Dunia Commercial Diver



2007
Job di Batam (Samb)

Tugas aku kali ini hanya sebagai `Sat.support’.Aku tidak akan menyelam yang menyelam hanya `sat.diver’.Manakala `sat.support’berfungsi sebagai pasukan sokongan kepada mereka.Tugas kami ialah menyediakan keperluan-keperluan atau peralatan-peralatan yang diperlukan oleh `sat.diver’ dalam menjalankan tugas mereka dibawah air.memandangkan mereka tinggal didalam chamber jadi pasukan sokonganlah yang bertanggunggjawab menyediakan keperluan-keperluan tersebut mengikut arahan daripada `diving supervisor’ dan juga berpandukan dari arahan skop penugasan yang dikeluarkan oleh engineer.

Apabila peralatan tersebut diperlukan untuk tugas didalam air kami akan mengikatnya dengan tali dan shakel dan mengelungsurkan dari atas terus kepada diver melalui tali yang dipanggil `down line’.`Down line’ digunakan untuk menghantar peralatan kepada diver atau mengeluarkan peralatan tersebut dari air.Dihujung sebelah sana ia diikat pada `job site’ dan dihujung sebelah sini ia diikat di atas kapal.

Job ini ialah `submarine pipe line inspection’.Dalam tempoh tertentu paip gas atau minyak yang berada didasar laut mesti diperiksa jika terdapat sebarang kerosakan.Biasanya Sat.diver akan digunakan jika kedalaman air di sesuatu lokasi itu melebihi 50 meter tetapi ada masanya sat.diver akan digunakan juga walaupun dikedalaman kurang dari 50 meter.Ini kerana Sat.diver boleh bekerja dibawah air lebih lama berbanding `air diver’ kerana sistem dalam tubuh mereka telah disebatikan dengan kedalaman tersebut.Sebabnya sepanjang tinggal dalam chamber,tekanan persekitaran didalam chamber tersebut adalah disamakan dengan tekanan di `jobsite’ atau lokasi tersebut.Sebagai contoh jika jobsite tersebut dikedalaman 50 meter maka tekanan persekitaran didalam chamber adalah sekitar 40 meter. Lokasi projek adalah di Selat durian Batam.Indonesia.


pipe line inspectionPemeriksaan pipeline.


Tugas sebagai `sat.support’ ada masanya agak teruk dan ada masanya kurang teruk.Aku termasuk dalam shif siang bersama 3 diver lagi dan semuanya datang dari negara yang berlainan iaitu India,New Zealand dan Singapura.Turut berada diatas kapal ialah 2 orang anggota komando tentera Indonesia yang diupah bagi menjaga keselamatan kami selepas kapal ini diekori oleh bot laju yang tidak dikenali dipercayai lanun semasa dalam pelayaran menuju kelokasi.Jadi syarikat tidak mahu mengambil risiko terhadap kelancaran projek lalu mengupah anggota tentera tersebut.

Aku hanya sempat ikut projek dibatam 2 minggu sahaja apabila projek siap.Kemudian kami terus belayar ke Singapura dan masuk kepelabuhan `Loyang Offshore Base’ untuk proses `demobilasation’.Iaitu krew yang terlibat dengan projek sebelum ini ditukar.Manakala peralatan yang tidak diperlukan untuk projek akan datang dikeluarkan dari kapal.Dan seterusnya proses `mobilisation’ untuk projek baru iaitu krew yang baru dan peralatan yang diperlukan untuk projek akan datang akan dimasukan kedalam kapal. Oleh kerana aku baru sampai 2 minggu jadi aku tidak termasuk dalam senarai krew yang perlu ditukar,aku akan tinggal untuk sambung projek selepas ini di lapangan Kikeh dekat Labuan.

Photobucket
Rakan-rakan satu shif


Bersambung akan datang.....rekod Selaman paling dalam di perairan Malaysia.Next Entri mgkn akan lambat lagi keluar sebab blogger keluar job lama...sori...

Jun 2007
Job di Batam

Selepas beberapa minggu duduk dirumah, seorang rakan memberitahu berkaitan kekosongan tempat untuk seorang diver dalam job di Indonesia.Lalu aku hubungi pegawai yang menguruskan berkaitan diver di syarikat Offshore Subsea Works.Aku diterima tapi mesti menguruskan sendiri permohonan Visa terlebih dahulu di Kedutaan Indonesia.3 hari kemudian aku berlepas ke Batam dan disambut disana oleh agen.Aku bermalam di hotel 5 bintang dulu untuk 1 malam sebelum naik ke kapal keesokan harinya.

Kapal yang aku naik ini bernama `Offshore stephaniturm’ ia jenis `Dynamic Positioning Diving Support Vessel’(DPDSV). DP ialah singkatan untuk `Dynamic Position’ yang mana ianya boleh berada statik disatu tempat tanpa beralih dan tanpa perlu melabuhkan sauh,kerana ia mempunyai 3 `thruster’ atau kipas yang dikawal secara otomatik oleh computer berpandukan `Global Positioning System’(GPS) dan satelit.

Kapal ini sangat unik bagiku.Aku menganggap ia seperti sebuah Kilang atau sebuah kedai `hardware’ yang besar.Walaupun kapal ini tidak terlalu besar tapi ia sangat padat.Didalamnya ada bengkel besi,store hardware yang lengkap,bengkel pertukangan yang lengkap,bengkel elektronik yang lengkap dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan pertukangan dan peralatan.

stephaniturmDPDSV Offshore stephaniturm


Selain dari itu ia mempunyai 7 buah hiperbarik chamber termasuk chamber yang menjadi tempat tinggal `sat.diver’.Kapal ini memang khas untuk tugas-tugas `saturation dive’.Sat.diver adalah golongan elit dan professional
dalam dunia diving dan mereka mempunyai kelasnya yang tersendiri.Dibayar dengan kadar gaji yang berbeza dari diver biasa,bernafas udara yang berbeza,tempat tinggal yang berbeza,bekerja dikedalaman yang berbeza dan juga diberi layanan yang berbeza.

tmpt tido dlm satTempat tidur `sat.diver’.Disinilah mereka tinggal sepanjang projek.


bilik air + toilet dlm sat
Bilik air + toilet didalam chamber.


BERSAMBUNG LAGI DI ENTRI AKAN DATANG...

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan