Entri ini adalah sambungan dari entri yang lepas yang menceritakan detik-detik bagaimana berlakunya peristiwa yang penuh mencemaskan aku didalam projek ini dan membuatkan aku stress beberapa hari sampai tak lena tidur dan tak berselera makan.
24/11/2013
Pusingan ketiga bekalan oksigen
diteruskan mulai jam 1730 hrs hingga
1755hrs pusingan ketiga ini sepatutnya
berjalan selama 20 minit.Sewaktu didalam proses rawatan oksigen pusingan ketiga
ini sedang berjalan dan Remon baru selesai bertanya keadaan Diver Monday dan
beliau menunjukan isyarat bagus dengan ibu jarinya.Beliau ketika ini sedang
duduk.Tiba-tiba tangannya menjadi kejang dan beliau berkata sambil menahan
sakit ayat terakhirnya adalah “DIA DATANG,DIA DATANG,DIA DATANG “ Remon terkejut dan terus
bertanya “apa datang ,apa datang???”
Diver Monday terus rebah diatas tempat pembaringan didalam chamber ini.Remon serta merta menjerit dan terus memeriksa nafas dan denyutan nadi Diver Monday,apabila mendapati tiada nadi dan tiada nafas Remon terus melakukan CPR keatas Diver Monday dan aku memerhati dari luar chamber sambil memberi kata-kata semangat pada Remon dan memberi panduan apa yang patut dilakukan supaya beliau tidak panik dan tidak merasa keseorangan dalam situasi kecemasan ini.
Selepas satu pusingan CPR aku lihat Diver Monday yang sedang terbaring kaku terus termuntah makanan,Remon segera mengiringkannya,mengorek keluar segala benda yang menghalang saluran pernafasannya dan kembali melakukan CPR menekan dadanya 30 kali dan memberi 2 kali hembusan.
Ketika ini aku lihat Diver Monday tidak ada tindakbalas positif langsung.Remon tidak berputus asa terus melakukan CPR.Keadaan didalam chamber dan diluar chamber sangat tegang ketika ini.Aku lihat walaupun Diver Monday berterusan termuntah namun Remon tetap membersihkan muntahnya dan terus memberi pernafasan mulut ke mulut tanpa lapik kerana tidak ada pocket mask didalam chamber ketika ini.Bab ini aku memang respek pada Remon kerana bukan semua orang mampu untuk memberi pernafasan mulut ke mulut tanpa berlapik sedang mangsa terus termuntah.Aku terus memberi kata-kata semangat pada Remon.

Keadaan waktu itu sungguh
mencemaskan.keadaan diluar juga berasa tegang tetapi tidak dapat berbuat
apa-apa kerana chamber masih dalam tekanan bersamaan kedalaman 30 kaki. Aku
segera mengarahkan diver dan krew yang diluar untuk menyediakan kelengkapan
kecemasan yang diperlukan.Projek manager membawakan Automatic Emergency
Defibrilator (AED) yang berfungsi untuk menghidupkan semula degupan jantung
yang terhenti,tetapi alat ini tidak boleh dibawa kedalam chamber kerana bakal
mengundang bahaya kebakaran atau letupan kerana didalam chamber terdapat
oksigen tulin.Sambil itu aku terus membantu Remon dari luar.
Apabila lebih kurang 5 minit Remon
melakukan CPR keatas Diver Monday namun tiada perubahan lalu aku buat keputusan
untuk menamatkan rawatan tekanan tinggi ini dan membawa persekitaran chamber ke
persekitaran biasa.Aku segera maklumkan kepada Remon agar jangan putus asa
kerana sekarang aku sedang membawanya kepermukaan,namun ianya tidak boleh
dibawa kepermukaan dengan serta-merta.Ianya masih tetap dalam keadaan perlahan
kerana jika aku membawanya kepermukaan terlalu laju maka Remon pula bakal
mendapat risiko penyakit penyelam.Dalam pada proses naik ke persekitaran biasa
ini Remon terus melakukan CPR dan aku terus memantau dari luar sambil memberi
semangat dan panduan padanya.Pada satu-satu ketika Remon hampir putus asa
kerana keletihan akibat melakukan CPR seorang diri tapi aku yakinkan dia agar
bertahan kerana proses naik ke persekitaran biasa sudah hampir tamat dan kami
akan ambil alih selepas itu.
Keadaan semakin cemas dan semakin
tegang.....Jam 1820hrs paras tekanan didalam chamber kini sudah sama dengan persekitaran biasa, sebaik sahaja pintu chamber boleh dibuka, beberapa orang diver lain terus masuk untuk membantu diver Remon.Kami terus
mengangkat Diver Monday dan membaringkannya diatas stretcher yang telah kami
sediakan didepan kontena chamber.
Tugas melakukan CPR diambil alih oleh aku,Fuke dan Ogaru yang sebelum ini menjadi dive buddy Diver Monday.Ogaru dan Fuke berganti-ganti menekan dada Diver Monday manakala aku terus memberi pernafasan mulut kemulut.Tidak seperti Remon yang tidak menggunakan pocket mask tetapi aku menggunakan pocket mask yang sempat aku capai sebelum menamatkan rawatan chamber tadi.Kami berganti-ganti menekan dan menghembus pernafasan oleh kerana 2 orang yang menekan dada jadi pernafasan mulut kemulut diberi setiap 15 kali tekanan dada.

Disinilah kami melakukan CPR sebaik sahaja mangsa dibawa keluar dari chamber sebelum dibawa kedalam bot |
Operation manager dan pembantunya
bergilir-gilir membersihkan muntah diver Monday setiap kali dia termuntah dan
pernafasan hendak diberikan. Diver Monday akan termuntah setiap kali dadanya
ditekan.Hampir 5 minit CPR diberikan diatas stretcher dihadapan chamber ini
kemudian kami segera mengangkatnya untuk dibawa kedalam bot krew yang memang
sentiasa s/by di barge ini.
Semasa beberapa orang krew mengangkat stretcher ini aku segera berlari kedalam kontena chamber dan dengan pantasnya mencapai segala catitan berkaitan profile menyelam Diver Monday beberapa jam sebelum ini,mencapai catatan tentang rawatan chamber tadi kerana disitu aku mencatitkan perjalanan masa setiap yang berlaku kerana butiran-butiran ini adalah tersangat penting untuk tujuan buat lapuran atau rujukan pihak hospital nanti.Aku juga sempat berlari dan masuk kekabinku secepat kilat mencapai Seluar panjang untuk tujuan solat nanti,mencapai hanpon untuk tujuan kecemasan,beg duit dan kad pengenalan ku.

Selepas itu aku segera berlari dan
melompat masuk kedalam bot dan kembali sambung melakukan CPR keatas Diver
Monday bersama-sama dengan Ogaru dan Fuke.Manakala Project manager juga tetap
tanpa jemu mengelap dan membersihkan mulut Diver Monday yang dipenuhi muntah
dengan kain bersih yang dibawa bersama.Banyak juga kain towel kecil yang
digunakan dan ditukar ganti kerana telah dicemari dengan muntah.
Perjalanan dari Barge menuju ke jeti west Coast pier terasa begitu lama kerana bot krew ini tidak laju.bot crew ini adalah dari jenis kayu yang lama.Rasanya perjalanan untuk sampai ke Jetty West Coast ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.Ketika sudah hampir sampai ke jetty kami masih meneruskan CPR keatas Diver Monday tiba-tiba kami lihat beliau mula memuntahkan darah beku yang berketul-ketul dan berwarna hitam,aku sudah syak sesuatu yang lebih buruk sedang berlaku.Kira-kira 3 kali juga beliau muntah mengeluarkan darah beku tersebut sebelum bot akhirnya sampai diJeti dan Paramedik bersama Ambulan dan kelengkapan yang lebih lengkap telah sedia menunggu.Rupanya mereka telah berada disitu sejak 45 minit yang lalu lagi.

Kami segera mencabut pelekat AED yang
dilekatkan didada Diver Monday.Sebenarnya dari Sejak awal AED dipasang pada Diver
Monday ia tidak dapat melakukan renjatan eletrik bagi menghidupkan degupan
jantung Diver Monday kerana dari analisisnya secara otomatik memberitahu yang
tidak perlu renjatan eletrik kerana ia dapat mengesan degupan sebab itu kami
terus melakukan CPR.Suara pada AED mengarahkan agar teruskan CPR tanpa
renjatan.
Sebaik sahaja bot merapati jeti kami segera mengangkat stretcher keatas Jeti dan meletakkannya dilantai kemudian terus mengangkat Diver Monday untuk diletakkan diatas troli stretcher ambulan pula.Dari sini paramedik terus mengambil alih tugas melakukan rawatan kecemasan,mereka mula memasukkan tiub peralatan kecemasan kedalam mulut Diver Monday bagi membekalkan udara dan memasang AED yang lebih besar kedada Diver Monday.Selepas itu aku membantu paramedik menolak stretcher kedalam ambulan yang sedia menati dihadapan jeti.Aku diminta naik ambulan bersama dengan mereka dan membawa kad pengenalan Diver Monday sekali kerana aku adalah diver medic yang bertugas untuk situasi seperti ini.

Ambulan terus meluncur laju
meninggalkan Jeti dan aku duduk disebelah pemandu.Sambil Paramedik dibelakang
menjalankan tugas memberikan rawatan kecemasan mereka bertanya padaku berkaitan
penjalanan masa kecemasan iaitu kejadian bermula sejak jam berapa dan sejarah
kejadian serta punca kejadian berlaku.Pejalanan dari Jeti menuju kehospital
tidak mengambil masa yang lama namun aku merasakannya seperti sangat lama.Fikiran aku ketika itu sungguh
bercampur-campur risau,cemas dan memikirkan berbagai kemungkinan kerana ia
melibatkan menyelam,chamber dan didalam rawatan yang sedang aku jalankan maka
sudah tentulah aku cemas juga dengan berbagai kemungkinan dan masaalah
yang bakal timbul selepas ini.sama ada Diver Monday pulih atau tidak.Dan aku pasti
yang paling risau adalah project manager kerana dia bertanggunggjawab atas
segala urusan diatas barge.
Sebaik sahaja ambulan sampai di
Bahagian kecemasan Hospital Diver Monday segera dibawa turun dan bergegas
kakitangan menolak troli kedalam bahagian kecemasan.Aku diminta tunggu diruang
menunggu dengan segala butiran berkaitan pengenalan pesakit dan butiran
kejadian.10 minit kemudian seorang kakitangan bahagian kecemasan menghampiriku
bertanya adakah aku bersama penyelam yang baru dibawa masuk tadi,aku mengiakan
dan beliau beritahu agar aku bersedia dengan butiran-butiran penting kejadian
dan sejarah menyelam mangsa pada hari tu.
Selepas beliau beredar aku segera mencatitkan dan mengemaskini butiran-butiran penting yang diperlukan sebelum dan semasa kejadian untuk tujuan rekod dan lapuran.Salah seorang Paramedik yang membawa Diver Monday didalam ambulannya tadi keluar dan memberitahu padaku pesanan yang sama seperti kakitangan bahagian kecemasan tadi beritahu,beliau seorang perempuan muda bangsa India yang dalam lingkungan usia pertengahan 20an,sebelum beliau beredar aku sempat bertanya keadaan Diver Monday dan apakah ada peluang pulih? Separa berbisik beliau beritahu padaku yang doktor sedang mengusahakan sesuatu tetapi dari pengalamannya sebelum-sebelum ini sama seperti situasi yang sedang kami alami beliau berpendapat yang Diver Monday sudah meninggal sebelum tiba di Jeti lagi tetapi sebagai Paramedik seperti aku kami tidak boleh beri keputusan yang mangsa sudah mati hanya doktor sahaja yang boleh mengesahkan sama ada mangsa sudah mati atau belum.

Tidak lama selepas itu Pamid,Remon
dan Projek manager pun sampai diBahagian Kecemasan Hospital.Kami sama-sama
menunggu keputusan selanjutnya.Lebih kurang setengah jam menunggu kami
dipanggil oleh doctor dan beliau memaklumkan yang rakan kami Diver Monday telah
meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.Dari keputusan awal beliau
beritahu yang sebab kematian adalah berlaku pendarahan didalam perut dan
sebahagian darinya masuk kedalam paru-paru.Waktu itu lebih kurang jam 1930hrs petang.Aku lihat serta merta Project Manager kami terus beri tindak balas seperti nak muntah tapi tak jadi,kesian aku tengok dia.
Kemudian Pamid dan projek manager segera membuat beberapa panggilan telefon memaklumkan kepada beberapa orang tentang keputusan yang baru kami terima dari doctor tadi.Pihak hospital juga memaklumkan kepada keluarga simati agar datang kehospital untuk ditemuduga berkaitan dengan sejarah perubatan mangsa sebelum ini.

Tidak lama kemudian Keluarga simati datang dan
berjumpa dengan doctor dimana didalam temuduga tersebut kami dapat tahu yang
beliau sudah dua kali melakukan stand bypass atau ballooning untuk salur darah
kejantungnya,dan beliau juga mempunya penyakit diabetic.Aku tidak berada lama didalam bilik temubual antara keluarga simati dengan doktor itu kerana aku lihat jam ditangan sudah masuk waktu solat Fardhu Magrib.Lalu aku pun mencari tempat yg strategik dikaki lima hospital dan tidak menganggu laluan lalu disitu juga aku menunaikan perintah Allah tanpa beralas pun mujur diHanpon ku ada aplikasi kompas arah kiblat maka boleh juga digunakan waktu terdesak seperti itu.Selesai solat aku berasa sangat tenang sekali.Fikiran kembali rasional dimana hati berkata "sudahla,jangan cemas lagi kerana sudah sampai ajalnya simati itu mati ketika dibawah rawatanmu,sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan hanya Allah yang maha mengetahui".
Selepas itu kami semua pergi
apartment yang disewa oleh syarikat yang terletak tidak jauh dari Jetty West Coast Pier untuk berbincang dan menulis repot untuk
dicatitkan oleh pegawai keselamatan Syarikat Pelanggan untuk beliau majukan ke
Kementerian Tenaga Kerja.Terpaksa Perah otak lagi bagi memastikan yang lapuran dan
cerita tidak bercanggah,mujur aku mencatitkan setiap kronologi kejadian dengan
teratur dapatlah dijadikan rujukan.Malam itu kami semua tidur lewat,aku sendiri
tidur jam 2 pagi tapi itupun tak lena.
Menulis lapuran kejadian di apartment |
Keesokkannya awal pagi lagi kami semua terus bergerak
kejeti untuk naik ke barge semula dimana hari ini pegawai penyiasat dari
jabatan Polis dan Kementerian Tenaga Kerja akan datang ke barge untuk melakukan
siasatan dan mengambil kenyataan semua krew yang terlibat secara langsung iaitu
aku,Pamid,Remon,Ogaru dan Projek manager.
Sebaik sahaja sampai dikapal aku dibantu oleh diver lain terus membersihkan bahagian dalam Chamber yang dicemari muntah dan masih berbau walaupun telah dibersihkan sebelum itu. |
Sampai di barge aku lihat semua orang tidak banyak bercakap dan tidak juga melakukan kerja kerana diarahkan untuk berhentikan semua kerja-kerja diatas kapal.Kemudian aku terus membuat pemeriksaan pada chamberku dan mendapati dibahagian dalam chamber masih terdapat bau muntah yang menyengat walaupun semalam sewaktu aku kehospital ia sudah dibersihkan oleh diver-diver Jepun yang tinggal dibarge.
Selepas waktu makan tengahari pasukan pegawai penyiasat sampai dan mula melakukan kerja-kerja mereka,habis semua dokumen dan sijil-sijil diminta dan diperiksa.Chamber aku juga diambil gambar dan aku juga kena melakunkan semula peristiwa semalam bagaimana dan dimana kejadian bermula.Untuk siasatan seperti ini banyak dokumen-dokumen yang perlu disiapkan dan disediakan.Semua kerja-kerja dihentikan dahulu sehingga semua dokumen diserahkan.Kelam kabut jugalah semua cawangan yang terlibat.Aku sibuk memastikan yang semua sijil dan dokumen chamberku dalam keadaan yang `up to date’.

Pegawai penyiasat dari Kementerian Tenaga Kerja sedang menjalankan siasatannya. |
Kenyataan bertulis diambil dari semua yang terlibat secara langsung semasa kejadian.Berbaju biru dan menyandar dipintu hujung sana adalah operation manager. |
Menjelang petang siasatan pun
selesai.mana-mana dokumen yang tidak sempat disiapkan hari ini diminta serahkan
selewat-lewatnya esok hari.Selepas Pasukan penyiasat pulang kami dimaklumkan yang
sebab kematian Diver Monday bukanlah akibat penyakit penyelam atau tersalah
rawatan hiperbarik tetapi adalah berkaitan dengan sejarah penyakit
jantungnya.Dari lapuran autopsy yang kami terima menyatakan sebab kematian adalah
`Cardiac Arrest Respiratory’ .Fuuhhh aku rasa sangat lega dan bersyukur pada
Allah kerana ia bukanlah akibat dari salah rawatan yang ku beri.Barulah hilang
stressku,sebelum tau keputusan tersebut memanglah aku sangat stress,tidur tak
lena makan pun tak berapa lalu.Sekarang barulah lega.Selepas 3 hari
kerja-kerja yang dihentikan telah dibenarkan untuk dijalankan semula.
NYARIS-NYARIS KEJADIAN SERUPA BERULANG....
Next Entry 1/5/2014
NYARIS-NYARIS KEJADIAN SERUPA BERULANG....
12 hari selepas kes yang menimpa Diver Monday ini, kami nyaris-nyaris mendapat satu lagi musibah yang hampir serupa dimana selepas bercuti seminggu, pada hari pertama operasi semua krew mula hadir termasuk diver.Salah seorang diver yang hadir kerja pagi itu adalah diver X beliau sampai paling awal di jeti setiap hari begitu juga pada hari tersebut.Kemudian semua krew pun naik bot untuk krew untuk menuju ke barge kami yang berlabuh di anchor point ditengah laut berhampiran dengan lokasi kerja kami.
Didalam bot beliau hanya duduk mendiamkan diri dan tidak bercakap sepatah pun,diver-diver lain juga perasan akan perubahan dirinya sedangkan beliau seorang yang banyak cakap.Kemudian apabila bot sampai di barge beliau terus memberitahu kepada diving supervisor yang beliau berasa sangat tidak sihat tubuh badan dan hendak pulang.Supervisor terkejut tetapi membenarkan beliau pulang,Diving supervisor sempat berpesan padanya supaya tidak membawa motosikal dan menasihatkan supaya naik teksi.
Kami di barge meneruskan operasi menyelam seperti biasa dan tempat beliau diganti oleh diver lain yang datang kemudian.dalam pada itu diving supervisor dan rakan-rakan diver yang lain berusaha menghubungi beliau tetapi beliau gagal dihubungi sehingga keesokkan harinya.Rupa-rupanya memang benar beliau naik teksi dan terus menuju ke hospital yang berhampiran dan mendaftarkan diri.
Rakan-rakan diver yang lain dapat tahu beliau dihospital hanya 2 hari kemudian apabila pihak hospital menghubungi keluarganya dan mereka terus melawat beliau yang terlantar dihospital.Keadaannya agak menyedihkan.Rupa-rupanya beliau diserang strok.Beliau tidak dapat bercakap dan begitu lemah sekali.Salur darah dibahagian otaknya tersumbat.

Fuuhhh.....Sykur Alhamdulillah...aku tak dapat bayangkan jika beliau terus mendiamkan diri dan hadir kerja kemudian menyelam lepas tu tak sedarkan diri dibawah air ataupun pengsan dan tak sedarkan diri selepas menyelam ataupun mati lagi diatas barge ini.Aku tak tahulah apa yang bakal kami hadapi disini kerana kes kematian diver monday 12 hari yang lepas masih belum selesai kini ada pulak lagi kes yang baru.... mungkin aku letak jawatan kot.
Aku sangat berterima kasih pada beliau kerana beliau tau keadaan dirinya yang sangat tidak sihat dan mengambil keputusan yang tidak menyusahkan orang lain.Aku sangat bersyukur juga pada Allah kerana telah menggerakkan hati diver X untuk buat keputusan demikian.
PS - Setiap kejadian ada hikmahnya dan bagiku ini adalah satu proses pembelajaran yang sukar didapati dimana-mana.
PS - Setiap kejadian ada hikmahnya dan bagiku ini adalah satu proses pembelajaran yang sukar didapati dimana-mana.
Next Entry 1/5/2014