`Divers part’
Selepas besi cerucuk ditanam dan kerja-kerja kimpalan dijalankan bagi menguatkan struktur jacket tersebut.Beberapa peralatan yang dipasang bagi digunakan semasa proses pembuatan dan penghantaran akan dibuka dan dikeluarkan dari jacket. Bahagian-bahagian tersebut akan dibuka oleh `rigger’ manakala diver pula akan membuka bahagian yang tidak diperlukan tetapi bahagian tersebut berada didalam air.Tugas ini hanya mengambil masa lebih kurang 1 hingga 2 jam sahaja.

Diver sedang dihantar ke jobsite dalam basket yang diangkat oleh kren bagi membuka rigging platform’ (warna coklat) dibelakang diver.

Selepas selesai tugas diver maka kerja-kerja lain boleh diteruskan.Semasa diver didalam air semua kerja-kerja dibahagian atas akan dihentikan atas sebab-sebab keselamatan sehinggalah diver selesai kerja dan keluar dari air dengan selamat.begitulah ketatnya peraturan keselamatan di offshore.sebab itulah jarang berlaku kemalangan yang teruk dikalangan diver.


Apabila bahagian-bahagian yang tidak diperlukan selesai dikeluarkan dan diver selesai dengan tugasnya maka pekerja-pekerja lain akan meneruskan tugas masing-masing diatas platform tersebut dan diver boleh rehat serta s/by sehingga diperlukan.Biasanya untuk sepanjang jacket yang dipasang jika tiada sebarang masaalah hanya 1 kali atau 2 kali sahaja akan melibatkan diver perlu turun ke air.
Bersambung akan datang...Kemalangan dan Ramadhan di Sapura 3000....