Dunia Commercial Diver



PhotobucketPunggung sape lebih cantek


teddy bearKorang percaya tak Teddy Bear ni diver yg bawak pegi offshore,Aku percaya sebab dia roommate aku masa tu,gelak pecah perut sorang2


baju anak diaDiver yang lain pulak bawak baju anak dia pegi offshore sebagai pengubat rindu hmm macam-macam perangai ade...


sotong keringMenjemur sotong kering


diving dpt lobsterDiving cari minyak jumpa pulak lobster boleh buat lauk


Engineer petronasAtas kapal pun ade bunge tau


aweks2 petronas buat lawatan kat tempat diverBunge-bunge dari Petronas sedang buat lawatan kerja kat dive station


separuh dlm air separuh luar airNi Diving kategori ape ni?


gurau2 bawah airSuruh diving buat kerja tp depa ni duk main-main pulak kat bawah air tu


mari2mari mari mari....ada berani kah.


air mcm dlm akuariumBuat kerja kat dalam air jernih mcm akuarium bolehla bro....


s/by diverbaik punya lena...Penat sangat ye bang.....(Ni s/by diver ni)


janji lelaptak kira tempat janji...bole lena


high class labourBeginilah nasib seorang buruh kasar,bermandi keringat demi mencari sesuap nasi (Beriani Gam).High class labour high class wages.....Buat kerja mcm bangla pun gua tak kisah janji gaji bayar dalam USD bukan matawang Bangladesh

Entri kali ni sedikt berat /skema daripada biasa kerana aku nak menceritakan tentang tajuk diatas.Harap pembaca layan sahajalah kerana ini sambungan dari entri lepas (no 52).

Terapi Hiperbarik Oksigen adalah Terapi perubatan yang telah terbukti secara klinikal dengan cara menyedut oksigen tulin (100%) didalam suatu ruang yang bertekanan.

Perubatan Terapi Oksigen Hiperbarik (HBO) pada awalnya digunakan untuk mengkaji dan merawat penyakit yang orang kampung aku panggil sebagai dekompresi atau Decompression Sickness,sejenis penyakit yang dialami oleh penyelam dan pekerja terowong bawah tanah akibat kekurangan tekanan kerana (naik kepermukaan) secara mendadak.

penyelam-penyelam yang mendapat penyakit berkaitan dengan tekanan atau `decompression sickness’ ini akan dirawat dengan cara masukan mereka kedalam chamber dan diberi tekanan mengikut kedalaman tertentu sambil diberi menyedut 100% oksigen dalam kadar tertentu dan jangkamasa tertentu juga. Factor Tekanan + Masa tadi dibantu dengan elemen oksigen pula akan memulihkan semula penyelam yang sakit tadi dalam kadar 5 kali lebih cepat dari kadar biasa.

double lock chamberJenis chamber yang biasa digunakan untuk merawat diver yang bermasaalah


Mekanismanya berfungsi dimana Gas akan larut dalam cecair dengan lebih cepat didalam tekanan,sehingga konsentrasi oksigen yang kita sedut dalam persekitaran hiperbarik akan meningkat sebanyak 4-5 kali ganda dalam darah dan system badan kita.
Sesetengah penyakit penyelam jika lewat dimasukan kedalam chamber akan menyebabkan lumpuh seluruh badan atau kematian kepada penyelam tersebut.Menurut kajian ada lebih kurang 3 juta penyelam scuba yang aktif dan daripada jumlah itu terdapat 800 hingga 1000 kejadian penyelam yang mendapat penyakit penyelam (DCS) dan dengan 80 hingga 100 kes kematian setahun.



Tetapi sekarang penggunaan HBO selain untuk merawat penyakit akibat aktivi ti penyelaman ia juga didapati bermanfaat untuk merawat berbagai penyakit klinikal. Rawatan menggunakan kaedah hyperbaric ini adalah masih baru dan agak asing di Malaysia tetapi digunakan secara meluas di Amerika Syarikat dan beberapa Negara lain sejak sekian lama.Sehingga ada individu di sana yang mampu akan membeli chamber untuk kegunaan mereka sendiri dirumah,malah yang lebih mengejutkan lagi ada yang mereka-cipta atau `mengwelding’ chamber mereka sendiri.


monoplace transparentsalah satu chamber jenis monoplace


Tetapi di Malaysia aku dapati masih ramai penyelam-penyelam scuba yang tidak tau apa itu chamber apatah lagi melihat sendiri rupa bentuk chamber sebenar. Selain dari digunakan untuk merawat penyelam, hyperbaric juga turut digunakan untuk merawat juruterbang atau angkasawan yang mendapat penyakit berkaitan tekanan altitude tinggi kerana terbang terlalu tinggi dimana kandungan oksigen diruang udara yang tipis akan menyebabkan juruterbang jet-jet pejuang akan mendapat symptom-simptom tertentu. Selain dari itu kuda-kuda lumba di US juga mendapat rawatan menggunakan kaedah ini.

Kaedah yang pada asalnya hanya digunakan untuk merawat penyelam sahaja lama kelamaan dari hasil kajian yang dijalankan sejak awal abad 21 didapati yang penyakit-penyakit lain juga boleh dirawat menggunakan teknologi rawatan hyperbaric.Antara penyakit-penyakit penyelam dan klinikal yang boleh dirawat menggunakan kaedah HBOT ini ialah (senarai penyakit yang tersenarai adalah sedikit berbeza dengan beberapa Negara-US.Europe Jepun dan Rusia namun perbezaannya adalah amat kecil ).
1-Gas Embolism
2-Air Embolism
3-Diabetic
4-kanser
5-Strok
6-Keracunan sianida
7-Keracunan karbon monoksida
8-keracunan oksigen
9-gas gangrene
10- Soft Tissue Infections
11- Osteomyelitis
12- Radiation Tissue Damage
13- Crush Injury/ Traumatic Ischemia,
14-Arterial Insufficiencies
15- Thermal Burns
16- Intracranial Abscess
17- Arterial Insufficiencies
18-Altitude Decompression Sickness
19- Autism dan Cerebral palsy
20- Kesegaran dan Kecantikan (Kosmetik)

Tetapi HBO sama juga seperti kaedah perubatan lain didalam ia memiliki manfaat yang begitu besar namun ia juga mempunyai komplikasi dan kontraindikasi tertentu walaupun begitu Adalah dinasihatkan iaitu Sebelum melakukan terapi hendaklah terlebih dahulu mendapatkan nasihat dari doktor pakar hiperbarik.

DiMalaysia terdapat beberapa pusat rawatan Terapi Oksigen Hiperbarik dengan Hospital Angkatan Tentera di Lumut Perak adalah sebagai peneraju awal dalam bidang ini.

Pesakit Klinikal sedang menjalani Terapi didalam chamber


Manakala KUALA LUMPUR HIPERBARIK CENTRE yang beralamat di No 3,Pesiaran Titiwangsa 3, 53200 Kuala Lumpur adalah syarikat swasta milik penuh Bumiputra yang antara terawal menyediakan perkhidmatan terapi HBO dengan kadar bayaran yang lebih rendah berbanding Negara jiran yang menyediakan perkhidmatan serupa.


pesakit strokCertified Hiperbaric Technologist (CHT )sedang membantu seorang pesakit yang sedang menjalani rawatan di Kuala L umpur Hiperbaric Centre.


Entri-52 dan 53 adalah sebagai tanda Aprisiasi tahap tinggi kepada Pihak Kuala Lumpur Hiperbarik Centre,khususnya En Amirullah Hamzah dan Pn Rahmah Shafee serta semua kakitangannya atas jasa baik dan kerjasama yang telah diberikan kepada penulis a.k.a Spy Leman.

Khidmat pesanan ringkas-penyakit-penyakit berikut tidak boleh dirawat dgn HBOT ye..
-Penyakit hati busuk
-hati kotor
-hati hitam
-hati dengki
-hati sakit

-Hati terluka
-dan hati dicuri......

Bagi penyakit-penyakit tersebut untuk rawatannya sila rujuk Al Quran...


Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here