31
Ogos datang lagi.Dengan ketibaan Tarikh itu pada Tahun ini menandakan genapnya
5 tahun persaraan aku dari PDRM.Namun jiwa dan hatiku masih lagi di Bukit Aman
itu.Walaubagaimana pun hidup mesti diteruskan perjuangan baru juga perlu diteruskan.Walaupun
sudah awam tidak semestinya tidak patriotik,aku masih patriotik sama juga
seperti waktu masih berkhidmat dulu.
Tapi
aku hairan melihat kecenderungan rakyat Malaysia terutama generasi muda sekarang
ini yang kurang patriotik dan tak kurang juga ramai yang terlalu membenci
kerajaan seolah-olah kerajaan Negara ini terlalu zalim seperti kerajaan Basyar
Asad pula.
Aku
akui yang kerajaan sekarang tidak sempurna tapi bukan beerti mereka kerajaan
yang Zalim atau kejam malah kerajaan ini terlalu baik dan memanjakan rakyatnya
sebab itulah rakyatnya menjadi manja,malas,tidak berdisiplin dan suka
meminta-minta serta terlalu suka bersikap tidak puas hati dengan kebanyakkan perkara.
Sudah
banyak Negara lain didunia aku jejaki sama ada untuk tugas rasmi atau tidak
rasmi dan aku telah melihat banyak kekurangan atau kelebihan negara orang, lalu
aku bandingkan dengan apa yang ada dinegara ku dan kesimpulan yang kudapati adalah
lebih baik Negara ku sendiri.
Sedikit
sedutan kata-kata dari Facebook saudara Hilal Asyraf yang boleh kita fikirkan.
Ogos sangat sinonim dengan kemerdekaan bagi rakyat
Malaysia. 31hb Ogos ialah tarikh keramat buat kita semua, tarikh di mana kita
melaungkan kemerdekaan negara kita dari cengkaman penjajah.
Saban tahun bila tiba musim kemerdekaan, akan ada
wawancara daripada media bertanya kepada rakyat akan erti kemerdekaan. Ada yang
menjawab ianya ialah kebebasan, ada yang menjawab ianya ialah tidak lagi perlu
ikut telunjuk orang lain dan sebagainya.
Namun dalam keghairahan kita menyambut kemerdekaan
negara ini, apakah kita pernah berhenti sebentar dan melihat diri, kemudian
bertanya – merdekakah kita?
Benar,
penjajah telah tiada. Mereka telah pulang ke negara mereka. Hari ini negara
kita diperintah oleh kita sendiri, anak watannya. Namun itu secara fizikal,
secara luarannya.
Walaupun telah merdeka dari segi fizikal, kita dapat melihat bahawa minda dan jiwa kebanyakan rakyat Malaysia masih belum berjaya dibebaskan.
kita masih dicengkam oleh budaya yang tidak sihat, sama ada datangnya dari sikap turun temurun orang kita, atau datangnya daripada anasir luar. Kita seakan ‘terjajah’ dengan pelbagai trend hedonisme seperti KPop, dedah aurat, pergaulan bebas, style-style yang kita ambil bulat-bulat daripada anasir luar yang tidak sihat(gangsterisma contohnya)dan sebagainya.
Itu belum dikira
penjajahan syaitan ke atas diri kita, dengan pelbagai perbuatan luar batas
syara’ yang telah menjadi darah daging kita.
Maka, kita tanya
diri kita semula, apakah kita telah merdeka sebenarnya?
Bersyukurlah
dengan apa yang kita miliki sekarang nescaya Allah akan menambahkan lagi
nikmatnya seandainya kita bersyukur.
31
Julai Hari Pahlawan
31
Ogos Hari Kemerdekaan Malaysia.
Janganlah terlalu bertanya tentang sumbangan negara kepada anda tetapi renung dan nilai kembali apa bakti anda kepada negara.
Selamat
Menyambut Hari kemerdekaan kepada semua Warganegara Malaysia
yang bangga bahawa Negara tanah tumpah darahnya adalah Malaysia.
4 comments:
Dari hati seorang patriot sejati..
Terima Kasih Puan Irnie...
Saya bukanlah seorang patriot...
Saya hanya seorang bekas pejuang kecil sahaja...namun jiwa saya BESAR dan Cinta saya pada Agama Bangsa dan Tanahair juga BESAR
teruskan pnulisan anda,anda memang diver sejati,pemberi inspirasi dn bacaan kerjaya pada diver baru, alangkah bagus jika blog u ni di baca oleh isteri diver agar memahami surah jerih payah kerjaya suami mereka,,terima kasih- ana sazi@ana metraniaga
T.kasih Puan Safieza Rashid aka Kak Ana Sazi : )
T.kasih kerana melayan blog yg tak seberapa ini.
Saya bukan diver sejati hanya seorang diver kecil shj yg ingin berkongsi cerita2 kecil dilaman maya,jika ada yg singgah untuk sama menghayati itu adalah satu bonos buat saya.
Isteri org lain yg baca,isteri sendiri tak baca pun...
Peace...
Post a Comment