Dunia Commercial Diver




Lagi seminggu sebelum job aku dikapal yang makanannya paling sedap tu hampir selesai aku dihubungi wakil dari syarikat tempatan biarlah aku namakan dia dengan nama A.H sahaja.Ia beribu pejabat di Sri Petaling dekat dengan masjid sri Petaling yang aku selalu pergi untuk majlis-majlis ilmu.Diving cordinatornya offer aku naik job dengan mereka dan tarikh job dijangka bermula  adalah 1 minggu dari tarikh selepas aku selesai job aku sekarang.Aku terus setuju sebab waktu yang dijanjikan tu kira cantik sangatlah.Dalam masa yang sama aku juga dihubungi oleh Puan Norshila dari Sarku minta aku naik kapal QP2000 yang selalu aku naik tu. Oleh kerana dah janji lebih awal dengan company A.H tu jadi aku pun menolak dengan baik untuk naik job dengan Sarku.Aku pass job Sarku pada rakan ku diver man peng.

Aku dijangka selesai job sekarang dalam penghujung Sept. 2012 dan job seterusnya dijanjikan untuk job A.H pada tarikh 5 Oktober 2012.Selesai job aku pun pulang kerumah dan s/by untuk job seterusnya dengan AH.Bila tiba tarikh yang dijanjikan kami dimaklumkan yang job delay ke tarikh 8 oktober pula.Kemudian beberapa hari kemudian dimaklumkan lagi yang job delay ke 14 Oktober pulak.Masih sabar menunggu lagi.Kemudian bila tarikh 14 Oktober dah dekat kami dimaklumkan yang job delay lagi ke tarikh 25 Oktober pula aduuhh...sesetengah company kadang-kadang sengaja buat begitu sebagai strategi supaya divernya tak lari kemana-mana.Akhirnya pd tarikh 28 Oktober barulah naik job sebenar.

Kami naik kapal di kemaman Suply base dan menuju ke Talisman field.Pelayaran kelokasi mengambil masa 24 jam.Tugas kami adalah buat inspection kesan kerosakan pada pelantar akibat dilanggar oleh supply boat.Kerjanya taklah susah mana tapi yang susahnya ialah kami terpaksa memindahkan peralatan menyelam dari satu bahagian kaki pelantar kebahagian kaki yang lain.Mengangkut peralatan menyelam yang banyak dan berat adalah sesuatu yang tidak mudah lebih-lebih lagi mengangkutnya turun dan naik tangga atau bahagian-bahagian yang sempit di Pelantar yang bersambung antara satu pelantar dengan yang lain menuntut kesabaran,stamina dan kerjasama berpasukan yang baik.


Supervisor sedang mengendalikan selaman
Diver sedang beraksi
Ketika Diver sedang beraksi dibawah air anggota `rope access' pula beraksi di tempat bergantungnya. 
Pekerja `Rope access's sedang  menjalankan tugasnya
Setiap hari lepas habis shif disebelah petang kami akan bermain futsal bersama-sama dengan krew kapal yang semuanya warga Indonesia.Antara warga Malaysia dan Indonesia sebenarnya sangat akrab bila bertemu dimana-mana sahaja.Tidak ada langsung riak-riak kebencian antara satu sama lain seperti yang digambarkan dalam berita dan media di Indonesia.
Selama 8 hari berhempas pulas bekerja kami pun pulang,Pelayaran pulang juga mengambil masa selama 24 jam juga.Jadi jumlah hari job ini adalah 10 hari.Selepas itu hanya tunggu gajilah yang dijangka akan diterima selewat-lewatnya pada 15 Nov untuk gaji 3 hari yang kami bekerja pada bulan Oktober dan bakinya akan diterima pula 15 December.Tapi tunggu punya tunggu ibarat menanti buah yang sudah masak tapi tak gugur-gugur juga.Kami beranggapan mungkin gaji yang 3 hari bekerja dalam bulan oktober itu mungkin dibawa kedepan untuk dibayar sekali pada bulan December iaitu 15 december.Apabila tiba tarikh yang dinantikan juga masih tak Nampak bayangan gajinya.Tiada sebarang makluman alasan tentang kelewatan gaji.Hati sudah panas dan membara.Apabila telah memberi khidmat secara professional,kerja-kerja dijalankan dengan baik dan siap dalam tempoh yang ditetapkan tapi sayang Company pulak tak professional.Ditambah pula waktu hujung tahun memang musim menganggur bagi diver dan pekerja offshore yang lain.Sekolah pun dah nak buka.Baju sekolah dan buku sekolah anak-anak perlu dibeli lebih awal.Bila dah buka sekolah nanti yuran juga perlu dibayar tapi gaji tak masuk-masuk lagi pastinya `hangin' satu badan.

Inikah balasan yang patut kami terima setelah diver Berjaya menjana ekonomi untuk syarikat tapi Nampak gayanya memang company tidak menghargai apa yang diver telah berikan.Sesuatu harus dilakukan agar pisang tidak berbuah banyak kali.Sudahlah beberapa tahun lepas aku bekerja berhempas pulas di offshore selama 2 bulan tapi langsung tak dapat gaji sampai sekarang (kisahnya diceritakan dalam entri no 59 bertajuk `Berlabuhnya Tirai 2011' Aku taknak lagi alami nasib serupa seolah-olah  aku ini buat kerja amal pulak untuk diving kontraktor sedangkan mereka buat untung berjuta ringgit.

Berpakat dengan rakan diver yang alami nasib sama kami pun menghebohkan apa yang berlaku didalam facebook komuniti penyelam komersial Malaysia dan menerima berbagai reaksi komen dari rakan-rakan diver yang lain.Seterusnya post dan komen-komen yang berbagai itu kami copy dan paste lalu emelkan kepada beberapa personel didalam syarikat dan menjelaskan impaknya pada company serta kebarangkalian yang boleh berlaku jika situasi ini tidak mereka tangani segera.Wakil syarikat segera menghantar emel memohon maaf dan beri jaminan yang mereka akan usahakan segera perkara urusan gaji diver ini.2 minggu selepas itu iaitu pada 10 Jan 2013 barulah gaji pun masukkan itupun selepas beberapa emel dan sms yang dihantar bernada mendesak barulah kami Berjaya mendapat hak kami.

Orang Nampak commercial diver ni kerjanya macam best dan bergaji  besar tapi sebenarnya dalam kerjaya kami suka dan duka itu jalannya adalah seiring.Pro dan kontra tetap ada dalam apa-apa bidang kerjaya sekalipun tapi yang pastinya adalah kerjaya ini risikonya memang besar sekali malah kadang-kadang risiko dihadapi lebih besar dari gaji yang diterima.Jadi kecenderungan mana-mana company dalam memperkotak-katikkan diver adalah tidak boleh diterima sama sekali.Namun bagi aku kebanyakkan commercial diver pasti punya pengalaman kena `main’ dengan company sama ada company besar atau kecil.kalau ada diver yang belum pernah kena `main’ dengan company atau kena politik dengan diver lain tu makna nya diver tu memang termasuk dalam kategori benar-benar bernasib baiklah.

Untuk diving-diving contractor  pula perlulah ingat `Tanpa diver tiadalah company’.  


Next Entry - 28.02.2013

5 comments:

Salam saudara spy leman..blog yang sangat menarik untuk dikongsi dan banyak menambah ilmu pengetahuan tentang dunia commercial diver ni..teruskan berkarya saudara..

saya ada sikit soalan,saya sekarang pemegang open water lesen..kalaulah saya nak sambung ke ADAS seperti saudara,perlu ke saya ambil course advance open water level 1,2 dan rescue diver semua ni terlebih dahulu?? lagi satu,di malaysia juga ada sekolah menyelam seperti TUFC di australia tu, IDA (international diving academy) malaysia..adakah dalam sektor commercial diver oil n gas ni,syarikat yang menawarkan kita kerja lebih memandang kepada dari mana course kita buat jugak ke??dalam erti kata mudah adakah commercial diver course dari ADAS lebih laku dan dipandang dari commercial diver course yang di buat di malaysia ni seperti di IDA tu oleh company2 kontraktor oil n gas ni??

saya berminat tapi untuk mendapatkan rm60k(tahun 2006,sekarang mungkin dah jadi rm80k++)bagi saya sangat mustahil..

harap sangat bro dapat membantu menjawap soalan saya ni... -hafiz-

patutnya saman je company tu ! tau kerah org je ! Kemaman kat Sarawak kan ?


Saudara hafiz-

1.Cukup sekadar Open Water sahaja.
2.Sijil IDA tak laku untuk kerja di Offshore malaysia.kerana kalau nak kerja di offshore mesti guna lesen commercial diving yang diiktiraf oleh badan yg ernama IMCA ( sila google)
3.Antara yg diiktiraf oleh IMCA bkn sahaja ADAS tetapi akreditasi dari UK,South Africa,Canada dan Perancis (Sila google juga)
4.Yang penting ialah setakat ini nama IDA tidak ada dalam senarai yg diiktiraf oleh IMCA.

Sila google juga untuk sebarang maklumat berkaitan dgn TUCF

Poseidon Shield
belum masanya nak saman,biar dulu.

Kemaman kat terengganu la Dik...

owh,ok,tq membantu bro..maknanya dia nak yang international accredited jugak lah...faham2,just nak tahu je...

ok2,nanti saya akan google untuk info lanjut...

hahaha,sory menyampuk bro leman dengan bro poseidon berbual,saya pun penah kena situasi macam ni..bila sebut kemaman,ada seorang kawan tu tanya,kemaman tu kat mana,port dikson negeri sembilan ke??dengan nada serius,nak tergelak pun ada..ni mesti xsempat belajar geografi lepastu cikgu meninggal ni..hehehe..gurau2... :)

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here