Selepas
tamat kontrak dengan Nippon Salvage aku pulang keKuala Lumpur dan berehat
barang sehari dua kemudian terus masuk kerja di Yard Sg.Buloh membantu rakan di
HCA Tech Sdn Bhd menyiapkan hiperbarik chambernya untuk diserah kepada
pelanggan yang membeli chamber tersebut.Aku hanya membantu sikit-sikit sahaja
sekadar yang tercapai didalam level ilmu pengetahuanku sahaja.Aku bukannya
pandai sangat.
Beginilah rupa asal hiperbarik chamber selepas di cat tetapi belum dipasangkan peralatan padanya |
Selepas
chamber tersebut siap aku ditugaskan untuk melatih beberapa orang kakitangan
syarikat tersebut dalam pengendalian hiperbarik chamber didalam operasi
menyelam dan yang seumpama dengannya.Kakitangan syarikat tersebut juga adalah
chamber operator dan sudah biasa mengendalikan chamber diklinik bagi merawat
pesakit yang kebanyakkan adalah penyakit klinikal seperti diabetic,cerebal
palsy,stroke dan juga penyakit penyelam tetapi aku dikehendaki melatih mereka
mengendalikan chamber yang terdapat didalam operasi menyelam. Tidak susah
mengajar orang yang sudah pandai seperti
mereka kerana ilmu itu sudah ada pada mereka hanya dengan sedikit penambahan
maka semakin bertambah ilmu didada.Sebenarnya aku bukan mengajar mereka tapi
aku hanya berkongsi pengalaman dengan mereka berdasarkan sedikit ilmu dan
pengalaman dalam oil & gas yang ada sebab aku rasa aku bukanlah orang yang
layak untuk mengajar kerana aku baru setahun jagung didalam industri ini
pengalaman pun belum banyak lagi.
Selepas
chamber disiapkan dan latihan selesai aku bersama kakitangan syarikat yang lain
menghantar chamber tersebut kepada pelanggan yang sedang menjalankan projek
menggali terowong bawah tanah bagi projek Mass Rapid Transit di Kuala Lumpur.Pelanggan
yang membeli chamber ini adalah CEC International yang mendapat kontrak dari
MMC Gamuda untuk pakej penggalian yang bermula dibahagian Pudu. Secara tak
langsung aku juga terlibat didalam projek tersebut sebagai sebahagian dari
pasukan yang dipanggil medical lock team.Dimana pasukan ini akan mengendalikan
chamber rawatan hiperbarik dan juga chamber yang terdapat pada Tunnel Boring
Machine (TBM) yang terdapat dibawah tanah yang digunakan untuk mengorek
terowong.Chamber yang terdapat pada TBM tersebut ada 4 dan dipanggil Manlock
1,Manlock 2,working chamber dan excavation chamber.Chamber-chamber ini
digunakan bagi menghantar pekerja kebahagian mata gerudi jika kerja-kerja
pembaikan pada bahagian mata perlu dilakukan.
Jika
kerja-kerja pembaikkan pada mata gerudi perlu dilakukan semasa proses
menggerudi maka penggerudian akan dihentikan,tekanan tinggi akan diberikan
kedalam bahagian tersebut bagi mengelakkan daripada tanah runtuh atau air
didalam tanah membanjiri bahagian excavation chamber.Dengan itu pekerja-pekerja
yang ditugaskan melakukan kerja-kerja pembaikkan juga terdedah kepada keadaan
tekanan tinggi.Disinilah peranan ahli pasukan `medical lock’ diperlukan dimana
kami akan mengawal sukatan tekanan angin yang diberikan,menjaga jangkamasa
pekerja berada didalam keadaan tekanan tinggi tersebut dan melakukan proses
membawa mereka kepada keadaan normal semula.Sekiranya selepas tugas mereka
dibawah tanah tadi selesai dan didalam masa 24 jam didapati mereka menunjukkan
tanda-tanda atau simtom-simtom mendapat penyakit yang dipanggil `bends’ maka
kami akan merawat mereka pula didalam hiperbarik chamber yang berada dipermukaan
yang sentiasa siap sedia.ianya lebih kurang sama seperti mengendalikan
penyelam-penyelam juga.
Bersama Engineer Berada didalam chamber yang dipanggil `Manlock'.yang berada dibahagian dalam Tunnel Boring machine. |
Aku
berasa sedikit janggal bila bekerja ditapak pembinaan kerana sebelum ini hanya
bekerja di tapak Oil & Gas sahaja.Walau bagaimana pun aku berasa agak senang juga kerana di tapak
pembinaan yang besar seperti projek MRT ini tahap kawalan keselamatan agak
hampir sama seperti didalam industri minyak dan gas juga dimana safety
diutamakan.kalau bab safety seperti ini aku tidak kekok dan janggal malah aku
berasa selesa sekali.
Compress air worker sedang berhenti rehat untuk makan malam didalam manlock dan dalam keadaan bertekanan tinggi semasa proses menukar mata gerudi pada 27 Jun 2014 |
Mata Gerudi yang baru yang akan dipasang bagi menggantikan mata yangg sudah tumpul atau rosak |
Sedang menggayakan aksi lelaki macho didalam terowong.. |
Fakta2
MRT
Stesen
ada 31 buah
Stesen
bawah tanah 7 buah
Kedalaman antara 52 hingga 60 meter
Bermula
dari sungai buloh sehingga ke Semantan (elevated) laluan atas
Bermula
dari Jalan Semantan ia akan masuk kebawah tanah
Didalam
tanah ia akan berada dikedudukan atas dan bawah.
Terowong berakhir dan Akan
keluar semula di Maluri Cheras.
Dari
Maluri ia akan berada dikedudukan laluan atas (Elevated) semula sehingga
berakhir
dekat Kajang.
EnamTBM digunakan untuk menggali terowong bawah tanah dalam satu masa.
EnamTBM digunakan untuk menggali terowong bawah tanah dalam satu masa.
jumlah keseluruhan ada 10 Tunnel Boring Machine
Sila klik pada pautan dibawah untuk mengetahui bagaimana TBM beroperasi.
http://www.youtube.com/watch?v=qx_EjMlLgqY
Next Entri 1/8/2014
Sedang Posing dihadapan Manlock chamber yang terdapat didalam Tunnel Boring Machine bersama rakan. |
http://www.youtube.com/watch?v=qx_EjMlLgqY
Next Entri 1/8/2014