Mulai Jun 2014 Sehingga 15 Oktober Blog ini akan
menyiarkan semula artikel-artikel yang ditulis oleh saya yang telah pernah
diterbitkan didalam Majalah PERAJURIT terbitan hujung 2012 hingga awal
2013.Tujuan penyiaran semula artikel-artikel berbentuk informatif ini adalah
bagi memberi peluang kepada pembaca-pembaca lain yang tidak sempat memiliki
majalah tersebut semasa keluarannya.Penulis dimaklumkan oleh pihak penerbitan
Majalah tersebut bahawa Artikel-artikel mengenai menyelam yang disiarkan
adalah yang pertama seumpamanya mengenai sejarah menyelam,tujuan
menyelam dan teknik-teknik menyelam yang ada.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.
Oleh : A**** J****
roninn70@gmail.com
RISIKO
DAN PENYAKIT PENYELAM
Selepas
menulis dengan panjang lebar beberapa bahagian tentang sejarah menyelam serta
teknik-teknik menyelam yang ada dari siri yang lepas maka adalah tidak wajar
sekiranya satu lagi topik yang penting diabaikan iaitu berkaitan risiko dan penyakit
penyelam.
Apa
sahaja aktiviti sukan yang lain sekiranya dilakukan diluar batasan atau
melanggar peraturan yang telah ditetapkan ataupun melangkaui kemampuan manusia
maka boleh mendatangkan kesan yang buruk.Jika ada yang selamat tanpa kecederaan
pun itu adalah satu keajaiban.Begitu juga dengan aktiviti menyelam.
Aktiviti
menyelam walau untuk tujuan apa sekalipun adalah berisiko dan merbahaya. Ingin
ditegaskan bahawa setiap penyelam
bertauliah mestilah atau perlu tahu berkaitan dengan fizik asas menyelam serta
senarai panjang penyakit penyelam barulah mereka faham kesan yang dihadapi
didalam mereka melakukan aktiviti ini.Kerana menyelam mempunyai risiko dan
bahayanya yang tersendiri yang boleh mendatangkan kematian atau lumpuh seluruh
badan jika dilakukan dengan tidak
mengikut peraturan yang telah ditetapkan ataupun melakukannya melangkaui
kemampuan tubuh badan penyelam itu sendiri.Risiko ini dinamakan penyakit
berkaitan menyelam ataupun penyakit yang disebabkan oleh tekanan persekitaran.
Kebanyakan
penyelam-penyelam muda atau penyelam baru tidak mengambil serius akan risiko
yang boleh dihadapi dalam melakukan aktiviti ini.Antara faktor-faktor berlaku
perkara demikian adalah kerana kurangnya penekanan yang diberikan oleh
jurulatih mereka berkaitan dengan risiko-risiko menyelam ataupun
penyakit-penyakit berkaitan menyelam
semasa mereka menghadiri kursus atau kelas bagi mendapatkan lesen
menyelam mereka.Selain dari kurang penekanan yang diberikan oleh jurulatih atau
ingatan dari penyelam-penyelam yang lebih berpengalaman, sikap tidak mahu
belajar atau malas ambil tahu serta terlalu ghairah dengan aktiviti baru
ditambah dengan kejahilan juga menyebabkan sesetengah penyelam terdedah risiko
penyakit penyelam ini.Sesetengah Jurulatih tidak terlalu menitik beratkan
tentang penyakit penyelam ini mungkin kerana ada kaitan dengan
perniagaan.Jika perihal penyakit
berkaitan menyelam terlalu banyak diceritakan dikhuatiri penyelam-penyelam baru
atau bakal-bakal penyelam menjadi takut untuk belajar menyelam.
Seperti
yang telah diterangkan sebelum ini Sesetengah
penyelam yang ditimpa penyakit penyelam,atau `decompression sickness’
jika lewat diberi rawatan atau dimasukan kedalam ruang terkurung hiperbarik
(chamber) akan menyebabkan lumpuh seluruh badan atau kematian kepada penyelam
tersebut.Dan penyelam yang pernah ditimpa penyakit penyelam `bends’ mempunyai
peluang lebih besar untuk mendapat penyakit tersebut berulang kali.Rekod 800
hingga 1000 penyelam yang mendapat penyakit penyelam (DCS) dan
dengan 80 hingga 100 kes kematian setahun boleh dikurangkan andainya
penyelam-penyelam skuba lebih berdisiplin dan lebih bertanggungjawab terhadap
keselamatan diri sendiri ataupun rakan selam yang lain.
Menurut
rekod juga mencatitkan Nisbah perbezaan kemalangan menyelam antara selam rekreasi
dan selam komersial juga adalah tinggi iaitu sebanyak 30 pada selam rekreasi
manakala sifar bagi selam komersial .Walaupun aktiviti selam komersial biasanya
melibatkan kerja-kerja yang berat dibawah air dan dalam keadaan yang gelap
serta ekstrem tetapi oleh kerana dalam aktiviti selam komersial Industri minyak
dan gas faktor keselamatan sangat dititik beratkan yang mana protocol dan
prosedur yang ketat perlu dipatuhi dan disahkan sebelum sesuatu operasi selaman
boleh dijalankan menjadikan statistic kemalangannya sangat rendah.
Setiap
penyelam perlu tahu atau ambil tahu tentang tanda-tanda atau symptom-simptom
berkaitan penyakit penyelam ini. Sebagai contoh, andai selepas sesuatu selaman
ia melihat tanda-tanda yang mencurigakan atau diluar dari kebiasaan yang
terdapat pada rakan selamnya maka ia boleh bertanya pula apakah symptom-simptom
yang sedang dirasakan oleh rakannya itu sama ada pening,penat,rasa nak
muntah,batuk.kebas dibahagian kaki atau tangan,gatal-gatal,sakit dada,sesak
nafas,pandangan menjadi kabur,sakit kepala,hilang keseimbangan atau apa-apa
sahaja.Bukan sahaja peka terhadap keadaan rakan selam yang lain ia juga perlu
peka terhadap apa yang dirasakan dan sedang dialaminya sendiri selepas sesuatu
selaman.Jika semua penyelam skuba mempunyai tahap disiplin dan tanggunggjawab
begini maka statistic penyakit berkaitan menyelam dikalangan penyelam dapat
dikurangkan. Sekiranya tidak pasti, ia
boleh merujuk kepada buku-buku atau internet berkaitan dengan penyakit
tersebut.Kadang-kadang symptom-simptom yang dirasakan agak sama tetapi kemungkinan
puncanya adalah berkaitan perkara biasa sahaja sama ada berpunca dari alah
kepada makanan yang dimakan ataupun penat akibat perjalanan yang jauh sebelum selaman.Sekurang-kurangnya
Penyelam tahu tanda-tanda atau symptom awal tersebut lalu membuat sedikit
rujukkan.Tetapi mengabaikan terus setiap tanda-tanda dan gejala adalah tidak
boleh diterima sama sekali.
Bagi
Penyakit yang berat dan serius tanda-tanda dan symptom-symptomnya boleh dilihat
dan memberi kesan sebaik sahaja sampai
dipermukaan manakala bagi yang kurang serius kesan-kesannya akan dirasai dalam masa 12 hingga 48jam selepas menyelam.
Terdapat lebih kurang
20 jenis penyakit berkaitan menyelam.Antara yang sering menimpa penyelam adalah
Barotrauma (Penyakit berkaitan
tekanan) ataupun -“Kerosakan tisu pada organ yang mengandungi udara
disebabkan oleh perubahan pada tekanan persekitaran”.
Terdapat
beberapa jenis Barotrauma didalam
keluarganya antaranya :
–
Barotrauma of Ascent (Barotrauma menaik)
–
Barotrauma of Descent
(Barotrauma menurun)
–
Pulmonary Barotrauma (Barotrauma Paru-Paru) – Paling
bahaya
–
Middle Ear Barotrauma (Barotrauma telinga tengah) –
Paling kerap
–
Sinus Barotrauma (Barotrauma Sinus)
–
Facemask (or facial) (Barotrauma topeng muka)
–
Tooth (or dental)( Barotrauma gigi)
–
Gastrointestinal (Barotrauma usus)
Namun
yang berbahaya dan ditakuti oleh penyelam serta boleh
mendatangkan kematian dengan cepat adalah
-Pulmonary Barotrauma (Barotrauma Paru-Paru)
-Arterial Gas Embolism
-Mediastinal Emphysema
-Pneumothorax
Pulmonary
Barotrauma (Barotrauma Paru-Paru) berlaku apabila udara yang terperangkap
didalam paru-paru akan mengembang dengan cepat lalu pecah dan menembusi
paru-paru,ianya kemudian sama ada masuk kesalur darah lalu terus keotak,atau
mengempiskan paru-paru atau meresap kebawah kulit.Senario ini berlaku apabila
penyelam timbul kepermukaan dengan cepat sambil menahan nafas yang telah
diganda semasa dibawah air.
Selain dari keluarga BaroTrauma terdapat
sejumlah lagi senarai penyakit penyelam yang perlu diberi perhatian oleh setiap
penyelam antaranya.
1.
Decompression
Sickness-Ia terjadi akibat “outgassing” (pelepasan gas lengai
yang larut dalam badan) yang tidak cukup.
2.
Nitrogen
Narcosis-Tindakbalas Nitrogen dalam system badan terhadap
tekanan.
3.
Hypoxia-disebabkan
oleh kekurangan kandungan oksigen dalam gas pernafasan
4.
Carbon
Dioxide Toxicity-Keracunan Karbon Dioksida(= Hypercapnia)
5.
Karbon Monoksida (CO) –udara tercemar
6.
Oxygen Toxicity -(Keracunan Oksigen)
7.
Heat Stress – (Hyperthermia) Peningkatan haba lebih dari keupayaan badan
menghilangkan haba.
8.
Hypothermia -kehilangan haba dari badan
penyelam lebih cepat dari haba yang dihasilkan.
9.
Lemas dan Hampir Lemas
10.
Hidupan laut merbahaya
11.
Dysbaric Osteonecrosis-Kerosakan atau kematian tisu tulang
akibat tekanan tinggi ke atas badan.(biasanya saturation dive)
12.
High Pressure Nervous Syndrome-Penyakit terjadi apabila
gas helium digunakan semasa menyelam paras dalam.
13.
Otitis Externa-Otitis externa ialah
jangkitan pada external auditory canal.
14.
Salt
Water Aspiration Syndrome-Tersedut Air Masin atau kabus
air masin sewaktu menyelam.
15.
Letupan Dalam Air
16.
Shalow Water Blackout- Berlaku apabila menahan nafas terlalu lama atau berulang.
Sebagai langkah-langkah pencegahan bagi mengelaknya berlaku kemalangan
menyelam setiap penyelam hendaklah membuat perancangan,dan persiapan yang baik
sebelum melaksanakan sesuatu selaman.Seperti peralatan yang bakal digunakan
diselenggara dengan baik,mengenali tempat menyelam,mengenali rakan selam dan
kemampuannya,prosedur keselamatan,nombor-nombor telefon penting semasa
kecemasan,no telefon chamber hiperbarik yang berhampiran,peralatan pertolongan
cemas,peralatan bantuan awal oksigen,menilai kemampuan diri sendiri dan
lain-lain lagi yang difikirkan perlu.
Apabila berlaku kemalangan menyelam pula dan semasa mendapatkan rawatan
berkaitan penyakit penyelam bagi rakan selam atau diri sendiri hendaklah
memberikan maklumat yang lengkap dan sebaik mungkin kepada pegawai perubatan
selam,maklumat tersebut biasanya terdapat
didalam buku log menyelam.Disiplin setiap penyelam adalah perlu dalam
merekodkan sendiri setiap selaman didalam buku log menyelam masing-masing.Kerana
berpandu dari maklumat lengkap didalam buku log menyelam serta tanda-tanda dan
aduan dari penyelam maka pegawai perubatan selam dapat mengetahui penyakit penyelam
yang mana satu yang sedang dihadapi penyelam tersebut sama ada serius atau
tidak. Jika berlaku kemalangan berkaitan menyelam adalah digalakkan mendapatkan
rawatan terus dari yang pakar atau arif dalam bidang berkenaan kerana dalam
menghadapi situasi penyakit penyelam yang serius setiap masa yang berlalu
meningkatkan risiko keadaan bertambah buruk atau kematian.Berjumpa dengan
pegawai perubatan yang kurang arif tentang perubatan selam hanya menangguhkan
rawatan yang betul terhadap penyelam yang cedera.
Bagi agensi kerajaan yang mempunyai pasukan penyelam pula sama ada bagi
tujuan pertahanan atau perkhidmatan awam pula harus mempunyai prosedur tetap
operasi yang efektif,praktikal dan relevan.Tidak keterlaluan jika dibuat
andaian mungkin terdapat sesengah Entiti
pasukan penyelam agensi Kerajaan yang tidak mempunyai prosedur tetap operasi
bagi operasi menyelam.Ataupun Prosedur yang ada tidak cukup lengkap berbanding
dengan aset-aset terkini yang dimiliki.Contohnya mungkin Prosedur tetap operasi
menyelam semasa hanya menggariskan panduan untuk operasi selam skuba tetapi tidak menyentuh tentang operasi dan penggunaan
peralatan teknikal,atau peralatan Bekalan Dari Permukaan atau operasi selaman chamber hiperbarik.Sebarang
operasi yang tidak mengikut garis panduan prosedur standard operasi tidak
mustahil akan berlaku kepincangan dalam perlaksanaannya.Kepincangan dalam
operasi bakal mengundang kemalangan.Agensi Kerajaan atau Entiti menyelam yang
Tidak pernah ditimpa kemalangan menyelam pula tidak harus selesa dengan rekod
yang dipegang kerana bukan bermakna Selamanya mereka tidak akan ditimpa
kemalangan menyelam.Jika peraturan dan prosedur yang ada tidak diikuti atau
tidak dikemaskini lambat laut kemalangan menyelam pasti berlaku.
Sejarah telah membuktikan yang Kemalangan menyelam boleh menimpa sesiapa
sahaja baik penyelam persendirian begitu juga dengan penyelam sivil dan
penyelam tentera.Malah penyelam komersial didalam industri minyak dan gas
sendiri,Didalam mematuhi prosedur yang ketat pun masih juga berlaku kejadian
penyelam ditimpa penyakit berkaitan penyelam.Memiliki peralatan yang canggih
dan terkini semata-mata tidak dapat menjamin sepenuhnya keselamatan penyelam
yang menggunakannya atau penyelam lain.Penyelenggaraan yang berjadual dan
baik,kebolehupayaan ahli pasukan mengenal pasti sebarang potensi kepincangan
peralatan atau potensi kepincangan operasi serta latihan yang berterusan dalam
kaedah menangani kecemasan menyelam dapat mengurangkan statistic hilang upaya
kekal atau kematian akibat menyelam.
Yang paling penting juga disiplin serta rasa tanggunggjawab yang tinggi
seseorang penyelam itu sendiri adalah kunci utama sama ada aktiviti menyelam
tersebut membawa kepada kebaikan atau keburukan kerana jika dikaji semula secara
mendalam 99 % kemalangan menyelam adalah berpunca dari kecuaian dan kelalaian
manusia sendiri.
2 comments:
Assalamualaikum,
Good article bro.
Untuk makluman, saya telah meletakkan artikel Risiko Dan Penyakit Penyelam ini dalam website rigiddmarine.my bertujuan untuk dijadikan panduan kepada penyelam-penyelam.
Diharap saudara merestuinya.
Terima kasih.
Faharul
T.kasih tuan.
ilmu yang berguna baik dikongsi.
t.kasih kerana sudi share disana
Post a Comment