Dunia Commercial Diver




Selepas tamat kontrak dengan Nippon Salvage aku pulang keKuala Lumpur dan berehat barang sehari dua kemudian terus masuk kerja di Yard Sg.Buloh membantu rakan di HCA Tech Sdn Bhd menyiapkan hiperbarik chambernya untuk diserah kepada pelanggan yang membeli chamber tersebut.Aku hanya membantu sikit-sikit sahaja sekadar yang tercapai didalam level ilmu pengetahuanku sahaja.Aku bukannya pandai sangat.
Beginilah rupa asal hiperbarik chamber selepas di cat tetapi belum dipasangkan peralatan padanya

Setelah siap dan dimasukkan kedalam kontena dan sedia untuk dioperasikan
Selepas chamber tersebut siap aku ditugaskan untuk melatih beberapa orang kakitangan syarikat tersebut dalam pengendalian hiperbarik chamber didalam operasi menyelam dan yang seumpama dengannya.Kakitangan syarikat tersebut juga adalah chamber operator dan sudah biasa mengendalikan chamber diklinik bagi merawat pesakit yang kebanyakkan adalah penyakit klinikal seperti diabetic,cerebal palsy,stroke dan juga penyakit penyelam tetapi aku dikehendaki melatih mereka mengendalikan chamber yang terdapat didalam operasi menyelam. Tidak susah mengajar orang yang sudah pandai  seperti mereka kerana ilmu itu sudah ada pada mereka hanya dengan sedikit penambahan maka semakin bertambah ilmu didada.Sebenarnya aku bukan mengajar mereka tapi aku hanya berkongsi pengalaman dengan mereka berdasarkan sedikit ilmu dan pengalaman dalam oil & gas yang ada sebab aku rasa aku bukanlah orang yang layak untuk mengajar kerana aku baru setahun jagung didalam industri ini pengalaman pun belum banyak lagi.
Sedang tekun memerhatikan `chamber operator' melakukan praktikal operasi chamber yang lebih besar
Selepas chamber disiapkan dan latihan selesai aku bersama kakitangan syarikat yang lain menghantar chamber tersebut kepada pelanggan yang sedang menjalankan projek menggali terowong bawah tanah bagi projek Mass Rapid Transit di Kuala Lumpur.Pelanggan yang membeli chamber ini adalah CEC International yang mendapat kontrak dari MMC Gamuda untuk pakej penggalian yang bermula dibahagian Pudu. Secara tak langsung aku juga terlibat didalam projek tersebut sebagai sebahagian dari pasukan yang dipanggil medical lock team.Dimana pasukan ini akan mengendalikan chamber rawatan hiperbarik dan juga chamber yang terdapat pada Tunnel Boring Machine (TBM) yang terdapat dibawah tanah yang digunakan untuk mengorek terowong.Chamber yang terdapat pada TBM tersebut ada 4 dan dipanggil Manlock 1,Manlock 2,working chamber dan excavation chamber.Chamber-chamber ini digunakan bagi menghantar pekerja kebahagian mata gerudi jika kerja-kerja pembaikan pada bahagian mata perlu dilakukan.
Pandangan Tunnel Boring Machine dari atas
Jika kerja-kerja pembaikkan pada mata gerudi perlu dilakukan semasa proses menggerudi maka penggerudian akan dihentikan,tekanan tinggi akan diberikan kedalam bahagian tersebut bagi mengelakkan daripada tanah runtuh atau air didalam tanah membanjiri bahagian excavation chamber.Dengan itu pekerja-pekerja yang ditugaskan melakukan kerja-kerja pembaikkan juga terdedah kepada keadaan tekanan tinggi.Disinilah peranan ahli pasukan `medical lock’ diperlukan dimana kami akan mengawal sukatan tekanan angin yang diberikan,menjaga jangkamasa pekerja berada didalam keadaan tekanan tinggi tersebut dan melakukan proses membawa mereka kepada keadaan normal semula.Sekiranya selepas tugas mereka dibawah tanah tadi selesai dan didalam masa 24 jam didapati mereka menunjukkan tanda-tanda atau simtom-simtom mendapat penyakit yang dipanggil `bends’ maka kami akan merawat mereka pula didalam hiperbarik chamber yang berada dipermukaan yang sentiasa siap sedia.ianya lebih kurang sama seperti mengendalikan penyelam-penyelam juga.
Bersama Engineer Berada didalam chamber yang dipanggil `Manlock'.yang berada dibahagian dalam Tunnel Boring machine.
Aku berasa sedikit janggal bila bekerja ditapak pembinaan kerana sebelum ini hanya bekerja di tapak Oil & Gas sahaja.Walau bagaimana pun  aku berasa agak senang juga kerana di tapak pembinaan yang besar seperti projek MRT ini tahap kawalan keselamatan agak hampir sama seperti didalam industri minyak dan gas juga dimana safety diutamakan.kalau bab safety seperti ini aku tidak kekok dan janggal malah aku berasa selesa sekali.
Compress air worker sedang berhenti rehat untuk makan malam didalam manlock dan dalam keadaan bertekanan tinggi semasa proses menukar mata gerudi pada 27 Jun 2014

Mata Gerudi yang baru yang akan dipasang bagi menggantikan mata yangg sudah tumpul atau rosak
Sedang menggayakan aksi lelaki macho didalam terowong..
Aku hanya akan bertugas didalam projek ini jika dipanggil oleh kontraktor utama ataupun jika aku berada didarat sahaja kerana bila-bila masa jika aku dipanggil untuk pergi offshore maka aku akan pergi kerana aku yakin kakitangan syarikat yang telah aku latih sebelum ini boleh mengendalikan tugas disini dengan baik.

Keretapi pekerja yang digunakan didalam terowong bawah tanah semasa proses penggalian
Fakta2 MRT
Stesen ada 31 buah
Stesen bawah tanah 7 buah
Kedalaman antara 52 hingga 60 meter
Bermula dari sungai buloh sehingga ke Semantan (elevated) laluan atas
Bermula dari Jalan Semantan ia akan masuk kebawah tanah
Didalam tanah ia akan berada dikedudukan atas dan bawah.
Terowong berakhir dan Akan keluar semula di Maluri Cheras.
Dari Maluri ia akan berada dikedudukan laluan atas (Elevated) semula sehingga
berakhir dekat Kajang.
EnamTBM digunakan untuk menggali terowong bawah tanah dalam satu masa.
jumlah keseluruhan ada 10 Tunnel Boring Machine

Sedang Posing dihadapan Manlock chamber yang terdapat didalam Tunnel Boring Machine bersama rakan. 
Sila klik pada pautan dibawah untuk mengetahui bagaimana TBM beroperasi.
http://www.youtube.com/watch?v=qx_EjMlLgqY
Next Entri 1/8/2014

3 comments:

Assalamualaikum brader spy.selamat berpuasa.nk tanya,semasa abg g wt ADAS dlu abg mintak cuti tanpa gaji kn.mcm mana dengan pembayaran pinjaman peribadi abg dgn pihak bank selama abg bercuti tu?adakah abg mohon penangguhan pembayaran dgn bank ataupun abg byr jgk tiap bulan?sori kalau soalan ni lari topik

Takde penangguhan.
Bayar mcm biasa..
Duit yg dipinjam tu asingkan sikit untuk byr hutang tu selama tempoh 3 bulan berkursus

Terima kasih sudi reply.bank xbagi buat macam tu, dia kata kena bayar melalui potongan gaji

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here