Dunia Commercial Diver



Mulai Jun 2014 Sehingga beberapa bulan akan datang Blog ini akan menyiarkan semula artikel-artikel yang ditulis oleh saya yang telah pernah diterbitkan didalam Majalah PERAJURIT terbitan hujung 2012 hingga awal 2013.Tujuan penyiaran semula artikel-artikel berbentuk informatif ini adalah bagi memberi peluang kepada pembaca-pembaca lain yang tidak sempat memiliki majalah tersebut semasa keluarannya.Penulis dimaklumkan oleh pihak penerbitan Majalah tersebut bahawa Artikel-artikel mengenai menyelam yang disiarkan  adalah yang pertama  seumpamanya mengenai sejarah menyelam,tujuan menyelam dan teknik-teknik menyelam yang ada.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.  

Oleh : A**** J****
roninn70@gmail.com

Teknik SKUBA

Menggunakan Udara Yang Dimampatkan Dan Udara Campuran.
Teknik SCUBA ataupun (Self Contain Underwater Breathing Apparatus) ini adalah yang paling  popular dan paling ramai menggunakannya diseluruh dunia semenjak diperkenalkan dan direka dengan penambahbaikan oleh Jacques Cousteau dan Emile Gagnan pada tahun 1942.Teknik scuba banyak digunakan diseluruh dunia kerana perbelanjaannya masih tidak terlalu mahal dan menjadi kegilaan ramai setelah diberikan perbagai pubilisti dan pendedahan mengenainya sama ada melalui media massa atau media eletronik.Ramai orang diseluruh dunia dari peringkat kanak-kanak hingga warga emas mampu melakukannya.Teknik ini juga boleh dipelbagaikan kegunaanya untuk berbagai tujuan sama ada untuk berekreasi,bersukan,eksplorasi,konservasi,kajian arkeologi,kajian maritime,kajian sains samudra,biologi marin,forensic,sivil , keselamatan dan kerja-kerja bawah air tahap asas.
Penyelam Scuba sedang melakukan aktiviti konservasi bawah air  dan dikedalaman yang terhad.Tahap Kedalaman penyelam ditentukan berdasarkan kecerahan gambar yang diambil dimana kadar cahaya yang tembus dari permukaan adalah agak cerah dan menunjukan yang penyelam berada dikedalaman kurang dari 70 kaki. (gmbr koleksi penulis) 
Sejarah
Selepas Perang Dunia Kedua tamat minat Masyarakat terhadap  aktiviti menyelam meningkat dengan mendadak pada tahun 1953 selepas Majalah National Geographic menyiarkan artikel berkaitan kerja-kerja Arkeologi bawah air yang dijalankan oleh Jacques Cousteau di Grand Congloué island dekat Marseille.Permintaan terhadap peralatan menyelam terutama alat pengatur udara juga turut meningkat dengan mendadak tetapi harganya  waktu itu adalah sangat mahal.Oleh kerana harganya yang mahal menyebabkan orang yang tidak mampu membelinya akan mereka sendiri alat pengatur udara untuk kegunaan mereka. 
Pada tahun yang sama juga sertifikasi selam scuba yang pertama di Amerika Syarikat di keluarkan oleh Los Angeles County Department yang sekarang dikenali sebagai LA County Scuba

1955 Jacques-Yves Cousteau bersama seorang pembantu pengarah filem berusia 23 tahun  Louis Malle telah membuat pengambaran filem dokumentari berwarna yang bertajuk The Silent World yang menunjukkan keadaan bawah laut yang penuh warna warni.Setahun kemudian filem tersebut memenangi anugerah Filem dokumentari terbaik dalam anugerah Academy Award.

Siri Televisyenn bertajuk Sea Hunt yang memperkenalkan dan mempopularkan lagi selam skuba  kepada penonton mula ditayangkan pada 1957 dan kekal sehingga tahun 1961.Siri Televisyen ini mendapat sambutan menggalakkan.

Filem James Bond bertajuk Thunderball keluaran tahun 1965 yang mana dalam filem tersebut terdapat adegan penggunaan scuba mempopularkan lagi teknik tersebut.
1966 Badan pentauliahan sertifikasi Professional Association of Diving Instructors (PADI) ditubuhkan.
1985 Persatuan Penyelam Teknikal dan Nitrox Antarabangsa (IANTD) Diasaskan.
1989 The Abyss Sebuah lagi Filem Fiksyen berkaitan menyelam laut dalam dikeluarkan dan menambahkan lagi populariti selam skuba.

Berfungsi-
Ia berfungsi dengan cara penyelam akan menyelam dan bernafas dibawah permukaan air dengan menyedut udara yang telah dimampatkan didalam satu silinder yang mampu menyimpan udara tekanan tinggi  (high Pressure) didalamnya sehingga ketekanan 3000 psi (pressure square inch).Walaupun tekanan udara didalam silinder tersebut adalah setinggi 3000 psi tetapi udara yang disedut oleh penyelam itu telah dikurangkan menjadi udara bertekanan rendah (low pressure) oleh sejenis alat pengatur udara (first stage regulator) yang dipasang dikepala silinder itu tadi.Jadi penyelam akan menyedut udara dengan sais sukatan udara yang sama disedut dipermukaan.Satu lagi alat pengatur udara second stage regulator) akan membekalkan udara hanya apabila disedut oleh penyelam ini yang dipanggil `system demand valve’ yang mana udara tidak akan keluar berterusan jika tidak disedut oleh penyelam mengikut konsep asas ciptaan Jacques Cousteau dan Emile Gagnan.Udara yang disedut tadi kemudian akan dilepaskan dan buih udara tadi terus timbul dipermukaan ini dipanggil system litar terbuka.

Apabila angin atau udara yang dimampatkan didalam silinder tadi telah habis ianya boleh diulang isi semula berulang-ulang kali.Proses pengisian semula ini adalah menggunakan sejenis mesin pemampat tekanan tinggi yang khas untuknya.Ramai orang yang tersalah anggap dengan menganggap penyelam bernafas dibawah air dengan menyedut oksigen.Tetapi sebenarnya ialah mereka menyedut udara biasa yang dimampatkan dan didalam kandungan udara itu mempunyai kadar Nitrogen 79 %,  sedikit oksigen dengan kadar sebanyak 21 % sama dengan kadar oksigen yang terdapat dalam udara yang disedut dipersekitaran  normal.

Teknik scuba ini selain dari menggunakan udara yang dimampatkan ada juga yang menggunakan udara campuran iaitu nitrogen yang dicampurkan dengan kadar oksigen yang lebih dari kadar biasa oksigen lalu dimampatkan didalam silinder yang bersaiz sama dengan silinder angin tadi.Teknik ini adalah teknik yang lebih maju dan kehadapan sedikit didalam teknik scuba biasa kerana ia memerlukan satu tahap pelajaran yang lebih tinggi dari teknik scuba yang asas tadi.Teknik scuba udara campuran ini banyak digunakan oleh ahli-ahli sains dan ahli eksplorasi yang menjalankan kerja-kerja eksplorasi didalam gua-gua dibawah air kerana dengan menggunakan udara campuran nitrogen dan oksigen (nitrox) ini akan membolehkan  system dalam tubuh badan penyelam berfungsi dengan lebih baik sedikit kerana kesan dari menyelam terlalu lama atau melebihi kedalaman tertentu akan meningkatkan tahap nitrogen didalam badan dan mengurangkan kadar oksigen,dan ini akan menganggu sistem dalaman tubuh badan penyelam terutamanya sistem otak. Jadi campuran Nitrogen dan oksigen dengan kadar tertentu ini akan mengimbangkan semula kadar penghasilan nitrogen dan kadar kekurangan oksigen dalam badan semasa aktiviti menyelam dilakukan.
Penyelam scuba udara mampat yang menggunakan topeng muka penuh dan dilengkapi alat komunikasi (Gmbr kredit internet)
Kemahiranya
Untuk mendapatkan kemahiran menyelam teknik scuba ini tidaklah sukar kerana terlalu banyak operator menyelam yang menyediakan khidmat mengajar menyelam dan berada dibawah bumbung badan pentauliahan yang berbeza.Antara Badan-badan pentauliahan yang terkenal didunia adalah seperti PADI(Professional Ascociation Of Diving Instructors), (NAUI) National Association Underwater Instructors,SSI (Scuba School International) ,SDI (Scuba Diving International) dan banyak lagi.Kesemuanya memberikan khidmat latihan dan pentauliahan dalam teknik menyelam scuba.Teknik scuba juga mempunyai beberapa peringkat latihan dan tahap iaitu daripada peringkat Penyelam kanak-kanak,Asas Scuba,Lanjutan Scuba dan seterusnya sehingga ke peringkat Jurulatih, Pentauliah Jurulatih dan juga sehingga ketahap Pengarah Kursus.

Daripada tahap-tahap ini pula terdapat lagi pecahan-pecahan kemahiran yang boleh dipelajari antaranya kemahiran menyelam malam,menyelam fotografi,menyelam mencari dan menyelamat.kemahiran pemetaan bawah permukaan,kemahiran kompas bawah air,kemahiran menyelam gua,kemahiran penyelam penyelamat dan juga kemahiran menyelam scuba dengan udara campuran nitrogen dan oksigen.
Penyelam Scuba dengan silinder kembar.
DiMalaysia sahaja kebanyakan pulau-pulau peranginan terdapat operator-operator menyelam yang menyediakan khidmat membawa penyelam dan dalam masa yang sama memberikan khdmat latihan dengan kadar bayaran yang berpatutan kepada sesiapa sahaja yang layak untuk menjadi seorang penyelam skuba asalkan calon-calon penyelam itu mempunyai wang dan tahap kesihatan yang baik dan minat yang tinggi.

Perkembangan kemajuan dan peningkatan aktiviti menyelam skuba DiMalaysia kala ini adalah sangat menggalakkan.Selain dari operator-operator menyelam,Badan-badan bukan Kerajaan  yang berkait dengan Pemuliharaan laut juga aktif memainkan peranan dalam meningkatkan aktiviti menyelam ditambah pula sokongan kuat dari Kementerian Perlancongan dan kerajaan-kerajaan negeri . Terengganu,Pahang dan Sabah adalah antara Negeri-negeri yang dikenalpasti menyokong kuat dalam aktiviti perlancungan menyelam.

DiTerengganu , Universiti  Malaysia Terengganu dikenal pasti setakat ini adalah Pusat pengajian tinggi yang telah melahirkan ramai penyelam scuba dikalangan pelajar dan kakitangannya.Pujian harus diberikan kepada UMT  Atas kejayaan itu.Faktor geografinya yang terletak ditepi laut dan dekat dengan Pulau-pulau yang terkenal dengan aktiviti perlancungan menyelam,sabjek matapelajaran atau kursus yang memerlukan pelajar-pelajar terlibat secara langsung membuat latihan dan penyelidikan dibawah air dan Pegawai-pegawai serta kakitangan Universiti yang aktif juga membantu dalam perkembangan positif tersebut.Di Sabah juga tidak dinafikan yang aktiviti menyelam dipulaunya adalah bertaraf dunia dengan Sipadan dan Mabul adalah yang paling menonjol.    

Sejak beberapa tahun lepas Setiap tahun pada bulan Julai akan dianjurkan `Malaysian International Diving Exhibition’ (MIDE) di PWTC.Ini adalah   Atas daya usaha dan kerjasama erat Pihak Swasta,Badan Bukan Kerajaan,Penyelam dan juga kerajaan pusat.Penganjuran sebegini juga turut berjaya menambahkan lagi kerancakan aktiviti aktiviti menyelam diMalaysia dari berbagai peringkat sama ada peringkat selam Skuba,Selam Teknikal begitu juga dengan Selam komersial.Satu Perkembangan positif dimana fakta menunjukan sejak tahun 2007 berlaku peningkatan jumlah yang mendadak warga Malaysia yang memiliki kemahiran dan terlibat didalam bidang selam komersial terutama yang melibatkan industri berat Minyak dan Gas.Dimana sebelum ini bidang tersebut banyak dikuasai oleh warga Eropah yang dibawa masuk bagi melakukan kerja-kerja dilapangan-lapangan minyak dinegara kita.

Australia  terdapat sekolah menengah disana yang mempunyai persatuan menyelam skuba bagi pelajar-pelajarnya.Pada hari tertentu Setiap minggu pelajar-pelajar yang menjadi ahli persatuan tersebut akan keluar untuk menjalani latihan pratikal sama ada dikolam renang ataupun sungai.Idea ini sangat  baik dan mungkin boleh disesuaikan dengan program ko kurikulum sekolah menengah diMalaysia didalam memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar Malaysia berkaitan menyelam.Ianya adalah aktiviti yang sihat dan dapat meningkatkan keyakinan diair bagi pelajar-pelajar tersebut.Selain dari itu ia juga boleh menjadi salah satu kerjaya pilihan didalam cita-cita  dan angan-angan pelajar-pelajar Malaysia generasi baru setelah sekian lama generasi terdahulu banyak yang bercita-cita menjadi juruterbang atau lain-lain bidang professional,amat jarang sekali kita dengar pelajar-pelajar yang bercita-cita hendak menjadi penyelam Professional.  

Kebaikan
Kebaikan bagi Teknik scuba ini adalah ia murah,mudah dibawa kemana-mana,pergerakan penyelam dibawah air yang bebas,kemahirannya boleh dikuasai oleh berbagai peringkat umur.jangkamasa berada dibawah air yang lebih lama daripada teknik menahan nafas yang mana dengan satu silinder bersukatan 3000 psi seseorang penyelam yang menyelam dikedalaman 40 kaki boleh berada melebihi 1 jam dibawah air,ini bergantung pula kepada saiz tubuh badan penyelam,kadar kelajuan pernafasan yang diambil ataupun jenis aktiviti yang dilakukan dibawah air.lebih cetek penyelam pergi maka lebih lama angin yang didalam silinder tersebut boleh bertahan dan lebih lama lagi penyelam boleh berada dibawah air.Dengan teknik ini juga penyelam tidak memerlukan pembantu untuk operasi menyelam.

Keburukan
Keburukan bagi penyelam teknik scuba adalah terdedah kepada banyak penyakit berkaitan menyelam atau penyakit tekanan.Tidak boleh berkomunikasi suara melainkan menggunakan alat komunikasi bawah air yang agak mahal harganya.Tanpa komunikasi suara boleh mendatangkan kesulitan sekiranya berlaku sesuatu kecemasan dibawah air.Dengannya ia Hanya mampu untuk pergi ke kedalaman yang terhad dimana Tahap kedalaman yang digalakan adalah kurang dari 100 kaki.Dan Bekalan anginnya yang terbatas pada tahap tertentu sahaja.Manakala penyelam pula harus mempunyai disiplin yang tinggi dalam menentukan mereka menyelam mengikut tahap kemampuan dan peraturan yang ditetapkan yang mana kebanyakan penyelam gagal berbuat demikian.

Peralatan asas Scuba –
Peralatan asas SCUBA adalah terdiri daripada
1.Topeng Muka (Face mask)
2.Alat Pengatur (Regulator)
3.Silinder angin /Gas
4.Kaki sirip.(Fin)
5.Alat pengawal apungan (BCD)
6.Penyukat kedalaman
7.Penyukat Kandungan angin / gas
8.Pemberat
9.Pisau







0 comments:

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan