Julai 2007
Job Kikeh.
Aku masih diatas kapal `offshore Stephaniturm’ bersama syarikat `Offshore Subsea works’.Buat masa ini kapal masih di Pelabuhan `Loyang Offshore supply Base’(LOSB), Singapura membuat persiapan untuk projek seterusnya di lapangan Kikeh dekat Labuan.Projek seterusnya ialah `rigid spool connection’.
Aku masih berfungsi sebagai `sat.support’ dan yang akan diving nanti masih lagi `sat.diver’ kerana dilapangan kikeh itu airnya sedalam 1300 meter.Tetapi diver hanya akan membuat kerja di kedalaman 197 meter.Itu adalah satu rekod selaman yang paling dalam akan dibuat di perairan Malaysia.Beberapa orang diver pengganti termasuk 12 `Sat.diver’ mula sampai bagi menggantikan diver lama yang pulang selepas job Batam tempohari selesai.Sementara menantikan semua keperluan untuk projek seterusnya lengkap diver akan membuat kerja-kerja buruh seperti membersihkan atau menyelenggara peralatan menyelam atau persiapan lain-lain alatan lagi.Pendek kata syarikat tidak mahu melihat diver tidak membuat apa-apa kerana walaupun di pelabuhan tapi kami masih dibayar dengan gaji yang tinggi.
Spanar bersaiz 80 antara peralatan yang akan digunakan oleh diver (sori Dik Nad pinjam gmbr utk entri ni)
Selepas 2 minggu berada di LOSB kami pun belayar ke `Kikeh Field’ bagi memulakan projek.pelayaran mengambil masa 5 hari.Sebagai langkah keselamatan Semasa belayar disebelah malam kami tidak dibenarkan keluar dari kapal kerana jika ada yang terjatuh kelaut dikhuatiri tiada orang yang menyedari.Turut bersama dalam projek kali ini ialah seorang engineer perempuan dari pejabat Syarikat di Kuala Lumpur.Pertama kali aku jumpa perempuan ikut pergi offshore.Memang aku salute dengan budak ni kerana dia berani pergi offshore iaitu dunia yang dipenuhi dengan lelaki-lelaki buruh kasar termasuk aku.

Bersama Engineer wanita di offshore,sungguh bersih coverall yg dipakai oleh engineer dibandingkan dengan diver.(buruh kasar)Dibelakang kami itulah spool yang akan dipasang oleh sat.diver dibawah air.
Bersambung........