Dunia Commercial Diver



Showing posts with label 19_Job Kikeh Samb bah 2.. Show all posts
Showing posts with label 19_Job Kikeh Samb bah 2.. Show all posts

Kali ini semua peralatan yang diperlukan oleh diver kami telah siapkan dan diletakan didalam sebuah bakul yang besar dan akan dihantar kepada diver menggunakan kren.Jadi semasa buat kerja jika diver perlukan apa-apa mereka boleh ambil di bakul tersebut tanpa perlu minta dari `sat.support’ diatas.Oleh kerana semua peralatan telah diletakan didalam bakul tersebut `sat.support’ hanya s/by sahaja semasa diver buat kerja.Sat.support akan sibuk semasa `sat.diver’ dihantar turun ke air dan apabila selesai kerja dan dibawa naik keatas.Ataupun apabila diver hendak memasang `spool’ yang lain.Dan semua sekali ada 12 `spool’ yang perlu dipasang dalam projek ini.

Didalam projek ini saudara bokhari saee adalah Sat diver yg pertama sekali turun jadi beliaulah yg mencipta rekod selaman paling dalam di perairan Malaysia,(tercatat dalam Malaysia Books of record) Bokhari atau lebih dikenali sebagai Bo sahaja adalah seorg diver yang berpengalaman luas dalam bidang commercial diving,orangnya masih muda sebaya dengan aku.beliau adalah antara anak melayu malaysia yg terawal menjadi Sat diver.

PhotobucketDiver sedang mengambil peralatan kerja dari bakul



Photobucket
Tim `Sat.support’ sedang bekerja keras menurunkan Spool untuk dihantar kepada diver untuk dipasang.


Selepas berhempas pulas selama beberapa minggu sebagai pasukan sokongan,akhirnya Projek di Lapangan Kikeh Berjaya disiapkan dalam masa sebulan dan kapal pun belayar semula ke LOSB untuk proses `demobilisation’.Sementara dalam pelayaran,`sat.diver’ pula mula jalani proses `decompression stop’ mulai 11 Ogos 2007 untuk kembali kepersekitaran normal.Sampai di LOSB aku mula mengemas beg pakaian kerana akan pulang kerumah setelah 67 hari berada atas kapal.Pada hari aku meninggalkan kapal iaitu 7 hari selepas projek selesai,`sat.diver’ masih belum keluar dari chamber dalam proses `decompression stop’ selama 9 hari.

air gelap & sejuk
Dikedalaman 197 meter persekitaran sangat gelap Dan airnya sangat-sangat sejuk.Manakala diver memakai sejenis coverall yang dipanggil `hot water suit'


Selesai Job Batam dan Kikeh aku sampai kerumah dengan senyum kerana bawa pulang USD ehem ehem...(rahsialah...) Ini juga adalah offshore terakhir aku untuk tahun 2007 sebelum kembali semula kepada tugas hakiki dalam team Selam Tempur Unit Khas yang aku sayangi kerana cuti tanpa gaji ku selama setahun sudah sampai penghujungnya.Pulang ke Unit Khas membawa bersama pengalaman dan ilmu yang didapati semasa menjadi `buruh kasar’ dilaut untuk dikongsi bersama rakan-rakan sepasukan itupun jika rakan-rakan ku sudi untuk berkongsi pengetahuan ini atau sedia menerima pendapat-pendapat ku.

kembali semula ke Unit Khas ku bermakna kembali ke alam penuh dengan aktiviti-aktiviti mencabar,pertempuran,bahan letupan,risikan,tugas khas didalam dan diluar negara,berada dalam kelumpuk orang kenamaan dan orang-orang politik,keseronokan bersama teman-teman seperjuangan,semangat berpasukan,gurauan-gurauan kasar, kerja tidak menentu masa,stress dan tekanan melampau dan macam-macam lagi.....Aaahh aku rindukan semua itu.....

Bersambung akan datang.....apa itu Saturation diver........

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan