Dunia Commercial Diver



Entri ini dan beberapa siri entri mendatang aku akan menceritakan detik-detik bagaimana berlakunya peristiwa yang sungguh mencemaskan aku didalam projek ini dan membuatkan aku stress beberapa hari sampai tak lena tidur dan tak berselera makan.Bagi menghormati privasi mereka-mereka yg terlibat maka nama-nama yang akan digunakan bukanlah nama sebenar

24/11/2013

Aku memulakan hari seperti biasa,bangun seawal jam 5 pagi,mandi dan  bersiap-siap untuk solat.Usai solat subuh seperti biasa mengaji barang beberapa muka surat surah-surah terpilih.Selepas itu aku bersarapan didalam kabin penginapanku sahaja dengan segelas teh O panas yang dicicah dengan roti bun kaya dan juga bun inti kacang Merah yang aku bawa dari Malaysia beberapa hari lepas semasa hendak berlepas ketempat kerja.

Pagi itu jam 0740hrs  seperti biasa diver-diver tempatan seramai 8 orang mula sampai.Kebiasaanya Diver tempatan hanya 6 orang sahaja tetapi sejak semalam ada tambahan lagi 2 orang diver bagi kerja-kerja dibawah air yang memerlukan diver tambahan.Diver-diver regular disini adalah Pamid,Remon,ames,eong,Sapil dan Dean manakala 2 orang diver tambahan pula adalah Monday dan Sumi.Kedua-dua mereka ini sudah beberapa kali datang kekapal ini sebelum ini setiap kali operasi menyelam memerlukan diver tambahan Jadi aku memang sudah mengenali mereka sebelum ini.Diver Sumi berusia dalam sekitar 50an seorang yang agak pendiam tapi bagus orangnya hanya beliau memang pendiam,manakala diver Monday pula seorang  diver yang agak kecoh atau agak riuh juga orangnya.Sudah berusia 57 tahun,sering menjadi bahan usikan dan gurauan rakan-rakan yang lain kerana saiz badannya yang rendah dan kecil seperti seorang remaja yang masih sekolah menengah.Kami selalu berlawak dengan mengatakan jika pandang beliau dari belakang Nampak mcm budak sekolah tapi jika beliau pusing mengadap kami maka kami akan kata “Halamak sekali dah reputlah...” .Aku juga tidak terkecuali kadang-kadang bersama dengan Pamid akan ketawa dengan gelagat-gelagat beliau.Diver Monday juga dikenali sebagai seorang yang agak kuat makan dan beliau sering membawa bekalan makanan dan buah-buahan dari rumah.

0800hrs
Taklimat pagi tentang kerja dan keselamatan semasa operasi berjalan diberikan seperti biasa.Setiap pagi taklimat ringkas tentang skop kerja pada hari itu diberikan oleh Site Manager iaitu Komo San dan Taklimat tentang nasihat keselamatan diberikan oleh Mr Phill.Tidak ada yang luar biasa dalam skop kerja dan semuanya agak `straight forward’ seperti selalu.Selepas taklimat semua orang akan turun ke deck utama dibahagian hujung barge ini dan akan menjalankan tugas masing-masing.Diver-diver Jepun dan diver tempatan akan bersama-sama memeriksa dan menyediakan kelengkapan menyelam.Diving Supervisor Jepun Tetsuo Ogaru akan mencatitkan pembahagian tugas dan pasangan selam masing-masing.Biasanya setiap pasangan diver akan terdiri dari seorang  diver Jepun dan seorang diver tempatan.

Tugas aku seperti biasa sebelum bermula operasi menyelam aku terlebih dahulu akan memeriksa Decompression Chamber ku dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan dengan serta merta sekiranya berlaku kecemasan semasa menyelam atau selepas menyelam.Aku memastikan yang bekalan angin dan bekalan Oksigen perubatan untuk Chamber semua mencukupi dan semua valve-valve dalam keadaan siap sedia.Selepas memastikan semuanya dalam keadan lengkap,baik dan bersedia aku bergerak kestesyen menyelam dan bersedia untuk memulakan tugasku disitu sebagai pembantu kepada Diving Supervisor.

Dalam projek ini ada 2 diving supervisor iaitu Pamid akan menyelia diver tempatan manakala Tetsuo Ogaru pula menyelia diver Jepun.Di stesyen menyelam tugasku adalah mencatatkan semua butiran penting tentang selaman nama penyelam,tugas mereka,tempoh masa menyelam,hentian keselamatan dibawah air (decompression stop)  dan jadual kedalaman selaman yang digunakan.Aku juga turut memainkan peranan memberi nasihat kepada diving supervisor Jepun iaitu Ogaru berkaitan dengan `bottom time’ maksimum penyelam yang sedang bekerja dan juga tempoh hentian keselamatan yang mereka perlu buat sebelum naik kepermukaan,bukanlah bermakna diving supervisor tidak pandai dalam hal-hal tersebut tetapi mereka lebih mementingkan produksi dari keselamatan jadi seringkali mereka melanggar peraturan menyelam.Oleh kerana aku sebagai diver medic yang akan bertanggungjawab mengambil tindakan pemulihan jika berlaku kecemasan maka aku sering mengingatkan mereka tentang keselamatan menyelam yang kadang-kadang diambil mudah.
Kerja aku sangat senang jika tak berlaku apa-apa kemalangan.Hanya ambil masa dan catitkan semuanya didalam log book sahaja.
Aku tidak risau dengan diving supervisor diver tempatan iaitu Pamid kerana beliau seorang yang sangat berpengalaman malah lebih banyak pengalaman dari aku sendiri. Pamid sangat menitikberatkan tentang keselamatan menyelam.Beliau juga selalu berkongsi pendapat denganku tentang kedegilan diver Jepun.Kadang-kadang jika Pamid menyelam akulah yang akan mengendalikan selaman tersebut membantu komunikasi antara penyelam dengan penyelia Jepun diatas permukaan jadi aku dengan Pamid agak serasi juga. Pamid seorang yang sangat baik dengan ku.Setiap hari beliau tidak pernah lupa membawakan sarapan pagi dan kadang-kadang makanan tengahari atau makan malam untuk ku disini.Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budi baik beliau itu,tidak terbalas olehku akan kebaikkan beliau padaku.    

Skop kerja hari ini adalah menggali lumpur yang menimbuskan kabel dasar laut untuk tujuan pembaikkan,Terdapat beberapa rangkaian kabel yang dibaiki didalam projek ini tetapi kabel yang sedang kami kerjakan hari ini adalah  kabel F1Red.Penggalian menggunakan sand pum yang diturunkan dengan kren.Sand pump ini sangat besar dan berat,ia berfungsi dengan menembakkan pancutan air bertekanan tinggi kearah lantai laut bagi menggali manakala dibahagian hujungnya terdapat lubang yang akan menyedut lumpur atau pasir yang terurai dengan kekuatan tinggi bagi menggali dengan dalam sehingga terjumpa kabel yang tertimbus.

Kabel F1Red ini telah tertimbus dengan lumpur dan pasir sedalam lebih dari 2 meter.Sudah sebulan kami menjalankan kerja2 menggali ini.Sand pump  akan diturunkan dengan kren dan tergantung beberapa meter dari lantai laut,penyelam akan membantu memandu arah hujung bahagian yang menyedut tersebut,tanah atau lumpur yang disedut akan disalurkan kebahagian yang jauh disebelah belakang diver.

Mesin penyedut pasir sedang diturunkan kelaut untuk digunakan oleh diver bagi menyedut keluar pasir yang menimbus kabel didasar laut
Pasangan pertama Menyelam hari itu bermula pada Jam 0831hrs selepas itu pasangan  kedua dan seterusnya bersilih ganti penyelam turun menjalankan kerja-kerja dibawah air.Pasangan kelima menyelam adalah Supervisor Jepun turun bersama dengan diver Monday mereka meninggalkan permukaan pada jam 1220hrs.Ogaru mengetuai selaman tersebut dan diver Monday sebagai pembantu beliau dibawah air.Kedalaman air tempat bekerja adalah 21 meter,Jangkamasa mereka berada dilantai laut lebih kurang 45 minit.Sebelum timbul dipermukaan mereka melakukan hentian keselamatan dikedalaman 6 meter (20 kaki) selama 10 minit bagi menneutralkan semula gas-gas lengai yang terhasil didalam system badan supaya mereka tidak mendapat penyakit menyelam.Proses ini adalah rutin bagi prosedur keselamatan menyelam.Pasangan Ogaru dan diver Monday tiba dipermukaan pada jam 1318hrs.

Sebaik sampai dipermukaan seperti biasa  aku akan membuat pemerhatian secara visual akan keadaan kesihatan penyelam dan bertanya  pada mereka adakah mereka berasa baik atau ada mengalami sebarang rasa tidak sihat.Kedua-duanya memberi respon yang baik dan memberitahu aku mereka baik-baik sahaja.

Selepas itu diver Monday pergi bahagian belakang barge dimana terdapat paip air tawar untuk mandi.Aku pula meneruskan tugas ku seperti biasa kerana masih ada 2 pasangan diver lagi yang perlu menyelam.Semasa diver seterusnya mula menyelam dan aku mencatatkan butiran didalam buku log lalu aku mencuri masa untuk menunaikan solat zohor dikabinku dan meminta Pamid mengantikan sementara tempat ku.Selesai solat aku keluar dari kabin aku lihat Diver Monday sudah selesai mandi dan sedang menikmati makan tengahari dengan bekalan nasi yang dibawanya dari rumah. Aku tidak bersembang dengannya kerana harus segera ke stesyen menyelam bagi meneruskan tugas.

Pasangan diver terakhir naik kepermukaan dan selesai kerja menyelam pada hari itu adalah pada Jam 1506 hrs.Selepas selesai tugas menyelam kami pun mengemas peralatan menyelam dan menyimpan ditempatnya serta membersihkan stesyen menyelam.Manakala barge akan ditunda untuk dibawa ke anchor point yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa disini kerana tempat kami menyelam itu adalah didalam laluan kapal besar dan bot-bot kecil manakala kawasan anchor point pula tidak termasuk didalam laluan mana-mana kapal besar.

Jam 1600hrs  selepas selesai kerja masuk kekabin penginapanku yang terletak dikawasan rehat semua krew berkumpul dan berehat,dari kabinku dapat melihat terus melalui tingkap kaca pada pintunya kekawasan rehat tersebut dan aku dapat lihat yang diver-diver tempatan masih belum pulang kedarat.Biasanya mereka akan pulang kedarat dengan bot krew yang memang disediakan untuk mereka.

Aku terus menukar coverall dan naik ketingkat atas barge dan memasukkannya kedalam mesin basuh,kebiasaannya aku akan menukar pakaian dan membasuhnya selepas diver-diver tempatan meninggalkan barge tapi entah kenapa hari ni cepat pula aku menukarnya.Selepas itu aku masuk kekabinku semula.Kemudian diver Monday menjengukku didalam bilik, aku pun mengajaknya masuk, waktu itu jam l/kurang 1608hrs beliau mengadu padaku yang beliau berasa sangat panas dan berpeluh dengan teruk sekali.Memang aku lihat badannya basah kuyup dengan peluh seolah2 baru lepas berlari...

Bersambung pd Entri akan datang...

Next Entry 1/3/2014

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan