Dunia Commercial Diver




Entri kali ini adalah sambungan dari entri yang lepas.Kalau baca entri yang ini dan tidak baca entri yang lepas nanti tak faham jalan cerita.Dan kali ini Biarlah hanya gambar sahaja yang menceritakan segala butirannya ,lebih jelas dalam fikiran.
Penyelam dihantar bagi memasang `sling wire` kepada kabel yang lama.(hujung  kabel yang satu lagi)
Penyelam 2 `buddy kepada penyelam satu.
Selepas penyelam memasang `sling wire`  kini Hujung kabel mula ditarik naik dari dasar laut

Hujung kabel ditarik agar rapat dengan kabel yang baru untuk disambungkan
Selepas diukur kabel yang baru kemudian dipotong.Kelihatan minyak  yang terdapat didalam kabel meleleh keluar semasa kabel dipotong.Minyak tersebut bertujuan menyejukkan kabel semasa arus voltan yang tinggi melaluinya semasa beroperasi



Selepas siap disambung kan kabel tersebut ia kemudian dipasangg spreader bar untuk diangkat dan turunkan dari belakang barge


Diving supervisor sibuk mengendalikan selaman ditengah-tengah kesibukan orang bekerja.



Bertungkus lumus dan bekerjasama semasa proses menurunkan joint box ke air


Diver membetulkan kedudukan chain block dam kabel agar dalam keadaan baik semasa diturunkan kedasar laut. 


Seperti menyaksikan pesta semasa  joint box kabel diturunkan keair


Semasa proses ini penyelam akan memantau sehingga jointbox yang baru mendarat didasar laut dan kemudian penyelam akan membuka semua tali sling dan `chain block' serta melepaskan spreader bar dari `jointbox` tadi untuk dibawa naik keatas.

Selepas `jointbox ` selamat mendarat di seabed, peyelam yang lain akan turun untuk mengambil gambar dan video kedudukan kabel baru dilantai laut sebagai rekod.
Kamera dihulurkan kepada penyelam
Surveyor menandakan kedudukan kabel yang baru siap dibaiki dan diturunkan didasar laut untuk kedudukan yang tepat bagi memudahkan sebarang kerja-kerja pada masa akan datang dan untuk rekod.

Dengan itu siaplah satu kabel dibaiki dan diturunkan keair,ada lagi 4 kabel menunggu untuk diulang proses yang sama.Sebenarnya dihari kedua kerja-kerja menyelam dijalankan dalam fasa kedua ini 3 penyelam dimasukkan kedalam chamber atas beberapa sebab.Kisahnya akan aku tuliskan lain kali kalau rajin.Pada hari kedua ni memang buzy lah menyelam,berpeluh ketiak jugaklah aku,nak jaga  diver yang tengah diving lepastu nak handle diver masuk chamber lagi.Tapi Alhamdulillah akhirnya semua berjalan dengan baik. 

Bersambung akan datang Menyelam untuk menyusun karung-karung simen pada kabel pula.

Next Entry 15/8/2013


Mula-mula.....
Penyelam dihantar turun bagi mengesan kabel yang telah dipotong dan ditandakan semasa dalam fasa 1 sebelum ini,
Penyelam bersedia untuk terjun keair
Kabel dibawa naik dan kemudian akan disambungkan dengan kabel yang baru.

Kabel yang lama mula ditarik naik keatas
Proses menyambungkan 2 kabel ni memakan masa selama 24 jam.Pada masa ini diver hanya standby sahaja sementara menunggu 2 kabel siap disambungkan.

Kabel yang lama dipotong dengan kemas bagi memudahkan penyambungan

Kerja-kerja penyambungan dijalankan

Kerja-kerja Penyambungan dijalankan oleh pekerja yang dipanggil `jointer`

Sementara kerja-kerja menyambung kabel dijalankan oleh `Jointer` maka Diver-diver akan s/by sahaja selepas menyelam tadi.
Apabila telah siap disambungkan,Kabel yang baru sedia untuk diturunkan keair. Semasa proses ini Spreader bar dipasang pada `joint box` yang baru bagi mengelakkan kerosakan.
Rupa Joint box (kabel eletrik yang telah disambung)

Bekerjasama memasang spreader bar pada jointbox

Spreader Bar akan dilepaskan dari kabel apabila `joint box` hampir mencecah air.
Kabel sedang diturunkan kelaut
Seterusnya diver terus menyelam dan memantau kabel diturunkan kedasar laut serta melapurkan keadaan lantai laut sama ada berbatu,berpasir,atau berlumpur.Kedalaman juga dilapurkan dan diver akan memastikan yang kabel yang sedang diturunkan berada diatas lantai laut bukannya berada diatas kabel-kabel dasar laut yang lain yang banyak dan berselirat dibawah laut.
Diver  yang lain pula bersedia untuk turun keair 
Semasa proses menurunkan ini panjang kabel yang telah diturunkan akan diukur.Dalam Sehari Lebih Kurang 1300 meter panjang diturunkan dan memerlukan 6 kali menyelam bersamaan dengan 6 pasangan penyelam kerana waktu ini airnya agak dalam jadi jangkamasa penyelam boleh berada dibawah air agak singkat.  


Proses menurunkan kabel kedasar laut ini terus berjalan sambil dipantau oleh penyelam dari dasar laut sehinggalah kabel yang baru bertemu dengan hujung kabel yang satu lagi yang perlu disambung.

Bersambung

Next Entri -30/07/2013





Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan