Dunia Commercial Diver




Mulai Jun 2014 Sehingga Ogos 2015 Blog ini akan menyiarkan semula artikel-artikel yang ditulis oleh saya yang telah pernah diterbitkan didalam Majalah PERAJURIT terbitan hujung 2012 hingga awal 2013.Tujuan penyiaran semula artikel-artikel berbentuk informatif ini adalah bagi memberi peluang kepada pembaca-pembaca lain yang tidak sempat memiliki majalah tersebut semasa keluarannya.Penulis dimaklumkan oleh pihak penerbitan Majalah tersebut bahawa Artikel-artikel mengenai menyelam yang disiarkan  adalah yang pertama  seumpamanya mengenai sejarah menyelam,tujuan menyelam dan teknik-teknik menyelam yang ada.

Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.  

Oleh : A**** J****
roninn70@gmail.com


Perkembangan semasa yang berlaku di Malaysia yang menggemparkan seluruh dunia kala ini adalah kehilangan pesawat MH370 tanpa dapat dikesan sepenuhnya setakat ini (sehingga artikel ini ditulis).Pengumuman tentang perjalanannya yang dikatakan berakhir di Lautan Hindi menimbulkan perbincangan hangat perbagai peringkat masyarakat.Spekulasi,teori konspirasi dan tidak kurang juga perbincangan dengan  individu-individu yang mempunyai kelayakan-kelayakan tertentu.

Kenyataan berkaitan kedalaman ekstrem dan keadaan mencabar diLautan Hindi juga diperkatakan.Masyarakat dunia kebanyakkannya masih tidak tahu tentang berapakah kedalaman maksimum dilautan yang manusia pernah capai sama ada dengan pesawat bawah air atau tanpa pesawat.Masyarakat juga tidak tahu paras kedalaman maksimum yang praktikal bagi manusia melakukan sesuatu tugasan dengan baik atau bagi mengecilkan risiko.

Rekod kedalaman paling dalam yang pertama dan pernah dibuat oleh penyelam dalam kaedah menyelam tepu adalah penyelam-penyelam dibawah program eksperimen yang dipanggil Atlantis 111  yang dijalankan oleh Peter B. Bennett di Duke University Medical Center pada tahun 1981.Dengan kedalaman maksimum 2,250  (685.8 meters).Penyelam terpaksa melalui proses dekompressi atau nyahmampatan secara perlahan-lahan mengambil masa lebih dari 31 hari untuk kembali berada di persekitaran normal.

Selepas pada itu beberapa lagi siri ujian-ujian dijalankan juga berjaya mencipta beberapa lagi rekod kedalaman ekstrem yang dicapai oleh manusia.Dan rekod Selaman paling dalam di luar pesisir adalah pada tahun 1988 oleh sekumpulan penyelam professional dari Comex S.A iaitu kontraktor yang terkenal dengan  kerja-kerja dilaut dalam.Rekod dilakukan dalam satu tugasan dilaut Mediteranean mencapai kedalaman 534 meter (1752 kaki).

Dari kajian dan ujian-ujian yang telah dilakukan membuktikan manusia mampu mencapai ke kedalaman yang agak ekstrem walaupun tanpa pesawat bawah air. Tetapi atas kekangan tertentu antaranya dari segi kompleksiti peralatan,masaalah melibatkan perubatan,daya tahan manusia dan kos yang tinggi maka menyelam tepu tidak praktikal untuk digunakan melebihi dari kedalaman 300 meter.Sebarang kerja-kerja bawah air yang melebihi kedalaman 300 meter biasanya akan menggunakan pesawat bawah air,Kenderaan Kawalan Jauh (ROV) ataupun penyelam yang menggunakan Atmospheric Diving Suits (ADS).

PESAWAT BAWAH AIR.
Selain dari beberapa teknik menyelam tanpa pesawat yang pernah diterbitkan dalam beberapa keluaran yang lalu, teknik  menyelam lain oleh manusia adalah dengan penggunaan pesawat bawah air sama ada yang berpemandu  atau dikendalikan dari jarak jauh.
`Manned Submersible’ atau kenderaan kecil bawah air direka khusus untuk beroperasi dibawah air.
Ia berbeza dengan kapal selam kerana kapal selam berfungsi sepenuhnya sebagai kenderaan bawah air dengan kemampuan menjana tenaga penggerak  serta sistem bekalan udaranya sendiri manakala `submersible’ pula memerlukan pasukan sokongan sama ada dari atas kapal atau pelantar atau juga sokongan dari kapal selam yang lebih besar darinya.
Pesawat Submersible terdapat dalam beberapa jenis sama ada submersible yang boleh dipandu atau tanpa pemandu tetapi dikawal dari jarak jauh seperti Remote Operated Vehicle (ROV).Pesawat submersible digunakan agak meluas diseluruh dunia antaranya untuk tujuan
kerja-kerja oceanografi, arkeologi bawah air, eksplorasi lautan, pengembaraan, penyelenggaraan peralatan, menyelamat atau pengambaran bawah air.

Selain  berbeza dari segi saiznya perbezaan ketara antara pesawat submersible dengan kapal selam ialah pesawat submersible tidak mampu beroperasi secara indipendan tanpa bantuan sokongan dari segi tenaga gas atau udara untuk bernafas.Pesawat submersible biasanya mempunyai kemampuan beroperasi dibawah air dalam waktu yang lebih singkat dari kapal selam,dan hanya mampu bergerak dibawah air,sangat sedikit bilangan pesawat yang mampu beroperasi dengan baik dipermukaan air.

Sesetengah pesawat tersebut pula beroperasi dan bergantung kepada kabel hayat atau `umbilical’ yang disambung antara pesawat dengan permukaan, dimana dari permukaan bekalan tenaga penggerak dibekalkan.
Sesetengah pesawat bawah air (submersible) mampu beroperasi melebihi jarak kedalaman hingga 10km dibawah permukaan.Pesawat biasanya kecil,mempunyai ruang yang sangat terhad bagi menampung jumlah krew yang sangat kecil antara 1 hingga 5 orang.Ia juga tidak mempunyai tempat tinggal seperti kapal selam.
Pesawat submersible biasanya mampu bergerak dengan lancar dan melakukan kerja-kerja ringan dengan tangan mekanikal dan sesetengah darinya sangat lincah dibawah air dan digerakkan oleh beberapa kipas atau kuasa `pump jets’.
Terdapat 3 jenis teknologi asas dalam rekabentuk pesawat submersible ini.Rekabentuk  pertama adalah pesawat 1 atmosfera dimana ruang dalam pesawat berada pada tahap 1 atmofesra sama seperti keadaan dipermukaan dan pengendali atau pemandunya tidak terdedah kepada tekanan laut dalam.Pesawat jenis ini perlu mempunyai badan yang kuat agar mampu menahan tekanan air dari luar yang sangat tinggi beratus kali lebih tinggi dari tekanan didalam pesawat.

Rekabentuk  kedua adalah tekanan diluar pesawat dan didalam pesawat adalah sama Cuma keadaan didalam pesawat adalah kering.Jika diluar pesawat kedalaman adalah 300 meter maka keadaan tekanan didalam pesawat juga diselaraskan bertekanan 300 meter seperti diluar. Teknologi kedua ini mengurangkan kesan impak tekanan dari luar terhadap badan pesawat tetapi memberi kesan kepada pengendalinya sama seperti kesan terhadap penyelam yang menyelam tanpa pesawat.

Rekabentuk ketiga pula dipanggil `Wet sub’ dimana pesawat tidak sepenuhnya bertutup dan air boleh memasuki bahagian dalamnya manakala pengendali atau pemandunya akan menggunakan peralatan menyelam sama ada skuba atau jenis rebreather untuk bernafas dibawah air.

 Pesawat jenis rekabentuk ketiga ini banyak digunakan oleh anggota pasukan khas Tentera Laut Amerika (US Navy Seal).Dan ia selalunya dilancarkan dari Kapal selam yang lebih besar.Bagi reka bentuk pertama iaitu jenis `1 atmosfera’ dan `sama tekanan’ tidak memerlukan pengendalinya menggunakan peralatan skuba.

Sesetengah pesawat bawah air mampu menyelam sangat jauh kedasar laut yang dalam.Salah satunya ialah Bathyscaphe Trieste yang pertama mencatat rekod kedalaman hampir 11km dibawah permukaan di dasar Mariana Trench pada tahun 1960.

Negara China pula dalam projek Jiaolongnya pada tahun 2002 adalah negara kelima berjaya menghantar manusia kekedalaman 3500 meter dibawah permukaan laut selain dari Amerika,Perancis,Rusia dan Jepun.Jiaolong dikatakan direka bagi mencapai kekedalaman sehingga 7000 meter dibawah paras laut.beberapa siri ujian dan kejayaan telah dicapai oleh Jialong dimana yang terbaru adalah pada Jun 2012 Jialong bersama 2 oceanut berjaya mencapai kedalaman 7,062 meter (23,169 kaki) di Marianan Trench di lautan Pasifik barat.
Rekod paling dalam  dicatatkan adalah 11km (11,000 meter) dilakukan  oleh pengarah filem James Cameron dengan pesawat submersible Deepsea Chalenger bersama seorang penjelajah National Geographic juga di Mariana Trench pada Mac 2012.

Antara pesawat submersible yang terkenal dan paling lama beroperasi ialah pesawat kajian penembusan kedalaman DSV Alvin, yang telah membawa 3 orang kekedalaman 4500 meter (14,800 kaki).Pesawat kepunyaan Tentera Laut US ini sehingga tahun 2011 telah berjaya membuat sebanyak 4,400 kali selaman.
Sebuah kapal selam penjelajah sedang beroperasi

Namun kebelakangan ini beberapa firma dan syarikat persendirian telah membangunkan beberapa jenis pesawat submersible kecil bagi tujuan perlancungan,eksplorasi dan pengembaraan.Ada antaranya boleh memuatkan sehingga 8 orang.

Kapal selam penjelajah yang digunakan bagi tujuan kajian saintifik dilauan yang dalam

SEJARAH PESAWAT BAWAH AIR (SUBMERSIBLE)

Submersible terawal yang direkodkan adalah loceng menyelam yang primitif yang dibuat dari kayu dizaman Greek purba oleh General Alexander The Great sekitar tahun 356-323 sebelum masehi.Ia telah digunakan diLaut Mediterranean.

Submersible era moden bermula sekitar tahun 1930 apabila saintis lautan dari Amerika charles William Beebe bersama dengan jurutera Otis Barton mempelopori penggunaan Submersible yang boleh dikawal dan boleh membawa pemandu yang beliau namakan Bathysphere.Ia berbentuk seperti bebola besi bujur dan dibuat daripada besi,mempunyai dua tingkap pandangan serta mampu menahan tekanan daripada lautan dalam untuk eksplorasi bawah laut.Pada tahun 1930 Beebe dan Barton berjaya mencapai kekedalaman sehingga 435 m (1,427 ft) dan pada 1934 berjaya mencapai sehingga 923 m (3,028 ft).

Generasi kedua submersible untuk eksplorasi lautan dalam berjaya direka oleh Phisian warga Swiss Auguste Piccard. Reputasi Piccard sebagai perekacipta sememangnya diketahui umum.Beliau sering bekerjasama dengan Albert Einstein dalam beberapa rekaan.Pada 1947 Piccard telah mereka  bathysphere yang boleh membawa krew dan dipasang dengan tangki apungan yang besar dan diisi dengan gasoline yang lebih ringan dari air.Piccard menamakannya sebagai bathyscaphe.Ciptaannya ini tidak memerlukan ia disambungkan kepada kapal kerana ia boleh tenggelam dan timbul secara sendiri dengan dikawal oleh pemandunya.Piccard Berjaya membawa submersible ciptaannya sehingga kekedalaman 4,000 m (13,125 ft). 

Pada tahun 1958 pihak Tentera Laut telah membeli Submersible lautan dalam Piccard dan meletakkannya dibawah Unit kajian yang mengendalikan lain-lain pesawat submersible tentera laut seperti DSRV rescue Submersible. Jacques Piccard anak kepada Auguste Piccard kemudian bekerja untuk Unit tersebut.

Pada Januari 1960 Jacques Piccard bersama Leftenan Tentera Laut Don walsh Berjaya merekodkan selaman dikedalaman 10,915 m (35,810 ft) dengan bathyscaphe Trieste diLautan Pasifik  disuatu tempat yang dikatakan sebagai kawasan lantai laut yang terdalam dibumi yang dikenali sebagai Mariana Trench

Sejak 1950an sehingga 1980an Tentera laut Amerika mendahului didalam eksplorasi lautan dalam. Ini pada asalnya adalah bagi memenuhi keperluan didalam mengesan kapal-kapal selam Soviet dan meningkatkan lagi kemampuan navigasi bawah air serta memperbaiki taktik peperangan anti kapal selam.

Kapal selam  kategori militari yang direka boleh menyelam sehingga kedalaman melebihi 1000 meter datang dari 2 kuasa besar dunia iaitu Rusia dan Amerika Syarikat.
Kapal selam Rusia K-278 Komsomelets boleh menyelam sehingga kedalaman 1300 meter (4265 kaki).Lunasnya diperbuat dari titanium,dengan material tersebut menjadikannya mampu menahan tekanan tahap tinggi melebihi daripada lain-lain kapal selam yang diperbuat menggunakan besi bukan titanium.

Kapal selam nuklear terbaik milik Amerika Syarikat kelas seawolf juga tidak dapat menandingi kemampuan menghadapi tekanan tinggi oleh kapal selam Rusia. Kapal selam seawolf hanya mampu untuk pergi kekedalaman sehingga 730 meter (2400 kaki ) sahaja.

Sebenarnya Selepas berlakunya kejadian gagalfungsi pada salah sebuah  kapal selam mereka dalam salah satu ujian pada tahun 1963.Pihak tentera Laut telah memperolehi pengalaman berharga dan meningkatkan lagi usaha mereka dalam memperbaiki sistem yang ada. Mereka kemudian membangunkan pesawat penyelamat lautan dalam yang boleh turun dan bercantum dengan kapal selam yang ditimpa masaalah dibawah laut.

Selain dari itu teknologi lautan dalam yang dimiliki Tentera Laut juga menggunakannya untuk tujuan lain. Selepas kejatuhan USSR pada tahun 1991,Amerika  telah mendedahkan beberapa misi sulit yang telah berjaya dilakukan oleh kapal selamnya dan pesawat submersiblenya antaranya memasang peralatan curi dengar keatas kabel komunikasi Soviet dibawah laut di laut Okhstok.

Selepas ketegangan diperingkat Antarabangsa mengendur sekitar 1980an penyelidik awam mula diberi kebenaran menyertai fleet  pesawat bawah air milik Tentera Laut bagi tujuan kerja-kerja saintifik dan eksplorasi arkeologi.Salah satu ekspedisi paling popular adalah kerja-kerja kajian keatas bangkai kapal Titanic yang karam di lautan Atlantik Utara.



Ahli eksplorasi terkemuka Perancis Komander Jacques-Yves Cousteau yang juga dikenali sebagai bapa penyelam moden telah meningkatkan lagi minat orang awam terhadap bidang lautan apabila berjaya merekacipta peralatan menyelam skuba.Malah beliau juga telah membina beberapa unit pesawat bawah air skala kecil yang boleh menyelam diair yang cetek sesuai dengan penggunaan peralatan skuba. 


Remote Operated Vehicle ROV
Peningkatan dalam industri awam kemudian telah mengadaptasi peralatan tentera laut yang pada mulanya sulit dan rahsia kini telah digunakan secara komersial.
Satu lagi jenis pesawat submersible kecil direkabentuk tanpa pemandu didalamnya dipanggil sebagai `Remote operated Vehicle’ (ROV).ROV ini pada asalnya digunakan bagi mengesan bangkai kapal selam Tentera laut tetapi kini telah diperbagaikan lagi kegunaannya didalam berbagai bidang antaranya komersial dan kajian saintifik.

Pada 1986 ROV bersama sekumpulan penyelam telah digunakan dengan jayanya didalam operasi mengeluarkan bangkai dan serpihan Pesawat Transworld flight 800 yang terhempas di Long island,New York

Pada masa kini pesawat ini digunakan dengan sangat meluas didalam kebanyakkan operasi dilautan dalam dan dikeadaan situasi yang merbahaya jika dilakukan oleh penyelam termasuk didalam industri minyak dan gas diseluruh dunia.

ROV dikendalikan dari bilik kawalan yang berada diatas kapal atau pelantar operasi.Pesawat ROV disambungkan dengan kabel elektrik dan elektronik yang tebal yang membekalkan tenaga bagi menggerakannya dan pengendalinya memandu berpandukan visual dari beberapa kamera yang dipasang pada ROV tersebut.Melalui visual yang dipancarkan juga Pengendali  boleh mengawal kelajuan atau tangan mekanikal yang terdapat pada ROV untuk melakukan kerja-kerja dibawah air.

ROV terdiri dari 2 kategori iaitu kelas kerja dan kelas pemantauan.Bagi kategori kelas kerja biasanya ia besar dan lebih berkuasa tinggi serta mempunyai tangan mekanikal yang kuat serta serba boleh dan mampu  melakukan beberapa kategori kerja-kerja ringkas dibawah air dipersekitaran laut yang dalam atau merbahaya bagi penyelam.ROV kategori kelas pemantauan  pula lebih kecil dan banyak digunakan untuk tugas-tugas pemeriksaan dan pemantauan kebanyakkan operasi bawah air sama ada bagi industri berat hinggalah kepada operasi menyelamat bawah air.

Antara rekod cemerlang tugas ROV adalah dalam misi eksplorasi keatas bangkai kapal RMS Titanic yang tenggelam selepas terlanggar bongkah ais di lautan Atlantik utara lalu terdampar dikedalaman 3800 meter (12.500 kaki).

Keupayaan menyelam dikedalaman maksimum rov adalah bergantung kepada kategori kelas dan kuasa kuda dan berapa panjang kabel tenaganya.Ada rov yang mampu menyelam sehingga kedalaman melebihi 7000 meter

DiMalaysia Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Bomba dan penyelamat Malaysia dikenalpasti antara agensi kerajaan yang memiliki ROV sendiri bagi tujuan kerja-kerja mencari dan menyelamat dibawah air.

sebuah ROV sedang melakukan kerja dilapangan minyak pada kedalaman tinggi

Autonomous Underwater Vehicle (AUVs)
Pesawat bawah air ciptaan yang terkini adalah kenderaan robotik atau dipanggil Autonomous Underwater Vehicle (AUVs).Ia mampu bergerak sendiri tanpa disambungkan dengan kabel hayat dan beroperasi dengan mengikut arahan yang telah diprogramkan. Arahan yang telah diprogramkan membolehkan AUVs melakukan sesuatu tugas mudah tanpa kawalan manusia.AUVs juga berpotensi untuk digunakan bagi memantau perubahan dasar laut serta hidupan biologinya ataupun pemantauan keselamatan dibawah air bagi sesuatu kawasan.
Autonomous Underwater Vehicle (AUVs)

AUV yang pertama telah dimajukan ciptaannya di Universiti of Washington sejak tahun 1957 dan diberi nama SPURV (special purpose underwater research vehicle.).Kemudian pada 1970 Massachusetts Institute of Technology juga turut memajukan lagi teknologi AUV
Pembangunan AUV telah meningkat dari tahun ketahun dan penggunannya sangat berkesan dalam membantu kerja dibawah permukaan yang sukar dilakukan oleh manusia. Antara kejayaan besar penggunaan AUV adalah didalam kerja-kerja mengesan bangkai pesawat Air France flight 447 yang terhempas pada  Jun 2009 dilautan Atlantik yang waktu itu dalam penerbangan dari Rio De Jeneiro ke Paris.
Autonomous Underwater Vehicle (AUVs) sedang beroperasi

FAKTA
-  534 meter (1752 kaki) Adalah Kedalaman (lautan) maksimum pernah dicapai oleh manusia tanpa pesawat 

- 685.8 meters (2,250 kaki) adalah Tekanan tahap tinggi ( didalam kebuk hiperbarik) yang dicapai oleh manusia

-300 meter (984 kaki) adalah Kedalaman praktikal bagi manusia bekerja bernafas dengan gas campuran

50 meter (164 kaki) adalah Kedalaman praktikal bagi manusia bekerja bernafas dengan udara mampat

- 7000 meter adalah Kedalaman maksimum bagi `Remote Operated Vehicle)

- 1300 meter adalah Kedalaman maksimum bagi kapal selam militari

- 11km (11.000 meter) adalah Kedalaman maksimum dicapai bagi kapal selam penjelajah

























0 comments:

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here