Sebagai
Chamber operator aku perlu menyiapkan dan menjaga beberapa peralatan yang
diperlukan bagi operasi asas Deck Decompression Chamber (DDC).Aku perlu
memasang dan menyambung hos-hos yang membekalkan oksigen tulin serta bekalan
angin dari mesin pemampat kepada DDC,membersihkan bahagian dalam DDC memasang
beberapa peralatan kecil yang penting dibahagian dalam DDC, mengujinya dan
merekodkan kebolehupayaan DDC tersebut.Aku juga
perlu menyediakan jadual selaman
untuk rawatan dan carta aliran tindakan semasa kecemasan menyelam serta
memastikan peralatan perubatan siap sedia di DDC.Kerja-kerja teknikal tersebut
tidak menjadi masaalah padaku kerana sebagai seorang diver memang sepatutnya
perlu tahu memasang dan mengoperasikannya kerana pelajaran asasnya telah diajar
semasa disekolah latihan menyelam diAustralia dulu dan kemahiran mengenainya
diasah setiap kali naik job offshore dengan mana-mana company sebelum ini.Lebih-lebih
lagi aku sering membantu divetech melakukan kerja-kerja pemasangan tersebut
jadi tugas ini memang sangat mudah bagiku.
Selama
2 hari aku ambil masa untuk menyiapkan sambungan-sambungan yang perlu bagi
peralatan yang dibawah tanggunggjawabku disini.Dimana DDC perlu disiapkan dan
diuji serta disahkan yang ia boleh digunakan untuk merawat diver yang
menghadapi masalah atau mendapat penyakit penyelam.Sebenarnya dalam masa 1 hari
segalanya boleh disiapkan tetapi ada beberapa peralatan yang tidak lengkap dan
terpaksa menghubungi pembekal untuk menghantar beberapa peralatan kecil yang
terlepas pandang oleh pembekal.
Apabila
semua hose dan peralatan telah dipasang aku perlu menguji tahap fungsi DDC
dengan disaksikan oleh Projek manager dan diving supervisor Jepun.Apabila mereka berpuas hati maka tugas aku seterusnya hanya s/by sahaja jika
tiada sebarang kecemasan menyelam berlaku.
Semasa
aku terlibat dengan projek yang besar diMalaysia sesetengah `main Contractor’
di Malaysia akan mengadakan kenduri doa selamat
bagi memohon keselamatan dan kelancaran dalam projek serta dan semoga
tiada kecelakaan yang berlaku.Didalam projek ini Orang jepun juga turut
melakukan upacara keagamaan dipanggil `safety pray’ sebelum projek ini mula
berjalan.Pagi itu aku lihat mereka bawa seekor babi panggang yang besar dan
diletakkan diatas meja bersama dengan peralatan sembahyang mereka. Aku duduk
dan memerhati dari jauh sahaja.Mereka turut menjemput wakil-wakil dan boss-boss
dari pihak-pihak lain yang turut terlibat dengan projek ini .Selepas upacara
sembahyang selesai,diadakan jamuan makan pula dimana mereka akan memotong babi
panggang tadi dan memakannya beramai-ramai.Terdapat beberapa orang yang
berugama islam yang terlibat dengan projek ini turut hadir dalam jamuan makan tetapi bagi kakitangan yang berugama islam pula mereka telah mengasingkan tempat makan kami dan
kami diberi makan KFC.Kira-kiranya mereka perihatin juga berkaitan urusan makan
bagi yang beragama islam jadi itu sangat menyenangkan bagiku.maklumlah aku akan
berada dan terlibat dengan projek ini sehingga selesai tentulah aku risau
perkara berkaitan makan ni.
Inilah Barge Masakuni yang digunakan dalam projek ini dan menjadi tempat tinggal aku sehingga selesai projek ini dijangka pada hujung 2013 atau pada awal 2014 |
Ini
adalah projek membaiki kabel bawah laut yang rosak.Nippon Salvage Berjaya
memenangi tender projek bernilai USD35 Juta dan tempoh masa yang diberikan
adalah melebihi 17 bulan tetapi pihak Nippon salvage cuba untuk menyiapkannya
dalam tempoh 12 bulan atau kurang. Nippon Salvage dikatakan mempunyai kepakaran
dalam kerja-kerja cable lay dan juga cable repair seperti ini.Syarikat Jepun diberi
keutamaan dalam menjalankan projek ini Kerana kabel yang hendak dibaiki adalah
yang diimport khas dari jepun yang memang berkualiti tinggi.Aku juga difahamkan
yang kabel eletrik bawah laut yang terbaik datang dari jepun kerana didalam
kabel tersebut mengandungi bahan salutan yang menggunakan sejenis pokok yang
hanya tumbuh diJepun dan bahan salutan tersebut sangat berkualiti.Kable eletrik
didarat harganya $1000 untuk 1 meter
dan ia murah sedikit dari kabel dasar laut dan aku tidak mendapat
jawapan berapakah harga kabel dasar laut untuk 1 meter.
Setiap
hari taklimat penugasan diadakan sama ada dalam bahasa Jepun atau atau bahasa
yang hampir-hampir menyamai bahasa Inggeris (Japlish /Japan English) sebab Jepun tak pandai bahasa
Inggeris jadi taklimat diadakan dalam bahasa Jepun.dapat faham sikit-sikit pun
kira dan cukup bagus.10 tahun dulu semasa berkhidmat dengan kerajaan aku pernah dihantar belajar asas bahasa Jepun
di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),kemudian apabila tidak diamalkan
bahasa yang dipelajari lalu semuanya hilang dibawa angin lalu.Dengan terlibat
didalam projek ini dan setiap hari berkomunikasi dengan bahasa Jepun aku harap
dapat memperbaiki semula kemahiran bahasa Jepun yang dah lama aku
tinggalkan.kadang-kadang aku kagum juga dengan orang jepun ni kerana walaupun
mereka tidak mahir berbahasa Inggeris tapi kita boleh jumpa mereka bekerja dan
berniaga diseluruh dunia dan mampu mengendalikan projek yang besar-besar bukan
hanya dinegara mereka tetapi juga dinegara luar dan kualiti kerja mereka sangat
berkualiti.
Uchiawase (meeting mesyuarat) sebelum memulakan kerja.Berbagai bangsa dan warganegara ada.Aku mewakili Malaysia. |
Bolehlah faham sikit-sikit |
Next Entry pada 30.04.2013 (jika tiada aral)
7 comments:
hahaha...part last memang kelakar..agak pelik bila spy leman cakap macam tu..jepun kan memang terkenal dengan teknologinya..teknologi pelik2 pun banyak datang dari jepun.. -hafiz-
spy leman..berapa limit umur bagi commercial diver d ambil bekerja? Saya bercadang umur saya 40 tahun bertukar bidang ke commercial diver.
assalamualaikum tuan spy leman...
saya nak bertanya di nippon sana ada nak pakai ROV pilot tech tak.??boleh tak tuan bagi sya email operation manager dia sana..?
terima kasih tuan ..
safety first
Tuan
nabil-nippon salvage tak guna rov,percayalah cakap saya mereka sgt old school.
tuan hj mohd
faizal-tidak ditetapkan limit umur nak jd comm.diver,asaslkan lulus pemeriksaan medical utk comm.diver dan doc sahkan fit to dive maka bolehla.
salam tuan leman..
maaf tuan leman nk bertanya tuan tahu tak list name cmpony di jepun yg buat job ROV...kalau ada boleh share pada saya..saya ingat nak apply disana..
terima kasih tuan leman..
Untuk Tuan Nabil cuba check meseg ni saya copy paste dr forum.
company Jepun yg lain saya tiada emelnya
A quick up date for you. I am looking for ROV Supervisors and Pilot Techs with FCV or Panther experience for a key client in the Middle East.
They have projects in Baku, Qatar, Offshore Iraq etc and looking to mobilise the right candidates in the next 2 weeks. This role offers regular rotation and will keep you busy for 1+ years.
Please let me know if your available and I would appreciate if you could circulate this email with personnel who would be interested and have the right skills.
I look forward to your positive response.
Best Regards
Zabina Ayub
Recruitment Team Manager (ROV Specialist)
zabina@serlimited.com
01282 777 414
terima kasih banyak2..tuan leman..
saya rsa macam pernah cuba tuan leman di project TLO..tapi tak berapa pasti..InsyaAllah klu diberi umur yg panjang kita dapat berjumpa..
terima kasih tuan leman...
tke care n gud luck tuan leman...
Post a Comment