Dunia Commercial Diver



Showing posts with label 67-SOALAN-SOALAN YG SERING DITANYA PADAKU. Show all posts
Showing posts with label 67-SOALAN-SOALAN YG SERING DITANYA PADAKU. Show all posts


Sebagai seorang commercial diver aku sering diajukan dengan berbagai soalan oleh ramai orang yang ingin tahu bagaimana atau apa sebenanya yang kami buat.Orang-orang yang bertanya ini adalah terdiri dari berbagai golongan antaranya ahli politik,ahli perniagaan, orang-orang yang baru dikenali,rakan-rakan,ahli keluarga malah anak dan isteriku juga kadang-kadang mengajukan soalan-soalan yang perlu dijawab  .Jika yang bertanya soalan ialah mereka-mereka yang terdiri dari `non diver’ maka aku akan berusaha menjawab soalan-soalan mereka dengan baik supaya mereka puas hati dan semoga kekeliruan dalam fikiran mereka hilang.

1-Soalan               :Apa tugas-tugas diver dalam industri minyak dan gas atau dikenali sebagai `offshore diver’?

Jawapan       :              Tugas diver dalam industri minyak dan gas adalah sangat banyak, ianya melibatkan                              samaada kerja- kerja pembinaan,pembaikan atau penyelenggaraan.pendek kata dari proses           hendak mula  menggali ada melibatkan diver,memasang Pelantar minyak melibatkan diver,melabuhkan saluran paip minyak atau gas kedasar laut ada melibatkan diver,penyelenggaraan berjadual keatas pelantar dan saluran paip melibatkan diver, sehinggalah ke proses menutup lapangan minyak ataupun membuang Pelantar minyak lama dari lapangan minyak juga memerlukan khidmat diver. 

Inspection diver sedang melakukan pemeriksaan ketebalan metal menggunakan CP meter.
Construction diver sedang melakukan kerja-kerja memasang stuktur bawah air





2-Soalan               :Tak takut ke menyelam tu?

Jawapan              :Alhamdulillah Setiap kali menyelam saya tidak berasa  takut sebab saya buat apa yang saya minat tetapi saya sering khuatir iaitu jika saya tidak dpt melaksanakan tugas atau menyiapkan tugasan yang diberi.Saya juga tidak takut untuk mati lemas kerana mati lemas adalah salah satu  kategori mati syahid.



3-Soalan               :Apa kamu buat dalam air tu?

Jawapan              :Saya buat kerja dan ianya bergantung kepada jenis tugasan atau jenis projek sama ada `construction’,`Inspection atau’ `Maintainance’



4-Soalan               :Berapa gaji kamu sebulan atau sehari atau sejam?
Jawapan              :Alhamdulillah....cukup2 makan je....(Ianya telah saya tuliskan didalam entri no 9-my first offshore job .sila rujuk panduan bacaan disebelah kanan anda)
Orang selalu tanya berapa gaji tapi orang tak pernah tanya berapa cukai sebulan atau setahun yang kami kena bayar pada kerajaan .Gambar diatas membuktikan berapa cukai sebulan kami kena bayar dan cuba kira kalau dah banyak bulan berapa banyak cukai yang dibayar setahun.





5-Soalan               :Sekali turun dalam air tu berapa orang buat kerja?

Jawapan              :Ia bergantung kepada tugasan..tapi kebanyakan masa buat kerja seorang diri dibawah air tu.


6-Soalan               :Setiap kali turun dalam air tu berapa lama kamu buat kerja?
Jawapan              :Ianya bergantung kepada kedalaman `worksite’ jika buat kerja dibahagian cetek maka lebih lama akan berada dibawah air tu,manakala jika buat kerja dibahagian yang lebih dalam maka sekejap sahaja.Paling lama saya pernah buat kerja diair yang tak dalam ialah selama 4 jam tapi ianya tak terasa lama sebab saya sibuk bekerja dan hanya focus nak siapkan tugasan yang diberi.Manakala paling sekejap saya menyelam ialah 10 minit sahaja.Tetapi ada sesetengah job yang kami hadir selama 2 bulan dilaut tapi kami tidak menyelam,cuma stand by sahaja.


Bersambung akan datang dengan soalan-soalan yang lebih mencabar minda.

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan