Dunia Commercial Diver



Sambungan dari Entri yang lepas...92-Persiapan projek Fasa kedua 
Kalau tak baca entri lepas mesti tak faham ape yg aku tulis ni sebab ceritanya kat tengah-tengah.

Selepas Kabel yang telah di baiki dan disambungkan bahagian yang putus atau rosak dengan bahagian kabel yang baru ia kemudiannya diturunkan kedasar laut semula.Selepas diturunkan penyelam akan membuat selaman dan menandakan dimana-mana bahagian didasar laut tersebut kedudukan kabel yang tergantung atau tidak terletak betul-betul dilantai laut akibat dari keadaan permukaan laut yang tidak rata.
Beginilah rupa lukisan Penyelam tentang kedudukan dan keadaan kabel dilantai laut.Semasa ini juga surveyor akan menandakan dengan tepat didalam GPS kedudukan kabel yang tergantung itu. Ganas diver ni sampai papan slate untuk melukis ni pun pecah-pecah.
surveyor sedang menandakan dengan tepat didalam GPS kedudukan kabel yang tergantung itu. 
Keadaan kedudukan joint box selepas diturunkan kelantai laut

Palet-palet karung simen sebelum diturunkan kelaut

Palet karung simen diturunkan keair dari atas barge menggunakan kren


Penyelam akan memantau palet diturunkan dan memastikan kedudukannya diletakkan hampir dengan kabel yang berada dilantai laut

Selepas mengenalpasti kawasan-kawasan tersebut, karung-karung yang berisi simen kemudian akan diturunkan disitu dan akan disusun oleh penyelam bertujuan bagi menyokong bahagian bawah kabel tersebut dan juga dibahagian tepinya.

Jika tidak menggunakan kren karung-karung simen diletakkan diatas bot kecil dan diturunkan secara manual oleh penyelam yang lain

Semasa proses ini biasanya penyelam hanya akan menyelam dari bot kecil sahaja.Selepas selesai karung-karung simen diletakkan ditempat yang ditetapkan maka sekali lagi penyelam akan turun untuk mengambil gambar dan video keadaan kabel tersebut selepas selesai kerja bagi tujuan rekod.Jika `client` berpuas hati maka kerja untuk fasa seterusnya akan dijalankan pula.



Beginilah keadaan joint box selepas ditimbun dan dikepung dengan karung-karung simen bagi memberi kestabilan kedudukannya.F2R  2nd JB itu bermaksud Feeder 2 Red ,joint box yang kedua.

Beginilah keadaan kabel yang tergantung selepas diletakkan karung-karung simen dibawahnya bagi menyokong kedudukannya agar tidak patah dan merosakkan kabel tersebut.

Lagi kedudukan karung-karung simen dibawah kabel yang tergantung.

Penyelam terjun dengan kameranya untuk mengambil gambar keadaan kabel selepas diletakkan karung-karung simen padanya
Semasa menyelam dari bot kecil ini bot kami akan diapit dan dijaga oleh beberapa lagi buah bot kecil dan juga bot penunda yang lebih besar dari bot kami kerana kawasan ini adalah laluan yang sibuk bagi kapal-kapal besar.Setiap buah bot mempunyai alat hubungan dan boleh berkomunikasi terus dengan pihak berkuasa yang memantau laluan kapal ini.Kapal-kapal besar yang melalui laluan ini akan dilencongkan sedikit perjalanan mereka agar menjauhi kawasan menyelam kami.

Sebuah Kapal kontena yang  besar sedang melalui kawasan yang sangat hampir dengan penyelam bekerja.
Begitulah kerja-kerja membaiki kabel ini berjalan.Selepas habis kesemua proses lalu diulang semula proses yang sama untuk kabel yang lain pula.



Next Entry 31.08.2013 Merdeka weii....




0 comments:

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here