Pertengahan Bulan mei 2014 sewaktu aku sibuk dengan kerja-kerja
di site MRT Di Pudu aku dihubungi oleh Pn Norshila dari Sapura Kencana
memperlawa aku untuk projek terbaru mereka.Aku terus setuju kerana dah lama aku
tak pergi offshore dan tak naik job diMalaysia.
21hb aku pun terbang keKuantan dengan penerbangan petang dan
seperti biasa apabila sampai di kuantan agen sudah siap menunggu untuk membawa
aku dan beberapa orang lagi krew ke hotel penginapan.
Keesokan paginya kami dibawa
pejabat TL offshore diKemaman bagi proses procedure keselamatan seperti
mengisi boring-borang berkaitan pengistiharan kesihatan dan
keselamatan,menjalani ujian alkohol dan dadah,melalui pemeriksaan keselamatan
dan seterusnya naik krew boat untuk dibawa kekapal besar iaitu LTS 3000.
Kapal ini agak besar l/kurang sama besar dengan kapal Sapura
3000 yang pernah aku naik dulu.Ini adalah kali pertama aku naik kapal ini.
Ini adalah job sapura
kencana untuk client baru yang aku tak
pernah dengar namanya sebelum ini iaitu Lundin petroleum.ianya adalah sebuah
syarikat sweden yg beribu pejabat di Geneva. Lundin adalah client sama seperti
petronas,shell,exxon mobil,petrofac dan lain-lain lagi yang bekerjasama dengan
syarikat Malaysia.Untuk projek ini lundin memberikan kontrak kepada Sapura Kencana bagi kerja-kerja memasang
jacket atau drilling platformnya yang pertama di malaysia dilapangan minyak
yang baru dan diberi nama Bertam field berada kira-kira 175km dari kemaman.
Inilah jacket atau kaki platform yang kami pasang disini |
Pelayaran ke lokasi ini jika dengan bot laju khas untuk krew
akan mengambil masa 5 jam manakala pelayaran dengan kapal LTS 3000 yang aku
naik ini pula mengambil masa 18 jam.
Didalam job ini Aku bertemu semula dengan rakan-rakan lama yang
sudah lama tidak brjumpa sejak aku meninggalkan perairan Malaysia untuk bekerja
dengan nippon salvage sejak awal 2013.sebelum itu di penghujung 2012 aku
bekerja untuk syarikat Malaysia lain yang lambat membayar gaji seperti yang
pernah aku ceritakan dalam entri no 81 (klik dipautan)
serta satu diving comp australia.Jadi lebih kurang sudah
hampir 2 tahun aku tidak berjumpa dengan rakan-rakan lama disini.mereka terus
setia bekerja untuk sapura kencana sejak dulu lagi tidak seperti aku yang
melompat-lompat company.
Oleh kerana projek ini hanya memasang satu sahaja pelantar
minyak yang baru maka projek ini tidak lama hanya memakan masa lebih kurang 14
hari sahaja keseluruhannya.Walaupun ianya tidak lama tapi aku bersyukur kerana
masih lagi berpeluang naik job dan berjumpa semula dengan rakan-rakan lama
serta dapat mengembalikan semula mood offshore yang sudah setahun hilang.
2 orang rakan sedang bersenam di Gym diatas kapal ini.Aku tidak kelihatan didalam gambar kerana sedang mengangkat besi - besi yang berat-berat disudut yang lain : ) |
Next Entry 1/9/2014
3 comments:
mana besinya? hehe... apa-apa pun faktor usia memainkan peranan jugak rupanya dalam dunia diver ni...saya memang mabuk laut tapi kalau dah masuk laut tak mabuk dah la... selamat hari raya ronin!!!
Marilah naik job DFIN..
Besi2 kat gym ini bagus dan agak complete jugak.
DFIN tu ape boss.
boss tak panggil kita mcm mana nak naik job sana
Post a Comment