Dunia Commercial Diver





Kapal ini namanya ialah Norman Clough.Kapal ini kepunyaan syarikat Clough dari Norway.Orang kata kalau kapal dari Norway buatannya hebat-hebat sebab sejarah dan pembuatan kapal yang baik-baik ada disana.Kalau tak silap aku kapal ini dibuat pada tahun 2008...Sama tahun dengan kepencenan aku dari PDRM.Kapal ini ada 7 tingkat dan  120 buah bilik.Aku tak pulak yang jumlah 120 tu termasuk bilik mesyuarat dan bilik menonton sekali atau tidak,lupa pulak nak tanya.

Confrence room
Confrence Room
Opis client
Salah satu ruang pejabat yang terdapat atas kapal ini,Selain dari ruang ini ada lagi ruang Pejabat yang lebih besar lagi.

Kapal ini ialah kategori Dynamic Positioning Diving Support Vessel ( DPDSV ) dan ia mempunyai 5 `thruster’ atau propeller yang dikawal oleh satu system computer yang membolehkan ia berada static disesuatu titik kordinat yang ditetapkan.Semasa ia berada disatu titik kordinat apabila datang arus yang kuat atau gelombang yang boleh menyebabkan kapal beralih posisi maka computer secara otomatik akan mengaktifkan mana-mana `truster’ mengikut kesesuaian kelajuan  bagi mengekalkan posisi kapal.itulah dia kecanggihan system `Dynamic Positioning’ (DP) ini.




Beginilah konsep bagaimana sistem Dynamic Positioning berfungsi

Ianya memang khas untuk kerja-kerja diving.Sistem peralatan menyelam diatas kapal ini adalah `built in’ ianya tetap dan tak perlu diubah.Semasa kapal ini dibuat peralatan-peralatan menyelamnya atau `diving system’ nya dipasang sekali,baik `air diving system’ begitu juga `saturation system’nya.

<i>Saturation System,bell
Bell untuk menurunkan Saturation diver kedalam air melalui `moon pool' ditengah-tengah kapal
Selain dari `diving system’ terdapat juga dua buah `Remoted Operated Vehicle’ atau ROV yang juga `built in’ terdapat dikiri dan kanan kapal ini.Kebanyakan krew kelas bawahan iaitu tukang masak dan steward terdiri dari orang Philipine  dan Iban.Steward ni kerjanya membersihkan kapal bahagian dalam,membersih kabin,membasuh pakaian dan membantu tukang masak.Manakala krew kapal bahagian luar dan pemandu kren orang Putih begitu juga yang bahagian atasan seperti Radio Operator,Pegawai kedua,Pegawai penjaga sistem DP dan Kapten juga orang putih.

ROV
Remote Operated Vehicle  yang akan bergerak keluar dr dalam jika hendak dioperasikan dan apabila selesai akan dibawa masuk semula dan pintunya ditutup... 

Sijil Samak galley
Sebelum mula beroperasi untuk projek di Malaysia kapal ini mesti melalui proses penyucian atau samak peralatan dapurnya dan mestilah membekalkan makanan yang halal.Itu adalah Polisi Petronas
Kapal ini agak Canggih seakan-akan sama dengan satu lagi kapal canggih yang aku pernah naik satu ketika dulu yang kisahnya aku tulis kat entri no `55-Naik kapal yg makanannya sedap-sedap'.Begitu juga dengan kapal ini makanannya pun sedap-sedap juga sampai plan nak diet pun tertangguh-tangguh.Dah sebulan aku naik kapal ni tapi berat aku cuma turun 1 kilo je...tak boleh jadi macam ni.Biasanya kalau aku naik kapal je aku start diet perlahan-lahan kemudian bila sampai masa `sign off’ berat aku pasti berkurang sebanyak 5 kilo. Nasib baik ada Gymnasium yang canggih dalam kapal ni boleh jugak aku kuatkan usaha diet ku.

deretan Chesse
Barisan makanan yang disusun cantik dan menarik
Dapurnya
Ruang dapur yang bersih dan lengkap

Bersambung akan datang....Tugas Diver..





























Alhamdulillah...panggilan untuk job kedua bagi tahun 2012 mula diterima.Ianya adalah dari company yang biasa aku ikut.Semua urusan dan perjanjian hanya melalui emel sahaja langsung tiada panggilan telefon.Kerana aku dikategori sebagai regular diver company ini jadi tak susahlah berurusan.Sejak Februari lagi mereka dah hantar emel tentang job yang akan bermula dalam bulan februari atau mac atau boleh juga lajak ke April.Memang macam tu...dah biasa dah....Tapi aku tidaklah mengharap sangat kerana dah banyak kali dah berlaku standby punya standby punya standby entah macam mana nama yang tersenarai sekian lama tiba-tiba boleh hilang sekelip mata akibat percaturan politik sesetengah orang.
Beg ni dah lama siap,tunggu ditarik je....


