Dunia Commercial Diver




Sambungan dari Entri yang lepas.
Selepas mesyuarat pagi berkaitan dengan penugasan pada hari itu lalu kerja-kerja lapangan pun dimulakan.

Proses membaiki kabel yang rosak dibawah laut ini melalui beberapa proses dan bagi memberi gambaran yang lebih jelas dan memudahkan untuk memahaminya maka aku akan menceritakannya dalam bentuk cerita bergambar.Disini Bukan 1 kabel sahaja yang perlu dibaiki tetapi terdapat 5 kabel yang rosak dan perlu dibaiki.

membincangkan strategi dan kedudukan kabel-kabel dibawah laut
Operasi menyelam dijalankan pada kebanyakkan masa hanya menggunakan peralatan skuba sahaja tetapi dilengkapi dengan peralatan komunikasi.Hanya Sesekali sahaja operasi operasi menyelam dijalankan menggunakan teknik `surface supply'.Peralatan komunikasi yang digunakan pula  sangat simple dan tidak secanggih atau semahal peralatan komunikasi yang pernah kulihat dan gunakan sebelum-sebelum ini.

Peralatan Komunikasi yang digunakan oleh diver yang `old school' simple dan lebih murah tetapi praktikal dan berfungsi dengan sangat baik sekali serta tidak pernah rosak sepanjang digunakan. 

Mula-mula diver akan dihantar untuk mengesan dan menandakan kedudukan kabel.

Diver mendapati kabel terputus dan rosak akibat tersangkut oleh sauh dari kapal yang melabuhkan sauhnya dikawasan ini apabila diseret dan menjadi terlalu tegang lalu ia terputus.kemudian apabila kapal tersebut tidak dapat menarik kembali sauhnya keatas  ia lau dipotong dan ditinggalkan sahaja didasar laut dengan kedudukan masih tersangkut pada kabel dasar laut tersebut.(Gambarajah kedudukan kabel yang rosak dan sauh yang tersangkut padanya)

Sauh yang tersangkut pada kabel diangkat naik keatas deck dengan bantuan diver.

Sauh tersebut kemudian dijadikan bahan bukti bagi mengesan ia milik siapa agar tuntutan kerugian dapat dibuat terhadap syarikat pemilik kapal yang bertanggunggjawab.


Diver akan mengikat wayar dan sling pada kabel yang rosak dan terputus lalu diangkat naik keatas deck.

Kabel tersebut kemudian dipotong setiap 15 meter.



Didalam kabel tersebut sepatutnya mengandungi minyak bagi mengelakkan kabel menjadi terlalu panas semasa mengalirkan eletrik.Selepas dipotong Jika didalam kabel didapati mengandungi minyak yang bercampur dengan air maka ia  disahkan sebagai rosak lalu akan dipotong lagi sehingga didapati sehingga didapati minyak yang didalamnya sudah tidak bercampur dengan air.
Ia lalu akan diseal dan diturunkan semula kedalam laut menggunakan kren.



Kemudian diver akan turun sekali lagi bagi membuka shakel pada wayar kren dan habislah shif untuk hari ni.Kelihatan 2 orang diver otai bersiap sedia untuk beraksi.Diver yang sedang duduk dan hanya memakai twin tank scuba   berusia 60 tahun.Manakala diver yang berdiri dan menggunakan system hookah pula berusia 58 tahun.kedua-duanya sangat berpengalaman luas dalam diving.



Hari seterusnya diver akan turun lagi untuk pasang shakel pada wayar kren untuk mengangkat kabel keatas deck bagi membolehkan proses seperti hari sebelumnya disambung sehinggalah pemeriksaan dan pemotongan mencapai jarak 600 meter.

   Dalam gambar adalah tempat simpanan minyak dikawasan tempat kami bekerja ini.

Proses yang sama akan diulang setiap hari.Fasa awal Disini sistem kerja tidak beroperasi 24jam sepertimana kebiasaan projek yang aku sertai sebelum ini.Kerana peraturan agak ketat dan kami bekerja dikawasan larangan jadi permit kerja hanya diberikan sebelah siang sahaja lagipun pada sebelah malam kawasan ini arusnya sangat laju dan tidak boleh menyelam.Kawasan tempat kami bekerja ini juga berhampiran dengan tempat pemprosesan dan menyimpan minyak mentah milik beberapa syarikat besar seperti Shell, Exxon Mobil,Oil Tanking dan lain-lain. Negara tempat aku bekerja ini membeli minyak mentah dari Negara luar lalu memprosesnya disini dan menjual semula sama ada didalam Negara atau keluar negara

Bersambung...
Next Entri 15/05/2013 

3 comments:

Perghh.. berumur 60tahun.. So tiada had umur dalam bidang menyelam ni as long as badan kita sihat la, insya allah.
Kuatkan keyakinan saya untuk menceburi bidang ni suatu hari nanti.. amin..

Base on gambar sekeliling Dan describe Ada loji2 tu rasanya tak jauh tuan bekerja ni, di luar kota singa jek tu.

salam...encik camner saya nak join kerja ni???
harap boleh la balas di email saya...
zentrix_91@yahoo.com.my

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here