15.02.2013 (Sambungan)
45
minit Selepas penyelam Iizuka dan hato sampai kepermukaan selepas mereka terselamat
dari situasi cemas dibawah air dan
ketika bersiap-siap hendak pulang dan aku pula sedang bersiap-siap hendak
menutup kontena kebuk hiperbarik, kemudian aku sedikit terkejut apabila Hato
datang padaku dalam keadaan sedikit cemas.
Baru nak tutup kontena dan masuk tidur dah dapat pesakit lagi... |
Peralatan yang digunakan oleh diver iizuka (Rakan selam Hato) semasa melakukan kerja-kerja dibawah air.Topeng menyelam muka penuh dengan alat komunikasi. |
Hato
beritahu padaku yang beliau merasa sedikit
kebas-kebas dibahagian kaki sebelah kanan dari bahagian jari sehingga bahagian
punggung sebelah kanannya.Sedikit terkejut tapi sudah bersedia,aku tau beliau
mengalami simtom penyakit berkaitan menyelam yang perlukan rawatan segera.Tanpa
berlengah aku terus masukkan beliau kedalam kebuk hiperbarik untuk rawatan bagi
penyakit berkaitan tersebut
Dalam
masa yang sama aku sempat memaklumkan kepada penyelia selaman Oguri dan beliau
terus memaklumkan kepada komoriya.Sekali lagi beliau agak cemas tetapi aku tau
mereka yakin aku dapat mengendalikan situasi ini.Aku terus menghantar Hato
kekedalaman 60 kaki dan sebaik sampai dikedalaman tersebut aku arahkan beliau
segera memakai peralatan untuk menyedut Oksigen.Selepas 5 minit berada dikedalamn
tersebut dengan bernafas Oksigen tulin sepenuhnya Hato beritahu yang rasa
kebas-kebasnya berkurangan dan dengan cepatnya rasa kebas dikakinya
hilang sepenuhnya.Beliau yakin memang beliau telah dijangkiti penyakit
berkaitan menyelam yang dipanggil `Decompression sickness’
Penyakit
ini antara tanda-tandanya adalah Sakit dibahagian dada,badan dan pinggang, Pening,Keletihan
yang ekstrem,kelemahan badan,Sakit kepala,Loya,Kebas,Sakit sendi,Anggota rasa
lemah.Bagi kategori yang lebih berat maka Tanda-tanda yang lain pula adalah
ruam (kulit gatal-gatal),hilang koordinasi atau imbangan,hilang kawalan pundi
buang air kecil atau air besar,lumpuh ,sawan,perubahan personality dan
kekeliruan,gangguan tahap kesedaran,gangguan percakapan dan gangguan
penglihatan.
Antara
Punca-punca yang boleh menyebabkan seseorang penyelam ditimpa penyakit ini
adalah Selaman berulang,menyelam dalam (24 meter keatas),kadar kenaikkan laju serta
kenaikkan berulang,kerja berat,dihidrasi,obesity,kesejukan,umur yang banyak,Co2,hentian dekompresi,tahan nafas
ketika menaik, penyakit paru-paru,keletihan dan penyakit dari kecederaan lepas.
Aku
berasa lega bila Hato memaklumkan padaku melalui alat komunikasi yang
kebas-kebas dikakinya sudah hilang sepenuhnya.Rawatan tetap diteruskan mengikut
jadual dekompressi rawatan sehingga selesai dimana ia akan mengambil masa
selama 2 jam 15 minit (Table 5 USN diving table).keseluruhannya.Jika keadaan nya teruk atau simtomnya tidak
berubah maka aku akan mengubah dan memanjangkan lagi tempoh rawatannya didalam
chamber menjadi sehingga 4 jam lebih atau kadang-kadang sehingga 6 jam
lebih mengikut `Table 6 USN diving table',namun ia bergantung kepada keadaan pesakit/penyelam tersebut.
Komoriya
dan beberapa orang lagi pegawai atasan warga jepun sesekali akan muncul di
kontena kebuk hiperbarik untuk memantau dan mengambil tahu perkembangan pesakit
dan rawatan yang diberikan.Oguri pula sentiasa duduk bersama ku memantau
rawatan dan penyelam yang sedang berada didalam kebuk hiperbarik. Komoriya dan
Oguri bersembang dan sesekali aku mendengar namaku disebut aku buat-buat macam
tak faham tapi aku tau mereka memuji aku,Mereka rasa lega dan gembira kerana
aku berada didalam operasi projek ini ketika insiden berlaku.kembang kempis
hidung ku bukan kerana sesak nafas tapi dipuji dek pegawai Jepun.Namun aku memanjatkan syukur pada Allah yang telah
memudahkan urusanku serta memberi ketenangan sepenuhnya padaku dalam
mengendalikan masaalah ini.
Sedang serius mengendalikan chamber.Oleh Kerana aku pemalu orangnya jadi aku tampalkan gambar Hero yang tak pemalu lah (Liam Neeson Hero filem Taken & Taken 2)..peace ya.. |
Sesekali
kami akan beri minuman kepada penyelam yang sedang berada didalam kebuk
hiperbarik melalui ruang kecil yang dipanggil kunci perubatan atau `medical
lock’. Selepas 2 jam lebih menjalani terapi rawatan hiperbarik oksigen didalam
kebuk kemudian aku pun bawa penyelam naik ke tekanan neutral.Aku jalankan
sedikit pemeriksaan dan mendapat respon yang sangat positif dari Hato.Beliau
beritahu yang kesakitannya telah pulih sepenuhnya.Aku nasihakan agar beliau naik
kedarat dan berjumpa dengan doktor pakar penyakit penyelam bagi membuat
pemeriksaan lanjutan dan bagi memastikan yang beliau telah pulih sepenuhnya
dari penyakit dekompressi tersebut.
Sekali
lagi, Hato sama juga seperti iizuka sebelum ini tidak berhenti-henti bersalam
dan mengucapkan terima kasih padaku kerana Berjaya menjalankan rawatan kebuk
hiperbarik padanya dengan baik dan lancar.Pegawai-pegawai atasan warga Jepun
juga mengucapkan terima kasih padaku.mereka beritahu yang mereka rasa sangat
syukur dan gembira kerana aku berada bersama mereka didalam projek ini.Lalu secara spontan aku bertanya lepas ini adakah aku boleh minta naik gaji? Mereka semua ketawa
dengan soalan lawak ku itu...Aku hanya sekadar nak melegakan ketegangan suasana
waktu itu sahaja...Apa bila semua orang sudah ketawa maka keadaan dah kembali
pulih seperti biasa.Aku juga gembira kerana telah buktikan pada Jepun yang aku
boleh bekerja dan aku tau apa yang menjadi tangunggjawabku walaupun pada kebanyakkan masa mereka nampak aku lebih banyak rehat,makan dan tidur sahaja.Dan malam itu dengan perasaan yang penuh Kesyukuran,keterujaan,kelegaan dan kepenatan aku tidur dengan lena....
Next entri..15.06.2013