Dunia Commercial Diver



7 Mei 2010
Dari Kota Kinabalu aku bersama dengan 2 lagi diver yang bersama-sama denganku semasa projek trenching terus terbang keBintulu untuk naik Barge Enterprise 3 (E3) kerana disana ada job yang memerlukan diver tambahan.Pada masa ini E3 sedang buat job `pipe lay’ di Murphy Oil, Bintulu field.

PhotobucketEnterprise 3 banyak menjalankan kerja-kerja pipe lay.Dalam entri yang lepas aku dah ceritakan tentang kehidupan dan kerja-kerja pipelay di Enterprise 3

Sampai di Barge aku terus masuk shif malam bermula jam 2300hrs hingga jam 1100 hrs keesokannya.Jam 0800hrs pagi tu aku melapurkan diri kepada Diving Supritendant  yang baru bangun tidur.Semasa kami sedang berbual-bual,pada masa sama para pekerja sedang menurunkan `Lay down head’ atau dalam bahasa yang senang difahami ialah hujung kepala paip.Lay down head ini sedang diturunkan kedasar laut,prosesnya adalah perlahan-lahan.Tiba-tiba kabel wire yang dipasang dihujung lay down head tersebut putus dan ia terus bergerak dengan lajunya terus jatuh kedasar laut.Kami semua dapat melihat dengan jelas kerana ketika proses tadi berjalan ia dipantau oleh `remote operated Vehichle ‘(ROV) dan dirakam dengan kamera yang ada pada rov tersebut.

Photobucketcontoh-contoh grafik `laydown head'


Kemudian rov tadi terus dihantar kedasar laut untuk membuat tinjauan keadaan laydown head tadi dan bahagian-bahagian lain pipeline jika terdapat sebarang kerosakan akibat dari kejadian tadi.Dari tinjauan awal yang dibuat oleh rov terdapat tanda-tanda kerosakan pada pipeline tersebut tetapi tidak dapat disahkan akan kesahihannya kerana keadaan lantai laut yang berlumpur dan visibility yang tidak berapa jelas.
Beberapa jam kemudian selepas para pegawai atasan bermesyuarat mereka buat keputusan untuk mnghantar diver bagi memastikan benar-benar terdapat kerosakan pada pipeline tersebut.Mula-mula rakanku diver A dihantar turun. Dikedalaman 48 meter beliau melapurkan pipeline tersebut sudah 95 peratus tetanam dalam lumpur.Dalam keadaan meraba-raba kerana tidak boleh melihat akibat lumpur beliau melapurkan yang pipeline tersebut sudah bengkak dibahagian joint atau penyambung antara 2 pipe.
Oleh kerana diver A melapurkan keadaan tersebut dalam keadaan meraba-raba dan berdasarkan apa yang dirasa oleh tangannya jadi supritendant dan engineer tidak mahu menerima lapuran beliau lalu mereka memutuskan menghantar aku turun dengan harapan aku akan membawa berita yang lebih baik.


Dengan penuh semangat aku pun turun. Dikedalaman 48 meter dan seabed yang berlumpur aku juga mengalami nasib yang serupa seperti diver A tadi.Memang aku dapati pipeline ini telah bengkok dan mesti dibaiki.Hanya 21 minit sahaja aku berada didasar kemudian aku diarahkan meninggalkan seabed segera.Dalam perjalanan untuk naik ke permukaan aku mesti membuat 5 kali hentian yang mana masa yang diambil untuk hentian ini kesemuanya adalah 68 minit 3 kali lebih lama dari masa bekerja didasar.
Kemudian apabila tiba dipermukaan aku diminta melukiskan keadaan dan lokasi kerosakan pipeline tersebut.Selepas aku ada 3 lagi diver dihantar turun dan oleh kerana semua diver melapurkan perkara yang sama akhirnya pegawai atasan dan Engineer bersetuju yang pipeline tersebut rosak dan perlu dibaiki.Projek untuk membaiki pipeline tersebut pula akan melibatkan kos jutaan ringgit pula dan ianya akan ditanggung sendiri oleh kontraktor.

PhotobucketApabila laydown head sudah sampai di lantai laut diver akan dihantar turun untuk membuka shackle yang disambung dengan kabel keluli yang dipasang padanya sebelum itu



Sebenarnya aku dihantar kesini adalah sebagai diver tambahan untuk tugas memasang `bow sling’.`Bow sling ‘ adalah wire kabel yang dipasang pada pangkal pipeline yang kemudian ditambat pada kaki platform atau kaki jacket.Pipeline tersebut kemudian disambung-sambungkan dan diturunkan kedasar laut (laypipe) sehingga sampai kedaratan.Sekiranya tidak ditambat pada kaki platform pipeline tadi akan bergerak jauh meninggalkan platform semasa proses laypipe tadi berjalan.

Tugas ini sekejap sahaja,hanya memerlukan 3 atau 4 dive sahaja paling maksimum.Selepas tugas selesai dengan jayanya aku pun bersiap-siap untuk pulang manakala diver-diver asal yang berada di Barge ini akan meneruskan tugas asal mereka iaitu stinger check.Untuk tugas stinger check tidak memerlukan ramai diver hanya 4 orang sahaja untuk 1 shif.
Jam 0800hrs pagi 11 Mei 2010 selepas 4 hari aku berada di Enterprise 3 (E3) aku pun belayar menuju ke Bintulu dengan crew boat.Pelayaran dari lokasi tadi menuju ke Bintulu mengambil masa 2 jam.Kemudian sebaik sahaja liputan telefon mula kelihatan diskrin telefon tiba-tiba aku terima panggilan dari Staff Offshore Subsea works,``Selamat pagi En Leman,adakah En Leman available untuk naik job 18 mei ini iaitu minggu depan?” Dengan pantas aku menjawab `` Ya Saya available dan sedia digerakan kemana sahaja dan bila-bila masa sahaja".Girangnya rasa hati kerana terasa seperti diri ini dihargai..........Alhamdulillah.......

14 April 2010
Aku naik job kedua untuk tahun 2010.Subuh-subuh hari lagi aku sudah terbang ke Kota Kinabalu.Sampai di Kota Kinabalu terus Chek in di Shang Ri la hotel di bandaran Berjaya selepas itu selama 3 hari hanya duduk dihotel makan,tido dan internet sahaja aktiviti ku.Rakan-rakan diver yang lain tak tau menghilang kemana.Aku hanya keluar dari bilik apabila lapar sahaja.Bila dah kenyang aku kembali mengadap lap top ku sama ada berintenet ataupun menulis.
Pada hari keempat baru kami dihantar naik ke `barge’ yang bernama Promoter 12.Barge ini kecil sahaja kerana kami buat kerja dikawasan air cetek dekat dengan pantai jadi hanya gunakan barge yang kecil sahaja kerana barge yang besar tidak boleh hampiri kawasan pantai.Barge sudah berada dilokasi.Kali ini ialah projek `post lay threnching’ di Gumusut Kakap.Trenching ialah proses menanam atau menimbus saluran paip yang baru dipasang dari darat ketengah laut dan Kami bermula betul-betul dari tepi pantai di dalam Daerah Papar.

PhotobucketGambarajah kasar `trenching barge’


Mula-mula mesin yang dipanggil `sled machine’ akan diletak diatas pipeline yang berada didalam air.kemudian mesin tersebut akan bergerak terus kehadapan perlahan-lahan mengikut pipeline tadi sambil menggali tanah disebelah kiri dan kanan pipeline tadi menggunakan air bertekanan tinggi.Bahagian yang digali adalah sedalam 3 meter dari paras asal lantai laut atau dipanggil `natural sea bed’.Proses inilah yg dipanggil trenching.Ini bertujuan supaya pipe line tadi berada didalam trench tersebut yang mana selepas beberapa hari pipeline tadi akan terkambus sendiri selepas beberapa kali proses air pasang surut.Tujuan mengambus pipeline tersebut adalah bagi mengelakannya dari rosak akibat aktiviti menangkap ikan atau lain-lain aktiviti dilaut yang mana kadang-kadang pukat ikan atau sauh bot boleh merosakan pipeline tersebut.Apabila ini berlaku maka akan mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit dan perbelanjaan yang besar terpaksa dikeluarkan untuk membaikinya.

trenching machineSled machine sebelum ditenggelamkan kedalam air


PhotobucketGambaran grafik kedudukan sled machine dan pipeline didalam air


Semasa proses trenching ini berjalan selang beberapa jam diver akan dihantar turun bagi memeriksa kedalaman trench,memastikan yang sled machine bergerak betul-betul mengikut saluran paip dan juga untuk membersihkan sampah sarap atau lain-lain halangan yang menyekat kelancaran mesin sled.
Oleh kerana projek ini dikawasan pantai dan airnya tak dalam jadi operasi diving dijalankan dari bot kecil sahaja yang biasanya digunakan untuk aktiviti scuba diving tetapi kami tetap menggunakan system surface supply juga.Dan aktiviti menyelam dijalankan hanya diwaktu siang sahaja.Oleh kerana client kami kali ini adalah Shell jadi peraturan adalah sangat ketat terutama yang melibatkan keselamatan,dan Shell menetapkan untuk projek ini malam tidak boleh diving sebab itu kami hanya diving siang hari sahaja.

bot utk divingbot kecil yang kami gunakan untuk menyelam


supervisor tgh run diveDiving Supervisor sedang kendalikan selaman dan sedang berkomunikasi dengan penyelam yang berada didalam air


sby diverStandby diver sentiasa bersedia semasa diver 1 berada didalam air bekerja...hi hi hi (Baiik punya S/By)


Secara peribadi bagi aku job ini agak menyeronokan dan meng`enjoykan’ kerana tidak teruk,tidak tertekan dan satu pelajaran baru bagiku kerana ini kali pertama aku buat job trenching.Supervisor pula tidak menyakitkan hati dan rakan-rakan diver yang ada semuanya otai-otai yang ok jadi kerja pun enjoy.
5 Mei 2010 Projek trenching dilokasi Gumusut Kakap siap.6 Mei 2010 keluar dari lokasi naik kedarat dan siap-siap untuk dipindahkan kelokasi lain pula kerana kontrak 60 hari aku masih `valid’dan kebetulan pula ada lokasi lain yang memerlukan diver tambahan....

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan