Mulai Jun 2014 sehingga beberapa bulan akan datang Blog ini akan menyiarkan semula artikel-artikel yang ditulis oleh saya yang telah pernah diterbitkan didalam Majalah PERAJURIT terbitan hujung 2012 hingga awal 2013.Tujuan penyiaran semula artikel-artikel berbentuk informatif ini adalah bagi memberi peluang kepada pembaca-pembaca lain yang tidak sempat memiliki majalah tersebut semasa keluarannya.Penulis dimaklumkan oleh pihak penerbitan Majalah tersebut bahawa Artikel-artikel mengenai menyelam yang disiarkan adalah yang pertama seumpamanya mengenai sejarah menyelam,tujuan menyelam dan teknik-teknik menyelam yang ada.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.
Oleh : A**** J****
roninn70@gmail.com
TEKNIK TEKNIK MENYELAM
Bahagian
kedua kisah mengenai menyelam kali ini penulis akan menceritakan teknik-teknik
yang terdapat didalam aktiviti menyelam ini.supaya pembaca boleh mendapat
gambaran yang lebih jelas tentang aktiviti ini.Yang mana kebanyakan orang hanya
tahu 2 teknik menyelam sahaja yang ada iaitu menyelam dengan menahan nafas dan
menyelam menggunakan teknik skuba tetapi tidak menyedari tentang wujudnya 5 lagi
teknik menyelam yang lain.
Teknik
menyelam terdiri dari 7 jenis teknik.Setiap aktiviti menyelam walaupun berbeza-beza
tugas yang dilakukan,berbeza nama yang diberikan dan berbeza tujuannya tetapi
ianya tidak boleh lari dari menggunakan salah satu dari 7 teknik yang ada.Teknik-teknik tersebut
adalah Teknik menyelam bebas (menahan Nafas),Teknik Selam Skuba,Teknik Selam
Teknikal,Teknik Bekalan dari permukaan,Teknik Menyelam Tepu,Teknik Suit
Menyelam Atmospherik dan Menyelam Chamber.
Teknik menyelam bebas
atau `Free Diving’
Penyelam
akan menahan nafasnya didalam air seberapa lama yang termampu olehnya sebelum
menimbulkan diri dipermukaan untuk mengambil nafas semula dan menyelam kembali.
Teknik
menyelam bebas dengan menahan nafas sering digunakan dalam berbagai aktiviti diair
antaranya memanah ikan,aktiviti mengambil gambar bawah air,memburu dibawah
air,snorkling dan lain-lain lagi.
Disesetengah
tempat teknik ini turut dipertandingkan malah ramai yang tidak menyedari acara Renang berirama yang sering
dipertandingkan didalam acara sukan adalah termasuk kategori menyelam
bebas.
Satu lagi acara yang dipertandingkan adalah Apnea.Apnea dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya Apnea Statik , Apnea Dinamik Dengan Sirip, Apnea Dinamik Tanpa Sirip, Apnea Berat Sekata, Apnea Berat Sekata Tanpa Sirip, Apnea Tanpa Had dan beberapa nama lagi.Namun yang paling dikenali sekali adalah Apnea tanpa had dimana penyelam akan menahan nafas dan pergi kekedalaman maksimum yang termampu olehnya dengan pemberat dan menggunakan bantuan bag gelembung udara untuk naik kepermukaan .
Satu lagi gaya yang digemari adalah Apnea static yang biasanya dilakukan dikolam renang dimana penyelam akan menahan nafas seberapa lama yang boleh dan masa akan direkod.Rekod kedalaman paling dalam dibuat dalam acara Apnea tanpa had adalah 214 meter oleh Herbert Nitsch pada 2007 di Spetses,Greece.Manakala rekod bagi Apnea Statik pula adalah selama 11 min 35 sec yang dibuat oleh Stéphane Mifsud pada tahun 2009 di Hyères, Var, France

Walaupun
dilakukan dalam perbagai gaya dan diberi nama yang berbeza namun Teknik asasnya tetap sama iaitu menahan
nafas.Gaya Tradisi yang masih tetap kekal dan relevan walaupun zaman telah
berubah.
Sejarah
Teknik
menyelam bebas dengan menahan nafas ini mempunyai sejarah yang paling panjang
sekali dalam semua teknik menyelam yang ada . Sejak dahulu hingga kini teknik
ini masih lagi digunakan.bukti-bukti arkeologi menunjukkan yang manusia
melakukan aktiviti menyelam bebas atau `free diving’ sejak abad ke 5 sebelum
Masehi lagi.
Antara puak yang melakukannya adalah puak haenyeo di Korea yang menyelam bagi mengutip siput laut dan sponge bagi dijual.Semasa era Tamadun Greek pula sponge sering digunakan semasa mandi menyebabkan permintaan terhadapnya agak tinggi dan Pulau Kalymnos telah menjadi pusat bagi aktiviti menyelam bagi mendapatkan sponge. Di Jepun pula Penyelam Ama terkenal sebagai penyelam mutiara sejak 2000 tahun dahulu.

Kemahiran
Setiap
manusia berbagai peringkat umur mempunyai kemahiran menyelam sambil menahan
nafas Cuma yang membezakannya adalah kemahiran menahan nafas dengan lebih lama
dan lebih sistematik.Untuk mendapatkan kemahiran menahan nafas yang lebih lama
dan lebih sistematik seseorang penyelam yang ingin mengamalkan teknik ini perlu
menjalani latihan yang berterusan dan bersistem.
Hanya dengan latihan yang berterusan sahaja seseorang penyelam akan mengusai teknik ini dengan baik dan memperolehi hasil yang mengagumkan dimana mereka akan mampu untuk menyelam lebih lama daripada orang lain yang tidak mengamalkan latihan yang berterusan dan bersistem.Tidak mustahil seseorang penyelam boleh menyelam sehingga selama 10 minit hanya dengan satu nafas sahaja jika mereka mengamalkan latihan yang berterusan dan bersistem itu.

Kebaikan
Teknik ini tidak memerlukan perbelanjaan besar
hanya memerlukan disiplin dan ketahanan diri penyelam itu sendiri.Dengan teknik
ini juga risiko untuk mendapat penyakit berkaitan menyelam adalah sangat kecil
kecuali 1 penyakit sahaja iaitu sindrom `Terpadam mengejut’ atau`shallow water
blackout’.
Keburukan
Ianya
kini jarang digunakan untuk melakukan sesuatu pekerjaan dibawah air kerana
jangkamasa untuk penyelam berada dibawah air yang amat terhad.
Penyelam
terdedah kepada sindrom `terpadam mengejut’.Ia adalah situasi dimana tidak
sedarkan diri akibat kekurangan oksigen dibahagian otak ketika dipenghujung penahanan nafas yang biasanya
berlaku diair yang cetek (kurang 16 kaki).
Biasanya berlaku apabila seseorang penyelam menahan nafasnya secara maksimum,atau menyedut nafas terlalu dalam ataupun bernafas terlalu laju sebelum melakukan selaman.Ia boleh berlaku keatas sesiapa sahaja termasuk pengamal teknik selaman bebas (free diving) atau perenang yang sihat dan cergas.Seringkali kita dengar berlaku kematian dikolam renang walaupun mangsa pandai berenang kerana seringkali ia berlaku tanpa orang lain menyedari yang mangsanya sedang menghadapi masaalah tersebut.
Ibu bapa yang membawa anak bermain air sama ada dikolam renang atau dilaut hendaklah sentiasa memberi perhatian memantau anak-anak mereka walaupun anak-anak mereka sudah pandai berenang kerana sindrom`Terpadam Mengejut’ boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa kita sedari. Walaupun mekanisma bagaimana ia berlaku telah dikenalpasti namun masih ramai pengamal selaman bebas yang tidak tahu mengenainya.

0 comments:
Post a Comment