Dunia Commercial Diver






31 Ogos datang lagi.Dengan ketibaan Tarikh itu pada Tahun ini menandakan genapnya 5 tahun persaraan aku dari PDRM.Namun jiwa dan hatiku masih lagi di Bukit Aman itu.Walaubagaimana pun hidup mesti diteruskan perjuangan baru juga perlu diteruskan.Walaupun sudah awam tidak semestinya tidak patriotik,aku masih patriotik sama juga seperti waktu masih berkhidmat dulu.

Tapi aku hairan melihat kecenderungan rakyat Malaysia terutama generasi muda sekarang ini yang kurang patriotik dan tak kurang juga ramai yang terlalu membenci kerajaan seolah-olah kerajaan Negara ini terlalu zalim seperti kerajaan Basyar Asad pula.

Aku akui yang kerajaan sekarang tidak sempurna tapi bukan beerti mereka kerajaan yang Zalim atau kejam malah kerajaan ini terlalu baik dan memanjakan rakyatnya sebab itulah rakyatnya menjadi manja,malas,tidak berdisiplin dan suka meminta-minta serta terlalu suka bersikap tidak puas hati dengan kebanyakkan perkara.

Sudah banyak Negara lain didunia aku jejaki sama ada untuk tugas rasmi atau tidak rasmi dan aku telah melihat banyak kekurangan atau kelebihan negara orang, lalu aku bandingkan dengan apa yang ada dinegara ku dan kesimpulan yang kudapati adalah  lebih baik Negara ku sendiri.

Sedikit sedutan kata-kata dari Facebook saudara Hilal Asyraf yang boleh kita fikirkan.

Ogos sangat sinonim dengan kemerdekaan bagi rakyat Malaysia. 31hb Ogos ialah tarikh keramat buat kita semua, tarikh di mana kita melaungkan kemerdekaan negara kita dari cengkaman penjajah.
Saban tahun bila tiba musim kemerdekaan, akan ada wawancara daripada media bertanya kepada rakyat akan erti kemerdekaan. Ada yang menjawab ianya ialah kebebasan, ada yang menjawab ianya ialah tidak lagi perlu ikut telunjuk orang lain dan sebagainya.
Namun dalam keghairahan kita menyambut kemerdekaan negara ini, apakah kita pernah berhenti sebentar dan melihat diri, kemudian bertanya – merdekakah kita?
 Benar, penjajah telah tiada. Mereka telah pulang ke negara mereka. Hari ini negara kita diperintah oleh kita sendiri, anak watannya. Namun itu secara fizikal, secara luarannya.

Walaupun telah merdeka dari segi fizikal, kita dapat melihat bahawa minda dan jiwa kebanyakan rakyat Malaysia masih belum berjaya dibebaskan.

kita masih dicengkam oleh budaya yang tidak sihat, sama ada datangnya dari sikap turun temurun orang kita, atau datangnya daripada anasir luar. Kita seakan ‘terjajah’ dengan pelbagai trend hedonisme seperti KPop, dedah aurat, pergaulan bebas, style-style yang kita ambil bulat-bulat daripada anasir luar yang tidak sihat(gangsterisma contohnya)dan sebagainya.
Itu belum dikira penjajahan syaitan ke atas diri kita, dengan pelbagai perbuatan luar batas syara’ yang telah menjadi darah daging kita.
Maka, kita tanya diri kita semula, apakah kita telah merdeka sebenarnya?


Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang nescaya Allah akan menambahkan lagi nikmatnya seandainya kita bersyukur.
 
31 Julai Hari Pahlawan
31 Ogos Hari Kemerdekaan Malaysia.

Berterima Kasihlah kepada para pejuang tanahair yang telah berjuang dan berkorban nyawa sehingga kita mencapai Kemerdekaan dan para pejuang pasca merdeka  yang berusaha mengekalkan keamanan dalam negara  berdaulat ini.

Berterima Kasihlah kepada para pejuang tanahair yang telah berjuang dan berkorban nyawa sehingga kita mencapai Kemerdekaan dan para pejuang pasca merdeka  yang berusaha mengekalkan keamanan dalam negara  berdaulat ini.

Janganlah terlalu bertanya tentang sumbangan negara kepada anda tetapi renung dan nilai kembali apa bakti anda kepada negara.
Selamat Menyambut Hari kemerdekaan kepada semua Warganegara Malaysia yang bangga bahawa Negara tanah tumpah darahnya adalah Malaysia. 

Sambungan dari Entri yang lepas...92-Persiapan projek Fasa kedua 
Kalau tak baca entri lepas mesti tak faham ape yg aku tulis ni sebab ceritanya kat tengah-tengah.

Selepas Kabel yang telah di baiki dan disambungkan bahagian yang putus atau rosak dengan bahagian kabel yang baru ia kemudiannya diturunkan kedasar laut semula.Selepas diturunkan penyelam akan membuat selaman dan menandakan dimana-mana bahagian didasar laut tersebut kedudukan kabel yang tergantung atau tidak terletak betul-betul dilantai laut akibat dari keadaan permukaan laut yang tidak rata.
Beginilah rupa lukisan Penyelam tentang kedudukan dan keadaan kabel dilantai laut.Semasa ini juga surveyor akan menandakan dengan tepat didalam GPS kedudukan kabel yang tergantung itu. Ganas diver ni sampai papan slate untuk melukis ni pun pecah-pecah.
surveyor sedang menandakan dengan tepat didalam GPS kedudukan kabel yang tergantung itu. 
Keadaan kedudukan joint box selepas diturunkan kelantai laut

Palet-palet karung simen sebelum diturunkan kelaut

Palet karung simen diturunkan keair dari atas barge menggunakan kren


Penyelam akan memantau palet diturunkan dan memastikan kedudukannya diletakkan hampir dengan kabel yang berada dilantai laut

Selepas mengenalpasti kawasan-kawasan tersebut, karung-karung yang berisi simen kemudian akan diturunkan disitu dan akan disusun oleh penyelam bertujuan bagi menyokong bahagian bawah kabel tersebut dan juga dibahagian tepinya.

Jika tidak menggunakan kren karung-karung simen diletakkan diatas bot kecil dan diturunkan secara manual oleh penyelam yang lain

Semasa proses ini biasanya penyelam hanya akan menyelam dari bot kecil sahaja.Selepas selesai karung-karung simen diletakkan ditempat yang ditetapkan maka sekali lagi penyelam akan turun untuk mengambil gambar dan video keadaan kabel tersebut selepas selesai kerja bagi tujuan rekod.Jika `client` berpuas hati maka kerja untuk fasa seterusnya akan dijalankan pula.



Beginilah keadaan joint box selepas ditimbun dan dikepung dengan karung-karung simen bagi memberi kestabilan kedudukannya.F2R  2nd JB itu bermaksud Feeder 2 Red ,joint box yang kedua.

Beginilah keadaan kabel yang tergantung selepas diletakkan karung-karung simen dibawahnya bagi menyokong kedudukannya agar tidak patah dan merosakkan kabel tersebut.

Lagi kedudukan karung-karung simen dibawah kabel yang tergantung.

Penyelam terjun dengan kameranya untuk mengambil gambar keadaan kabel selepas diletakkan karung-karung simen padanya
Semasa menyelam dari bot kecil ini bot kami akan diapit dan dijaga oleh beberapa lagi buah bot kecil dan juga bot penunda yang lebih besar dari bot kami kerana kawasan ini adalah laluan yang sibuk bagi kapal-kapal besar.Setiap buah bot mempunyai alat hubungan dan boleh berkomunikasi terus dengan pihak berkuasa yang memantau laluan kapal ini.Kapal-kapal besar yang melalui laluan ini akan dilencongkan sedikit perjalanan mereka agar menjauhi kawasan menyelam kami.

Sebuah Kapal kontena yang  besar sedang melalui kawasan yang sangat hampir dengan penyelam bekerja.
Begitulah kerja-kerja membaiki kabel ini berjalan.Selepas habis kesemua proses lalu diulang semula proses yang sama untuk kabel yang lain pula.



Next Entry 31.08.2013 Merdeka weii....




Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here