Penghujung
December 2012 aku menghantar satu resume ke sebuah syarikat Negara luar yang
sedang mencari chamber operator untuk satu projek besar yang melibatkan
Kerajaan Negara tersebut dan sebuah syarikat besar dari Jepun iaitu Nippon Salvage.Dengan
segera emel aku dibalas dan mereka terus menawarkan aku dengan kerja dengan
gaji sebanyak $200 sehari dimana aku
dikehendaki bekerja 2 bulan diatas kapal dan diberi cuti selama 1 bulan dengan
mengikat kontrak 1 tahun dan kontrak tersebut boleh disambung atau ditamatkan atas keputusan aku.Hari cuti juga
akan dibayar jumlah yang sama.Itulah offer mereka.
Gaji
yang diberi tidak menarik perhatian ku kerana agak rendah tetapi yang menarik perhatianku adalah
bila cuti juga akan dibayar gaji.Aku bermain tarik tali dalam tawaran mereka
ini dengan meletakkan harga yang lebih tinggi dan minta hari cuti juga dibayar
gaji dengan harapan mereka tidak mahu padaku dan akan cari orang lain.Dalam
ertikata yang lain ialah menolak job tersebut dengan cara yang terhormat dan
professional. Selama 3 hari perundingan berlangsung melalui emel sehinggalah
mereka dapati yang aku tidak berganjak dengan permintaanku untuk sejumlah gaji
yang agak tinggi bagi mereka jika dibandingkan dengan tugas yang perlu aku lakukan.Selepas
emel terakhir aku hantar
kemudiannya Selama 24 jam berlalu tanpa
apa-apa keputusan tiba-tiba aku menerima emel yang mereka bersetuju dengan gaji
yang aku minta,dan hari aku bercuti juga akan dibayar gaji penuh dengan syarat
aku mesti mengikat kontrak selama 1 tahun dengan mereka.Alasannya ialah mereka
tidak perlu mencari orang lain kerana kesukaran dalam memohon pas kerja dan aku
juga akan diberi kad expatriate.Selain dari tu Rupa-rupanya mereka sangat berminat dengan latar belakang kerjaya,pengalaman dan sijil-sijil kemahiran yang aku miliki setelah aku olah dan susun dengan begitu kemas didalam resume yang dihantar pada mereka sebelum ini.
Aku
terjebak, tapi sebagai seorang yang professional aku terpaksalah bersetuju
menerima tawaran tersebut itupun selepas bermesyuarat dengan isteriku.isteriku
menyarankan aku terima sahaja offer mereka kerana dengan kontrak 1 tahun atau
lebih ini maka aku tak perlu susah-susah lagi cari job lain dan juga dalam
bercuti selama sebulan pun masih tetap ada gaji.Dalam keadaan sedikit berbelah
bahagi aku pun bersetuju tapi masih berfikiran berfikiran positif. Sebaik
sahaja aku memberi persetujuan company yang menawarkan aku jawatan tersebut
terus meghantar emel yang mengterujakan sekali yang memberitahu bahawa esok
mereka akan memindahkan keakaun aku wang gaji untuk bulan pertama untuk dibuat
belanja dan ditinggalkan dirumah sementara aku kelaut.aiik belum kerja dah
dapat gaji?
Keesokkan
harinya nya aku terima emel salinan Slip bank bukti amaun sebulan gaji telah
dipindahkan ke akaun aku bersama-sama dengan kontrak kerja yang perlu aku
tandatangai. Hamboii hebat betul company
ni.kontrak belum sain lagi tapi dah
bayar gaji aku.Nampaknya Memang betul-betul mereka perlukan khidmat aku
ni.Tak pernah lagi aku dengar ada company yang bayar sebulan gaji penuh sebelum
sain kontrak,inilah pertama kali dan aku alaminya sendiri.Selepas aku buat
kiraan semula mereka bayar lebih pulak tu termasuk juga hari yang aku belum
lapur diri lagi.(Ada lebihan sebanyak 7 ribu lebih.Hebat Sekali....Aku kagum
dan rasa memang tak patut aku lepaskan peluang keemasan ini.Dalam aku sedang
sedang diuji dengan masaalah kewangan dimana beberapa bulan tak dibayar gaji
oleh company tempatan dan semua wang yang disimpan telah habis digunakan
tiba-tiba Allah turunkan bantuan begini maka bersyukur sangatlah aku.
Terus teringat kepada mutiara kata yang berbunyi.`sayangilah orang yang menyayangi kamu kerana kamu tahu apa didalam hatinya bukan kepada orang kamu sayangi kerana kamu tidak tahu apa didalam hatinya'.Sebelum ini aku lebih suka bekerja hanya untuk company di Malaysia tetapi ada sesetengah company yang mengabaikan kebajikan diver-diver seperti aku.Tetapi situasi yang aku alami sekarang adalah company luar yang tahu menghargai kemahiranku dan memikirkan tentang kebajikan.Jadi sekarang pilihan aku adalah company luar yang aku yakin layanannya pasti baik.In shaa Allah...
Bersambung....
Next Entri 30.3.2013
Next Entri 30.3.2013
3 comments:
assalamualaikum,
maaf menganggu.im asking on behalf of my husband.is there any job opportunity at your company for a welder w/o certificate but can speak japanese very well?
Assalamualaikum Tuan
Saya juga ada sedikit pengalaman bekerja di Jepun ni, konon-kononnya nak le mengelak ke sana, beri le alasan hari Jumaat kena tunaikan solat Jumaat. Tup-tup, mereka respon mereka akan benarkan solat jumaat dan sediakan kenderaan. Ingatkan mereka sekadar berjanji, rupa-rupanya memang betul setiap jumaat akan ada kenderaan yang menghantar dan mengambil untuk menunaikan solat Jumaat.
Assalamualaikum
apakah hanya instruktur aja yang dapat bekerja di situ?
dan apakah sertifikat ADS berlaku ?
by novice star one (ADS)
Post a Comment