Dunia Commercial Diver



Selepas bercuti dirumah selama seminggu aku diminta naik kapal semula kerana waktu ini adalah penghujung bulan Ramadhan jadi ramai diver yang beragama islam yang hendak balik untuk menyambut Aidilfitri didarat manakala diver yang berada didarat pula tidak mahu naik sehingga lepas hari raya.Waktu aku naik kapal kali ini lagi 4 hari umat islam akan menyambut 1 Syawal.Aku terpaksa korbankan cuti hari raya tahun ini kerana selepas hari raya nanti aku ada rancangan dan program peribadi.

Apabila tiba 1 Syawal aku bersama krew-krew lain yang beragama islam sama-sama menunaikan solat sunat Aidilfitri diatas kapal.Solat sunat Aidilfitri hari tu dalam keadaan hujan renyai-renyai yang telah turun sejak malam lagi dan sesekala akan menjadi lebat sekejap dan kemudian renyai-renyai semula,sungguh suram pagi Syawal itu.Entah kenapa aku sedikit pun tak berasa sedih kerana beraya diperantauan.Apa yang membuatkan aku sedih adalah berpisah dengan bulan Ramadhan yang mulia dan penuh berkah itu.Apakah akan berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang....hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui....

menyiapkan tmptBerbagai kaum membantu menyiapkan tempat untuk solat sunat Aidilfitri


PhotobucketSebahagian yang hadir untuk solat sunat Aidilfitri pagi itu


Seminggu selepas umat islam menyambut 1 Syawal ada `crew change’ lagi yang mana krew yang sudah lama berada atas kapal (60 hari) akan pulang dan digantikan dengan krew baru yang masih fresh setelah bercuti didarat.Diantara krew yang pulang adalah dari kalangan diver. Selain dari diver ada juga Technician diver

suasana crew change suasana semasa crew change dimana krew yang sudah cukup hari akan pulang dan krew pengganti akan sampaii


Diver yang datang kali ini sebahagian kecil adalah kalangan diver yang agak lama dan berpengalaman juga.Ada juga diver yang merasakan dirinya cukup lama atau cukup berpengalaman supaya orang lain Nampak mereka ni kelihatan hebat sedangkan takdalah hebat pun (perasan je lebih) Bila dah ramai-ramai ni so macam-macam kepala ada.Ada yang kaki lawan,kaki temberang,kaki judi,kaki malas,kaki ubat batuk,kaki tidur,kaki tunjuk hebat,kaki kerja,dan macam-macam lagilah perangai di offshore ni.Apabila elemen-elemen ini digabungkan maka akan berlakulah konflik dan politik serta akan menimbulkan rasa tidak selesa ditempat kerja.Tapi aku tetap dengan caraku sendiri...kerja dan kerja sahaja.

Aku masih boleh bertahan dengan segala konflik dan politik selagi orang tak ganggu aku sudah....sebab aku pun tak ganggu orang......sehinggalah suatu ketika aku sendiri yang menjadi mangsa permainan politik kepada politikus-politikus keparat yang mentah ini.Turut menjadi mangsa adalah sahabat baikku bekas Navy yang kukenal sejak 17 tahun dulu.


Apabila sudah tak tahan lagi maka dalam mesyuarat aku suarakan rasa hatiku yang sedang panas itu dalam bahasa Inggeris kelas tinggi (konon-konon) yang sopan,lembut dan penuh diplomasi namun tetap menusuk hingga ke kalbu kepada mereka-mereka yang berkenaan (yang makan cili terasalah pedasnya,termasuklah Mat Saleh jugak).Namun begitu aku minta maaf terlebih dahulu pada mereka andai apa yang kukatakan akan buat mereka terasa kerana alasanku ialah aku tak pandai sangat bahasa inggeris jadi mungkin aku telah menggunakan ayat atau perkataan yang salah.Yang pastinya aku telah memberi amaran secara diplomasi dan kiasan supaya aku tidak dibabitkan dalam sebarang permainan politik kerana aku sudah berada dalam suasana politik yang lebih hebat dari ini lebih lebih lama dari politikus - politikus mentah ini.

4 hari Selepas mesyuarat itu aku pun minta pulang kerana ada masaalah peribadi yang perlu diselesaikan didarat.Lalu aku pun minta dari supritendant agar dapat aturkan pengganti supaya aku dapat pulang untuk menyelesaikan masaalah dirumahku.Dalam hatiku sentiasa bersangka baik dan sentiasa yakin adanya hikmah disebalik setiap perkara yang berlaku.Aku pulang bersama dengan sahabatku bekas Navy yang sakit lutut kerana Gout.

PhotobucketAntara sahabat yang mengucapkan selamat pulang kepadaku beliau dengan baju hospitalnya...(Taulah dulu keje hospital....)


Redha-HANYA ALLAH DALAM HATIKU, makhluk ciptaannya hanya dalam kehidupan harianku sahaja.Rezeki untukku datang dari Allah bukan dari makhluk ciptaannya kerana Allah yang mengaturkan segalanya bagiku.

Khidmat pesanan ringkas-apabila hanya ALLAH yang kamu besarkan dalam hatimu maka makhluk lain hanya sebesar kuman bagimu.

Diperingkat awal iaitu 2 bulan pertama di job ini aku seronok dan happy sangat walaupun kerja-kerja yang dilakukan agak memenatkan dan sudah lari sedikit dari tugas hakiki ku sebagai `air diver’.Disini kami tidak diving kerana sudah lumrahnya jika buat job `jacket installation’ memang tiada diving atau terlalu sedikit diving.Jika ada pun mungkin 2 atau 3 kali dive sahaja itupun bergantung kepada keadaan.

jacket
Jacket (kaki Platform yang telah ditegakkan)


Kami lebih banyak membantu `dive technician’ kami membuat kerja-kerja memasang peralatan-peralatan pada `saturation system’ dan buat beberapa fabrikasi kepada keseluruhan system atau peralatan pasukan menyelam yang ada diatas barge ini sama ada untuk `air dive system’ atau `saturation diving system’.Selain dari tu kami juga akan mengemas kini segala dokumentasi yang diperlukan untuk sesuatu projek.Untuk makluman-setiap peralatan yang digunakan untuk kerja-kerja offshore perlu ada `certificate’ dan sesetengahnya perlu menjalani pemeriksaan berjadual yang ditetapkan dan mestilah dalam keadaan baik untuk digunakan.

dive tech

Dive technician kami yang berasal dari Indonesia,kerja bagus tapi sayang dapat gaji kecik.

ape yg dimenungkan agaknya
Entah apalah yang dimenungkan agaknya tu....


Hari berganti hari,minggu berganti minggu walaupun kerja agak teruk juga dan ditambah pula sudah masuk bulan Ramadhan tapi aku happy dan seronok kerana Team member aku semua best-best.Walaupun berpuasa,panas dan penat tapi aku enjoy lebih-lebih lagi sekarang aku tengah giler belajar welding dengan salah seorang team member aku yang dulunya adalah seorang bekas welder.Sewaktu beliau masih menjadi welder dulu beliau dikenali sebagai antara welder yang hebat dan handal.Tapi sekarang beliau sudah jadi diver dan berada 1 shif dengan aku.Setiap hari aku akan membantu beliau buat kerja-kerja fabrikasi dan welding,jadi secara tak langsung juga setiap hari aku akan turut buat latihan praktikal welding.

aku dan leley jahit besi
Aku dan Leley sedang menjahit besi dengan api (welding) dan yang menariknya kami sedang berada diatas silinder gas campuran (oksigen + helium)


Cikgu welding aku ni dikenali ramai dengan nama Leley...(kelakarnya nama).Selain dari leley ada 2 orang lagi turut mengajar aku welding dan cara-cara nak potong besi dengan api iaitu Miji Budak Setan dan pakar potong besi dengan api (fitter) bernama Lan Jbong.bekerja atau belajar dengan mereka-mereka ni aku kena banyak bersabar dan berfikiran terbuka selalu sebab mereka ni jenis mulut takde insuran punya.Aku selalu kena kutuk dan kena gelak setiap kali buat silap masa belajar welding,tapi sabar jelah....sebab nak belajar....

lan Jbong
Lan Jbong sedang menunjukan skillnya.Dia sedang memotong besi tempat dia duduk tu,Hebat sekali....


Lan Jbong adalah salah seorang pemotong besi dengan api atau lebih dikenali sebagai `fitter' yang agak handal dalam kelompoknya.Beliau berasal dari Terengganu dan sentiasa bercakap dalam dialek Terengganu yang pekat ketika berkomunikasi termasuk juga ketika bercakap dengan Mat Saleh.Miji Budak Setan pula ialah welder bertangan kidal yang mempunyai sejarah hitam ketika naik Heikopter ke Offshore suatu ketika dulu.

Miji budak setan
Miji budak setan dia suka kacau orang tengah buat kerja sebab tu orang panggil budak setan


Setiap hari aku dan cikgu-cikgu weldingku akan pikul besi,ukur besi,potong besi dan jahit besi....pendek kata memang fun dan menyeronokan sekali walaupun penat dan letih.Ketika tempoh aku berada di offshore sudah hampir 60 hari tiba-tiba aku dapat berita dari rumah yang anak sulungku terlibat dengan kemalangan motosikal dan dimasukan kehospital kerana kakinya patah.Aku pun mendapat cuti dan hikmahnya dapatlah aku berpuasa didarat bersama keluargaku.Cuti didarat juga aku manfaatkan sepenuhnya dengan bersolat tarawih dimasjid bersama-sama dengan anak-anak dan isteriku.
Nota kaki – Entri kali ini adalah sebagai penghargaan kepada cikgu-cikgu welding ku.Leley,Lan Jbong & Miji.

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan