Dunia Commercial Diver




15.02.2013
Seperti biasa setiap pagi aku pasti menggalakkan ahli-ahli pasukan penyelam yang akan memulakan kerja-kerja menyelam agar menggunakan peralatan surface supply kerana ia lebih selamat berbanding dengan peralatan scuba konvesional.Tapi bila bekerja dengan orang Jepun,sesuatu yang semakin banyak aku pelajari dari mereka setiap hari adalah mereka tidak akan menggunakan idea dan pendapat yang kita berikan lebih-lebih lagi kalau kita bukan bangsa Jepun.Ada masa dan ketikanya Mereka akan meminta pendapat kita tetapi amat-amat jarang sekali mereka mengambil kira dan menggunakan pendapat kita itu kerana bagi mereka pendapat mereka sahaja yang perlu diikuti dan digunakan lebih-lebih lagi jika mereka yang mengetuai sesuatu kumpulan atau pasukan.Budaya kerja dan budaya hidup mereka sejak sekian lama memang sudah begitu,penyelia dan ketua kadang kala dihormati bagaikan tuhan atau seperti langsung tidak melakukan kesalahan.

Pagi itu kerja-kerja menyelam akan menggunakan peralatan scuba lagi.Setiap kali penyelam turun menggunakan scuba aku pasti berasa curiga ,was-was dan berasa cuak dan sentiasa peka walaupun bukan aku yang akan menyelam tetapi jika berlaku sebarang kemalangan maka sebagai Diver medic aku juga yang akan mengambil tanggunggjawab merawat dan memulihkan mereka dan jika penyelam tak berjaya dipulihkan atau diselamatkan pasti aku juga yang akan dipersalahkan atau turut memikul beban fikiran rasa bersalah.
Penyelam Iizuka sebelum memulakan selaman pada hari itu
Jam 1351 hrs penyelam iizuka dan penyelam hato mula meninggalkan permukaan untuk melakukan kerja-kerja konstruksi  dikedalaman 28 meter bersamaan dengan 91 kaki.Selain dari tugas sebagai Juruteknik  perubatan selam  aku juga bertindak sebagai Pembantu Penyelia selaman dimana aku akan memantau jangkamasa selaman dan memantau jadual selaman yang digunakan serta mencatatkan didalam buku log operasi menyelam .Aku bersama dengan Penyelia Selaman warga Jepun Oguri seperti biasa mengendalikan selaman kedua-dua penyelam tersebut.

Penyelam Iizuka dan Hato sebelum selaman.
Penyelam Iizuka menggunakan topeng menyelam penutup penuh dan mempunyai alat komunikasi yang disambung terus kepermukaan.Manakala Penyelam Hato menggunakan topeng menyelam jenis yang biasa dan tiada alat komunikasi.Tugas kedua-dua penyelam adalah mengangkat sedikit kabel tenaga letrik dari dasar laut menggunakan `lift beg’ yang boleh diisi dengan angin didalamnya,untuk itu satu balang udara tambahan turut dibawa turun kelantai laut bersama dengan mereka.kedua-dua penyelam faham akan tugas mereka dan teruskan bekerja seperti biasa dan sekali sekala penyelam akan berkomunikasi dengan penyelia selaman.Tiba-tiba Pada minit ke14 kedua-dua penyelam sedang bekerja Tiba-tiba penyelam Iizuka memberitahu dalam nada yang cemas dan kelam kabut yang angin dalam balang udaranya telah kosong. Komunikasi terus terputus.

Hanya Penyelia selaman,  pengurus operasi yang sentiasa mendengar dengan teliti setiap kali operasi menyelam berjalan dan lain-lain pekerja Jepun sahaja yang memahami apa yang berlaku waktu itu kerana komunikasi didalam bahasa Jepun. Kemudian Oguri beritahu padaku yang penyelam Iizuka kehabisan udara dalam balang anginnya.Tiada tindakan untuk menghantar penyelam siap sedia kerana diyakini yang penyelam Hato pasti membantu Iizuka.Aku pun terus bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan buruk yang boleh berlaku apabila penyelam sampai ke permukaan nanti.

Selepas 2 minit meninggalkan dasar kedua-dua penyelam pun timbul dipermukaan,beberapa  penyelam lain yang berada di atas deck terjun ke air bagi membantu penyelam yang sedang dalam kecemasan naik keatas pelantar menyelam dibelakang tongkang ini.Rupa-rupanya beliau sempat mengambil balang udara tambahan yang dibawa bersama yang digunakan untuk mengelembungkan beg pengangkat (lift bag) dibawah air.

Semasa Iizuka timbul kepermukaan topeng menyelam yang dipakainya sebelum ini sudah tidak dipakai dengan sempurna dan hanya disangkut diatas dahinya sahaja.Anggota pasukan penyelam yang lain segera membantu iizuka naik dan menanggalkan peralatan menyelamnya.Beliau kelihatan cemas dan batuk-batuk serta sedang cuba menenangkan dirinya.Aku yakin beliau benar-benar cemas dan panik tadi dari keadaannya yang dapat aku perhatikan sekarang.Aku dengan segera membuat penilaian kecemasan keatas kedua-dua penyelam dan mendapati yang iizuka dalam keadaan sejuk dan menggigil,sesak nafas,loya,pernafasan yang laju,rasa letih dan keliru.Tanda-tanda tersebut sama seperti sindrom tersedut air masin.Aku dengan segera membawa iizuka kedalam kebuk mampatan hiperbarik dan memberinya menyedut oksigen tulin dan beritahu padanya yang aku akan menguci beliau didalam chamber dan bawanya kekedalaman 10 kaki selama beberapa minit sambil beliau menyedut oksigen tersebut .Pada mulanya beliau enggan kerana berfikiran yang aku akan memberi rawatan yang panjang padanya tetapi aku jelaskan yang masa yang diberi hanya 10 minit sahaja,dan ianya untuk keselamatan beliau perlu dihantar kekedalaman tersebut supaya oksigen dapat bertidakbalas dengan lebih cepat.Akhirnya  Beliau akur.

15 minit didalam kebuk hiperbarik dirasakan terlalu lama baginya dan penyelia selaman serta pengurus operasi warga Jepun yang bimbangkan keadaan beliau.Aku dihujani dengan berbagai pertanyaan kenapa?sebab apa?bagaimana?atas alasan apa aku menghantar iizuka kekedalam kebuk hiperbarik.Dengan tenang aku beri beberapa sebab dan alasan yang kukuh serta lojik pada akal mereka  dan mereka tidak bertanya lagi.Akhirnya Segalanya mereka serahkan padaku untuk uruskan.
Iizuka didalam chamber..Aku sengaja masukkan dia dalam chamber dan beri 100% Oksigen dan sedikit tekanan kedalaman selain dari dapat memulihkan tenaganya dengan lebih cepat dan secara teori ia juga dapat merawat psikologinya semula dan menaikkan semula keyakinan dirinya
Selepas 15 minit kompressi selesai diver iizuka dibawa keluar dan beliau tidak lagi mempunyai tanda-tanda dan gejala seperti sebelum itu.Beliau beritahu yang beliau berasa sangat segar dan pulih.iizuka memberitahu kepada penyelia selaman Oguri dan pengurus operasi bernama komoriya yang beliau berasa sangat baik selepas dekompressi singkat yang aku berikan itu.Penyelia selaman dan lain-lain pegawai warga Jepun mengucapkan terima kasih padaku kerana tahu apa yang perlu dilakukan. Berkali-kali Iizuka datang dan bersalam denganku kerana katanya aku telah menyelamatkannya,sebenarnya bukan aku yang menyelamatkannya.Aku hanya memberi sedikit rawatan singkat untuk memulihkannya sahaja.
Iizuka menunjukkan padaku bagaimana beliau menggunakan silinder angin tambahan untuk naik kepermukaan.Silinder tersebut pada asalnya digunakan untuk mengisi angin kedalam lift bag yang dipegangnya itu. 
Sebelum itu Semasa sebelum aku mulakan rawatan pada Iizuka rakan selamnya Hato enggan masuk kerana katanya beliau tidak apa-apa dan pada pemerhatianku juga beliau dalam keadaan baik dan tidak menunjukkan sebarang gejala.Tetapi selepas 45 minit mereka sampai kepermukaan dan ketika bersiap-siap hendak pulang dan aku pula sedang bersiap-siap hendak menutup kontena kebuk hiperbarik aku sedikit terkejut apabila Hato datang padaku dalam keadaan sedikit cemas.........

Bersambung....

Next Entri 30/05/2013

3 comments:

lah bersambung lah pulak tengah best membaca... nak tahu jugak macam mana bekalan dua tangki oksigen jepun tu boleh habis seawal minit ke-14..adakah sebab tangki tidak diisi dengan oksigen penuh atau pun tidak diselenggara,tapi faktor ni agak mustahil kerana sebagai profesional diver,benda macam tu mesti di titik beratkan....atau pun jepun tu bernafas macam kuda lepas berlari 10km speed kot,tu yang cepat habis... :D -hafiz-

Sebelum Diving tangki telah diisi penuh,Diver dah periksa sukatan angin mmg banyak.
Tapi valve pd tanki tu problem,dia habis dgn cepat.

Fulemak memang dah macam Movie ni boleh sambung time ada suspen. Cayalah tuan.

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here