Dunia Commercial Diver




Sambungan dari Entri yang lepas.
Selepas mesyuarat pagi berkaitan dengan penugasan pada hari itu lalu kerja-kerja lapangan pun dimulakan.

Proses membaiki kabel yang rosak dibawah laut ini melalui beberapa proses dan bagi memberi gambaran yang lebih jelas dan memudahkan untuk memahaminya maka aku akan menceritakannya dalam bentuk cerita bergambar.Disini Bukan 1 kabel sahaja yang perlu dibaiki tetapi terdapat 5 kabel yang rosak dan perlu dibaiki.

membincangkan strategi dan kedudukan kabel-kabel dibawah laut
Operasi menyelam dijalankan pada kebanyakkan masa hanya menggunakan peralatan skuba sahaja tetapi dilengkapi dengan peralatan komunikasi.Hanya Sesekali sahaja operasi operasi menyelam dijalankan menggunakan teknik `surface supply'.Peralatan komunikasi yang digunakan pula  sangat simple dan tidak secanggih atau semahal peralatan komunikasi yang pernah kulihat dan gunakan sebelum-sebelum ini.

Peralatan Komunikasi yang digunakan oleh diver yang `old school' simple dan lebih murah tetapi praktikal dan berfungsi dengan sangat baik sekali serta tidak pernah rosak sepanjang digunakan. 

Mula-mula diver akan dihantar untuk mengesan dan menandakan kedudukan kabel.

Diver mendapati kabel terputus dan rosak akibat tersangkut oleh sauh dari kapal yang melabuhkan sauhnya dikawasan ini apabila diseret dan menjadi terlalu tegang lalu ia terputus.kemudian apabila kapal tersebut tidak dapat menarik kembali sauhnya keatas  ia lau dipotong dan ditinggalkan sahaja didasar laut dengan kedudukan masih tersangkut pada kabel dasar laut tersebut.(Gambarajah kedudukan kabel yang rosak dan sauh yang tersangkut padanya)

Sauh yang tersangkut pada kabel diangkat naik keatas deck dengan bantuan diver.

Sauh tersebut kemudian dijadikan bahan bukti bagi mengesan ia milik siapa agar tuntutan kerugian dapat dibuat terhadap syarikat pemilik kapal yang bertanggunggjawab.


Diver akan mengikat wayar dan sling pada kabel yang rosak dan terputus lalu diangkat naik keatas deck.

Kabel tersebut kemudian dipotong setiap 15 meter.



Didalam kabel tersebut sepatutnya mengandungi minyak bagi mengelakkan kabel menjadi terlalu panas semasa mengalirkan eletrik.Selepas dipotong Jika didalam kabel didapati mengandungi minyak yang bercampur dengan air maka ia  disahkan sebagai rosak lalu akan dipotong lagi sehingga didapati sehingga didapati minyak yang didalamnya sudah tidak bercampur dengan air.
Ia lalu akan diseal dan diturunkan semula kedalam laut menggunakan kren.



Kemudian diver akan turun sekali lagi bagi membuka shakel pada wayar kren dan habislah shif untuk hari ni.Kelihatan 2 orang diver otai bersiap sedia untuk beraksi.Diver yang sedang duduk dan hanya memakai twin tank scuba   berusia 60 tahun.Manakala diver yang berdiri dan menggunakan system hookah pula berusia 58 tahun.kedua-duanya sangat berpengalaman luas dalam diving.



Hari seterusnya diver akan turun lagi untuk pasang shakel pada wayar kren untuk mengangkat kabel keatas deck bagi membolehkan proses seperti hari sebelumnya disambung sehinggalah pemeriksaan dan pemotongan mencapai jarak 600 meter.

   Dalam gambar adalah tempat simpanan minyak dikawasan tempat kami bekerja ini.

Proses yang sama akan diulang setiap hari.Fasa awal Disini sistem kerja tidak beroperasi 24jam sepertimana kebiasaan projek yang aku sertai sebelum ini.Kerana peraturan agak ketat dan kami bekerja dikawasan larangan jadi permit kerja hanya diberikan sebelah siang sahaja lagipun pada sebelah malam kawasan ini arusnya sangat laju dan tidak boleh menyelam.Kawasan tempat kami bekerja ini juga berhampiran dengan tempat pemprosesan dan menyimpan minyak mentah milik beberapa syarikat besar seperti Shell, Exxon Mobil,Oil Tanking dan lain-lain. Negara tempat aku bekerja ini membeli minyak mentah dari Negara luar lalu memprosesnya disini dan menjual semula sama ada didalam Negara atau keluar negara

Bersambung...
Next Entri 15/05/2013 


Sebagai Chamber operator aku perlu menyiapkan dan menjaga beberapa peralatan yang diperlukan bagi operasi asas Deck Decompression Chamber (DDC).Aku perlu memasang dan menyambung hos-hos yang membekalkan oksigen tulin serta bekalan angin dari mesin pemampat kepada DDC,membersihkan bahagian dalam DDC memasang beberapa peralatan kecil yang penting dibahagian dalam DDC, mengujinya dan merekodkan kebolehupayaan DDC tersebut.Aku juga  perlu  menyediakan jadual selaman untuk rawatan dan carta aliran tindakan semasa kecemasan menyelam serta memastikan peralatan perubatan siap sedia di DDC.Kerja-kerja teknikal tersebut tidak menjadi masaalah padaku kerana sebagai seorang diver memang sepatutnya perlu tahu memasang dan mengoperasikannya kerana pelajaran asasnya telah diajar semasa disekolah latihan menyelam diAustralia dulu dan kemahiran mengenainya diasah setiap kali naik job offshore dengan mana-mana company sebelum ini.Lebih-lebih lagi aku sering membantu divetech melakukan kerja-kerja pemasangan tersebut jadi tugas ini memang sangat mudah bagiku. 

Selama 2 hari aku ambil masa untuk menyiapkan sambungan-sambungan yang perlu bagi peralatan yang dibawah tanggunggjawabku disini.Dimana DDC perlu disiapkan dan diuji serta disahkan yang ia boleh digunakan untuk merawat diver yang menghadapi masalah atau mendapat penyakit penyelam.Sebenarnya dalam masa 1 hari segalanya boleh disiapkan tetapi ada beberapa peralatan yang tidak lengkap dan terpaksa menghubungi pembekal untuk menghantar beberapa peralatan kecil yang terlepas pandang oleh pembekal.
Apabila semua hose dan peralatan telah dipasang aku perlu menguji tahap fungsi DDC dengan disaksikan oleh Projek manager dan diving supervisor  Jepun.Apabila mereka berpuas hati maka  tugas aku seterusnya hanya s/by sahaja jika tiada sebarang kecemasan menyelam berlaku.

Semasa aku terlibat dengan projek yang besar diMalaysia sesetengah `main Contractor’ di Malaysia akan mengadakan kenduri doa selamat  bagi memohon keselamatan dan kelancaran dalam projek serta dan semoga tiada kecelakaan yang berlaku.Didalam projek ini Orang jepun juga turut melakukan upacara keagamaan dipanggil `safety pray’ sebelum projek ini mula berjalan.Pagi itu aku lihat mereka bawa seekor babi panggang yang besar dan diletakkan diatas meja bersama dengan peralatan sembahyang mereka. Aku duduk dan memerhati dari jauh sahaja.Mereka turut menjemput wakil-wakil dan boss-boss dari pihak-pihak lain yang turut terlibat dengan projek ini .Selepas upacara sembahyang selesai,diadakan jamuan makan pula dimana mereka akan memotong babi panggang tadi dan memakannya beramai-ramai.Terdapat beberapa orang yang berugama islam yang terlibat dengan projek ini turut hadir dalam jamuan makan tetapi bagi kakitangan yang berugama islam pula mereka telah mengasingkan tempat makan kami dan kami diberi makan KFC.Kira-kiranya mereka perihatin juga berkaitan urusan makan bagi yang beragama islam jadi itu sangat menyenangkan bagiku.maklumlah aku akan berada dan terlibat dengan projek ini sehingga selesai tentulah aku risau perkara berkaitan makan ni.
Inilah Barge Masakuni yang digunakan dalam projek ini dan menjadi tempat tinggal aku sehingga selesai projek ini dijangka pada hujung 2013 atau pada awal 2014 

Ini adalah projek membaiki kabel bawah laut yang rosak.Nippon Salvage Berjaya memenangi tender projek bernilai USD35 Juta dan tempoh masa yang diberikan adalah melebihi 17 bulan tetapi pihak Nippon salvage cuba untuk menyiapkannya dalam tempoh 12 bulan atau kurang. Nippon Salvage dikatakan mempunyai kepakaran dalam kerja-kerja cable lay dan juga cable repair seperti ini.Syarikat Jepun diberi keutamaan dalam menjalankan projek ini Kerana kabel yang hendak dibaiki adalah yang diimport khas dari jepun yang memang berkualiti tinggi.Aku juga difahamkan yang kabel eletrik bawah laut yang terbaik datang dari jepun kerana didalam kabel tersebut mengandungi bahan salutan yang menggunakan sejenis pokok yang hanya tumbuh diJepun dan bahan salutan tersebut sangat berkualiti.Kable eletrik didarat harganya $1000 untuk 1 meter  dan ia murah sedikit dari kabel dasar laut dan aku tidak mendapat jawapan berapakah harga kabel dasar laut untuk 1 meter.


Setiap hari taklimat penugasan diadakan sama ada dalam bahasa Jepun atau atau bahasa yang hampir-hampir menyamai bahasa Inggeris (Japlish /Japan English) sebab Jepun tak pandai bahasa Inggeris jadi taklimat diadakan dalam bahasa Jepun.dapat faham sikit-sikit pun kira dan cukup bagus.10 tahun dulu semasa berkhidmat dengan kerajaan  aku pernah dihantar belajar asas bahasa Jepun di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),kemudian apabila tidak diamalkan bahasa yang dipelajari lalu semuanya hilang dibawa angin lalu.Dengan terlibat didalam projek ini dan setiap hari berkomunikasi dengan bahasa Jepun aku harap dapat memperbaiki semula kemahiran bahasa Jepun yang dah lama aku tinggalkan.kadang-kadang aku kagum juga dengan orang jepun ni kerana walaupun mereka tidak mahir berbahasa Inggeris tapi kita boleh jumpa mereka bekerja dan berniaga diseluruh dunia dan mampu mengendalikan projek yang besar-besar bukan hanya dinegara mereka tetapi juga dinegara luar dan kualiti kerja mereka sangat berkualiti.

Uchiawase (meeting mesyuarat) sebelum memulakan kerja.Berbagai bangsa dan warganegara ada.Aku mewakili Malaysia.
Bolehlah faham sikit-sikit
Tetapi ada juga perkara yang melucukan bagiku kerana walaupun Orang jepun ni rajin dan kuat bekerja tapi mereka agak `Old school’ sikit serta tidak menggunakan teknologi atau system kerja yang lebih mudah dengan sebaiknya pendek kata mereka lebih suka `work hard’ daripada` work smart’.Aku ingatkan aku yang `old school' rupanya Jepun2 ni lebih `old school' lagi dari aku... kadang-kadang sesetengah teknologi atau peralatan direka untuk memudahkan sesuatu pekerjaan dilakukan tetapi orang Jepun lebih suka menggunakan kaedah lama atau cara yang lebih susah.Ada satu ketika tu selepas beberapa hari bercerita tentang diving di offshore dan aku sering menyebut-nyebut perkataan offshore ingatkan dorang faham rupa-rupanya selepas seminggu mereka boleh tanya aku balik `excuse me Spy Leman San (bkn nama betullah) what is offshore?? cehh buat penat je aku citer ingat paham...kata diver la sangattt...betul-betul punya old school daa...

Next Entry pada 30.04.2013 (jika tiada aral)


Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here