Bagi aku sekarang kalau tak naik job dengan company `S’ aku lari ke company `B’.Segalanya Allah yang tentukan.Pada company yang aku biasa ikut ni aku langsung tak telefon pun tapi akhirnya mereka sahkan yang aku akan naik pada hujung mac.Sebaik sahaja mereka sahkan nama aku tersenarai dan hanya menunggu E-ticket maka pada hari yang sama juga berderu-deru panggilan job dari company-company yang berlainan panggil aku untuk naik job dengan mereka...hmm....terpaksalah aku menolak dengan baik.Masa aku menganggur 4 bulan tu tak call pulak.

Dalam banyak-banyak company tu ada satu company kecil dari Johor kalau tak silap aku namanya seakan2 nama laut entah ocean11 kah ocean12 kah ocean13 atau mungkin jugak Ocean...? kot,katanya ada job pada bulan Feb sebaik sahaja aku dapat tau aku terus call dan terus diving coordinator tu Puan `F’ beritau aku orang pertama call dan terus masukan nama aku.Beliau juga bagitau job akan start lagi 3 hari.Kemudian pada petang sebelum job tersebut dijadualkan bermula aku call pejabat Puan `F’ bertanya kedudukan aku atau job tersebut tapi hanya mesin fax yang jawab banyak kali juga aku call ia tetap pergi ke mesin fax.Kemudian selepas aku hantar sms beberapa kali barulah dia balas dan beritahu “Maaf jika ada job lain kali kami akan bagitau,sekarang kouta dah penuh”.Ciss Mau tak hangin satu badan dari nama duk no 1 tiba-tiba boleh hilang terus pastu tak bagitau awal-awal pulak tu sedangkan aku dah tolak job lain sebab dah janji dengan mereka.Begitulah yang diver-diver selalu terkena.last-last diver tu yang menganga dan gigit jari sendiri kerana kiri terlepas kanan pun lepas.

Walaupun aku agak marah juga kerana diving cordinator tu menipu aku tapi aku masih ada diplomasi dan aku bagitau padanya supaya lain kali jangan buat begitu sebab beliau telah menyusahkan orang lain.

So....Ceritanya....kali ini bila aku dah confirm job dengan company `S` pada hujung Mac tiba-tiba aku dapat sms dari Puan `F’ diving cordinator  yang tipu aku ari tu Tanya adakah aku available untuk naik job dengan mereka beberapa hari lagi tapi `soorrriiilahh!’ Company itu sekarang adalah yang terakhir dalam senarai pilihan aku....kalau aku dah terdesak sangat takde kerja baru aku kerja dengan dia.Aku pun pandai jual mahal juga.Seingat-ingat aku company ni baru je wujud setahun dua ni pastu suka-suka dia je mainkan aku....

31 Mac aku terbang ke Johor Baharu.Perasaan aku naik job kali ni tidaklah excited sangat seperti sebelum-sebelum ni sebab ada beberapa projek didarat yang belum selesai dan tak sampai hati biarkan partner aku buat kerja sorang-sorang perkara-perkara yang melibatkan urusan perniagaan kami.Tapi pasal duit belanja dah kering hmm terpaksalah aku kelaut untuk cari duit belanja lagi,sedih kan....(siapa kata diver kaya,diver hanya satu golongan buruh kasar yang berkemahiran tinggi je bukannya golongan kaya).

Semasa diKLIA aku berjumpa dengan rakan-rakan seangkatan yang naik job yang sama.Setelah beberapa bulan tak berjumpa maka rancaklah juga perbualan,bergossip-gossip jugaklah kami sementara nak terbang tu. (Ape,ingat lelaki tak bergossip ke...).

Sampai di Johor Baharu terus kami dibawa ke Pelabuhan Pasir Gudang kerana kapal dah menunggu disana dan kami terus `sign on’ (check in) serta buat penyesuaian diri maklumlah dah lama tak kelaut......

kapal Norman clough
Kapal sudah siap menunggu di Pelabuhan Pasir Gudang 
Bergaya dgn jack up rig
Suka sangat Brader ni dapat naik job agaknya sampai tersenyum lebar begitu sekali...Untuk makluman ini bukan Spy Leman ye...Spy Leman lebih hensem...




Bersambung...

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan