Selama beberapa bulan akan datang Blog ini akan menyiarkan semula artikel-artikel yang ditulis oleh saya yang telah pernah diterbitkan didalam Majalah PERAJURIT terbitan hujung 2012 hingga awal 2013.Tujuan penyiaran semula artikel-artikel berbentuk informatif ini adalah bagi memberi peluang kepada pembaca-pembaca lain yang tidak sempat memiliki majalah tersebut semasa keluarannya.Penulis dimaklumkan oleh pihak penerbitan Majalah tersebut bahawa Artikel-artikel mengenai menyelam yang disiarkan adalah yang pertama seumpamanya mengenai sejarah menyelam,tujuan menyelam dan teknik-teknik menyelam yang ada.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.
Oleh : A**** J****
roninn70@gmail.com
Tujuan-tujuan menyelam
Sejak dahulu hingga sekarang Manusia menyelam untuk berbagai tujuan antaranya sebagai riadah,rekreasi,sukan,konservasi,eksplorasi,arkeologi,pendidikan,sivil,ketenteraan,perniagan,industri berat dan perubatan.
Sejak dahulu hingga sekarang Manusia menyelam untuk berbagai tujuan antaranya sebagai riadah,rekreasi,sukan,konservasi,eksplorasi,arkeologi,pendidikan,sivil,ketenteraan,perniagan,industri berat dan perubatan.
Tujuan menyelam adalah berbeza-beza mengikut kumpulan dan
keperluan.Ada beberapa kumpulan yang dikenalpasti menyelam dengan tujuan
tersendiri.
Kumpulan pertama iaitu Orang
awam menyelam bertujuan sebagai beriadah atau berekreasi dan menganggapnya
sebagai satu sukan lasak.Kumpulan ini adalah kelumpok penyelam terbesar didunia dan lebih dikenali sebagai
penyelam skuba.Dianggarkan terdapat lebih kurang 3 juta orang penyelam scuba diseluruh
dunia yang aktif.
Kumpulan kedua adalah Sebahagian
dari Penyelam skuba ini ada pula yang terlibat dengan kerja-kerja konservasi
dan pemuliharaan alam sekitar bawah laut dan pantai.sebahagian lagi pula ada
yang terlibat dengan kerja-kerja arkeologi dan pengkajian sejarah maritim yang
tersembunyi dibawah air.Tidak kurang juga yang menyelam sambil melakukan
eksplorasi gua-gua bawah air.Manakala sebahagian lagi pecahan dari kumpulan ini
menjadikan pendidikan dalam bidang menyelam sebagai tugas utama mereka.Ataupun
menyelam adalah tuntutan yang perlu dilakukan dalam melengkapkan kursus atau
mata pelajaran yang diambil,contohnya pelajar-pelajar yang membuat pengkhususan
dalam kajian sains samudra dan ahli-ahli sains yang mengkaji bidang biologi
marin.
Kumpulan ketiga
terbesar dalam kelumpuk penyelam diseluruh dunia adalah terdiri dari
penyelam-penyelam tentera dan sivil.Penyelam sivil contohnya adalah terdiri
dari pasukan-pasukan penyelamat seperti yang terdapat di Malaysia contohnya
pasukan penyelam polis,bomba,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,Jabatan Pertahanan
Awam dan penyelam SMART Tim.
Pasukan penyelam
Tentera pula terdiri dari 3 cabang utama Darat, Laut dan Udara dengan Tentera
Laut Diraja Malaysia tidak dapat dinafikan mempunyai jumlah penyelam terbesar
dan telah melahirkan ramai penyelam terlatih sejak awal penubuhan pasukan
penyelamnya sehingga sekarang. Ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera ini
menggunakan kaedah menyelam bagi melaksanakan sesuatu tugas penyusupan melalui
bawah air ataupun penggelidahan bawah air.Selain dari penyelam tentera yang
menggunakan kaedah menyelam untuk tujuan tersebut pasukan penyelam dari Pasukan
Khas Polis juga turut berbuat demikian.
Kumpulan keempat terdiri dari 2 kelumpuk iaitu mereka menjadikan bidang
menyelam sebagai satu bentuk perniagaan yang mana mereka memperniagakan
kemahiran menyelam mereka,peralatan menyelam dan menyediakan khidmat menyelam
kepada yang memerlukan serta membekalkan penyelam kepada pelanggan.
Salah satu dari operator Penyelam yang menjalankan perniagaan melibatkan aktiviti menyelam di Pulau Kapas Terengganu |
Kelumpuk kedua dari kumpulan keempat ini adalah sekumpulan penyelam yang
bergerak secara sendiri dan mereka menawarkan khidmat mereka kepada
syarikat-syarikat multinasional bertaraf global yang terlibat dengan industri
berat seperti minyak dan gas dan kerja-kerja yang melibatkan pembinaan dibawah
air.Kumpulan ini adalah kumpulan penyelam yang sangat berisiko tinggi dan menerima bayaran sangat lumayan dalam
kelumpuk lain-lain penyelam .
Kumpulan keempat adalah
kumpulan yang sangat jarang diketahui.Kumpulan ini adalah sekumpulan orang yang
mempunyai kesihatan yang tidak berapa baik dan mereka menjadikan aktiviti
menyelam untuk tujuan perubatan.Dengan teknik dan tempat yang berbeza sama
sekali mereka menyelam tetapi tidak
basah dan sebahagian besar dari mereka pulih dari penyakit yang dihidapi
melalui aktiviti menyelam seperti yang mereka lakukan.
Teknik ini dipanggil menyelam kering atau `chamber dive’ dimana personal
akan dimasukkan kedalam chamber atau kebuk mampatan lalu di kompreskan kepada
kedalaman tertentu.Teknik ini banyak digunakan dihospital-hospital atau pusat
rawatan swasta yang memberi rawatan bagi penyakit tertentu.Kajian-kajian yang
dibuat telah membuktikan yang pesakit-pesakit yang menggunakan kaedah rawatan
seperti ini pulih lebih cepat dari rawatan biasa.
Jika dikaji dan
direnungkan semula Selain dari kumpulan penyelam yang mempunyai tujuan riadah
dan rekreasi , kumpulan-kumpulan lain yang disebutkan diatas menyelam dengan satu tujuan yang sama sejak dari zaman
awal sejarah menyelam bermula lagi iaitu bertujuan untuk meneruskan kehidupan.
next entri 1/11/2014
Teknik-Teknik menyelam
0 comments:
Post a Comment