Tarikh 7 Januari 2013 mencatat satu lagi sejarah dalam diari kerjaya ku.Aku berlepas dari Kuala Lumpur untuk satu perjalanan permusafiran yang baru hendak bermula.Sebaik mendarat di Lapangan terbang negara yang menawarkan aku kerja tersebut aku pun bergegas menaiki keretapi untuk menuju ke sebuah stesyen yang terakhir sekali dalam laluan keretapi ini.Kerana untuk kerja kali ini ia sedikit berbeza dimana tiada agen perkapalan yang akan menunggu atau menjemput aku seperti kebiasaannya sebelum ini. Dari airport menuju ke stesyen terakhir tersebut agak jauh juga mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan dan melalui 26 stesyen barulah sampai kesitu.
Dalam
proses menaiki keretapi inilah berlaku satu kejadian yang membuat aku berasa ralat
dimana aku telah tertinggal sambal ikan
bilis yang dibekalkan oleh isteriku untuk dimakan semasa diperantauan ini.Ianya
agak banyak juga kerana sehari sebelum itu aku dan isteri telah pergi ke pasar
tani membeli ikan bilis yang termasuk kategori mahal sebanyak 1 kilo.Kalau ikan
bilis yang mahal bila dibuat sambal rasanya sedap.Lalu isteri tersayang pun
masaklah sambal tumis ikan bilis dengan penuh kasih sayang untuk dibekalkan pada
suaminya ini.Selepas itu dipeketkan kecil-kecil dalam plastic pembungkus lalu
di`seal’ supaya tak masuk angin dan boleh tahan lama.lalu dimasukkan pula dalam
bekas plastic `tipuware’ dan aku bimbit didalam paper bag sepanjang perjalanan. Semasa dalam tren inilah baru aku sedari yang paper
bag tadi tiada bersama ku lalu terus aku teringat yang semasa membeli tiket tren tadi aku telah meletakkannya diatas lantai dan selepas beli aku terlupa nak
mengambilnya semula.Aku agak sedih jugalah kerana kejadian terlupa ini. Yang
buat aku sedih bukan kerana tak dapat makan sambal bilis tu (Allah yang menentukan rezekiku tiada untuk makan sambal bilis dalam permusafiran ini jadi tidak harus aku bersedih) tapi sedih kerana kecuaian aku lalu
penat lelah isteriku terbuang begitu saja.Selepas itu aku terus telefon
isteriku memberitahu apa yang berlaku dan mohon maaf banyak-banyak
padanya.Nasib baik isteriku ni orangnya cool je,takpelah..dah takde rezeki katanya...
Mesti pihak berkuasa di stesen tren yang kat airport tu curiga agaknya dengan paper bag yang tertinggal itu sebab tidak bertuan.Mesti mereka fikir ada bom.Maklumlah pihak berkuasa disini agak paranoid sikit dan terlalu berhati-hati.Atau Mungkin ada mana-mana Bangla atau Nepal yang terjumpa dulu lalu diambil dan bawak balik dan makan dengan nasi mesti dia tertanya-tanya siapalah yang masak sambal bilis sedap macam tu agaknya.mesti Bangla atau nepal yang jumpa dan makan sambal bilis tu pun akan berkata yang sambal tu pasti dimasak dengan penuh kasih sayang...cehh melalut pulak aku siap buatkan skrip untuk bangla pulak...Kalaulah ada mana-mana Hamba Allah yang jumpa dan makan maka aku halalkan ia bagi mereka.
Sepanjang perjalanan dengan tren ini aku lebih banyak berdiri daripada duduk kerana penumpang memang ramai dan sesak disepanjang perjalanan.Aku menjadi sedikit tumpuan oleh lain-lain penumpang kerana Beg besarku telah mengambil sedikit ruang didalam tren ini.
Mesti pihak berkuasa di stesen tren yang kat airport tu curiga agaknya dengan paper bag yang tertinggal itu sebab tidak bertuan.Mesti mereka fikir ada bom.Maklumlah pihak berkuasa disini agak paranoid sikit dan terlalu berhati-hati.Atau Mungkin ada mana-mana Bangla atau Nepal yang terjumpa dulu lalu diambil dan bawak balik dan makan dengan nasi mesti dia tertanya-tanya siapalah yang masak sambal bilis sedap macam tu agaknya.mesti Bangla atau nepal yang jumpa dan makan sambal bilis tu pun akan berkata yang sambal tu pasti dimasak dengan penuh kasih sayang...cehh melalut pulak aku siap buatkan skrip untuk bangla pulak...Kalaulah ada mana-mana Hamba Allah yang jumpa dan makan maka aku halalkan ia bagi mereka.
Sepanjang perjalanan dengan tren ini aku lebih banyak berdiri daripada duduk kerana penumpang memang ramai dan sesak disepanjang perjalanan.Aku menjadi sedikit tumpuan oleh lain-lain penumpang kerana Beg besarku telah mengambil sedikit ruang didalam tren ini.
Sebaik
sampai di Station terakhir tersebut aku dijemput oleh boss syarikat manpower supply yang
mengambil aku kerja.Tapi sebenarnya aku akan buat kerja untuk Nippon Salvage
dalam satu projek besar yang melibatkan kerajaan negara ini sebagai `client'nya,Japan Power System sebagai `Main Contractor' dan Nippon Salvage Corporation pula sebagai kontraktor .Aku dibawa ke ofis untuk
sedikit lagi proses dokumentasi kerana mereka akan memohon pas kerja atau
dipanggil Employment pass untuk aku.Didalam borang permohonanan disebut jawatan
aku sebagai Senior commercial diver,amboii macam diving Supritendant la
pulak.Berdasarkan beberapa criteria seperti kadar gaji yang
ditawarkan,pengalaman dan latar belakang pendidikan maka Ministry Of Manpower
akan menentukan kad yang mana yang akan diberikan kepada pekerja asing seperti
aku.Ada 3 jenis kad yang diberikan mengikut kategori tertentu iaitu yang
pertama ialah Work Permit biasanya untuk general worker,S Card yang termasuk kategori bagi pekerja sederhana dan yang terakhir adalah Employment Card yang
diberikan untuk golongan pekerja mahir atau golongan Professional.Aku
difahamkan pemegang kad ini boleh
memohon taraf Penduduk tetap (PR) di negara ini selepas bekerja dinegara ini lebih dari 2
tahun.Bagi orang lain mungkin ada yang berminat nak taraf penduduk Tetap tapi mungkin tidak bagi aku dan ianya atas beberapa sebab dan alasan tertentu yang tak perlulah aku khabarkan.
Employment pass aku yang sah laku digunakan selama 24 bulan dan tertulis disitu pekerjaan sebagai Senior Commercial diver macamlah hebat sangat padahal kat sini kerja rilek je.
|
Kemudian
aku dihantar ke work Barge dimana disitulah aku akan berkampung selama 1 tahun
ini atau boleh jadi lebih lama lagi.Barge ini bernama Masakuni.Ia dikategorikan sebagai Dynamic Positioning
barge yang boleh berada static disatu-satu tempat dengan dikawal oleh system
computer.Barge ini mempunyai 4 buah thrusters atau kipas yang berkuasa tinggi
yang mampu mengawal kedudukannya agar kekal static setempat.Barge ini dibawa
khas dari jepun
Sebaik
sampai di Barge lalu aku disambut oleh seorang lelaki Cina bernama Johnny yang
bertindak selaku `project cordinator’ dan beliau memperkenalkan pula aku kepada Operation Manager warga Jepun dari
syarikat Nippon Salvage bernama Kumoriya.Beliau seorang lelaki muda kurus
tinggi dan tidak pandai berbahasa Inggeris tetapi baik.. Aku
kemudian diperkenalkan kepada anggota-anggota Tim diver yang lain yang terdiri
dari 4 orang diver dari Jepun termasuk 1 Supervisornya serta 5 orang diver
warga tempatan yang bekerja dengan kontraktor menyelam syarikat Jepun juga.Kemudian aku terus
diberi taklimat penugasanku disini sepanjang tahun ini.Aku hanya bertugas
sebagai chamber operator merangkap medic diver sahaja jika berlaku sebarang
kecemasan semasa menyelam atau jika ada diver yang mengadu menghadapi simptom-simptom
penyakit penyelam.Jika tiada apa-apa berlaku maka aku hanya s/by sahaja makan
dan tidur kata mereka,biar betul..aku macam tak percaya je takkan diberi gaji
yang baik hanya untuk makan dan tido je..hmm rezeki dari Allah terima sajalah
dengan penuh rasa syukur. Taklimat yang diberikan juga menerangkan serba
sedikit tentang projek ini dan bagai mana operasi akan berjalan.Barulah aku
berasa agak jelas tentang apa yang berlaku dan apa yang aku akan hadapi selama
aku bekerja disini.
Satu
perkara lagi yang sangat mengembirakan aku dan buat aku rasa syukur ialah
mereka telah mengaturkan yang aku akan makan dikapal penunda yang setiap hari
akan bersama dengan barge kerja ini dimana krew kapal penunda tersebut semuanya
adalah warga Indonesia dan beragama islam kerana dikapal tempat bekerja ini
tukang masaknya dibawa dari jepun dan hanya akan masak makanan jepun setiap
hari yang mana tak mungkin tekakku boleh terima. Alhamdulillah... aku
mengucapkan syukur didalam hati nampaknya mereka semua prihatin dan peka
tentang isu makan untuk aku.Sesungguhnya Allah telah mendengar bisikkan hatiku
yang khuatir tentang makanan lalu Ia memudahkannya bagi ku SubhanAllah...Ya Allah hanya kepadamu aku bergantung dan berharap sesungguhnya Engkau maha mengetahui segala yang dilangit dan dibumi dan segala yang hamba Mu tidak ketahui
Tug Boat Smith linx tempat aku makan setiap
hari sepanjang projek ini.
|
Seusai
taklimat aku ditunjukkan bilik tempat aku akan menginap sepanjang projek
ini,kalau setahun maka setahunlah aku akan duduk dibilik ini kalau 2 tahun maka
2 tahunlah aku menghuninya.Hari ini aku tidak perlu bekerja kata mereka kerana
baru sampai.Jadi aku hanya mengemas dan membersihkan bilik saja.Dibilik aku ada
2 telivisisyen yang besar,ada peti sejuk minibar dan sebuah printer yang besar
maka pandai-pandailah aku aturkan agar bilik ku ini kemas,bersih dan
tersusun.Bilik penginapanku ini letaknya betul-betul dikawasan pekerja
berehat-rehat dan kawasan dibenarkan menghisap rokok iaitu satu level dengan
deck kawasan kerja.Dalam job aku yang Sebelum-sebelum ini bilik penginapan
terletak jauh dari kawasan deck kerja dan biasanya ditingkat-tingkat atas kapal
tapi apabila naik kapal Jepun kali ni situasinya berlainan sekali.Walaupun
terletak dikawasan rehat pekerja tapi tak perlu risau kerana diatas kapal ini
penghuninya tak ramai.selepas habis waktu kerja ramai yang akan pulang kerumah
masing-masing didarat.yang tinggal diatas kapal ini hanya pekerja-pekerja Jepun
10 orang,6 Myanmar dan1 Malaysia sahaja (akulah tu) Bilik aku bersetentang
dengan bilik yang dihuni oleh `rigger’ berasal dari Myanmar, mereka menunjukkan
sikap yang baik denganku dan bersikap
menyenangkan.Semasa mengemas bilik itu datang beberapa lagi orang pekerja Myanmar berjumpa dan berkena-kenalan denganku.Dihari pertama ini Aku dilayan dengan
baik dan dihormati yang mana itu aku dapat lihat dari wajah dan mata setiap
dari mereka yang aku jumpa pada hari ini.cahaya dari mata mereka menunjukkan
keikhlasan dan penghormatan.Aku dapat rasakan satu gerak hati yang baik dan menyenangkan dimana mungkin disinilah aku tidak akan bertemu dengan politik sesama pekerja atau acara tikam-tikam belakang kawan yang banyak aku temui didalam kerja-kerja sebelum ini dilapangan-lapangan minyak diMalaysia.
Dikabin inilah aku tinggal seorang sepanjang projek ini. |
Disini
aku perlu kemas bilik dan cuci baju sendiri kerana tiada roomboy atau steward
yang melakukannya seperti kelazimannya.Tapi cuci baju tidaklah susah mana
kerana mesin basuh dan mesin pengering baju disediakan.Hanya masukkan baju
kotor,sabun dan tekan butangnya sahaja.Bila dah kering diambil kalau rajin
dilipat dan disusun dan esok dipakai untuk kerja.senang sahaja.Dan aku sudah
mengambarkan begitulah rutin hidupku diatas kapal ini setiap hari sepanjang
tahun 2013 ini.Oh alangkah nikmatnya dapat kerja senang,tiada tekanan dan gaji
yang baik.Segala puji bagi Allah ...atas segala limpahan Rahmat dan Nikmat Nya.
Bilik mandi dikapal Jepun ni siap ada lantai kayu dan rasa begitu harmoni sekali |
kolah dalam bilik mandi untuk orang Jepun berendam air panas pada musim sejuk. |
5 comments:
kat korea utara ke tuan spy leman?? :D tapi smit lynx tu tug bot dari singapore kan??..area2 sini kah negara yang dimaksudkan tu?? :) -hafiz-
Salam Tuan Rumah,
Baik baik Pulau Bxxxm ada banyak chemical tank.
Anonymous 1
bukan kat korea Utara kerana disana teramat bahaya lokasinya
Anonymous 2
Terima kasih atas ingatan ye mmg betul kat situ banyak chemical tank
sebab tu kawasan larangan dan tak boleh diberitahu
Salam spy leman....selamat berkerja dan ambo doa kan agar demo sihat sejahtera...from bigjoe
T.kasih brader Big Joe
Post a Comment