera ROV.

KEBURUKAN.
Antara kelemahan yang ketara bagi ADS adalah tidak mampu bekerja dalam keadaan arus yang agak kuat.
Penyelam biasanya melakukan kerja dan memerlukan deria rasa pada jari dan tangan dalam melaksanakan sesuatu tugasan tetapi ini adalah sukar bagi pengendali ADS.









0 comments:

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan