Dunia Commercial Diver



Tiba-tiba aku terasa nak cerita tentang Pulau Kapas.

Entri ini adalah sebagai tanda penghargaan terhadap persahabatan yang telah terjalin sekian lama dengan rakan-rakan di Marang dan di Pulau Kapas dan untuk semua kenangan-kenangan indah disana.
Jeti Pulau Kapas
Aku selalu Terkenang Pulau Kapas Kerana disitulah aku mula-mula mengenal dunia bawah air.Disitulah aku mula belajar menyelam (1991).Malah aku mendaki tahap menyelam sampai ke peringkat Dive Master semuanya di Pulau Kapas.Pulau Kapas memang banyak sentimental valuenya bagiku.

Aqua Sport wajah lama.Sekarang sudah berwajah baru dan sudah berpindah kelokasi yang baru
Guru Menyelamku yang pertama adalah dari Germany.Selepas itu aku berguru dengan saudara Zainal Azam Hashim Yang lebih dikenali sebagai Azam sahaja.Aku kenal Azam sejak tahun awal aku duduk di Marang lagi sekitar tahun 1991 lagi.Dengan Azam aku belajar dari peringkat Advance Open Water sampailah ke Dive Master.Azam mengendalikan pusat menyelam scuba yang bernama Aqua Sport,satu-satunya pusat menyelam di Pulau Kapas ini.

Sungguh tenang disini
Aku gelar Azam sebagai  Instructor diraja kerana beliau juga instructor kepada Sultan Terengganu iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin dan keluarga Baginda.Jadi kesimpulannya aku dan Sultan Mizan bolehlah dikatakan sebagai seperguruan ye dakk...Now you know haa...

Dulu masa belajar sabjek `diving table’ dengan Azam aku pasti mengantuk dan menguap setiap 5 saat bukan kerana Azam tak pandai mengajar sabjek tu tapi otak aku yang memang secara otomatik akan ‘jeng`(jem) bila kena buat kira mengira ni.Tapi siapa sangka sekarang aku Berjaya hasilkan sendiri siri Decompression table untuk rawatan hiperbarik chamber.(Terima Kasih Azam kerana mengajar aku tanpa jemu sampai mu demam masuk spital).Azam jugalah yang memperkenalkan aku kepada semua `dive spot’ dipulau kapas ini takde tertinggal satu pun.

Bersila dengan sopan
Walaupun aku sekarang seorang penyelam komersial sepenuh masa dan memang cari makan dengan menyelam secara Professional tapi aku tetap takkan lupa dimana aku mula kenal dunia menyelam.

Dive Master Salina Yussof
Pulau kapas juga tempat aku kenal erti `beach boy’ dan `beach girl’ sebenar, Walaupun aku selalu lepak di Pulau Kapas tapi aku rasa aku bukanlah `beach Boy’ sejati.Hanya mereka-mereka yang bergelar beach boy sejati sahaja mengerti apa maksudnya itu.

Sesekali aku rindukan kawan-kawan sepermainan di Pulau kapas dulu walaupun ramai antara mereka dah tak main di Pulau kapas lagi tapi setiap kali aku jejak kaki kesana masih ramai kawan-kawan lama yang boleh kutemui disana.Bukan sahaja kawan lama malah kawan baru pun dapat setiap kali singgah ke Pulau Kapas.

Dulu semasa masih bertugas Di Balai Polis Marang (1991-1994) jika ada saudara mara atau rakan yang datang dari K.L atau dari Singapura pasti aku akan bawa mereka ke Pulau Kapas.Kerana aku hendak mereka tau di Marang ada satu pulau yang sangat istimewa sekali.

Pulau Kapas sangat istimewa bagiku.Bagi sesetengah orang mungkin tak Nampak apa istimewanya Pulau Kapas dengan Pulau-pulau lain di Malaysia ni tapi bagiku keistimewaan Pulau Kapas adalah `Hospitality’nya.Orang-orang disini baik-baik.Kalau nak cari makanan yang sedap-sedap atau murah pergilah ke Pulau lain tapi kalau nak ketenangan dan damai datanglah ke Pulau Kapas.

Jangan kata aku tak pernah pergi ke Pulau-pulau lain dan tak pernah jumpa orang baik-baik diPulau lain tapi bagi aku kebaikkan Orang-orang diPulau Kapas ni lain dari yang lain.(Orang Pulau Kapas jangan kembang lebih-lebih pulak aku puji ni...Jangan buat spoil ok...).

Hanya ada satu pulau je DiMalaysia ni yang aku Ban kerana orang asalnya sangat sombong dan selepas kali pertama aku jejak kaki disana sekitar tahun 1995 dulu terus aku takde rasa nak jejak kaki kesana lagi.Tak perlulah aku sebut kat sini nama Pulau tu nanti orang Pulau tu meroyan pulak kang.Tapi yang penting Pulau tu bukan kat Terengganu. Orang-orang disemua pulau di Terengganu sangat baik-baik sekali.Jadi orang-orang Terengganu sila kagum dengan orang-orang diPulau-pulau negeri anda ye...jangan kagum dengan diri sendiri pulak..itu dah masuk kategori ujub tu dan sifat ujub adalah saifat mazmumah yang perlu dijauhi.
Indah dan damai

Tapi dalam kekaguman aku terhadap kebaikkan orang-orang pulau diseluruh Terengganu dan pulau-pulau lain diseluruh Malaysia serta disebalik kagum dengan keindahan pulaunya, aku tidak boleh lari dari rasa sedih,galau dan rasa tidak selesa dengan penjualan minuman keras lebih-lebih lagi oleh peniaga melayu sendiri,kehidupan bebas dan unsur-unsur tidak islamik yang lain.

Bagi aku pelancung yang datang ketempat kita sepatutnya kita tunjukkan contoh cara hidup kita yang baik tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya pula, orang kita pula yang terikut dengan cara mereka.Hanya inginkan keuntungan yang sedikit ramai orang-orang kita yang menjual agama mereka.Hanya itu perkara yang buat aku rasa sedih.Kenyataan ini adalah meliputi semua pulau peranginan di Malaysia.

Aku berdoa semoga Allah menurunkan hidayah kepada semua orang-orang dipulau diseluruh Malaysia ini,semoga operasi dan kehidupan dipulau-pulau kita kearah yang lebih islamik InshaaAllah....Semoga Tulisan ku ini juga menjadi asbab hidayah untuk umat seluruh alam.

Kepada para peniaga muslim disemua pulau-pulau ingatlah rezeki datang dari Allah bukan dari pelancung luar.Allah turunkan rezeki pada kita memang melalui mereka tapi kalau Allah tak izinkan maka mereka pun tak datang untuk bawa rezeki itu.Taknaklah nanti Allah tenggelamkan pulau tu semua nanti mana kita nak lepak lagi...

Pemandangan Pulau Kapas
Dan kepada pelancung-pelancung atau bakal pelancung yang membaca blog aku ini jangan segan-segan untuk datang ke Pulau Kapas yang sangat istimewa dihatiku datang juga ke Pulau Perhentian dan Pulau Redang yang juga tak kurang  menariknya ,cantik dan orangnya pun baik-baik belaka.Kalau boleh datanglah bawa dakwah sekali bersama-sama semoga kita semua beroleh rahmat dan hidayah dari Allah yang telah beri nikmat dan beri pulau-pulau yang cantik kepada kita.

Menyampaikan dakwah adalah urusan kita,Menurunkan Hidayah pula urusan Allah.

Korang kan suka dengar ceramah UAI haa ape lagi praktikkanlah mcm ape yang beliau sarankan jangan dengar ceramah pasal nak bergelak ketawa je atau setakat nak dengar dia buat lawak...`jeng ar’ gitu...(Jem lah)

Ok...Selamat berkunjung ke Pulau Kapas sambil membawa dakwah...
Peace no War..

Ps:.Aqua Sport Pulau Kapas kini telah berpindah kelokasi baru dan berwajah baru setelah berbelas tahun berada dilokasi lama dan berwajah lama.
Tahniah kepada Tenaga penggerak utama Aqua Sport
1.Zainal Azam Hashim (De Libing Lejeng)
2.Amli Abdullah
3.Salina Yussof
dan lain-lain krew semoga terus maju jaya dan bersyukur.

Aku yang turut menumpang bangga dan gembira serta kagum dengan segala Kebesaran Allah yang ada di Pulau Kapas.

Spy Leman...





















Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan