Selama beberapa bulan akan datang Blog ini akan menyiarkan semula artikel-artikel yang ditulis oleh saya yang telah pernah diterbitkan didalam Majalah PERAJURIT terbitan hujung 2012 hingga awal 2013.Tujuan penyiaran semula artikel-artikel berbentuk informatif adalah bagi memberi peluang kepada pembaca-pembaca lain yang tidak sempat memiliki majalah tersebut semasa keluarannya.Penulis dimaklumkan oleh pihak penerbitan Majalah tersebut bahawa Artikel-artikel mengenai menyelam yang disiarkan adalah yang pertama seumpamanya mengenai sejarah menyelam,tujuan menyelam dan teknik-teknik menyelam yang ada.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.
Semoga para pembaca yang meminati aktiviti menyelam atau pembaca biasa beroleh manfaat daripada artikel-artikel tersebut.
Oleh : A**** J****
roninn70@gmail.com
Penulis adalah seorang penyelam komersial dalam bidang minyak
dan gas.Sebelum melibatkan diri dalam bidang selaman untuk industri berkenaan
beliau adalah seorang penyelam dalam pasukan Polis Diraja Malaysia selama 19
tahun.Mendapat pendedahan awal dalam bidang menyelam rekreasi di Terengganu dan
seterusnya pernah mendapat latihan selam taktikal di Sekolah Menyelam TLDM dan
US Navy Seal .
Penulis kini menceburi bidang selaman yang lebih berisiko
dan professional dalam bidang minyak dan gas selepas kembali dari menjalani
latihan dalam bidang berkenaan di Australia.Selain daripada menjadi seorang
penyelam kormersial beliau juga bertindak sebagai medic penyelam,Operator Kebuk
mampatan, penasihat teknikal kepada beberapa Syarikat swasta,agensi awam, NGO dan
beberapa agensi kerajaan dan persatuan menyelam pusat pengajian tinggi dalam
perkara yang berkaitan dengan menyelam
dan keselamatan menyelam serta berkaitan hiperbarik chamber.
_____________________________________________________________________________________________
Menyelam adalah satu teknik kemahiran atau aktiviti yang
membolehkan seseorang berada dibawah permukaan air untuk jangkamasa dan tujuan
tertentu sama ada dengan menggunakan peralatan atau tanpa peralatan.
Sejarah menyelam
bermula sudah agak lama walaupun tiada fakta yang benar-benar mencatitkan bila
bermulanya sejarah menyelam namun dikatakan sudah ada sejak 4500 sebelum masihi
lagi, ketika itu manusia menyelam untuk
mencari makanan dan diperingkat awal hanya menggunakan teknik menahan nafas.pengkaji
sejarah juga telah menemui beberapa catitan berkaitan aktiviti menyelam
menggunakan peralatan iaitu buluh atau akar
semasa tamadun Greek dan oleh kaum Red Indian Amerika Utara.
Mitos dan lagenda juga sering menceritakan tentang pahlawan Ninja Jepun yang boleh menyusup dibawah permukaan air hanya dengan menggunakan Buluh atau akar. Ia membolehkan penyelam berada lebih lama dibawah air dengan tidak perlu menahan nafas dan teknik ini masih digunakan dizaman ini tetapi buluh dan akar sekarang telah digantikan oleh ‘snorkel tube’.
Artifak ukiran pada batu yang ditemui menunjukkan sekumpulan
tentera yang menyeberangi sungai menggunakan kulit binatang yang diisi angin
bagi membuat serangan terhadap musuh.(kredit gmbr internet)
|
Mitos dan lagenda juga sering menceritakan tentang pahlawan Ninja Jepun yang boleh menyusup dibawah permukaan air hanya dengan menggunakan Buluh atau akar. Ia membolehkan penyelam berada lebih lama dibawah air dengan tidak perlu menahan nafas dan teknik ini masih digunakan dizaman ini tetapi buluh dan akar sekarang telah digantikan oleh ‘snorkel tube’.
Antara Ciptaan awal pakaian menyelam |
Sebelum itu ,Sekitar
abad ke3 sm pula iaitu Ketika era Alexander the great satu system atau teknik
menyelam yang agak lebih maju dalam zaman itu telah ditemui yang mana sekarang teknik
tersebut dipanggil sebagai teknik diving bell yang berkonsepkan seperti sebiji
gelas ditelangkupkan didalam air dan didalam gelas tersebut mempunyai udara
yang terperangkap dan boleh digunakan untuk bernafas.
Kemudian dicatatkan
juga pada kurun ke16 (1691) Sistem diving Bell telah digunakan dengan cara
lebih baik lagi tetapi didalam air yang cetek dan dalam masa yang singkat
sahaja,sistemnya telah diperbaiki dan
digunakan oleh Edmund Halley seorang English dan rekod kedalaman yang
diciptanya ialah 20 meter selama 1 ½ jam.Namun bukan itu sahaja rekod yang
Berjaya dicatat oleh Edmund Halley,beliau juga Berjaya mencatat rekod sebagai
orang pertama yang mendapat penyakit penyelam iaitu middle ear Barotrauma.
Pada
pertengahan abad ke 18 iaitu sekitar tahun 1837
`standard rig’ atau juga dipanggil `standard diving dress’ telah
dikeluarkan oleh Augustus Siebe yang juga dikenali sebagai `Father of Diving’ .
`Standard diving dress’
adalah alat yang berupa helmet besi yang disambungkan dengan baju getah dan
udara pula dibekalkan dari permukaan.Dari ciptaan awal oleh Augustus Siebe
inilah produk-produk baru dikeluarkan setiap tahun namun masih mengikut konsep
asas ciptaan pertama itu.Dizaman sekarang teknik ini dipanggil `Surface
supplied’ atau bekalan dari permukaan.
Pada tahun 1831 Self
Contain equipment atau sekarang dikenali sebagai `SCUBA’ telah direka oleh
seorang Engineer Amerika bernama Charles Camdert,Tetapi beliau tidak bernasib
baik kerana beliau mati semasa menyelam dengan
peralatan yang diciptanya itu dalam sungai.
Manakala disebelah asia
pula Jepun turut memainkan peranan dalam kemajuan teknik dan peralatan menyelam
moden.Pada 1918 seorang warga jepun bernama Ohgushi telah mencipta satu Sistem
yang agak maju yang dipanggil `system Independant Air Supply’ dan dipanggil `Ohgushi Peerless Respirator’ ianya
adalah satu system dwiguna yang boleh digunakan untuk bekalan dari permukaan
(surface supply) dan juga Alat pernafasan kandung sendiri (SCUBA).Penyelam akan
bernafas melalui hidung manakala gigi digunakan bagi membuka atau menutup
bekalan udara.
Kemudian pada tahun
1933 seorang lelaki Perancis telah Berjaya menyelam menggunakan alat scuba yang
menggunakan angin yang dimampatkan didalam balang namun begitu ciptaannya itu juga
masih belum sempurna.
Sehinggalah pada tahun
1942 Jacques Cousteau seorang Komander dalam Tentera laut Perancis bersama
dengan pembantunya juga seorang Enginer bernama Emile Gagnan telah membangunkan
dan memajukan satu system yang dipanggil `Automatic Demand Valve’ yang mana perubahan kedalaman laut dan
tekanan dari keadaan persekitaran tidak akan menjejaskan fungsinya. Dengan
peralatan menyelam dan sistem yang direka oleh mereka itulah lalu Jacques
Cousteau dan Emile Gagnan digelarkan sebagai bapa menyelam moden (father of
modern diving).
Dan sehingga sekarang
peralatan-peralatan menyelam yang direka setiap tahun walaupun berubah dari
segi rekabentuk serta kecanggihan system
keselamatan yang dipertingkatkan namun masih mengikut sistem asas yang direka
oleh Jacques Cousteau dan Emile Gagnan itu.
Dari sudut ketenteraan
pula sejarah menyelam dikatakan juga sudah bermula agak lama yang mana teknik
penyusupan melalui bawah air telah digunakan lama dahulu sama ada hanya
menggunakan teknik menahan nafas ataupun menggunakan peralatan yang dibuat dari
kulit binatang untuk menyimpan udara bagi membolehkan penyelam bernafas dibawah
air.
Antara
maklumat yang menarik dalam sejarah awal penyelam perang berlaku sekitar tahun
500 sebelum Masehi semasa kempen peperangan dilaut diGreek Seorang tentera
Greek Scyllis telah ditawan oleh Raja Parsi Xerxes I dan dibawa keatas
kapal.Apabila mendapat tahu yang Raja Xerxes hendak menyerang ketumbukan
tentera laut Greek beliau telah merampas sebilah pisau lalu terjun kedalam
laut.Tentera Parsi tidak berjaya menemuinya selepas dicari dan menganggap yang
beliau sudah mati lemas. Scyllis kemudian menimbulkan diri pada waktu malam dan
berenang ke kapal-kapal tentera laut Parsi yang berlabuh lalu memotong
tali-tali sauh mereka menyebabkan kapal-kapal tentera laut Parsi hanyut.Beliau
kemudian berenang sejauh 15 Km balik kekapal tentera Greek bernama Cape
Artemisium.Dalam peristiwa tersebut
Scyliss sebenarnya telah menggunakan sejenis tumbuhan laut yang berongga didalamnya sebagai snorkel untuk bernafas dan bersembunyi
dibawah permukaan air selama beberapa
jam sehingga disangka telah mati lemas.
Manakala sejarah menyelam moden sudut ketenteraan pula dikatakan bermula
sebelum tahun 1918 lagi Dan direkodkan dalam
perang dunia pertama sekitar tahun 1918. Turut Dicatatkan dalam rekod pada masa
itu Italy telah menggunakan penyelam sebagai `human torpedo’ untuk
menenggelamkan kapal kapal perang Austria yang berlabuh di pelabuhan.Dikatakan
Pada masa itu Itali telah pun mengunakan teknologi sistem `rebreather’ yang
agak baik tetapi oleh kerana pada waktu itu adalah waktu peperangan jadi peralatan-peralatan atau
teknologi yang digunakan oleh pihak tentera banyak yang dirahsiakan tentang kemajuannya
hanya Negara-negara yang terlibat
dalam peperangan sahaja yang tahu sejauh
mana kemampuan pasukan penyelam mereka dan sejak bila sejarah pasukan penyelam
mereka bermula.Namun ada juga ditemui beberapa fakta sejarah yang menceritakan
perkembangan peralatan menyelam yang dikaitkan dengan unit-unit menyelam
angkatan laut Negara tertentu.
- Pada tahun 1903 hingga 1907 Professor Georges Jaubert, telah mereka alat
yang menghasilkan bahan yang boleh menyerap karbon dioksida dan meninggalkan
oksigen.lalu dalam tahun 1909 Captain S.S. Hall, R.N., and Dr. O. Rees,
R.N.,membangunkan peralatan pernafasan bagi melepaskan diri dari kapal selam
menggunakan alat tersebut, Royal Navy menerima penambahbaikan tersebut.Tetapi
ianya digunakan untuk menyelam diair cetek dan tidak pernah digunakan untuk
menyelamatkan diri dari kapal selam
- Seorang jurutera syarikat
Drager iaitu Herman Stelzner telah mereka alat pernafasan rebreather yang mana
Drager kemudian mengeluarkannya secara besar-besaran pada tahun 1912.Yang mana
model rebreather jenis DM40 keluaran dragger telah digunakan oleh penyelam
tentera Jerman dalam era Perang Dunia Kedua.
- Sekitar tahun 30an
Kelumpuk Pemanah ikan dilaut Mediteranean yang menggunakan `Rebreather
Oksigen) telah menarik perhatian Pasukan
Tentera Laut Itali yang kemudian membangunkannya dan memajukannya bagi digunakan
oleh pasukan penyelamnya yang dipanggil
Decima Flottiglia MAS.Kemudian pada 1941 Pasukan penyelam tersebut
telah membuat serangan melalui bawah air dan Berjaya memusnahkan
beberapa buah kapal British di Pelabuhan Alexandria.
- Manakala Tertangkapnya beberapa Penyelam Tentera
Laut Itali bersama peralatan menyelamnya telah memberi ilham kepada Pasukan
Penyelam Tentera laut British bagi membangunkan peralatan menyelamnya sendiri.Ciri-ciri
Peralatan menyelam Tentera British kemudian didapati terdapat sedikit persamaan
dengan peralatan menyelam tentera Itali.
- Pada awal 1940 Dr. Christian J.
Lambertsen telah
membangunkan Peralatan menyelam rebreather untuk US Navy bagi kaedah peperangan
bawah air. Dr. Christian J. Lambertsen juga menganjurkan
kursus rebreather
oxygen litar tertutup yang pertama di Amerika pada bulan May 1943.Tentera Laut
Amerika menggelarkan beliau sebagai
"the father of the Frogmen".
- 1944 Pasukan pemusnah
bawah air Amerika dan Penyelam British bekerjasama dalam Operasi Bersama
memusnahkan periuk api bawah air bagi membuka laluan dalam `Operasi Pendaratan
Normandy’ ketika Perang Dunia kedua.
Sejak zaman dahulu
hingga kini aktiviti menyelam masih lagi relevan dengan peredaran zaman
menyaksikan teknik-teknik dan peralatan menyelam juga turut berubah dari semasa
kesemasa.
Next Entri 1/10/2014
Tujuan Menyelam