Dunia Commercial Diver



May 2007
`Jack Up Rig’ inpection job.
Kota Baharu offshore.

Selepas Job di Miri aku berehat di rumah sebulan sebelum sambung job `Single Buoy Mooring’(SBM) `subsea hose change out’ pada April 2007 di Miri , masa itu aku ikut kotraktor Hamdan Abdullah Sdn Bhd.Gaji pun dah naik sikit .Tapi job selama 7 hari sahaja.Dalam job ini aku masih lagi bersama dengan rakan-rakan bekas anggota TLDM dan Jacob masih jadi Supervisor.

Selesai projek aku balik ke K.L dan berehat lagi sebulan.Kemudian pada 14 May 2007 aku ikut Core IRM `diving contractor’ dari Singapura untuk projek di Talisman Oilfield jauh ditengah laut Kota baharu.Dari Kuala Lumpur aku bersama dengan diver Azreen Mustapha dari Johor Baharu naik bas malam dan sampai di Kota Baharu subuh hari.Sampai di Kota Baharu kami terus ke airport Kota Baharu.Di airport Kota Baharu kami bergabung pula dengan 10 lagi diver dari Singapura dan seterusnya menaiki Helikopter menuju ke `Talisman Oilfield’ kira-kira 3 jam penerbangan.

naik chopperSampai di Rig.


Tugas ku kali ini berbeza dengan job sebelum ini kerana job yang sebelum ini aku terlibat dengan kerja-kerja `construction’ tapi kali ini ialah job `inspection’.Jika sebelum ini aku tinggal didalam kapal tapi kali ini aku tinggal di pelantar yang dipanggil `Jack up rig’.Kami memanggilnya rig sahaja.Seperti mana kapal mempunyai nama rig ini juga mempunyai nama iaitu `roger H.Mowell’ milik syarikat Transocean, syarikat Transocean berpengkalan di U.K. Rig ini dipanggil `jack up rig’ kerana ia mempunyai 3 kaki dan ia boleh dibawa turun kedasar lautan sebagai penahan dan ia juga boleh dibawa naik untuk diselenggara atau untuk dialih ketempat lain.Kakinya boleh dilaraskan mengikut kedalaman laut atau sesuatu lapangan.Rig ini beroperasi untuk kerja-kerja penggalian.Ia disewa oleh syarikat Talisman kalau tak silap aku dari Kanada manakala Petronas mempunyai 15% kepentingan didalam operasi ini.

jack up rigPlatform jenis `Jack up rig’



Untuk makluman, setiap syarikat asing yang menjalankan operasi penggalian minyak dan gas di perairan Malaysia Petronas tetap mempunyai beberapa peratus kepentingan didalam operasi tersebut.Jadi setiap Rig atau kapal yang terlibat diwajibkan mempunyai tempat sembahyang dan makanan yang disediakan mestilah ditanggung halal.Itu adalah salah satu polisi dan syarat yang mesti dipatuhi oleh syarikat asing.Itulah bagusnya Petronas.Begitu juga dengan rig ini,walaupun ia dimiliki oleh syarikat asing tetapi segala pinggan mangkuknya telah disamak dan diperiksa oleh jabatan kemajuan Islam negeri dimana ia mula beroperasi,itulah yang kubaca dari sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Johor yang ditampalkan di dinding cafe.

Berbalik kepada peranan aku disini.Apabila kaki rig ini telah diangkat sehingga ke paras tertentu ia akan diperiksa mengikut jadual pemeriksan dan penyelenggaran yang telah ditetapkan.Jadi tugas diver ialah membersihkan lumpur yang tebal dan tumbuhan marin yang melekat dikaki rig tersebut.Kami menggunakan sejenis alat yang dipanggil `water gun’ yang bertekanan tinggi,ia sama seperti `water gun’ yang digunakan di tempat-tempat mencuci kereta tetapi `water gun’ yang kami gunakan beroperasi dalam tekanan sehingga 13.000psi,ia memang cukup kuat untuk menanggalkan segala kekotoran yang melekat dimana-mana sahaja.

water blasterDiver sedang bekerja menggunakan `water gun’


Bahagian yang perlu dibersihkan adalah dibahagian kimpalan.Selepas bahagian tersebut dibersihkan sehingga licin dan rata barulah diver yang mempunyai kelayakan sebagai `inspection diver’ akan turun menjalankan tugasnya sambil memberi lapuran selari kepada `top side’.Untuk memiliki kelayakan sebagai `inspection diver’ perlu menghadiri kursus dan mengambil peperiksaan yang berkaitan dengannya di akademi di U.K atau Thailand.Bahagian-bahagian yang dikimpal perlu diperiksa dan diselenggara dari masa kesemasa.Diver akan menggunakan beberapa alat khas semasa menjalankan pemeriksaan bagi memastikan bahagian-bahagian tersebut masih dalam keadaan baik.

Selepas semua pemeriksaan selesai dan pihak `client’ telah mendapat lapuran dari hasil pemeriksaan tersebut maka tugas kami pun selesai.Biasanya tugas begini Cuma mengambil masa antara 7 hingga 10 hari sahaja.Dari rig kami naik helicopter sampai ke airport Kota baharu dan dari Kota baharu naik kapal terbang balik ke K.Lumpur.Berehat lagi sebulan.....Bila duit dah habis baru sibuk cari kerja lagi........

Bersambung akan datang....Pipeline inspection di Indonesia.....



9/2/07 kami terus belayar semula ke Miri bagi meneruskan projek asal kami iaitu `pipeline removal’,kembali kepada tugas `rigging,cutting’ dan lifting’,menyelam pagi,petang siang dan malam.Akhirnya pada 4/3/07 job di Miri berjaya disiapkan dlm masa 2 bulan,tapi jika kontrak kami habis dulu dan projek masih belum siap pertukaran krew akan dilakukan dimana seminggu sebelum kontrak kami habis `diving contractor’ akan cari diver lain bagi menggantikan tempat kami.Dan bagi kami pula akan berehat 1 minggu atau sebulan sambil cari kerja dengan syarikat lain pula dengan gaji yang lebih sikit dari job yang sebelum ini

Photobucket
Diatas dek kapal Dayang Berlian




kren dyg berlian angkat chopper
Kren Dayang Berlian mampu mengangkat beban sehingga 25 tan.



Photobucket
Semua diver muka ceria & happy bila success,gambar belakang ialah kapal
Dayang Berlian dan bangkai helicopter Super Puma,duduk didepan sekali
sambil peluk tiang ialah Jacob..



Diver yang terlibat didalam misi ini :
Diving Supervisor -Jacobsin Badit
Diving Supervisor - Jonanthan Ali
Diver Hj Azman Chik -Ex Navy Diver
Diver Din Giant -Ex Navy Diver
Diver Sokalinggam -Ex Navy Diver
Diver Josmin @ Arshad -Ex Navy Diver
Diver Mat perang -Ex Navy Diver
Diver........... -Ex UTK B.Aman
Diver Michael -Ex GGK Sg,Udang
Diver Rudi Chin - Ex Instructor Sipadan
Diver Leslie Moosum -Ex Instructor Sipadan
Diver Adver

Bersambung akan datang.....Kepelantar minyak naik helicopter......

USAHA MENAIKAN BANGKAI HELIKOPTER.

Dalam operasi ini berbagai kepakaran digabungkan termasuk pakar dan engineer dari Malaysia Helicopter Services dan Eurocopter sebagai penasihat berkaitan helicopter tersebut dan penggunaan `Remote Operated Vehicle’ bagi mengesan lokasi dan kedudukan bangkai helicopter tersebut didasar laut.Juga bukan satu tugas mudah malah merbahaya kerana biasanya helicopter yang jatuh kelaut akan berada dalam keadaan terbalik,jadi kerja-kerja untuk memusingkan semula helicopter tersebut supaya berada dalam keadaan tegak seperti biasa akan dilakukan dahulu sebelum kerja-kerja untuk proses mengangkat boleh dilakukan.Tetapi oleh kerana `main rotor’ atau kipas utama Helikopter ini telah terbenam kesemuanya didalam lumpur yang tebal di dasar laut maka usaha untuk memusing dan menegakkan bangkai helicopter ini telah tidak Berjaya dilakukan walaupun dicuba beberapa kali .Akhirnya dengan persetujuan dari pakar dan engineer dari MHS Bangkai helicopter ini terpaksa akan diangkat naik dalam keadaan terbalik.

Akhirnya setelah berhempas pulas lagi 3 hari dan dengan kerjasama berpasukan yang tinggi dari pasukan 14 orang penyelam professional rakyat tempatan,para`rigger’,penasihat dan pakar dari MHS selepas 3 hari dikesan pada 8/2/07 jam 1200 tengahari bangkai helicopter Super Puma tersebut berjaya dinaikan keatas dek kapal Dayang Berlian untuk dibawa ke Bintulu.Kepuasan tergambar diwajah semua apabila tugas sukar berjaya dilaksanakan dengan jayanya

keluarkan air dr chopper
Detik-detik bangkai helicopter dikeluarkan dari air,terpaksa diangkat
dalam keadaan terbalik apabila semua usaha untuk menegakan
kedudukannya semasa didasar laut gagal kerana keseluruhan `
main rotor’nya tenggelam didalam lumpur sedalam 3 meter


chopper sedang dikeluarkan dr air
Berhenti sekejap untuk mengeluarkan air dari dalam kabin
supaya tidak terlalu berat sebelum dibawa ke dek


Bersambung lagi......




Bayan Field Bintulu 8/2/07

Masih di Miri Oilfield dalam projek `pipe line removal’.Pada suatu petang ketika cuaca buruk dan kami semua dalam `mode s/by’ dan tidak boleh bekerja, kapal kami diarah kan masuk ke pelabuhan Miri untuk berteduh dari cuaca buruk yang dijangka berlarutan selama seminggu.Sebaik sahaja sampai di Miri kami dikejutkan dengan berita sebuah helicopter Super Puma yang digunakan untuk mengangkut pekerja ke `offshore’ telah terhempas di Bayan Field dekat Bintulu dan mengorbankan seorang penumpang manakala yang lain Berjaya menyelamatkan diri.

bad weather 2
Beginilah Keadaan bila laut bergelora, ada berani??

bad weather
Macam dalam movie `The perfect storm’

Oleh kerana kami adalah team penyelam yang paling hampir dengan tempat kejadian maka kami diarahkan segera bergerak kelokasi tersebut bagi tugas menyelamat.Pelayaran dari Miri ke Bintulu mengambil masa 18 jam dengan kelajuan 9 knot kelajuan maksimum Sin Bee II.

Ketika kami sampai ketempat kejadian Bangkai Helikopter tersebut masih belum tenggelam sepenuhnya kerana 2 dari 4 pelampung kecemasan yg terdapat di badan helikopter tersebut masih berfungsi dan sedang menampung helikopter tersebut dari terus tenggelam.Biasanya pelampung tersebut akan tahan dlm jangkamasa antara 8 hingga 12 jam.

Pada masa kami sampai Kapal TLDM yg membawa bersama penyelamnya juga sampai ke lokasi tersebut dan mereka sempat menghantar penyelam bagi mengeluarkan mayat mangsa yg terkorban dalam nahas itu.Mangsa masih berada ditempat duduknya ketika dikeluarkan.Selepas mayat mangsa dikeluarkan beberapa minit kemudian helikopter tersebut terus tenggelam kedasar laut kerana pelampung kecemasannya sudah tidak dpt bertahan lagi.Oleh kerana arus yg kuat dan laut yg bergelora bangkai helikopter tersebut telah hanyut jauh dan sukar dikesan semula.

Pada peringkat awal ROV (remote Operated Vehicle ) digunakan bagi mengesan bangkai helicopter tersebut didasar laut. Cuaca buruk dan angin kencang serta gelombang setinggi 3 hingga 4 meter mengganggu kelancaran operasi menyebabkan mengambil masa yang panjang. Selepas 5 hari ROV masih gagal mengesan dimana bangkai helicopter tersebut akhirnya pihak `client’ buat keputusan untuk menghantar diver bagi tugas mencari.

rov
Remote Operated Vehicle (ROV) sedang
Diturunkan kelaut.

Setelah disemak jadual terakhir giliran selaman sewaktu tugas dimiri didapati nama ku adalah diver seterusnya yang sepatutnya menyelam .`Diving Supervisor’ ku nama Jacob bertanya adakah aku bersedia dan yakin untuk melakukan selaman mencari ini dalam cuaca yang agak buruk dan air yang gelap.Tak kan aku nak menolak tugas yang diberi kerana aku dibayar gaji untuk menyelam lagipun banyak mata yang memandang padaku waktu itu.Demi menjaga nama baik `Unit Khas’ ku aku mesti melakukan tugas mencabar ini dengan baik.Waktu aku diturunkan ke air aku lihat jam lebih kurang pukul 1 pagi.Aku berkomunikasi dengan jacob menggunakan alat komunikasi dalam topi menyelam Kirby Morgan mk 17 yang kupakai.

Setelah sampai di `seabed’ aku melapurkan yang arus sangat kuat dan `visibility’ sangat teruk serta `seabed’ berlumpur.Jacob beritahu yang aku berada di kedalaman 31 meter. Aku terpaksa berenang rapat ke lantai laut dan menggunakan tangan sebagai pasak dengan membenamkan kedalam lumpur untuk bergerak bagi mengelak dihanyut oleh arus bawah laut yang kuat.

Dalam keadaan air yang gelap dan berlumpur tiba-tiba aku tersentuh benda keras dan pecah-pecah dalam keadaan meraba-raba dan setelah diamati betul-betul aku dapati ia adalah serpihan kipas helicopter tersebut. Tapi sayang ia hanya serpihan kecil sepanjang 7 kaki sahaja.Lalu aku teruskan mencari dan meraba-raba di dasar laut itu seperti orang buta.Ketika hampir-hampir beranggapan yang aku mungkin tidak dapat menemui bangkai helicopter itu tiba-tiba aku tersentak apabila terlanggar satu benda yang besar,hati berdebar-debar maklumlah dalam keadaan yag gelap begitu macam-macam yang bermain difikiran.

Kemudian aku jarakkan diri dari objek tersebut dan bertenang bagi menghilangkan keruh lumpur yang naik.Lalu aku menjerit pada Jacob melalui alat komunikasi,`` Jackport !!! Boss!! Jackport !!! …..saya dah jumpa.…’’ Rupa-rupanya objek yang ku langgar itu adalah bangkai helicopter tersebut.Lalu Jacob arahkan aku buat pemeriksaan dari depan helicopter hingga kebelakang,apabila sampai dibahagian ekor aku dapati sebahagian darinya telah terputus.Jacob juga mengarahkan aku pergi kebahagian badan helicopter yang tertulis nombor pengenalannya untuk direkodkan dlm video.

Jacob meminta aku segera mengikat tali penanda di `D' ring yang terdapat bahagian tayar helicopter tersebut.Selesai mengikat tali penanda atau `down line’ tersebut Jacob beritahu yang `bottom time’ ku semakin suntuk dan beliau arahkan aku untuk meninggalkan `seabed’ segera dan biarkan tugas seterusnya dilakukan oleh diver seterusnya.Selepas selesai dikompresi aku dibawa naik kepermukaan dan setibanya di permukaan aku diberi tepukan gemuruh dan sorakan oleh rakan-rakan,supervisor dan client yang berada diatas kapal atas kejayaan menemui bangkai helicopter tersebut setelah ROV gagal menemuinya. Aku bersyukur kepada ALLAH kerana telah membantu dan memudahkan bagiku satu urusan dan pekerjaan yang sukar.

Bersambung akan datang usaha menaikan bangkai helikopter.....



Photobucket2 orang `rigger’ sedang posing bersama `riser pipeline’ 10 inci yang telah
dipotong dibahagian atas,mulai bahagian ini terus kedalam air sehingga
kedasar dan memanjang ke jarak 150 meter adalah bahagian kerja untuk diver


paip diangkatPipe line yang telah dipotong mula keluar dari air


Kami dibahagikan kepada 2 shif iaitu shif siang dan shif malam.Shif siang dari jam 12.00 tengahari hingga 12.00 tengah malam dan shif malam dari jam 12.00 tgh malam hingga 12.00 tghari.Setiap shif ada 6 diver + 1 supervisor.Aktiviti diving berjalan 24 jam berterusan,bergilir-gilir.Bekerja di kedalaman melebihi 100 kaki dalam keadaan `zero visiblity’ dan menggunakan `tool’ yang berat-berat serta berlumba dengan `bottom time’ benar-benar mencabar diri dan ketahanan mental.Jangkamasa diver berada dalam air bergantung pada kedalaman jika tak terlalu dalam kadang-kadang kami bekerja selama 2 jam tak termasuk masa` decomp.stop’.

pipe on deckPipe line sedang diturunkan ke atas dek Sin Bee II, kelihatan pekerja2
yg dipanggil `rigger’ sedang bertungkus lumus mengawal kedudukan
pipe line,kelihatan dibelakang kren ialah platform west lutong Charlie


Begitulah rutin kerja setiap hari dan bagi orang baru seperti aku setiap hari adalah proses belajar,bila dapat pelajaran baru skill kerja semakin meningkat dan sistematik maka keseronokan semakin datang dan kerja pun enjoy serta tak sedar masa berlalu.Walaupun hakikatnya kerja dibawah air lebih teruk dan memenatkan dari bekerja diatas darat. Sebagai `commercial diver’ kita mesti belajar dengan cepat dan tunjukan komitmen yang tinggi supaya setimpal dengan bayaran yang diterima,2 tahun bekerja sudah dikira sebagai `experience diver'.

PhotobucketSpy Leman sedang `disiapkan’ untuk diturunkan ke `job
site’,dan akan diturunkan dalam sangkar berwarna
putih dibelakang atau dipanggil `stage’


Diatas kapal ni tak perlu risau pasal makan kerana makanan sentiasa ada sepanjang masa di mess room kerana ada orang bekerja siang dan malam.Pakaian juga ada yang ambil untuk cuci,hantar tengahari dan malam dah siap,tempat tidur juga ada `roomboy, yang akan datang kemas jadi kita Cuma fikirkan pasal `diving’ dan `safety’ saja.


Besambung akan datang ……Chopper crash recovery mission……



Oleh kerana kurangnya pengetahuan orang ramai berkaitan dengan karier ini menyebabkan tidak ramai warga Malaysia yang berkecimpung dalam bidang ini dengan serius dan dengan kelayakan yang sesuai.Aku sendiri pernah ditolak permohonan oleh bank sebanyak 2 kali akhirnya terpaksa memohon pinjaman dari satu koperasi tapi terpaksa bersetuju dengan kadar faedah yang tinggi.

Selain dari 6 orang bekas diver TLDM ,5 orang lagi adalah pemegang lesen `ADAS Part 3’ termasuk aku, 3 daripadanya tamat kursus 6 bulan lebih awal daripada ku juga dari sekolah latihan di Australia dan pernah dihantar bekerja di Angola,Dubai,Egypt dan Indonesia.

Kami ditempatkan dalam `support vessel’ `Sin Bee II’.Disinilah tempat tinggal kami sepanjang projek selama 2 bulan ini.Berkaitan dengan projek ini pula ialah kontrak mengalihkan riser atau paip gas/minyak lama dipelantar `West Lutong’ kepunyaan Petronas Carigali dari dasar laut keatas kapal bagi digantikan dengan paip yang baru.

Sin Bee 2 Kapal Sin Bee II.


Photobucket
Berlatar belakang sebahagian kecil Platform
West Lutong Charlie


Bukan tugas mudah.Mula-mula saluran paip mesti dikesan dan di tanda dengan `job line’ terlebih dahulu ini bagi memudahkan tugas seterusnya.`Job line’ ialah tali yang dihulur dari atas kapal dan diikat pada saluran paip tadi,ini supaya diver seterusnya tidak akan membuang masa mencari `job site’ dan mudah bagi pembantu-pembantu diatas kapal menghantar barang keperluan kepada diver yang sedang bekerja dibawah air.


Selepas itu bahagian paip yang tenggelam didalam lumpur perlu digali dengan `air lift’ iaitu alat berupa paip berukur lilit 8 inci dan mempunyai kuasa sedutan yang tinggi berfungsi sebagai vakum yang akan menyedut tanah atau Lumpur yang menimbus paip tadi,apabila paip sudah kelihatan barulah proses memotong dijalankan dengan menggunakan `Broco under water thermal cutting’ mengikut ukuran tertentu,biasanya 10 meter satu potongan.

broco cuttingKerja-kerja memotong dilakukan menggunakan
`Broco Under water thermal cutting’


cuttingKerja-kerja memotong sedang dilakukan dan
`Pipeline’ ini adalah yang bersaiz 10 inci.


Kemudian kren akan menurunkan `wire sling’ dan shakel untuk diikat pada batang paip tadi,pada masa ini diver akan beri arahan dari dalam air pada kren operator arah hayunan boom (juga satu tugas sukar).Selepas shakel dan sling dipasang dan paip sedia untuk diangkat diver akan naik untuk buat decompression stop dan seterusnya ke permukaan. Kemudian batang paip tadi akan diangkat keatas kapal.Berat sebatang paip lebih kurang 1 hingga 2 tan bergantung kepada saiz ukur lilit atau panjang,bagi ukur lilit 10 inci dan panjang 10 meter lebih kurang 1 tan.Dimiri paip-paip yang dipotong ini adalah berukur lilit dari 6 inci hingga 18 inci dan semua sekali ada 7 paip dan setiap satu riser atau `pipeline’ yang hendak dikerjakan sepanjang 180 meter.Anggaran untuk selesai kerja bagi 1 riser pipe line ialah 7 hari jika tidak tergendala akibat cuaca buruk atau lain-lain masaalah teknikal.

Bersambung di entri akan datang....


Job pertama di Offshore
Projek 7 riser removal
Miri oil field

Tamat latihan di TUCF pada 6/11/2006 aku pulang ke Malaysia dan dengan sedikit baki wang yang ada aku ambil kursus
- Basic Offshore Safety and emergency Training (BOSET)
- Helicopter Underwater Escape Training ( HUET)
Serta jalani `Offshore Medical Check up ‘ diklinik panel Petronas sebagai persediaan awal sekiranya ade mana-mana `diving contractor’ yang menawarkan kerja jadi aku boleh terus kerja kerana sudah ada perkara-perkara yang diperlukan untuk kerja di `offshore’.

Kalau tiada sijil-sijil tersebut tak boleh naik helicopter apatah lagi kerja di `offshore’, dalam masa yang sama juga aku dah mula menghantar `curriculum vitae’(CV)dan menghubungi beberapa `diving contractor’ berdasarkan alamat-alamat dan nombor telefon yang diberikan oleh rakan-rakan yang juga bekas penyelam TLDM yang sekarang menjadikan bidang `commercial diving’ sebagai karier tetap mereka tetapi mereka free lance,mereka tidak tetap bekerja disatu-satu tempat atau dengan satu `diving contractor’ sahaja.

Aku juga gunakan masa yang ada dengan beri penuh tumpuan pada keluarga dan aku betul-betul berehat setelah 3 bulan berhempas-pulas training di Australia jadi inilah masanya aku nak rehat.Kira-kira sebulan lebih juga aku menganggur apabila suatu hari aku dapat panggilan telefon daripada `operation supervisor’ syarikat Alam Hidro ,En Irwan Rosdi untuk turut serta bersama beberapa lagi diver dalam satu projek di Miri.

25 Dec.2006 aku bersama En.Irwan Rosdi dan 2 lagi penyelam diterbangkan ke Miri.Selepas bersetuju dengan gaji yang ditawarkan,kontrak ditandatangani untuk tugas selama 60 hari. Kadar gaji yang ditawarkan memadai bagi orang yang tiada pengalaman dalam dunia `oil & gas’ seperti aku,yang penting adalah tapak permulaan untuk melangkah kedalam dunia `commercial diving’ dan cuba dapatkan pengalaman sebanyak mungkin dengan tidak terlalu memikirkan gaji yang ditawarkan.Namun begitu ia sangat jauh lebih tinggi dari gaji ku sebelum ini.

Biasanya `standard rate’ bagi diver yang ada lesen ADAS Part 3 atau HSE Part 1 adalah sekitar USD (rahsiee...he he) sehari, walaupun masih baru, dan sudah jadi kebiasaan ia dikira dalam matawang US.Itu adalah bayaran bagi `air diver’.Seperkara lagi bayaran untuk diver dikira mulai mereka keluar rumah sehingga balik kerumah iaitu setiap wang yang didahulukan semasa perjalanan pergi atau perjalanan pulang seperti tambang teksi,makan atau lain-lain akan dibayar semula oleh kontraktor.

Berbeza bagi `saturation diver’ pendapatan mereka lebih tinggi iaitu mencecah USD 1300.00 sehari,jika ditukar ke matawang Malaysia lebih kurang 3.5 sama dengan RM 4550 sehari dan jika mereka bekerja 30 hari jumlahnya RM 136.000.`Saturation diver’ adalah kategori golongan `elit’ dalam dunia `commercial diving’,mereka adalah diver yang tinggal didalam kompleks chamber selama 10 hari ke 28 hari bagi melakukan tugas-tugas dikedalaman yang melebihi dari yang dihadkan untuk `air diver’ iaitu 50 meter keatas kerana mereka menggunakan gas campuran iaitu helium + oksigen.

dlm chamber satTempat tinggal `Sat.diver’ dalam chamber sepanjang projek
Dan udara yang disedut ialah gas campuran helium & oksigen
Dan tekanan persekitaran adalah mengikut kedalaman `jobsite’
tempat mereka bekerja.

Di miri aku digabungkan dgn 11 lagi diver dan 2 supervisor diver.Diver-diver ini datang dari serata Malaysia dan berbagai `background’ 6 daripadanya adalah bekas penyelam TLDM,bekas-bekas penyelam TLDM ini memang mahir dan cekap melakukan kerja-kerja bawah air serta tahan lasak hasil dari latihan berat dan pengalaman dalam tentera digabungkan dan digunakan dalam dunia `commercial diving’. Tetapi sayang kemahiran dan kecekapan mereka adakalanya tidak dihargai kerana ada syarikat-syarikat yang tidak mahu mengambil mereka bekerja dengan alasan tiada lesen ADAS Part 3 atau HSE Part 1,jika ada syarikat yang mengambil mereka bekerja pun tapi dengan bayaran yang rendah.

Walaupun sedar dieksploitasi namun bekas-bekas tentera ini tiada pilihan kerana anak-anak dirumah perlukan susu dan belanja harian.Pada waktu itu 2006 dianggarkan ada lebih kurang 30 orang penyelam bekas TLDM yang aktif tapi tiada lesen `commercial diving’ yang sesuai dengan kehendak `International Marine Contractors Asccociation’ (IMCA).Dianggarkan ada lebih kurang 5 orang sahaja bekas penyelam TLDM yang memiliki lessen HSE Part 1 dan mereka sangat berjaya sekarang serta sering diambil bekerja oleh diving company yang besar dan dihantar bekerja di pelantar-pelantar minyak serata dunia dengan bayaran yang lumayan.Tapi sejak tahun 2007 majoriti penyelam dari kalangan bekas anggota TLDM ramai yang sudah memiliki lesen ADAS Part 3.

Sebenarnya selain dari bekas-bekas tentera ini ramai lagi penyelam-penyelam diluar sana yang melakukan kerja-kerja bawah air di `onshore’ hanya dengan berbekalkan lesen selam skuba rekreasi,bukan mereka tidak mahu pergi lebih jauh dalam industri yang mempunyai masa depan yang cerah ini tapi kesukaran mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan yang ada membantutkan impian untuk mendapatkan latihan dan lesen `commercial diving’ dari sekolah-latihan di Australia dan U.K.Sedangkan jika diberi pinjaman mereka mampu membayar balik kepada pemberi pinjam hanya dalam masa beberapa bulan bekerja sahaja.

Bersambung akan dtg......Underwater cutting....


Selama seminggu latihan menyelam dalam dijalankan di perairan Pulau Rotness dan tiada kejadian buruk berlaku. Minggu seterusnya adalah minggu terakhir kursus.Kami masih lagi menjalankan latihan menyelam di sungai Swan dan dibelakang sekolah. Minggu ini juga kami menghadapi dua peperiksaan iaitu peperiksaan akhir `ADAS Part III’ dan peperiksaan chamber operator. Semasa Latihan di Pulau Rotness jurulatih akan memberi markah berdasarkan prestasi setiap orang dan markah tersebut juga membantu didalam peperiksaan`chamber operator’. Semasa Ujian praktikal chamber, jurulatih akan membuat beberapa masaalah kepada beberapa peralatan chamber tersebut tanpa pengetahuan kami kemudian jurulatih akan menilai adakah kami dapat mengesan sesuatu yang tidak kena dengan chamber tersebut dan menyelesaikan masaalah tersebut dalam masa yang pantas sedangkan waktu itu ada diver didalam chamber. Ujian praktikal chamber dibuat dari pagi sampai petang dan setiap orang akan melakukannya beberapa kali sehingga jurulatih puas hati.

Exam ChamberPeperiksaan praktikal chamber sedang dijalankan
Sambil diperhatikan oleh jurulatih yg suka mencarut.

Keesokannya pula hari yang mendebarkan juga iaitu peperiksaan akhir ADAS Part III. Masa yang diberi adalah 4 jam bagi menjawab semua soalan. Maka berhempas pulaslah kami menjawab semua soalan dengan penuh semangat lebih-lebih lagi bila memikirkan yang kami sudah tiba ke penghujung kursus ini. Kepada sesiapa yang siap awal menjawab jurulatih terus menanda kertas jawapan disitu juga dan memberi markah. Kami 3 orang melayu orang yang paling akhir sekali menghantar kertas jawapan dan sangat mengejutkan sekali bila jurulatih beri markah dan keputusan aku hanya salah menjawab 5 soalan sahaja dan dapat markah 125 /130. Aku pun macam tak percaya, maknanya aku lulus dengan cemerlang.

Photobucket
Kelas ADAS Diver Combined part I,II & III Ogos – Okt.2006. Selepas penyampaian sijil.

Petang itu juga acara penyampaian sijil dan lesen yang sangat ringkas dibuat didalam kelas. Semua sekali kami dapat 5 sijil dan 1 lesen penyelam komersial. Betapa terharunya aku dan Rashid (ada nangis jugalah,sikit je..) kerana usaha dan kerja keras kami selama ini telah membuahkan hasil dan kini kami sah menjadi `commercial diver’. Jadi secara tak langsung hanya aku dan Rashid sahaja menjadi anggota polis pertama mencatat sejarah sebagai pemegang lesen penyelam komersial bertauliah diantara lebih 80.000 personal dalam PDRM pada waktu itu (2006).

Mengambil cuti tanpa gaji selama setahun, meninggalkan anak dan isteri dan menggunakan wang sendiri untuk berkursus di luar negara sedangkan kelulusan akademik sebelum ini tidaklah seberapa sememangnya menuntut satu pengorbanan serta keberanian dan bila berjaya ia memberikan satu kepuasan yang tak terhingga....

Senyum sampai ke telinga......dan malam itu aku tidur sangat lena mcm baby tidur.........
Lesen penyelam komersial
yang melayakan pemegangnya
bekerja dlm industry minyak &
gas seluruh dunia.(bersaiz kad kredit

Bersambung akan datang...my first job di offshore.....

Okt.2006
ADAS Diver Part III 50 meter
& Chamber operator.

Peringkat ADAS Part III ini akan melayakan pemegang lesen untuk bekerja di offshore dalam bidang `oil & gas Industry’ dan layak menyelam dikedalaman 50 meter dan masih menggunakan udara yang dimampatkan.

Beberapa orang rakan sekelasku dari bulan pertama hanya menamatkan kursus sehingga peringkat ADAS Part II sahaja kerana mereka hanya membayar untuk 2 peringkat kursus sahaja.Biasanya mereka akan bekerja sebagai diver dan mencari duit lagi dan bila dah cukup duit baru mereka akan sambung untuk ADAS Part III pula.Tempat mereka digantikan oleh beberapa orang pelajar baru pemegang lesen ADAS part II.termasuk seorang diver wanita bernama Carlie Sinclair .Carlie ialah wanita kedua di Australia yang menjadi` commercial diver’.

Diminggu pertama ialah pelajaran teori kebuk mampatan atau `chamber’ dan semua yang berkaitan dengannya iaitu,jenisnya,kegunaan,saiz,cara ia dibuat, bagaimana ia berfungsi dan bagaimana mengendalikannya.Selain dari itu kami juga diajar bagaimana mengendalikan penyelam yang menyelam di kedalaman 50 meter dan kemudian terus naik kepermukaan dan terus masuk kedalam chamber untuk membuat hentian.``Ini memang betu-betul mencabar dan professional” bisik hatiku.pelajaran ini diajar dengan intensif dan teliti sekali kerana ia sangat berisiko dan membahayakan nyawa diver jika tidak dikendalikan dengan betul.Setiap orang dipastikan memahami tugas dan peranan masing-masing dalam mengendalikan diver yang sedang naik.Setiap orang mesti tau dan mahir mengendalikan `chamber’ dan memastikan yang `chamber sentiasa dalam keadaan baik dan sedia digunakan bila-bila masa.

Chamber on Site
Chamber yang digunakan adalah jenis mudah alih.Seorang penyelam
sedang masuk kedalam chamber untuk membuat decompression stop
selepas menyelam dikedalaman 50 meter.Lokasi ini disebuah tasik
jauh dari kawasan sekolah menyelam kami.


Bagi penyelam rekreasi biasanya mereka tidak digalakan menyelam sampai keperingkat `maksimum bottom time’ yang memerlukan `decompression stop’ tapi bagi `commercial diver’ kami akan menyelam sehingga maksimum bottom time dan akan membuat `decompression stop’ sama ada didalam air atau didalam chamber.Bagi kedalaman 50 meter biasanya diver akan membuat decompression stop terus didalam chamber.Tetapi diver hanya mempunyai tempoh masa selama 7 minit sahaja iaitu dari meninggalkan `bottom’ atau `seabed’ sehingga sampai ke `bottom chamber’.`Bottom chamber’ ialah kedalaman yang ditetapkan untuk membuat `decompression stop’. Jika melebihi dari 7 minit masa yang telah ditetapkan didalam jadual selaman, diver akan terus berada didalam chamber untuk tempoh yang lebih lama bagi sesi rawatan pula.Mungkin kaedah dan penerangan itu sukar difahami oleh pembaca yang bukan diver.

Diminggu pertama sahaja kami buat latihan di `dive site’ dekat sekolah,selepas itu latihan selaman dibuat di perairan Rotness Island kerana lautnya lebih dalam.Kami belayar dengan kapal yang tidak berapa besar bernama `Lion Fish’ tapi boleh memuatkan chamber yang kami gunakan semasa disekolah.Chamber dan lain-lain peralatan untuk menyelam dalam, dimuatkan kedalam kapal ini dan setiap hari diawal pagi kami akan belayar ke Pulau Rotness yang mengambil masa 1 jam pelayaran dari sekolah menyelam untuk sesi latihan selaman dalam.

Chamber on site
Chamber diangkat menggunakan kren dan sedang Dimasukan perlahan-lahan kedalam `Lion Fish’.


diver ready
Diver bersedia untuk diturunkan dari belakang `Lion Fish’ketika air tenang.


Latihan di Pulau Rotness memang benar-benar mencabar ketahanan mental dan fizikal kerana pada masa ini masih dalam musim sejuk jadi lautnya bergelora dengan gelombang setinggi 3 meter menyebabkan `lion fish’ sepanjang masa teroleng-oleng kekanan dan kiri.ramai yang mabuk laut muntah-muntah.Pertama kali dalam hidup aku mengalami mabuk laut walaupun sudah berbelas tahun bermain dilaut sekarang baru ku tahu bagaimana rasanya mabuk laut.Tetapi walaupun dalam keadaan pening-pening lalat aku tetap gagahkan diri melakukan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Ada juga pelajar yang tidak boleh bangun terus.Latihan menyelam dalam keadaan yang mencabar begini memang berisiko tinggi.Tetapi jurulatih sering berkata kepada kami ``if you can dive here & survive..trust me you can dive anywhere”.bila difikir-fikir semula memang betul apa yang dikatakannya,membuatkan aku teringat semula latihan teruk semasa di TLDM Lumut dulu.

Pada masa ini setiap orang ada peranan masing-masing sambil dipantau oleh jurulatih.Ada yang menjadi `panel operator’,chamber operator,`time cheker’,`tender diver’,`diver in chamber’ dan juga `diver in the water’.Kedalaman Selaman adalah berperingkat-peringkat bermula dari 38 meter dan meningkat pada setiap hari sehinggalah ke 50 meter.

Kemudian pada pagi 1 Syawal aidilfitri 2006 kami mencapai ke kedalaman 50 meter (164 kaki).Pada pagi itu aku adalah penyelam kedua yang turun dan semasa turun ke air aku lihat jam menunjukan 0830 hrs waktu Perth ia bersamaan juga dengan waktu di Malaysia .Jadi terus tergambar difikiranku yang waktu itu di Malaysia umat islam baru hendak memulakan sembahyang sunat aidilfitri tapi aku hendak memulakan selaman 50 meter .`Buddy’ aku ialah carlie Sinclair.Sampai sahaja di `seabed’ aku terus sujud syukur kerana secara tidak langsung ini adalah sejarah peribadi bagiku ku menyambut hari raya aidilfitri 50 meter didasar lautan hindi.
Walaupun dikedalaman 50 meter tetapi `Visiblity’ sangat terang, airnya bersih tiada partikel yang terapung,dasarnya berpasir bersih dan tiada berlumpur langsung.Sesekali akan kelihatan ikan paus berenang berhampiran dan masih boleh dilihat didalam air,aku rasa sungguh indah pengalaman itu.Walaupun keadaan di permukaan pada masa itu huru-hara dengan gelombang yang tinggi,kapal yang bergoyang dan cuaca yang sejuk berangin tapi aku dibawah air rasa sungguh tenang sekali.Melalui komunikasi ditalian Jurulatih mengarahkan kami buat apa yang kami suka dibawah sana untuk cukupkan masa `bottom time’ lalu aku pun buka `fin’ dan menyangkutnya ditangan kerana kami tidak digalakan berenang tetapi digalakan berlatih berjalan didasar. Kemudian aku dan Carlie bersiar-siar dengan berjalan kaki menikmati keindahan dasar lautan Hindi ini (Dating bawah laut tu..).Setiap orang diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya 3 kali rekod selaman 50 meter dan melakukan kerja-kerja tertentu dikedalaman tersebut.Tetapi biasanya setiap orang akan mencatat rekod lebih dari itu.

female diver
Carlie Sinclair sedang dibantu oleh `tender diver’


Apabila dapat arahan dari jurulatih untuk meninggalkan dasar kami akan naik keatas dengan memanjat `umbilical’ masing-masing kerana dengan peralatan `commercial diving’ yang berat tidak mungkin kami boleh berenang untuk naik kepermukaan seperti yang biasa dibuat oleh diver rekreasi.Jadi kami terpaksa memanjat umbilical dengan tangan sambil kaki mengayuh perlahan-lahan dan mengikut kadar kenaikan yang telah ditetapkan dalam jadual selaman iaitu 18 meter seminit. Perjalanan naik terasa sangat jauh dan lambat sekali dan agak memenatkan juga kerana beratnya topi dan juga `weight bell’ yang dipakai.

Selepas selaman 50 meter kemudian buat `decompression stop’ didalam chamber dan bernafas menyedut oksigen tulin apabila keluar dari chamber diver tidak dibenarkan membuat kerja-kerja berat dan memenatkan kerana untuk tempoh tertentu adalah waktu pemerhatian terhadap diver jika terdapat simptom-simptom atau tanda-tanda diver tersebut terkena penyakit penyelam seperti `DCS’ atau `Gas Embolisym’.Kerana di kedalaman 50 meter peluang untuk mendapat penyakit penyelam adalah sangat tinggi.Jadi diver yang sudah menyelam akan buat tugas ringan seperti menjadi `time cheker’,`panel operator’ atau pun `chamber operator’.

Photobucket

Sedang mengendalikan chamber selepas menyelam.

Bersambung akan datang minggu akhir di Australia.....


Dalam kursus peringkat ini kami dilatih bekerja dibawah air menggunakan peralatan berat seperti alat-alat hidrolik, alat-alat pneumatic, melakukan tugas-tugas pemeriksaan yang lebih teliti, memasang paip dibawah air dari yang kecil hingga yang besar, mengangkat beban dibawah air menggunakan `lift bag’ dari yang kecil hinggalah yang berat lebih 1 tan. Turut diajar ialah `under water cutting & welding’. Dan tidak ketinggalan juga latihan wajib iaitu `rescue diver drill in surface supply’.

Latihan memotong diatas darat menggunakan `Broco thermal cutting’ dilakukan terlebih dahulu sebelum latihan didalam air dijalankan.

Antara peralatan berat yang kami gunakan ialah `jack hammer’ gunanya untuk memecah batu.`impact wrench’ gunanya untuk mengetatkan skru pada paip,`chain saw’ untuk memotong kayu dalam air,`driller’ untuk menebuk lubang pada permukaan logam,`angle grinder’ untuk mengikis dan memotong dan beberapa peralatan lain lagi.


Menggunakan `under water chain saw’ hidrolik


Latihan memasang paip dibawah air.

Diperingkat awal kami akan menjalani latihan bekerja dibawah air di sungai yang ada dibelakang sekolah dikedalaman 12 meter lama-kelamaan beransur-ansur ke tempat yang lebih dalam lagi di Swan River sehingga mencapai 30 meter. Manakala `bottom time’ pula sehingga melebihi 2 jam pada satu-satu masa. Namun begitu waktu yang berlalu tidak terasa kerana sibuk belajar dan bekerja dibawah air.Kadang-kadang sesuatu tugasan itu Berjaya disiapkan awal dari `bottom time’ maksimum tetapi kami tetap tidak dibenarkan naik malah jurulatih akan mengarahkan kami melakukan semula kerja-kerja tersebut berulang kali sehingga cukup waktu untuk naik.Diantara tujuan kami disuruh melakukannya berulang-ulang adalah bagi memahirkan kami melakukan kerja dibawah air dan juga supaya kami tidak terkena `hiportermia’ akibat kesejukan melampau.

Menggunakan `driller’ tenaga hidrolik

Jurulatih juga akan berkata `very good’ jika diver melapurkan yang `visiblity’ air sangat teruk. Katanya jika dah bekerja nanti kami tidak akan kekok dengan air yang gelap. Tetapi jika `visiblity’ pada hari itu elok jurulatih akan menampalkan pita pelekat di hadapan `face mask’ yang dipakai maka kami akan bekerja dibawah air dalam keadaan meraba-raba seperti orang buta kerana tidak nampak apa-apa. Kadang-kadang melucukan juga apabila 2 orang diver dibawah air berlanggar sesama sendiri dan masing-masing terkejut. Bagi kami yang berada diatas bot akan ketawa kerana lucu apabila mendengar melalui panel komunikasi apabila diver dibawah air menjerit dan terkejut lalu mencarut berbagai perkataan. Bagi mat saleh kalau tak mencarut tak sah..kalau mereka bercakap 3 minit sekali pasti mencarut, lama-lama aku dah lali dengan keadaan tu. Tapi yang bagusnya mereka tak pernah mencarut pada kami 3 orang melayu ni.

Aku rasa sangat seronok sekali dengan pelajaran baru ini. Rasa macam dah jadi `professional diver’ je walaupun baru dalam kursus. Latihan dalam peringkat ini juga agak memenatkan bagiku lebih-lebih lagi apabila masuk bulan Ramadhan. Walaupun berpuasa tapi aku tetap `control macho’, mesti kena steady dan tak boleh tunjuk letih. Lebih-lebih lagi semangat tinggi nak jadi `commercial diver’ jadi semua penat lelah bagaikan tak terasa.

Pada penghujung musim sejuk disini waktu siangnya lebih panjang dari malam jadi kami berpuasa lebih lama dari di Malaysia.Waktu bersahur sekitar pukul 3.30 pagi kerana pukul 5 pagi sudah cerah.Selesai kelas jam 5 petang kami bergegas balik kerumah kerana nak masak untuk berbuka puasa pula. Waktu berbuka sekitar pukul 6.30 petang. Kadang-kadang kami cuma panaskan lauk semalam. Dikawasan kami tinggal di `Orelia Avenue’ ini ada beberapa keluarga melayu yang berasal dari Malaysia dan ada yang telah menetap disini lebih 20 tahun.Di waktu malam kadang-kadang ada jiran bangsa melayu yang perihatin akan menghantar makanan kerumah bujang kami untuk bersahur esok.Walaupun berjiran tapi jarak dengan rumah kami lebih kurang 3 km atau lebih dan masjid yang paling hampir dengan rumah kami pula ialah 8 km.

Kadang-kadang pada hari Sabtu malam minggu Nasir akan pergi diving menangkap ketam di Sungai Swan. Dan biasanya beliau akan membawa balik sekitar 20 ekor ketam bunga yang segar. Isinya padat dan sungguh sedap, memang menyelerakan sekali berbuka puasa dengan ketam segar.

Di sebelah malam ialah waktu untuk mengulang kaji pelajaran subjek dari bulan pertama juga akan diulang kaji kerana ujian bertulis setiap minggu masih lagi terdapat soalan-soalan dari pelajaran teori ADAS Part 1 dan jurulatih juga beritahu yang peperiksaan akhir Part II nanti turut diselitkan subjek teori yang telah diajar bulan lepas. Walaupun keletihan dengan latihan yang berat-berat disiang hari tapi malam hari terpaksa juga mengulangkaji kerana kami tidak mahu gagal dalam peperiksaan akhir nanti. Selepas mengulangkaji selama 2 jam kami terus masuk tidur awal. Biasanya kami akan terus tertidur sebaik sahaja meletakan kepala ke bantal kerana terlalu letih.

Selain dari mesti memahirkan diri dan faham dengan sistem `surface supply’ kami juga diwajibkan supaya mahir dan faham dengan formula-formula dan matematik jadual selaman bagi menjamin keselamatan setiap selaman. Dalam sibuk-sibuk tak sedar yang kami dah sampai ke penghujung bulan kedua dan peperiksaan akhir ADAS Part II pun tiba, dengan penuh perasaan gementar aku dan Rashid menjawab semua soalan berdasarkan pemahaman kami. Bagi soalan yang kami tak tau nak jawab dalam bahasa inggeris kami hentam je tulis dalam bahasa Malaysia, asalkan ruang jawapan itu tidak dibiarkan kosong. Walaupun ditulis jawapan dalam Bahasa Malaysia tapi jurulatih tau apa yang kami tulis itu adalah jawapan berkaitan atau benda lain yang kami tulis kerana mereka berpengalaman mengajar Tentera Laut kita selama 3 tahun.

Seminggu selepas itu keputusan peperiksaan akhir pun keluar dan kami lulus dengan jayanya peringkat kedua ini...senyum.......


Bersambung akan datang peringkat
`ADAS Part III 50 Meter’ & Chamber Operator......


September 2006

Selesai sahaja peperiksaan akhir 'Part 1’, minggu seterusnya kami terus masuk kursus peringkat `ADAS Part II’. Diperingkat ini kami mempelajari pelajaran baru dan teknik-teknik selaman baru. Hari pertama ialah kelas teori berkaitan dengan teknik-teknik dan penggunaan alat-alat `surface supply’. Pemegang sijil ini juga masih belum layak untuk bekerja di offshore kerana ia hanya untuk menyelam di kedalaman maksimum 30 meter sahaja menggunakan surface supply. Jika di Australia pemegang sijil ini hanya bekerja di `onshore’ seperti pelabuhan-pelabuhan ataupun di empangan.

Teknik ini masih juga menggunakan angin biasa yang dimampatkan cuma ia dibekalkan kepada penyelam dari permukaan menggunakan hose yang disambungkan terus kepada topi yang dipakai oleh diver. Hose ini dipanggil `umbilical’ dan terdiri daripada hose udara yang disedut oleh diver, kabel komunikasi, kabel kamera, tali dan hose angin bagi menyukat kedalaman atau dipanggil `phenuomofathometer’ atau singkatannya `nemo hose’ kerana commercial diver tidak menggunakan 'dive computer’ yang biasa digunakan oleh diver biasa untuk menyukat kedalaman. Kesemua material tadi digabungkan sekali dan disambungkan kepada penyelam dan ia dipanggil `umbilical’.

Manakala diver pula tidak menggunakan face mask yang biasa tetapi topi khas yang sangat berat jenis Kirby Morgan MK 27,(KM MK 27) atau pun yang jenis lembut dan ringan `Kirby Morgan Band Mask 18’ (KMB MK 18). Dengan menggunakan topi ini diver hanya akan basah dari bahagian leher kebawah sahaja dan diver boleh berkomunikasi seperti biasa dengan orang dipermukaan atau dipanggil `top site’. Jika dipakai atas darat ia sangat berat hingga sakit leher tapi bila dalam air ia menjadi ringan kerana ada udara didalamnya. Diver juga akan bernafas seperti biasa seperti diatas darat. Ada beberapa model topi lagi yang sering digunakan dalam surface supply tetapi yang paling bagus dan digunakan dengan meluas ialah jenis Kirby Morgan siri 17, 27 dan 37. Manakala jenis `band mask pula ialah siri KMB MK 18 dan 28. Ia dipanggil 'band mask’ kerana mempunyai getah dibelakang `face mask’ nya.


Photobucket

Topi menyelam jenis KM MK 37 + Umbilical Topi menyelam jenis `Kirby Morgan Band Mask MK 28’ yang disambung ke umbilical dan berlatar belakang dive site tempat latihan


Udara yang disedut oleh diver dikawal oleh `diving supervisor’ di atas atau juga dipanggil `top site’ melalui panel khas dan berkomunikasi juga menggunakan panel komunikasi khas. Panel kawalan untuk diver ini ada yang bersaiz kecil dan ada yang bersaiz besar. `Top side’ akan sentiasa memantau perkembangan diver dibawah termasuk juga keselesaan angin yang disedut sama ada berat atau ringan.`Top site’ juga yang menentukan bila diver mesti `leave bottom’, dimana perlu buat hentian atau tidak perlu hentian.

Walaupun menggunakan teknik `surface supply’ tetapi diver tetap membawa 1 cylinder angin sebagai `spare’ atau dipanggil `bail out’ jika berlaku sebarang masalah kepada bekalan dari permukaan. Jika secara tiba-tiba diver tidak mendapat angin dari permukaan atas sebab-sebab tertentu maka diver secara manual akan mengaktifkan 'bail out’nya menggunakan `on / off valve’ yang ada di topinya dan terus naik ke permukaan atau ke tempat hentian.


Panel kawalan + panel komunikasi


Dengan `surface supply’ ini diver tidak memakai `buoyancy control device’ (BCD) seperti yang biasa dipakai oleh diver biasa tetapi akan menggunakan `diving harness’. Kegunannya adalah untuk menyangkut umbilical dan lain-lain peralatan. Setiap diver akan dibantu oleh sekurang-kurangnya seorang pembantu atau dipanggil 'tender diver’ bagi `dress up’ kerana diver tidak akan dapat melakukannya seorang diri.


Bersambung akan datang,
ADAS diver Part 2 - Surface supply bhg 2........














Suatu pagi seorang anak yang baru memasuki
sekolah rendah bertanya kepada daddynya.




"Daddy daddy. .....sex tu apa daddy..?'"


Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak- anak yang masih kecil..
Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.


Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak.

Si ayah kehairanan.


"Eh kenapa ni?"



Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

"Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek.
Daddy ajalah yang tulis.

Waaaaa!!!!'


Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang
pada muka depan tertulis.... .








Scroll down..


































NAME : ............ ............ ......... ....

SCHOOL : ............ . ............ ......... ...

CLASS : ............ ......... ......... .....

SEX :............ . ......... ........ ....

Kursus dalam bulan pertama ini dipanggil `ADAS diver part 1’. `ADAS’ ialah singkatan dari `Australian Diver Accreditation scheme’. Pemegang sijil `part 1’ ini masih belum layak untuk pergi ke `offshore’ dan ke dalaman maksimum hanya 30 meter menggunakan SCUBA. Kalau di Australia pemegang sijil `ADAS part 1’ biasanya bekerja sebagai penyelam mutiara di tempat yang dipanggil `pearl farm’ atau sebagai `marine biologist’ ataupun saintis dan mereka tidak boleh menggunakan peralatan berat di dalam air. Kami masih lagi menggunakan SCUBA tetapi dipasang dengan cylinder spare bersama dengan cylinder biasa dan menggunakan AGA `full face mask’, serta satu tali diikat dibadan yang dipanggil `life line’ sama seperti semasa aku berkursus di TLDM Lumut dahulu. Pelajaran yang diajar dalam bulan pertama ini hampir sama seperti yang aku belajar di Lumut dahulu, cuma disini lebih advance lagi dan pelajaran pun lebih detail. Tapi ada beberapa pelajaran tambahan iaitu bekerja di dalam air menggunakan peralatan ringan.


Salah seorang peserta kursus sedang melangkah turun ke air ketika membuat

selaman malam.
Perhatikan `spare cylinder’ yang dipasang bersama `main cylinder’
menggunakan regulator khas dan pembantunya sedang memegang `life line’ penyelam tersebut.

Kebetulan bulan ogos adalah musim sejuk di sini jadi air disini sangat sejuk sekitar 12 darjah celcius. Kami diberi peralatan menyelam yang lengkap, tak perlu bawa peralatan sendiri. Disini semua disediakan. Pertama kali memakai `wet suit’ 3 lapis dan bila dijumlahkan tebal semuanya lebih kurang 12 mm aku rasa tak selesa sangat tapi bila menyelam diair yang sejuk aku rasa macam nak minta tambah selapis lagi. Bila dah pakai wet suit tebal jadi `weight bell’ pun mestilah berat. Kami diberikan setiap orang weight bell sebanyak 24kg seorang.

Sekali sekala kami akan menyelam menggunakan `dry suit’ iaitu baju getah yang tidak dimasuki air. Disebelah dalam kami memakai satu lapisan pakaian biasa yang tidak akan basah, dengan `dry suit’ ini mesti memakai `weight bell’ lebih kerana jika kami tidak mengeluarkan semua angin didalam baju semasa dalam air kami akan hilang keseimbangan dan jadi huru-hara dalam air. Menyelam menggunakan `Dry suit’ memerlukan kemahiran yang tinggi bagi mengawal `buoyancy’. Walaupun sepatutnya `dry suit’ ini tidak akan dimasuki air tapi oleh kerana `dry suit’ yang kami gunakan sudah lama dan selalu digunakan maka ada yang sudah bocor dan dimasuki air dan membasahkan lapisan pakaian disebelah dalam maka kesejukan hingga ke tulang dapat dirasakan.


Latihan menggunakan `dry suit’, diver menggunakan `full face mask’ dan
setiap diver dibantu oleh `tender’ diver yang memegang tali `life line’
tujuan menghantar sebarang isyarat kepada diver didalam air.


Oleh kerana sekolah kami terletak di tepi sungai yang bernama Swan River dan berhampiran dengan kuala jadi tidak ada masalah untuk membuat latihan selam. Dan didalam air juga ada berbagai peralatan dan tempat yang sesuai untuk membuat latihan seperti `work bench’ tongkang yang telah ditenggelamkan,`pipe line’ dari yang ringan hinggalah yang mencapai berat 1 tan. Jarak pandangan didalam air agak terhad juga lebih kurang 1 meter dan kami akan bermula di kedalaman 12 meter hingga ke 30 meter. Walaupun air sungainya gelap tetapi sungainya bersih dan tidak ada sampah langsung kerana disini kebersihan sangat dititik beratkan malahan ada committee yang bertanggungjawab menjaga sungai di Perth ini. Semua sungai di Perth ini bersih dari sampah sarap.

Setiap hari kami diberikan tugasan dalam air yang berlainan antaranya kami diberi sebatang kayu empat segi yang panjang dibawa kedalam air dan digergaji menjadi segi empat sama kemudian kami mesti gerudi beberapa lubang di setiap permukaan kayu tersebut akhirnya terhasillah satu dadu kayu. Bukan semua orang dapat menyiapkan tugasan dadu tersebut dan markah diberi mengikut kemajuan tugasan. Selain itu ialah tugasan `hull cleaning’ atau membersihkan bawah kapal, mencari barang hilang. Tidak ketinggalan latihan wajib ialah `rescue diver drill’ yang mana setiap kali ada diver di dalam air maka akan ada seorang s/by diver yang bersedia di atas bagi tugas menyelamat jika apa-apa terjadi kepada diver yang didalam air. Setiap tugasan yang diberikan juga akan dicatit markah.

TUCF terletak didalam banggunan kepunyaan `Perth Diving Academy’ dan mempunyai berbagai kelengkapan latihan yang lengkap. Setiap hari Rabu aku dapat lihat beberapa orang pelajar sekolah menengah datang untuk buat latihan menyelam disini. Aku dapat tahu pelajar-pelajar tersebut dari persatuan menyelam yang ada di sekolah mereka. Alangkah bagus jika sekolah-sekolah di Malaysia juga ada persatuan seperti itu bagi memberi pendedahan kepada anak-anak tempatan berkaitan sukan menyelam. Di Australia, Perth khususnya aku dapati cukup ramai penyelam rekreasi dan penyelam kormersial baik yang diperingkat kanak-kanak hinggalah warga emas. Malahan peralatan menyelam cukup banyak dijual disini dari jenis yang berjenama hinggalah jenama yang tidak pernah kudengar atau `cap ayam’ dan harganya pun murah.

Photobucket
Di depan banggunan Perth Diving Academy sebelum masuk kelas (sejuk giler...)

Disini orang-orangnya baik-baik dan peramah selalu memberi ucap selamat kepada sesiapa sahaja yang mereka jumpa walaupun orang asing. Rakan-rakan kelas ku juga baik-baik mereka cukup sporting dan selalu membantu aku dan Rashid yang lemah Bahasa Inggeris. Jurulatih pula tidak pernah menggunakan bahasa yang kesat atau mencarut kepada kami walaupun aku dapati beliau sering mencarut kepada rakan sekelas ku yang lain, mereka amat menghormati budaya kita yang sentiasa bercakap bahasa yang sopan dan baik. Mungkin hasil dari pengalaman mereka melatih tentera laut kita selama 3 tahun jadi mereka lebih berdiplomasi dengan kami. Kadang-kadang walaupun dalam keadaan sibuk mereka beri kelongaran padaku untuk menunaikan solat malah ada masa tertentu mereka yang mengingatkan aku tentang waktu solat. Ini situasi yang sangat menyenangkan dan selesa bagiku.

Latihan dan kelas berjalan 5 hari seminggu. Bila tiba hari minggu Nasir akan membawa kami berjalan-jalan sekitar Perth dan tempat yang pasti dikunjungi ialah `Swap Matt’ atau jika di Malaysia lebih dikenali dengan nama ‘Pasar Karat’ yang menjual barang-barang terpakai dan murah. Memang menarik sekali disini kerana berbagai barang ada dijual termasuk pakaian-pakaian berjenama dan dijual dengan harga yang sangat murah. Peralatan menyelam terpakai turut ada dijual.

Setiap minggu diadakan ujian bertulis bagi menilai prestasi peserta kursus. Pada hujung minggu keempat pula peperiksaan akhir bagi kelayakan untuk sijil `ADAS diver Part 1’. Apa yang boleh aku ceritakan tentang peperiksaan akhir ini ialah cukup SUSAH.....Dan jawapan adalah dalam bentuk subjektif. Bukan sahaja bagi orang yang lemah Bahasa Inggeris tapi kadang-kadang mat saleh pun kandas juga dalam peperiksaan akhir ini. Kecuali bagi orang yang betul-betul `study hard’ saja boleh lulus. Masa diberi 4 jam. Markah lulus sekurang-kurangnya 75/130. Nasib baik aku lulus dengan markah yang agak baik juga. Tapi bagi yang gagal dibenarkan menduduki semula peperiksaan bila-bila saja mereka dah bersedia untuk mengulangnya.

Bersambung akan datang....`ADAS Diver Part II’ surface supply.......



Selepas 12 tahun jadi penyelam didalam Unit Khas aku mula inginkan sesuatu yang baru dalam bidang menyelam. Lalu aku risik-risik melalui kawan-kawan lamaku semasa berkursus di TLDM dahulu dan mereka mencadangkan aku mengikuti kursus `Commercial Diver’ di Australia kerana ada beberapa orang bekas anggota TLDM yang sudah berjaya dalam bidang ini dan hidup senang.

Lalu aku buat carian di Internet semua perkara yang berkaitan dengan kursus `commercial diving’ tersebut. Selepas puas mencari dan mengkaji akhirnya aku buat keputusan memilih sebuah sekolah menyelam di Perth iaitu `The Underwater Centre Fremantle ‘(TUCF) kerana menurut rakan-rakanku yang masih berkhidmat dalam TLDM, TUCF ialah sekolah latihan yang mendapat kontrak selama 3 tahun dari Kementerian Pertahanan Malaysia bagi melatih anggota-anggota TLDM dalam bidang selam Professional atau `commercial diving’ dan mereka telah berjaya mencatat rekod dalam `Malaysia guiness book of record’ membuat selaman sedalam 90 meter di perairan Pulau Pangkor menggunakan gas campuran helium + oksigen dan teknik `surface supply’.


Selama beberapa bulan aku buat kajian dan persiapan termasuk mempelawa beberapa orang rakan untuk pergi bersama-sama ke Australia tapi malangnya hanya seorang sahaja yang sudi ikut aku iaitu Rashid yang juga seorang anggota polis tapi di cawangan lain. Akhirnya aku nekad membuat pinjaman peribadi dari sebuah Koperasi sebanyak RM 60,000 dan mengambil cuti tanpa gaji selama setahun. Pada bulan ogos 2006 aku terbang ke Australia dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menjadi seorang `Commercial Diver’.



Di Australia aku dan Rashid tinggal di rumah abangnya bernama Nasir yang berkerja sebagai `Aircraft Engineer’ di Perth. Beliau seorang yang sangat baik. Aku terkejut kerana Nasir telah membelikan sebuah kereta terpakai untuk kami berulang alik dari rumah ke sekolah menyelam (TUCF). Nasir masih bujang dan dia tinggal berseorangan di rumah yang besar yang dibelinya beberapa tahun lalu. Jadi dia sangat seronok kerana untuk 3 bulan akan datang dia tidak sunyi sangat.

dpn rumah edited
Kereta warna putih itulah yang nasir belikan untuk kami.
Kami namakan nya`Lobu kebu’ (lori bukan kereta pun bukan).
Tapi di Australia kereta jenis itu dipanggil `Ute’.


Hari pertama memandu kesekolah Nasir telah membekalkan kami dengan buku peta yang tebal supaya kami tak sesat. Sampai di TUCF dan masuk ke kelas aku rasa teruja bila diatas meja telah disediakan untuk kami buku teks tebal bertulis nama sendiri, buku log penyelam komersial, mug untuk buat air panas kerana cuaca sejuk, topi dan beberapa barang lagi sebagai tanda selamat datang. Hari ini juga aku menjelaskan bayaran kursus sebanyak rm 43,000.00 kepada pihak sekolah. Selepas membayar yuran aku rasa lega sangat kerana tak perlu membawa duit yang banyak dalam beg. Hari ini juga kami bertemu dengan seorang lagi pelajar Melayu , anak orang kaya dari Brunei bernama Khairul Azmi dan beliau adalah rakyat Brunei yang kedua bakal menjadi `commercial diver’. Kami 3 orang Melayu ini disuruh duduk didepan sekali dekat sangat dengan cikgu supaya kami cepat faham dengan apa yang diajar nanti. Maklumlah cikgu kami ni dia punya slang Australia tu pekat sangat...macam steve Irwin crocodile hunter tu...

Minggu pertama penuh dengan kelas teori, kami diajar semua teori berkaitan menyelam dari `A hingga Z’ secara menyeluruh antaranya fizik menyelam yang lebih detail, semua gas-gas yang terdapat dalam diving, formula-formula, bagaimana cylinder dibuat ,ujian hydrostatic, semua jenis penyakit penyelam secara mendalam dan cara-cara mencegah / merawat. Dan tidak ketinggalan juga jadual selaman menggunakan `table’ yang berlainan. Aku rasa macam nak pecah kepala melayan subjek-subjek yang diajar tapi nasib baiklah dalam minggu pertama ni semangat masih tinggi lebih tinggi dari Gunung Kinabalu.

Khairul dan Rashid dalam kelas

Yang menariknya dalam kelas kami dibenarkan makan dan minum dalam kelas sambil cikgu mengajar dihadapan. Oleh kerana cuaca sejuk jadi perut pun lapar je..ramai mat saleh dalam kelas makan ada yang makan mee segera, sandwich, pizza dan kari pun ada maka bermacam-macamlah bau makanan dapat dihidu didalam kelas membuatkan perutku berkeroncong. Hanya aku dan Rashid sahaja tidak makan dalam kelas kerana takut-takut lagi maklumlah masa sekolah di Malaysia dulu kalau sesiapa yang makan didalam kelas cikgu cakap biadap jadi ia terbawa-bawa sampai ke Australia, baiknya anak-anak Malaysia kan.....






Hiii...

Nama ku Spy Leman (bkn nama sebenar), aku pun tak tau mana datang nama tu dengar macam ok je so aku pun tak kisahlah. Aku seorang `Commercial diver’. Disini aku nak berkongsi cerita tentang kisah aku dan aktiviti diving ku. Dalam cerita ini banyak istilah-istilah atau terma-terma yang berkaitan diving yang akan digunakan, kepada pembaca yang bukan diver mungkin akan kurang faham jadi aku minta maaflah ye...

Ada beberapa kategori diver iaitu `recreational (sport) diver’,`technical diver’,`combat diver’,`clearance diver & commercial diver’.Aku termasuk dalam semua kategori itu kecuali `clearance diver’ sahaja yang aku tak sempat belajar.Kerana `clearance diver’ atau penyelam ranjau hanya dilatih kepada anggota-anggota TLDM sahaja.

Aku mula belajar diving pada tahun 1991 kira-kira 2 bulan selepas aku keluar dari Pusat Latihan Polis di PULAPAH Negeri Sembilan. Aku di hantar untuk bertugas di Balai Polis Marang,Terengganu. Letaknya lebih kurang 18km dari Bandar Kuala Terengganu. Masa tu umur aku muda belia - lebih kurang 20 thn. Selepas bertugas di Balai Polis tersebut 2 bulan aku dah mula kenal beberapa orang pengusaha pelancungan di Bandar Marang. Daerah Marang pada waktu itu terkenal dengan Pulau Kapasnya. Dan Pulau Kapas pada waktu itu baru dikenali dan ramai pelancong yang datang. Pulau Kapas juga terkenal kerana 'coralnya’ masih banyak dan sangat cantik. Oleh kerana tugas aku sebagai anggota polis dickawasan kampung itu tak berapa sibuk jadi aku ada banyak masa lapang lalu aku pun ambik kursus asas menyelam (`open water diver ’).cMasa itu instructor aku, juga kawan aku bangsa German namanya Robert Reis, beri diskaun banyak. Aku cuma perlu bayar RM 500 sahaja.

Selepas tamat kursus dan mendapat lesen menyelam - boleh katakan setiap hari aku ke Pulau Kapas dan setiap minggu aku menyelam. Lebih-lebih lagi selepas aku kenal dengan beberapa orang diver Pulau Kapas seperti Man B, RoniMata Satu, Hatim Rusila, Stopa Rhu Muda, Saat Rhu Muda dan ramai lagi. Berbagai aktiviti diving aku sertai sama ada melihat coral atau mencari lobster. Pada masa tu di perairan Pulau Kapas cukup banyak lobster. Boleh dikatakan kalau sekali keluar diving lebih kurang 20 ekor yang kami dapat. Masa tu aku memang tengah gila diving, kalau ada kawan-kawan yang pergi diving tak ajak aku pasti aku rasa frust.

Setahun selepas dapat lesen `Open Water diver’ aku sudah mula buat kerja-kerja bawah air bersama-sama rakan-rakan ku diver-diver Pulau Kapas tadi . Aku masih ingat job pertama aku ialah memasang tukun di Pulau Redang,Client kami waktu itu ialah Jabatan Taman Laut . Dan diver terima bayaran dari kontraktor sebanyak RM 200 sehari, satu nilai yang cukup besar bagiku waktu itu kerana waktu itu gaji aku sebagai anggota polis pun sekitar 500 lebih sahaja. Walaupun setelah 3 tahun diving tapi masih banyak ilmu diving yang aku tak tau, yang aku tau Cuma diving....je dan jangan langgar peraturan seperti yg telah diajarkan masa kursus dulu.


Tahun 1994 aku mula bertugas di Cawangan Unit Khas (juga bukan nama sebenar) di Bukit Aman dan pada tahun 1995 dan aku dihantar ke Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut untuk jalani kursus `Ship diver’ selama 2 bulan. Dalam kursus ini aku belajar beberapa perkara baru dalam diving antaranya kaedah-kaedah isyarat-isyarat tali dalam air, semua kaedah `day /night search & rescue ’ `compass swim’ `technical dive’ menggunakan `rebreather’ jenis LAR 5 yang menggunakan gas Oksigen tulin dan ia tidak mengeluarkan buih serta boleh digunakan menyelam berterusan selama 4 jam di kedalaman tidak melebihi 7 meter. Alat `rebreather’ ini biasanya digunakan untuk serang hendap atau penyusupan bawah air. Oleh kerana ia menggunakan oksigen tulin maka ia tidak boleh dibawa menyelam lebih dari kedalaman 7 meter kerana oksigen tadi akan bertukar menjadi racun akibat tindakbalas tekanan kedalaman terhadap oksigen tadi. Ia dinamakan `oxygen toxicity’. Turut diajar ialah `basic surface supply’ menggunakan KMB mk 10,cara-cara servis alat selam sendiri dan macam-macam lagi. Latihan yang dijalani di sini agak teruk juga kerana kami bermula setiap hari awal pagi dan akan selesai lewat malam.

Dalam kursus ini latihan menyelam adalah dalam keadaan ekstrem atau menyelam dalam keadaan yang terlalu penat kadang-kala kami menyelam hingga habis angin dalam balang kerana masa itu kami gunakan `twin tank’ dan tidak ada `pressure gauge’, yang kami tau sebelum menyelam angin dalam balang ada 3000psi. Tapi di balang itu gunakan J valve yang mana ia ada `emergency lever’ sekiranya angin dalam balang habis kami diajar menarik lever kebawah dan kami akan dapat angin spare cukup untuk naik ke permukaan. Tapi bila dalam keadaan panic biasanya ramai terlupa yang balang tu ada `emergency lever’ maka kelam kabutlah kami buat `emergency ascend’ ke permukaan.

Stamina juga dititik beratkan kerana diver yang tidak `fit’ akan mudah kena penyakit penyelam seperti `DCS’(decompression sickness’) atau `Nitrogen Narcosis’. Latihan menyelam semuanya di air yang `zero visibility’ atau pun air yang kotor supaya diver-diver yang tamat latihan akan berani menyelam dalam berbagai keadaan kerana apa bila dalam situasi sebenar nanti keadaan adalah sukar dijangka kerana penyelam-penyelam TLDM & Polis akan dikerah mencari mayat mangsa lemas atau mencari barang bukti kes jenayah dilombong, disungai yg kotor dipaya atau mana-mana sahaja dengan tidak mengira siang atau malam. Jadi latihan & pendedahan awal yang teruk & ekstrem akan membiasakan kami dengan situasi tersebut.
Selain daripada latihan menyelam kami juga dilatih dari segi ketahanan dilaut seperti berenang jauh dan survival dilaut serta menyelam dalam iaitu 30 meter. Ada satu ketika semasa menyelam di kedalaman 30 meter di perairan Pulau Pangkor aku turun menggunakan tali yang dipanggil `lazy short’ ia. Ia cuma tali biasa yang diikat kan pemberat dibawahnya guna sebagai `descend line’. Semakin dalam aku turun air semakin gelap dan di kedalaman 30 meter aku sudah tidak nampak apa-apa lagi walaupun aku telah meletakan tangan betul-betul dihadapan face mask. Keadaan sangat gelap lebih gelap dari kegelapan dimalam hari, ditambah pula dengan arus yang sangat kuat, aku hanya mampu bergantung ditali tersebut dan memegang dengan kuat aku rasa tubuh ku seperti terbang macam `superman’ dek kerana arus yang kuat itu. Jika pegangan tanganku terlepas pasti aku dihanyutkan jauh. Aku tidak tahu berapa lama aku berada dibawah air dan bergantung kuat disitu tiba-tiba aku menerima isyarat dari atas melalui tali `safety line’ yang diikat pada badanku supaya naik kepermukaan. Aku berasa sangat lega sekali. Selesai dikompresi aku naik kepermukaan dan jurulatih membuat penilaian adakah aku dalam keadaan baik atau sebaliknya,mereka hendak memastikan dikedalaman 30 meter itu adakah aku mendapat `nitrogen narcosis’ atau `decompression sickness’ .

Pada minggu terakhir kursus menyelam adalah latihan akhir yang dinamakan `ops week’ atau minggu operasi. Didalam minggu ini kami diandaikan berada didalam suasana peperangan yang mana diver akan sibuk menyelam dan buat penyusupan, kami diberi latihan yang berterusan dari pagi hingga ke malam dan berterusan sehingga esok harinya serta berterusan selama seminggu. Kami tidak dapat tidur yang cukup hanya 1 jam sehari dan kadang-kadang terpaksa tidur didalam air yang mana hanya kepala sahaja diluar sedangkan badan kami direndam dalam laut. Kadang-kadang berpakaian dan kadang-kadang tidak berpakaian atau hanya memakai seluar dalam sahaja. Berbagai-bagai acara latihan diatur untuk kami supaya kami sentiasa sibuk.

Itu semua bagi menguji ketahanan fizikal dan mental penyelam-penyelam yang dilatih oleh TLDM bagi melahirkan penyelam yang benar-benar berkualiti supaya kami benar-benar bersedia apabila tamat latihan nanti.

Selepas tamat kursus aku kembali ke Unit Khas (UK) dan diserap kedalam Tim Selam Tempur dan membawa bersama kenangan-kenangan dan ilmu-ilmu yang didapati semasa berkursus dengan TLDM. Tim Selam Tempur UK ini khusus menjalankan tugas-tugas operasi dilaut sama ada melibatkan penyelaman atau membanteras lanun yang mengganas serta melibatkan situasi tebusan dilauta atau bot. Selain daripada itu turut mengiringi VVIP jika mereka berada diatas kapal atau dilaut sama ada di dalam negeri atau di luar negara. Dan kadang-kadang dipanggil membantu jabatan lain mencari mayat mangsa lemas dan mencari senjata api yang digunakan dalam kejadian jenayah kemudian dibuang di lombong dan sungai-sungai dan salah satunya di Sungai Gombak yang terkenal itu.




























Tapi setiap tahun aku pasti kembali ke Pulau Kapas untuk menyelam dengan kawan-kawan lama dan turut mengikut jejak langkahku ialah anak lelaki ku yang sudah mula ku ajar menyelam sejak berusia 10 tahun.

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Blog Archive

Top Commentators

Get this widget here