Entri ini adalah sambungan dari entri yang lepas yang menceritakan detik-detik bagaimana berlakunya peristiwa yang penuh mencemaskan aku didalam projek ini dan membuatkan aku stress beberapa hari sampai tak lena tidur dan tak berselera makan. Bagi menghormati privasi mereka-mereka yg terlibat maka nama-nama yang akan digunakan bukanlah nama sebenar.
24/11/2013
24/11/2013
Selepas itu aku masuk kekabinku semula.Kemudian
diver Monday menjengukku didalam bilik, aku pun mengajaknya masuk, waktu itu
jam l/kurang 1608hrs beliau mengadu padaku yang beliau berasa sangat panas dan
berpeluh dengan teruk sekali.Memang aku lihat badannya basah kuyup dengan peluh
seolah2 baru lepas berlari. diver Monday kata dia makan banyak sangat tadi
selepas menyelam dan sekarang dia rasa lain macam rasa macam lemah.
Apabila aku memegang tubuhnya untuk membuat pemeriksaan tiba-tiba Diver Monday terus rebah dan kakinya menjadi lemah nasib baik aku cepat menahannya dari rebah terhempas kelantai,aku segera membaringkannya dan segera membuka pintu bilik dan memanggil diver-diver lain yang berada diluar untuk segera membantu.Aku lihat beliau dalam keadaan sedar dan hanya mengerang,kami segera mengangkatnya beramai-ramai dan membawanya kechamber yang terletak di kawasan rehat itu juga.kami berkomunikasi dengan diver Monday meminta supaya dia tidak tidur dan terus bercakap dengan kami.
Kami mengusungnya dan membaringkan diatas tembat duduk didalam chamber,beliau sedar dan mengerang aku segera keluar dan meminta diver Remon untuk masuk menjadi pembantu didalam chamber.Aku segera menutup pintu chamber,membuka valve membekalkan medical oxygen dan segera membekalkan angin kedalam chamber untuk membawanya ketekanan kedalaman 60 kaki mengikut jadual rawatan kecemasan USN Treatment table 6.Selepas beberapa minit menyedut oksigen tulin diver Monday menunjukkan tanda pemulihan yang baik,beliau berkomunikasi dengan diver Remon yang bertindak selaku chamber attendant dan melakukan pemeriksaan pada beliau sambil berkomunikasi seperti biasa, diver Monday memberitahu beliau tidak ada sebarang sakit pada sendi atau mana-mana bahagian badan.
Beliau hanya beritahu yang beliau berasa lemah kerana makan terlalu banyak selepas menyelam tadi.Masa ini beberapa orang diver lain yang sudah lama mengenali beliau datang memberitahu yang kemungkinan beliau kekurangan gula kerana sebelum ini beliau mempunyai sejarah kesihatan seperti diabetic.Selama 20 minit beliau bernafas menyedut oksigen tulin dan beliau semakin pulih.

Mengikut jadual rawatan selaman USN
table 6 Bila cukup 20 minit bekalan oksigen dihentikan dan beliau perlu
bernafas udara biasa selama 5 minit sebelum bekalan oksigen disambung lagi.didalam
tempoh rehat 5 minit ini aku arahkan Remon memberi Diver Monday minum air mineral
yang kami sediakan didalam chamber dan juga minuman isotonic kerana beliau
berpeluh dengan banyak sebelum ini dan semasa proses rawatan didalam chamber
ini. diver Monday berkomunikasi seperti biasa dan menunjukkan isyarat tanda
bagus menandakan yang beliau semakin baik.Selepas 5 minit bernafas udara biasa
sesi kedua bernafas oksigen tulis disambung lagi,beliau diminta berbaring bagi
membolehkan pengaliran oksigen keseluruh anggota tubuh dapat berjalan dengan
baik.waktu ini Remon sentiasa berkomunikasi dengan beliau dan aku sentiasa
memantau dari luar sambil mengendalikan chamber.
Apabila melihat yang beliau menunjukkan tanda pemulihan yang baik dan tidak ada tanda sakit seperti penyakit penyelam dimana beliau tidak mengalami sakit-sakit badan,tidak sakit dada,tidak sesak nafas dan tidak kebas-kebas anggota serta selepas mendapat beberapa maklumat berkaitan sejarah kesihatannya yang lalu lalu aku buat keputusan untuk meneruskan rawatan mengikuta jadual rawatan USN treatment table 5 sahaja dimana ia hanya akan mengambil masa 2 jam lebih didalam chamber.berbanding USN Treatment Table 6 yang akan mengambil masa selama 4 jam lebih.
Waktu ini aku sentiasa ditemani oleh Pamid yang membantu aku memantau keadaan didalam chamber dan mengendalikan chamber.Operation Manager dan Ogaru yang menjadi pasangan selam diver Monday juga sentiasa bersamaku diluar chamber.Aku bertanya pada Ogaru adakah beliau mengalami sebarang symptom dan Ogru beritahu aku yang beliau dalam keadaan baik dan sihat.waktu ini Operation Manager dan Pamid berusaha menghubungi hospital dan diving doctor untuk kami menyampaikan lapuran dan meminta nasihat berkaitan dengan rawatan yang sesuai kepada pesakit didalam chamber.
Pihak hospital dan ambulan Berjaya dihubungi dan telah kami maklumkan yang kami mempunyai pesakit didalam chamber agar mereka bersiap sedia. Namun Diving doctor tidak dapat dihubungi.

Ketika sesi rawatan kedua ini aku
sempat meminta Pamid untuk mengendalikan chamber sebentar kerana aku hendak
menunaikan solat asar kerana waktu ini aku lihat keadaan mula tenang seperti
biasa walaupun pesakit masih didalam chamber,keadaan tenang kerana pesakit
menunjukkan tanda-tanda yang sangat positif seolah-olah segalanya akan berakhir
dengan baik seperti selalu.Ini bukanlah kali pertama aku merawat diver didalam
chamber ini,sudah banyak kali dan Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik
dan semua diver pulih dengan izin Allah.
Usai solat aku segera datang
kechamber dan meneruskan tugas.Apabila Sesi kedua oksigen tulin mencapai waktu
20 minit pada jam 1656 hrs hingga 1725hrs tekanan didalam chamber dibawa
kekedalaman 30 kaki dan Diver Monday menunjukkan tanda yang semakin pulih.Apabila
sampai dikedalaman 30kaki bekalan oksigen dihentikan pada jam 1725hrs hingga
1730hrs untuk sesi 5 minit bernafas udara biasa pula.Ketika ini Diver Monday sekali
lagi bangun dan minum air serta bersembang dengan Remon seperti biasa.
beliau hanya mengadu berasa panas dan bertanya berapa lagi rawatan ini akan berlangsung.Aku beritahu lebih kurang satu jam sahaja lagi.Beliau masih mengulang makluman yang tadi beliau makan banyak sangat.Remon masih bertanya adakah beliau merasa sakit dimana-mana bahagian tetapi beliau jawab tiada.

Pusingan
ketiga bekalan oksigen diteruskan mulai jam 1730 hrs hingga 1755hrs pusingan ketiga ini sepatutnya berjalan selama
20 minit.Sewaktu didalam proses rawatan oksigen pusingan ketiga ini sedang
berjalan dan Remon baru selesai bertanya keadaan Diver Monday dan beliau
menunjukan isyarat bagus dengan ibu jarinya.Beliau ketika ini sedang
duduk.Tiba-tiba tangannya menjadi kejang dan beliau berkata sambil menahan
sakit ayat terakhirnya adalah “DIA DATANG,DIA DATANG,DIA DATANG “ Remon terkejut dan terus
bertanya “apa datang ,apa datang???” Diver Monday terus rebah diatas tempat
pembaringan didalam chamber ini.
Bersambung lagi......
Next Entry 1/4/2014
Next Entry 1/4/2014